Jarum Dalam Daging (2013)
Jarum Dalam
daging
"Dah
doktor, ada dekat bilik 6,"jawab kakak jururawat mesra.
Aku memang
suka bertugas di labor room (dewan bersalin)ni.
Sunggu gembira rasanya dapat sambut kelahiran dan azankan bayi sejurus
dilahirkan. Segala penat lelah hilang entah ke mana. Kakitangan dewan bersalin ni ramah-ramah dan
baik hati. Walaupun hampir semuanya lebih tua dariku malah ada yang dah pangkat
makcik kepadaku pun akur menurut perintah. Hahaha. Aku tidak sekejam itu.
Bahkan banyak yang kita belajar daripada jururawat @bidan-bidan yang ada di
dewan bersalin ini sekiranya kita ringan mulut bertanya dan sikap disenangi
ramai.
Kuhayunkan
kakiku ke arah bilik 6. Seorang wanita cina yang sarat mengandung terbaring di
atas katil menahan kesakitan pabila rahimnya menegang sebagai persediaan
mengeluarkan bayi.
"puan Siaw
yer?" angguknya lemah.
"Saya
doktor faizal, saya ingin periksa puan yer sebelum baby keluar,"kataku sambil memakai mask
dan mencapai glove saiz 7. Jururawat dan jururawat pelatih turut sama ada di
dalam bilik.
"term
size, singleton, cephalic presentation, longitudinal lie, estimated fetal
weight emm 3.2- 3.4 kg."tuturku lantang semasa membuat per abdominal
examination.
"puan,
angkat kaki seperti bersalin yer, saya nak periksa jalan bawah."
"doktor,
ctg tak berapa dapat, macam dah fully jer ni," jawab kakak jururawat
sempoi. Tengok CTG pun kita boleh tahu bayi dah nak keluar ke belum. Pengalaman
berpuluh tahun kan. Dah master habis dah, dah pangkat pakar dah mereka ni, cuma
tak ambil periksa aje. Hehe
Kupakai
sarung tangan saiz 7, capai sedikit kapas basah dan kubersihkan sedikit tempat
pemeriksaan.
"adik,
nak cream dik,"pintaku pada jururawat pelatih.
Kuambil
sedikit cream putih dan kusapu sedikit di bahagian pemeriksaan sebagai
lubricant (minyak pelincir). Bidan-bidan dulu mana ada guna cream-cream ni,
dulu pakai minyak kelapa. Memang licin saja kawasan peranakan tu dan mudah bayi
nak keluar, koyak rabak pun kurang, namun minyak kelapa tidak lagi dibenarkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak steril katanya.
Maka
terpaksalah kami guna cream putih yang steril itu, kejap kejap kena sapu balik.
Kalau tidak nanti hilang kelinciran tersekatlah pula.
Setelah
kusapu cream, kuseluk 2 jariku kebahagian peranakan tanpa memandang ke bahagian
tersebut. Mataku pada wajah ibu yang sangat sakit sambil tidak henti-henti
menghirup entonox untuk mengurangkan sakit.
"Vulva
vaginal no abnormality, os fully dilated, cervix well effaced, membrane present
and bulging, station low, ready for delivery," tuturku dengan suara yang
kuat yang menyebabkan adik-adik jururawat yang nak menyambut kelahiran tergesa-gesa
mencari penutup mulut (mask) dan sarung tangan untuk membantu menyambut
kelahiran.
"OS
fully 12.05 pm,"umum kakak jururawat sambil mata memandang jam dinding di
bilik hadapan. jam dinding kat bilik tu ikut waktu amerika, jam bilik sebelah
ikut waktu jepun, yang bilik belakang jam mati. Radicare entah bila nak service
jam. Sakit hati memandang.
"Baik
puan, saya akan pecahkan air ketuban, selepas itu kalau puan rasa perut puan sakit,
puan terus teran seperti puan nak buang air besar, jangan teran di muka , nanti
muka merah baby tak keluar. Kalau perut tak sakit, puan jangan teran, puan
rehat, ambil nafas tunggu sakit seterusnya,"terangku bersahaja.
"Kak nak
hook,"pintaku.
Ku capai hook
putih yang sterile, sedia untuk arm (artifical rupture of membrane) atau lebih
dikenali di negara lain dengan amniotomy.
