Posts

Showing posts from March, 2011

Penangan Sakit Kulit (2011)

Image
Penangan Sakit kulit.
“Come with me (Ikut saya),”tegas doctor  setengah abad ini tegas.

Aku mengangguk. Akur. Langkahnya yang laju mengejar masa kukejar.  Ada orang jalan lagi laju dari aku rupanya. Bermonolog sendirian. Kalimah tak terluah.  Kaki lima wad surgery 25 kutinggalkan. Entah ke mana diriku dibawa. Tak berani bertanya.
“Burn Intensive Care Unit”
Jelas terpampang kalimah tersebut di dinding. Aku tersenyum. Susah sebenarnya nak dapat kebenaran masuk wad ini. Satu badan kena steril dahulu baru boleh masuk. Pesakit yang melecur akibat kebakaran ataupun melecur atas sebab lain tidak boleh terkena jangkitan langsung.  Tidak hairanlah wad ini kelihatan lengang. Pelajar perubatan pun tidak dibenarkan masuk, apatah lagi kaum keluarga pesakit.
“Wear that gown and sterile (pakai pakaian ini dan sterilkan diri),”jelas Dr Zeyad. Kulontarkan pandangan ke atas meja. Gown hijau yang telah steril ada dalam bakul. Sarung tangan, pelapik kepala dan pelapik kasut ada sekali. Kulantas mensterilkan …