Si Ibu, Bayi dan Doktor Yang Malang


Si ibu, bayi dan doctor yang malang

Erk, Alhamdulillah, kenyang perutku. Santapan di kedai Dawar amat menyelerakan. Ayam panggangnya tak sama dengan ayam panggang kedai lain. Sedap betul.

Alamak, dah pukul 10pm! Aku tak solat isyak lagi ni. Desis hatiku. Langkah disusun ke arah Hospital Kasr el-Ainy Faransawi. Tempat biasa aku solat isyak di situ. Dalam perjalanan terserempak dengan abang Israk. "Abang baru balik lawat akram ngan Amman,"katanya. Aku yang dah lama tak melawat mereka ni terus melawat Amman dan Akram selepas menunaikan solat Isyak.

Setelah lebih kurang dua jam berborak dengan Amman, dan ibu bapa Si Akram, aku minta diri untuk ke hospital Kasr El-Ainy dalam university. Pada mulanya aku dah malas sangat dah nak pergi hospital untuk attachment malam tu. Kaki pun dah melangkah jauh ke arah rumah.

Tiba-tiba aku rasa serba salah pula. Baju Surgery dah pakai, alat semua dah bawa, bekal pun dah ada, tiba-tiba balik rumah pula, fikirku. Kalau ikutkan hati sampai bila nak Berjaya? Monolog sendirian memainkan peranan. Langsung aku hentikan niat untuk balik rumah dan kembali menapak ke arah hospital University.
Pukul 12 am. Suasana di luar wad bersalin tak sama dengan wad lain. Ahli keluarga sangat ramai tunggu di luar wad. Ada yang duduk berborak, ada yang baca quran doakan si ibu selamat bersalin. Ada yang bentang tikar,makan dan ramai juga menjalar tidur macam ular sementara menunggu si ibu keluar dari wad bersalin.

"Waduh-waduh, ni mesti ramai patient hari ni," daku berbisik. Seperti biasa Ayat Qursi dibaca sebelum aku masuk ke wad bersalin, tempat nyawa baru disambut dan juga tempat nyawa diambil Allah. Aku juga berdoa agar doctor-doctor pakar yang bertugas lembut hati nak ajar aku malam ni.

Suasana dalam wad seperti biasa, sesak dengan pesakit. Selalunya pukul 12 am sampai pukul 1 am ni semua doctor akan berehat sekejap sebelum menyambut ibu beranak untuk giliran yang seterusnya. Namun keadaan tak sama pada waktu itu. Ruangan menunggu tak ada doctor pun, hanya jururawat. Aku letak beg dan pasang alas kasut seterusnya masuk ke Labor room.

Patutlah tak ada doctor kat ruangan menunggu. Banyak orang sedang bersalin sekarang ni. Semua bilik untuk vaginal delivery dan cessarian penuh. Aku apa lagi, terus ambil glove dalam bag, dan terjah masuk ke O.T. Dr Mona nampak aku.Dia tersenyum.

"Kenapa datang lambat?" tanyanya. "melawat sahabat tadi,"jawabku. Dr Mona suruh ke bilik vaginal delivery untuk bertugas di sana. Dekat O.T biar dia handle. Aku tanpa banyak songeh terus ke bilik sebelah.
"Hamot ya doctor, hamot!" jerit seorang ibu. Ibu menjerit-jerit kesakitan. Nurse-nurse menjerit-jerit marah si ibu yang tak dengar cakap. Doctor zaitun menjerit-jerit suruh ibu baring dan mengangkangkan kaki untuk sambut bayi, namun tidak dipeduli oleh si ibu. Sakit,fikirku. Aku terus baca history dengan laju.

IUFD. (intra Uterine fetal Death). Anak dah mati. Aku teringat pada mama yang pernah menghadapi situasi yang sama apabila adik bongsuku mati dalam kandungan gara-gara mama aku ada PIH(pregnancy Induced Hypertension). Si ibu yang ada PIH akan ditahan di wad sebab dikhuatiri anak dalam kandungan akan mati. Si ibu yang di depan aku ni pun degil nak keluar wad waktu dia mengandung, sama macam mama aku. Sekarang anak dah mati. Apa yang mampu dibuat? Lain kali ikut cakap doctor, tak ada doctor yang senang-senang nak tahan pesakit dalam wad, dia mesti ada sebab.