Kurasa
bahagian membrane yang menonjol2 dengan
jari telunjukku dan ku selit hook di bawah jari mengikut jari telunjuk sampai
ke hujung. Bahagian cangkuknya kutolak dengan jari telunjuk ke arah membrane
dan kutarik ke arah luar.....
WOOOshhhhhh,
air jernih putih mencurah keluar membasahi lengan.
"Clear
liquor"
"Ok ibu,
perut tengah sakit ni, teran habis-habis, paling kurang 10 saat."
"woooo,
doktor, manyak sakit!" jerit ibu ini dengan keringat membasahi dahi,
mengalir ke hidung , menitik ke baju dan basah.
"Ok ibu
teran lagi! sikit lagi ibu, tangan ni pegang buku lali. buka peha, kepala anak
mahu keluar, tutup peha macam mana anak mahu keluar, teran!" tuturku
dengan suara yang agak tinggi.
"lagi
teran, TERAN!!!!!" begitulah gamatnya suaraku di bilik bersalin. Ibu yang
terperanjat dengar suaraku yang menjerit terus teran tanpa halangan
dan.....wuuueeekkk!!! wueekkkkk! wueekkkkkk
"Baby
boy 12.15 pm," sebut suara jururawat yang turut sama menyambut kelahiran
manakala seorang jururawat lagi mencatit dalam borang kelahiran di atas meja.
IM pitocin diberikan dan aku membiarkan jururawat pelatih membuat cct
(continous cord traction) dan memeriksa uri bayi (placenta) sambil aku memegang
bayi dan mengazankannya.
Pernah sekali
jururawat menegur," doktor, inikan anak cina, kenapa doktor azankan?"
Semua bayi
dilahirkan Islam. Jelas Allah dalam al-quran yang berbunyi:
Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan
anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa
mereka, "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul,
kami menjadi saksi." agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan,
"Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini."
(QS Al-A'raf: 172)
Dari Abi Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw bersabda, "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kecuali orang tuanya
yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."(HR Bukhari 1296)
Anak cina ini selamat diazankan, kupanggil
ayah kepada bayi ini untuk melihat anaknya lantas aku membuat persediaan untuk
menjahit kesan gunting (episiotomy) yang dibuat semasa proses kelahiran tadi.
"Kak nak suture 2/o satu, 3/o satu,
needle, syringe 5 cc, lignocaine, few tampoons, needle holder and
artery,"jelasku.
Staff nurse ni dh hari-hari buat benda ni, aku
x cakap pun mereka dah ambil. Cuma perlu pastikan ajer semua ada sebelum aku
start menjahit. Kalau dah menjahit, ada perkakas tak ada si doktor ni boleh
menjerit macam halilintar....sabar skit eh
"Dik tolong saya di sebelah yer. Daging
pesakit ni keras sikit. Apabila saya dh masukkan jarum dan terkeluar sikit,
adik terus catch dengan forcep atau artery ni yer, kalau tak jarum kena
keluarkan balik dan kena masukkan balik. Kesian pesakit,"tuturku perlahan.
Jururawat pelatih ni mengangguk akur.
Kucapai apex kepada apesiotomy tadi dan
surgical not dibuat dengan kemas walaupun darah dari rahim masih mengaburi
tempat jahitan yang akan dibuat.
"Dik, tolong saya catch dik, jarum dah
keluar sikit tu,"kataku pada adik dengan peluh yang membasahi kepala. Aku
perasan jarum 2/0 yang digunakan dari apex tadi agak "nipis"
berbanding biasa. Nak jahit mucosa pun agak payah, dah la daging cina ni liat!
Selepas 3 continous suture dibuat dengan
tekanan, aku pun menghayunkan jari untuk membuat jahitan keempat. Aku benamkan
jarum seperti biasa namun tak keluar-keluar. Adik yang membantu menunggu hujung
jarum muncul dari daging untuk di sambut.
Aik, kenapa tak keluar ni? desusku dalam hati.
Ku terus mencabut needle holder tersebut yang tinggal hanyalah hujung jarum.
Selebihnya sudah hilang!
Kak. jarum tertinggal dalam dalam daging!
Aku gelabah. Macam mana pulak boleh patah
jarum. Dah berpuluh kali jahit episiotomy hari ni pulak jarum boleh patah!
Kakak jururawat yang mendengar terus mencapai
glove dan memeriksa tempat jahitan.
