Posts

Showing posts from May, 2011

Apabila Pesakit Blacklist (2011)

Image
Apabila pesakit blacklist… “Faizal, kau pergi la cuba masukkan branula(jarum) kat pakcik tu, pakcik Rahman tu dah blacklist aku. Aku datang ajer dia angkat tangan tak nak,”keluh Dr Aisha dalam tersenyum. Doctor-doctor lain sedang duduk santai di kaunter wad. “Eh eh, ko pun sama ke? Aku dah cuba 2 kali lepas tu dia terus dah tak nak jumpa aku,”kata Ah Lek dengan loghat Melayu Cinanya. Semua orang tersenyum. Rupa-rupanya semua doctor yang berkumpul di situ dah diblacklist oleh pakcik tu. Macam-macam versi “blacklist” dikongsi. Aku tergelak. Geli hati pula rasanya. Kuangkat punggung terus jumpa pakcik Rahman. Beliau terbaring. Bajunya lencun dek peluh. Tapak tangan dan bibirnya pucat. Hemoglobin 7. Anemic.  Aku terlihat troli yang menempatkan segala jarum suntikan dan tiub darah di tengah-tengah jalan. Phobia. Tak ada pesakit suka tengok doctor tolak troli tersebut ke sana dan ke sini. Sakit kena cucuk! Aku terus tolak troli masuk bilik sebelum aku pula “diblacklist” ! “Pakcik macam m

Anak Pontianak (2011)

Image
Anak Pontianak “Kak ita dah sampai dr?” tanya pakcik Hasan. “Belum, pakcik. Kejap lagi sampailah tu,”balasku memujuk. Ditarik muka masam. Mukanya berpaling ke jam dinding. Dari 7 am ditunggunya, dah petang dah masih tak kunjung tiba. Aku mengetam gigi. Kalau tak dapat tunaikan, janganlah berjanji. Kasihan pakcik Hasan ni, tunggu anaknya dari 2 minggu lepas tak kunjung tiba. Asyik soal pasal kak ita sahaja. Aku bangun dari kerusi. Branula siap dipasang. Bergegas berjalan laju menuju ke kaunter, kerja bertimbun-timbun. Hospital Pasir Berdengung tengah kelam-kabut. Segala system kucar-kacir gara-gara arahan tekad pengarah hospital untuk mengaplikasi system berkomputer dan memansuhkan segala bentuk “hard copy”  yang bertahun-tahun digunapakai. Semua doctor dan jururawat daripada tahu buat kerja jadi tak tahu, yang laju jadi lambat, yang tak rabun jadi rabun, yang siap kerja awal jadi tak siap, yang datang lambat jadi datang awal, gara-gara terpaksa berebut computer untuk menyiapkan seg