SI ibu ini menjerit-jerit dan menampar-nampar mukanya kerana kesakitan. Aku hanya melihat tanpa emosi. Mungkin sebab dah biasa sangat tengok adegan menjerit-jerit dan menampar-nampar muka ketika vaginal delivery sehinggakan aku rasa benda tu normal di Mesir ini. Mayat bayi mesti dikeluarkan.

Selepas beberapa minit, Mayat bayi berjaya dikeluarkan. Umbilical cord dia ada "true knot" atau dalam bahasa melayunya bersimpul. Maka pengaliran darah terhenti dan menyebabkan si bayi mati. Aku balut mayat bayi lelaki tadi dan letak di ruangan berhampiran sebelum attendant lelaki mengambilnya dan diletakkan di peti sejuk sementara.
Gambar bayi yang mati tadi.
peti sejuk sementara yang menempatkan bayi yang mati sebelum, ketika atau selepas kelahiran di wad bersalin.
kelihatan ada dua bayi yang mati pada hari tersebut dan ditempatkan di dalam peti sejuk ini.
Anda boleh saksikan air minuman attendant arab yang bertugas diletakkan di bahagian atas manakala mayat-mayat bayi yang berbau berada di bahagian bawah. Mereka minum dengan selamba. WUEKKK!!
Antara pukul 12 dan 2 am, ada lebih kurang 14 delivery. Aku buat 3 vaginal delivery selebihnya doctor-doctor lain yang turut sambut. Aku baru sahaja nak bangun dari kerusi dan minum air, sekali doctor Rahmah menjerit "get ready, cessarian Section, emergency!"

Apabila dia kata 'emergency sahaja' nurse ngan attendant cepat-cepat pergi ke Operation Theatre untuk uruskan kelengkapan. Aku ambil fail dari katil pesakit dan aku baca history dengan pantas.

WANITA INI TELAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL AGOZA KERANA TIDAK SEDARKAN DIRI KETIKA BERADA DI JALAN RAYA OLEH ORANG RAMAI YANG MENJUMPAINYA. KERANA KETIADAAN PAKAR, HOSPITAL AGOZA TELAH MENGHANTAR PESAKIT TERSEBUT KE UNIT KECEMASAN HOSPITAL UNIVERSITY KAHERAH(KAS EL-AINY).
BELIAU DIRAWAT DI BAHAGIAN INTERNAL MEDICINE. SELEPAS DISIASAT, WANITA YANG KOMA INI DIDAPATI MENGANDUNG ANAK KEMBAR 28 MINGGU(TAK CUKUP BULAN) DAN SETERUSNYA DIPINDAHKAN KE BILIK BERSALIN.

Itulah kesimpulan yang aku dapat buat. Report Dr Mustaqim(pakar internal medicine) sangat panjang dan detail. Tak mampu aku tulis semuanya di sini.

Lab report aku baca. Kesemuanya merunsingkan aku. "Wah banyaknya complication" jeritku dalam hati. Aku campak fail tu atas katil. Aku pun terus berlari dapatkan Dr Hisham (pakar O&G) yang sedang lena tidur di atas sofa. "dr Hisyam, fe emergency"kataku.

Dr Hisyam dengan air liur kat pipi terus masuk O.T baca fail. Nurse-nurse dah siap sedia. Doctor Paediatrik dah standby tepi katil. Dr-dr lain tengah kelam-kabut menyambut kelahiran lain di bilik lain.
Dengan mata terkebil-kebil kerana mengantuk, aku capai kain gown yang sterile. Nurse tolong pakaikan. Aku kena tolong dr Hisyam ni.

15 minit kemudian, setelah amniotomy dilakukan, bayi perempuan pertama dikeluarkan. Susuk tubuhnya sangat kecil. Tak bergerak pun. Cyanosis all over the body. Dr Paediatrik iaitu Dr Mona yang bertugas di situ sambut bayi kecil ini dan bawa ke radiator.

Air ketuban bayi yang kedua ini sangat banyak. Tersembur ke ceiling. Cermin mata aku ngan Dr hisyam terpalit air ketuban. Janggut mahal Dr Hisyam terselamat sebab dia pakai mask.huhuhi. Dr Hisyam angkat bayi kedua, seorang lelaki. Aku ambil dari dia, dan menoleh ke belakang. Alamak!