"Tak ada pun doktor, saya pegang macam
tak ada jarum pun dalam dagin pesakit ni,"
"Ada, mana perginya pulak, takkan jatuh
pulak!"
"Cuba tengok kat celah-celah punggung kut
kut dah patah sebelum cucuk,"kata jururawat.
"Mengarut, habis tu aku cucuk macam
mana?" ades kepalaku pening. Ku telek-telek daging tersebut. Mencari mana
diamnya baki jarum yang patah. Kalau betul ada baik rasa , ini tak rasa apa.
"Kak, bagitau medical officer kejap. Tadi
jarum apa yang akak bagi 2/0 kan?"
"a ah 2/0 vicryl tapi macam kecil ajer
bila doktor tarik keluar tadi,"jelasnya.
"Mana kotak? ada lagi tak saya nk
tengok."
Ni haa
Memang tulis vicryl 2/0 tapi apasal lain?
banyak sangat nombor tertulis adat label sampai aku jadi keliru.
"Macam mana boleh patah ni faizal? tak
pernah dibuat orang," membebel Kak Long selaku Medical Officer yang on
call hari itu.
"entah lah. Yang lagi memeningkan saya
tak daat rasa jarum tu pergi mana. Pesakit nampak tenang, tak terasa jarum ada
tertinggal di dalam daging.
"Faizal kau sure jarum masih ada kat
mucosa dia ni?"tanya kaklong.
"Sure bos, jahitan pun masih belum siap.
Saya tak akan tutup selagi saya tak jumpa jarum saya,"kataku tegas.
"OK, aku inform specialist, kau pergi
paggil portable x-ray urgent suruh datang labor room ni. Pergi panggil Dr LIM
suruh terangkan kat pesakit dan suami dalam bahasa Cina yang prosedur untuk
menjahit episotomy masih belum siap, kita kena buat x-ray dan keluarkan jarum
yang patah dahulu baru kita jahit semula,"jelas kaklong memberi arahan.
Aku lantas memanggil x-ray dan tak sampai 10
minit mereka sudah berada di depan pintu.
Dr Lim sahabat yang bekerja pada hari itu amat
memudahkan kerja kami apabila berjaya menerangkan keadaan sebenar pada pesakit
dan suami dengan jayanya. Pasangan suami isteri cina ini amat bekerjasama. Apa
yang nampak diwajah mereka adalah kegembiraan anak pertama mereka selamat
dilahirkan.
"bro, buat pelvic x-ray, kami nak cari
jarum yang patah,boleh eh,"kataku pada pegawai yang bertugas.
"Beresss."
Setelah pelvic x-ray berjaya dibuat, muncullah
jarum tersebut disebelah kiri kawasan gunting tersebut (dalam daging) berbentuk
separa u.
Doktor pakar pun terus menyuruh kami mengeluarkan
jarum tersebut dalam bilik pembedahan menggunakan IUI dan berjaya dikeluarkan,
episotomy berjaya ditutup dan ibu dalam keadaan stabil!
Aku pulang ke bilik bersalin dengan rasa tak
puas hati kenapa jarum tadi boleh patah. Ku telek-telek jarum yang digunakan
tadi dengan jarum yang pernah aku gunakan sebelum ini. Terpampang dekat label
tu 2/0 35mm sedangkan jarum yang aku gunakan sebelum ni 2/0 75mm.
"Mana pulak datang jarum yang 35mm ni
kak?saya tak pernah guna sebelum ni,"tanyaku pada sister.
"Itu kita ambil dari stor, jarum sebelum
ni dah tak ada. Hospital ni kan serba tak ada. Yag di supply benda-benda murah
low quality macam ni. Jarum browns untuk baby tu pun dah habis stok.
Macam-macamlah doktor. Pandai-pandailah nak survive. Kalau tak puas hati jumpa
datuk pengarah sendiri," jawab sister.
Aku tak tau nk response apa. Nak salahkan
jarum ke, salah teknik aku ke, atau salah daging pesakit? entah malas nak
fikir!
3 hari lepas tu ada dua lagi kes jarum patah
dalam daging. Seorang houseman waktu SVD kat OT dan satu lagi kes done by
specialist. Selepas tu jarum 2/0 vicryl 35 mm tu tak ada orang nak usik dah!
Sesak nafas den!
1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.
2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.
3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.
Comments
semua doktor muslim mmg akn azankan semua baby tak kira agama ke?