Posts

Showing posts from March, 2013

Jarum Dalam Daging (2013)

Image
Jarum Dalam daging "Kak, patient dah sampai?" tanyaku ingin tahu. "Dah doktor, ada dekat bilik 6,"jawab kakak jururawat   mesra. Aku memang suka bertugas di labor room (dewan bersalin)ni.  Sunggu gembira rasanya dapat sambut kelahiran dan azankan bayi sejurus dilahirkan. Segala penat lelah hilang entah ke mana.  Kakitangan dewan bersalin ni ramah-ramah dan baik hati. Walaupun hampir semuanya lebih tua dariku malah ada yang dah pangkat makcik kepadaku pun akur menurut perintah. Hahaha. Aku tidak sekejam itu. Bahkan banyak yang kita belajar daripada jururawat @bidan-bidan yang ada di dewan bersalin ini sekiranya kita ringan mulut bertanya dan sikap disenangi ramai. Kuhayunkan kakiku ke arah bilik 6. Seorang wanita cina yang sarat mengandung terbaring di atas katil menahan kesakitan pabila rahimnya menegang sebagai persediaan mengeluarkan bayi. "puan Siaw yer?" angguknya lemah. "Saya doktor faizal, saya