Baru aku teringat mana ada doctor lain kat situ. Nurse tu suruh aku buat resuscitation, dia boleh tolong Dr Hisyam. Aku pun berlari ke radiator kedua.

Kedua-dua bayi kebiruan(cyanosis). Tak bergerak pun apatah lagi menangis. Di saat cuak tu aku lap bayi seperti biasa dan terus buat endotracheal intubation. Suction dibuat. Aku buat tactile stimulation namun tak berhasil.

Ambu bag!jeritku. Dr Mona jerit balik, "Cari ambu bag lagi satu,saya ada satu jer nih, bayi ni masih 0 apgar score." Lintang-pukang aku waktu tu. Tercari bawah meja, dalam almari, atas radiator, bawah radiator, tak ada! Bayi dah biru gelap! Aku angkat cepat-cepat ke radiator Dr Mona, ambu bag! Dr Mona pass Ambu bag kat aku, aku pump bayi kedua. Aku pass ambu bag kat Dr Mona, dia pump bayi pertama, dia pass balik ambu bag kat aku, dan begitulah seterusnya.

Tak cukup ambu bag punya pasal! Ada satu sahaja kat situ! Demi menyelamatkan kedua-dua bayi terpaksa kongsi ambu bag. Bayi dah kurang birunya, tapi still biru! Nak buat macam mana nih?? Dr Mona dah masuk emosi!

10 minit kemudian, pakcik Adil datang, dia attendant waktu tuh. Diberinya ambu bag yg baru sterile. Aku dah lega dah. Dr. Mona, "take that one, and ambu this second baby". Aku akur walaupun hakikatnya waktu tu aku berfikir, advanced sungguh English Arab ni, "ambu" tu boleh tukar jadi kata kerja pulak. Huhuhuhu. Asalkan makna sampai, yer tak?
'Bayi lelaki yang aku "ambu" semakin lama warna semakin pink. Namun masih tidak menangis, ada degupan jantung tapi masih severe bradycardia, dan masih tidak ada spontaneous respiration.

Bayi perempuan yang Dr Mona handle semakin lama semakin biru. Anda boleh lihat beza kedua-dua bayi seperti gambar di atas(aku sempat snap, kalau bayi tak survive, gambar ni jadi bahan mahkamah lah jawabnya). Kakak H.O tu auscultate bayi perempuan,"no Heart Beat". Dr Mona cemas, manic-manik peluh jelas membasahi raut muka arabnya yang cun itu. 
Diambilnya adrenaline dan dimasukkan ke endotracheal tube. Degupan jantung masih tiada. Dimasukkan dose kedua adrenaline, pun masih tiada.

Dalam hati aku waktu tu memang terdetik bayi perempuan itu tak mampu survive. Aku suruh dr Mona pump jantung mechanically. Ada kakak H.O datang tolong. Sebelah tangan aku mengepam ambu bag bayi lelaki, tangan kanan aku angkat kedua-dua kaki bayi perempuan dan flex the hips.

"What are you doing?"tanya Dr Mona. "Improve circulation, I saw Dr Mostafa did like this many times before"jawabku. "OIC,"desis Dr Mona. Kakak H.O tu teruskan ambu bayi perempuan dan Dr Mona sedang siapkan dose adrenaline ketiga. Dimasukkan adrenaline melalui endotracheal tube.
"Color improves,"kataku selepas beberapa minit. Dr Mona capai stethoscope dan periksa jantung. Bradycardia! Aku agak lega waktu tuh sebab degupan jantung dah kembali walaupun sangat lemah. Kakak H.O tu mempercepat "ambu" bayi perempuan.
Cuba bandingkan warna dan saiz bayi yang baru dilahirkan dan sihat berbanding bayi kembar tadi, berbeza tak?
"Dr Mona we need mechanical ventilation,"kataku. "I know,"jawabnya pantas.

Mobil Sony Ericson dikeluarkan dari poketnya dan Dr yang bertugas di BILIK INCUBATOR wad Paediatric dihubungi. Aku tak ingat nama Dr yg bertugas tu. Yang pastinya perempuan.

"I GOT BAD NEWS,"kata Dr Mona. "Sekarang semua mechanical ventilation sedang digunakan. Mungkin pukul 10 am nanti baru seorang bayi akan dipindahkan keluar dari mechanical ventilation. Tetapi salah seorang yang lebih baik prognosisnya yang akan dipindahkan ke atas." "bayi kembar lagi satu?"tanyaku pantas.
"Kita tak ada pilihan lain selain ambu terus-menerus atau biarkan bayi mati sekiranya sememangnya tak ada harapan"kata Dr Mona. Kakak H.O tu terkedu.

OWh shittttttttt!!!, inilah benda yang aku paling tak suka dalam bidang perubatan. Mengorbankan salah seorang sekiranya peralatan tak cukup. Kini aku yang terkedu.

Sememangnya inilah jalan yang paling rasional. Sekiranya alat ada satu, dan mangsa ada dua, maka mangsa yang ada peluang untuk hidup akan menggunakan alat tersebut. Memang nampak agak kejam tetapi akan jadi lebih kejam sekiranya mangsa yang tiada peluang untuk hidup menggunakan alat tersebut DAN MATI, manakala mangsa yang ada peluang untuk hidup bertukar menjadi tiada peluang untuk hidup dan MATI. Akhirnya kedua-dua MATI.

Perkara yang sama berlaku ketika kemalangan arwah Ammar dan Abdul Rahman(sahabat kami yang kemalangan tempoh hari). Apabila satu ambulan yang berkejaran dari jauh tiba di highway pada malam itu, waktu tu ada dua nyawa yang masih hidup, Ammar dan Abdul Rahman. Pada mulanya ambulan mengambil si Ammar tetapi selepas beberapa meter, mereka berpatah balik dan menurunkan si Ammar kerana doctor yang ada dalam bulan itu kata Ammar tiada peluang untuk hidup. Maka Ammar diturunkan dan Abdul Rahman dimasukkan ke dalam ambulan. Si Ammar melepaskan nafas terakhir di tempat kejadian selepas beberapa ketika manakala Abdul Rahman sempat diselamatkan dan masih bernyawa ketika kini. Al-fatihah untuk arwah si Ammar.

Cuba bayangkan sekiranya Doctor dalam ambulan itu tak membuat keputusan yang betul dan membawa Ammar guna ambulan. Arwah Ammar akan meninggal dalam perjalanan dan Abdul Rahman juga akan mengalami nasib yang sama sementara menunggu ambulan kedua yang datang dari jauh ke tempat berlakunya kemalangan. SEMOGA DISIMPANGKAN. Namun doctor arab yang bertugas itu sangat bijak untuk membuat keputusan pada saat-saat kritikal ini dan abdul Rahman dapat diselamatkan.

Membuat keputusan sebegini tidak tertulis dalam buku teks perubatan. Mereka yang berfikir, gigih mengambil pengalaman akan lama-kelamaan mengetahui cara membuat keputusan sebegini. Mereka yang sambil lewa belajar dan malas buat praktikal, maka akan menyesal kemudian apabila pesakit mati , kesan dari kebodohan dan kemalasan doctor yang bertugas. Aku tak salahkan orang lain. Kebanyakan doctor yang stress dan kena ambil tindakan disiplin dan mahkamah, memang mungkin disebabkan sebab yang tidak boleh dielakkan, TETAPI kebanyakannya BELAJAR SAMBIL LEWA,SETAKAT NAK LULUS EXAM, bila berhadapan dengan pesakit, salah buat keputusan dan pesakit mati. Aku tak salahkan orang lain.
Kembali kepada cerita di atas. Selepas mendengar berita malang di atas, aku serahkan Ambu bag bayi kedua pada Dr Mona manakala kakak H.O meng"ambu" bayi pertama.

Aku masuk O.T tadi. Seorang doctor pakar lain ada di samping dr Hisyam. Aku tak dapat tangkap perbualan mereka dengan jelas, cuma yang aku faham waktu tuh, aku dengar berita malang kedua.

Disebabkan komplikasi serius, Si ibu terpaksa buat hysterectomy iaitu operation membuang rahim. Aku terkedu. Emosi menjalar masuk dalam tubuh. Aku cuba bertahan.

Dr Hisyam suruh ambil consent isi, dan minta tanda tangan waris untuk membenarkan operation ini dilakukan. Aku cakap kat nurse yang duduk di luar. Nurse tadi keluarkan consent dan aku hubungi wad Internal Medicine. Dr yang ada di situ kata mereka menerima pesakit itu tanpa waris. Tiada ahli keluarga yang mengetahui bahawa si ibu sedang koma dan sedang sibedah sekarang!

Ya Allah,mengucap aku banyak kali waktu tuh. Dr Mona dah istighfar banyak-banyak dah waktu tuh. Masing-masing buntu nak buat macam mana.

Si Ibu masih tak sedarkan diri. Perutnya masih terdedah. Rahimnya masih bersambung dengan organ lain tapi bahagian atas atau fundusnya terpancul keluar dan diletakkan di atas abdomen si ibu.

"We have to do it now,"kata Dr Hisyam. Aku mengangguk sebagai saksi dalam consent ini. Dr Hisyam dan dr pakar sebelahnya(aku tak ingat nama dia) terus memulakan operation Total Abdominal Hysterectomy dan Bilateral Salpingo-Oophorectomy. Operation buang rahim, Fallopian tube dan Ovary sekali. Aku tak tahu sebab apa tube dan ovary dibuang sekali. Dr Hisyam cakap, tapi aku tak dapat tangkap sebab dia cakap istilah khas tu dalam bahasa arab.

Aku kembali ke radiator. Kakak H.O tertidur, tangannya pegang ambu, tapi tak pump, bayi daripada merah dah biru balik. "Kakak pergi tidur, biar saya pump,"kataku. Dia bangkit dan cari tempat di belakang pintu O.T untuk tidur.
Gambar kakak H.O yang tertidur. Aku ambil gambar ni sebab dia kata dia masih jaga dan mampu pump lagi. Pump apanya?? Bayi dah biru tuh!!

Dr Mona menguap panjang, tangannya tak berhenti mengepam walaupun matanya semakin kecil. Dia sudah bertugas hampir 24 jam dari semalam, belum rehat lagi. Cuba bayangkan. Tu pakar kanak-kanak! Kalau Medical Officer? Kalau Houseman? Tak payah cakap la. Kalau nak dekat solat subuh dan jalan macam zombie, sambut kepala bayi, tapi kepala dia yang tersenguk-sengguk, tertidur atas katil pesakit atau tertidur kat bilik persalinan baju atau tandas, aaaa tu houseman la tuh. Aku dah biasakan diri tidur alternate day kalau aku buat attachment hari ada kuliah berbekalkan Nescafe, so tak jadi masalah bagi aku.

Operation selamat dijalankan. Si ibu dah sedar. Tiba-tiba aku terdengar jeritan dari O.T. "nurse, kenapa si ibu tuh"tanyaku. "Dia menjerit tengok perutnya berbalut, bertanyakan dia di mana dan kenapa, dia kata waktu akhir yang diingat waktu dia sekolah menengah," kata nurse.

Aku tergamam. Membulat mata Dr mona dengar berita tersebut. Aku tengok kakak H.O tu dah jaga dari tidur dan mukanya cemas. Allahu akbar, terkumat-kamit bibirku melafaz zikrullah. Ingin tahu kenapa kami semua tergamam?

Si ibu telah hilang ingatan. Mungkin disebabkan factor yang menyebabkan dia pengsan di jalan waktu di Agoza tadi atau pun disebabkan delivery secara Cessarian tadi. Aku pernah terbaca dalam BUKU TEKS O&G WILLIAM, si ibu mungkin akan hilang ingatan sekiranya ada komplikasi sewaktu vaginal Delivery atau Cessarian seperti pendarahan yang berlanjutan, dan malfunction of the brain. Secara detail nya aku tak ingat sebab incidence berlaku 1 dalam sejuta. Sangat jarang. Disease ini ada nama khasnya namun aku tak ingat. Tapi kini ia berlaku di depan mata.

Bukan sahaja lupa tempat tinggal terakhirnya, dia tiada memory sama ada dia sudah bersuami atau belum dan tiada memory bahawa dia telah mengandung. Bagaimana Dr nak terangkan bayi yang kami pump dari pukul 2 tadi ni adalah bayi dia, sedangkan dia tak ingat apa-apa???????????

Aku blur waktu tuh. Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu dengan sebab. Mungkin allah hilangkan memory kerana Allah tidak ingin si ibu mengingat perkara hitam yang berlaku dalam tempoh ini atau pun mungkin ada hikmah lain. Yang pastinya nurse kena tenangkan si ibu dan minta alamat rumah waktu dia tinggal ketika sekolah menengah tersebut untuk trace ahli keluarganya. Polis akan melakukan kerja tersebut.

Tepat 8 am, dari pukul 2 am sampai 8 am. Sudah enam jam kami mengepam bayi kembar tersebut. Keadaannya masih sama. Kami yang amat mengantuk waktu tu tak dapat berbuat apa-apa. Penatnya tak dapat nak cakap. Kakak Houseman tu dah surrender. Aku tak boleh nak pass langsung ambu bag tu kat dia, dia pegang aje ambu tu dia terus tertidur, bayi biru balik! Shift tukar pukul 8.30, masing-masing dah tak sanggup nak tunggu lagi kat hospital.

Aku tanya kakak Houseman tu,"Macam mana kakak nak balik rumah? Jalan pun macam zombie nih?" Dia tersenyum. Matanya dah ptosis habis dah. Naik teksi la jawabnya.

DR Mona bangkit. Dia serahkan ambu bag kat aku. Maka aku ambu kedua-dua bayi tersebut. Dia tulis report untuk diserahkan pada Dr Paediatrik yang bertugas seterusnya. Wad bersalin kembali bising. Nurse-nurse sedang bertengkar. Perkara biasa. Apabila nak tukar shift, sekiranya nurse dan attendant yang bertugas sebelumnya tinggalkan report tak lengkap, barang bersepah-sepah, darah atas lantai tak cuci, maka nurse yang menyambung tugas akan menjerit-jerit sampai jadi bising Wad Bersalin tu. Aku dah biasa dengar.

Mengantuknya aku waktu tuh,berhenti ajer mengepam bayi akan cyanosis dan mati. Aku tak boleh berganjak langsung. Pukul 8.30 tiba, ada abang Houseman masuk. Dr Mona tersenyum. Dr Mona menyuruh abang Housman tu menyambung kerja mengepam sementara menunggu mechanical ventilation kosong.

Aku bangkit, kuangkat bag sandangku. "Pump continuously,"pesanku. Aku berlalu di belakang abang H.O tadi sambil sempat menepuk belakangnya. "take care," kataku. Dalam hati terdetik, selamat mengepam sehingga esok pagi! :-)

Doakan kedua-dua bayi kembar dapat survive, si ibu pulih ingatan dan kami dapat berjalan pulang dengan selamat walaupun berjalan macam zombie sebegini. Selamat Datang ke dunia perubatan.


**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.



Comments

bujang sudin said…
moral of your story=pergh susah gila nak buat keputusan dlm masa yg singkat. lagi-lagi kalau setiap pilihan akan korbankan yang lain

p/s=mlm semalam result taun 2 dah kuar kat tenet, besok dijangka taun 3, taun 5 wohh makin dekat!
alah, ko power, tidur aje, tak yah risau result ko
bujang sudin said…
This comment has been removed by the author.
bujang sudin said…
aku berharap lulus. itu sudah rahmat yg besar. amin.

bab power tu, ko lagi la, da sixth year here i come da kat status ym tu. aku xleh sbb bukan masalah zuhud, tapi tak konfiden. hohoho
Anonymous said…
Abg Faizal membuang kan saya was2 nak jadi doktor...Iza ny
it is tiring, it is absolutely difficult but when u r the one who can save the patient, u will be very satisfied and grateful that u r a dr when the patient survives. experience it and u will know how it feels
musafirtibbi said…
Fuh,,bila nak bleh gi ikut dr faizal ni gi spital...
Anonymous said…
subhanallah..
mencabar sungguh kerjaya doctor ni ae..anyway slamat meneruskan perjuangan yg suci ini..
shahida said…
entry yang panjang tapi menarik..

best la jadi doktor~ jeles
bile ak bace psl myt bayi n ibu tu ak xsedih lngsong.. biase lah tu kite kne buat kputusn.. tp bile bce psl ama n kwn die tu dr kne wt pilihn jgk.. ak jd sedih gile.. mcm2 soalan 'kenape' kluar kt otak ak..
tp mmg da ajal ama n bukn ajl kwn die.. xde sape y kite prlu slhkn..
tp ak mc mtrkilan jgk lah kan sbb xde 2 ambulan.. ama mmg cdra prh n xde hrpn utk slamat tp xmustahil keajaiban akan berlaku kalu die diselamatkn sehingga saat akhir..

ak xslhkn sape2 coz mmg xde y slh..
t tkdir ama.. cume ak trase sedih sgt die tinglkn kite cpt sgt..

tah cmne tah ak ley nangis padehal
cite psl ama kt ats tu sikit sgt..
tp tu cukp utk ak tringatkn die.. da sebulan da ama prgi n lg 10 hari je besday kitorg.. igtkn nk clbrate same2 ngn die..

pape pon al-fatihah la utk ama..
asam garam kehidupan..doctor hanya buat yang terbaik untuk selamatkan pesakitnya, even memudaratkan dirinya sendiri..

al-fatehah untuk arwah ammar
doakan 2 sahabat mereka yang masih belum pulih dianugerahkan kesihatan seperti dahulu, kedua-dua mereka akan dihantar oleh jpa melalui pesawat egypt air untuk mennyambung rawatan di Malaysia atas permintaan ahli keluarga

thanx for reading
Dr. E-iN said…
waaaaaaaaaa........
susahnyaaaaaa!!!!!!!
dealova said…
fuh,,,
suke gile baca crita2 gini..
dppt smgt n x sbr menanti masa tersebut...=)

kt ward pun boleh bising2 ek?
kalo kt msia msti x gini kan..
al-aman said…
Waaahhh.... saya masih berdebar ketika membaca kisah ni. Memang berat kerjaya sebagai seorang doktor ni. Teruskan wahai doktor2. Kerjaya ini memang mulia!
Anonymous said…
salam..besnyer keje kt O&G!! huhu..Dr2 kt sne ckp english ke arab?
budak irbid, jordan said…
cool bang. cuma bahagian kepenatan melampau tu agak menakutkan. kalau kepenatan tu hanya seminggu dua tak apa, tapi malangnya bertahun2. erm, tapi, apa2 pun sgt cool dan menambah motivasi saya.

:)
be positive..allah tak akan duga makhluknya dengan dugaan yang tak mampu dihadapinya, so every one of us can handle it perfectly, dont give up and learn how to improve urself

anonymous...di dunia arab, sume dr cakap arab kecuali perkataan saintifik medic
Musafir diri said…
"Dia menjerit tengok perutnya berbalut, bertanyakan dia di mana dan kenapa, dia kata waktu akhir yang diingat waktu dia sekolah menengah,"

hahaha... nostalgia ni... rupa2nye dah dekat setahun... ^_^
Musafir diri said…
komen atas tu xde kne mngene dgn post ni... teringat insiden dulu2... sory tuan blog...
Mohd Ashraf said…
salam dr.
aku belajar bidang perakaunan, x pernah temui situasi mendebarkan macam dr, sbb kitorang x berhadapan dengan isu hidup dan mati. tapi, bila baca tulisan dr, pergh! jantung macam nak tercabut! boleh rase suspense tu.
aku ade ramai kawan amik medic, so now i know what they will face in the future.
nak link kan blog dr kat blog saya boleh? very inspiring and educational.
immi said…
salam....
bukang mudah untuk buat keputusan lagi2 berkaitan dgn nyawa...

nak tny kenapa myat bayi letak lgi2 adalam peti ais?apa yang terjadi pada baby kembar n ibunya akhirnya?

cayok always....
mayat bayi diletakkan dlm peti ais untuk sementara i mean within 24 hours, sebelum diambil dan dikebumikan oleh ahli keluarga

bayi kembar dan ibu? wallahu alam..ibunya lepas tu diambil oleh medical department and psychiatry department, bayi kembar diambil alih dibawah wad kanak-kanak, so kami di wad O&G tak lagi bertanggungjawab atau mengambil tahu pasal indvidu tersebut...byk lg ibu dan bayi yg kena jaga
beebill said…
cerita yang menyedihkan...
benar2 miris saya membacanya
Anonymous said…
...cmtu ke kptsn yg kene buat. sungguh x sangke cmtu skali tp utk kebaikan smue...ermmmmmmmmmmmmmm
salam.mantap2.minta izin copy post ni ye..
cdey seyh tgk baby2 2..da x bnyawe..i Love baby..hukhuk..masuk dLm ice box..mmg kt mLysia pn wt cm 2 gk ea??
Asma said…
saya sgt terharu dgn pengorbanan seorang doktor yg sgt amanah ini..

Popular posts from this blog

Study la wei!

Pesakit Mati !!

Sakaratul Maut (2011)