Apabila Pesakit Blacklist (2011)

Apabila pesakit blacklist…

“Faizal, kau pergi la cuba masukkan branula(jarum) kat pakcik tu, pakcik Rahman tu dah blacklist aku. Aku datang ajer dia angkat tangan tak nak,”keluh Dr Aisha dalam tersenyum. Doctor-doctor lain sedang duduk santai di kaunter wad.

“Eh eh, ko pun sama ke? Aku dah cuba 2 kali lepas tu dia terus dah tak nak jumpa aku,”kata Ah Lek dengan loghat Melayu Cinanya. Semua orang tersenyum. Rupa-rupanya semua doctor yang berkumpul di situ dah diblacklist oleh pakcik tu. Macam-macam versi “blacklist” dikongsi. Aku tergelak. Geli hati pula rasanya.

Kuangkat punggung terus jumpa pakcik Rahman. Beliau terbaring. Bajunya lencun dek peluh. Tapak tangan dan bibirnya pucat. Hemoglobin 7. Anemic.  Aku terlihat troli yang menempatkan segala jarum suntikan dan tiub darah di tengah-tengah jalan. Phobia. Tak ada pesakit suka tengok doctor tolak troli tersebut ke sana dan ke sini. Sakit kena cucuk! Aku terus tolak troli masuk bilik sebelum aku pula “diblacklist” !

“Pakcik macam mana? Sakit lagi kaki?”sapaku dengan suara yang agak lantang. Matanya yang tertutup dibuka.

“Tangan pakcik sakit. Pagi tadi lagi dah kebas. Dah bagi tahu jururawat tapi tak ada buat apa-apa pun,”jelasnya dengan nada perlahan.

“Tak boleh ambil darah kat tangan pakcik ni, salur darah tak nampak. Kalau main cucuk ajer, tak dapat darah nanti, tu yang lebam-lebam ni,”kataku cuba menyebelahi pakcik Rahman.

“Pakcik rehat la dulu, nanti saya buatkan yer.” Pakcik Rahman mengangguk. Kasihan.

Pakcik ini ada gas gangrene di kaki kirinya. Dah dua kali buat wound debridement dah tapi  masih “septic look”. Terbaring tak bermaya di atas katil dah lebih 2 minggu.

TENSION

Pakcik Rahman tension dengan kaki beliau yang tak sembuh-sembuh, keadaan beliau uzur, segala antibiotic dah bagi, sekali tissue culture keluar MRSA (methycillin resistatn staphylococcus aureus). Lintang pukang kami mengasingkan beliau dari segala pesakit yang lain dan bagi antibiotic lain.

Doctor-doctor tension sebab salur darah pakcik ni susah nak cari. Segala ubat dan ujian makmal perlu buat. Hari ni dan semalam tak boleh transfuse darah sebab branula tak dapat masukkan. Lebih tension apabila pakcik ni blacklist hampir semua doctor yang bertugas kat wad tu.

Aku lagi tension.  Semalam rentung aku kena tegur dengan doctor pakar. Depan orang-ramai pulak tu. Beliau tanya macam-macam soalan teori sampai nak dekat 30 minit wad round dekat satu-satu pesakit. Banyak lagi aku tak tahu. Yang tahu pun bukan ingat sangat. Daripada tembak entah apa-apa dan merisikokan nyawa pesakit, lebih baik aku kata “tak ingat, perlu rujuk”.

“Mana boleh tak ingat,” jawab beliau dengan muka yang garang. Mata membulat. Aku terkedu. Did they remember everything? I am curious, really. Sebenarnya semua orang hanya menunggu giliran untuk rentung. Do not wait, it will come unnoticedly.

KEKANGAN WAKTU

 Aku mendesus. Sakit hati Tuhan saja yang tahu. Patut masuk kerja pukul 8. Mana-mana doctor yang datang pukul 7 berisiko kena marah, apatah lagi kalau masuk pukul 8. Aku datang kerja sebelum pukul 6. Tenang sikit buat kerja, dan tak berebut komputer dengan doctor lain untuk mengemaskini progress note setiap pesakit.

Pekerja hospital yang lain balik tepat pukul 5. Kami ni kalau tak siap kerja sampai ke malam la buat kerja. Balik dah penat. Hampir setiap hari terlelap atas katil dengan baju kemeja tak bertukar, dan masih berstokin. Dah rutin kut keadaan tu. Pantang letak kepala. Tu belum oncall di mana kerja 36 jam terus menerus. Bila round wad, rentung kena laser dengan semua senior, pakar dan consultant apabila teori tak mantap. Tak hairanlah ramai ambil cuti kecemasan (emergency leave), tak pun minta berhenti kerja terus!

Bila nak study? Soalan ni terus bermain dalam kotak fikiran sampai saat ni. I have to re-schedule my activities, otherwise the consultant will blacklist me later on.

TERKEDU

“Zulfahmi, tahu antibiotic beads tu macam mana?” tanya doctor pakar.

“Dah tengok waktu kat medical department dulu,”jawab Zulfahmi tenang.

“Beads tu manik. Ada tasbih? Kalau tak ada minta kat Faizal ngan Arif (graduan Mesir),” jawab pakar selamba. Semua tergelak dengan lawak spontan beliau.

Aku terkedu. Rasa macam kena tampar pun ada. Sedang diri sibuk nak cari masa untuk rehat dan study, masa untuk ibadah khusus dengan Allah waktu kerja ni semakin berkurang. Termenung aku dibuatnya.

Biarlah diblacklist pesakit,

Biarlah diblacklist pakar,

Usah sekali-kali diblacklist Allah.

Ampunkan diriku Ya Allah.

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Comments

dayanaazhar:) said…
gerun saya baca pengalaman doctor ni. takut nanti tak sanggup kena tegur, kena blacklist dgn pesakit *which okay jugak sebab kurang sikit beban nak layan pesakit tu* and takut terlampau penat sampai solat pun tertinggal.

saya doakan doctor terus berusaha mengharungi all the obstacles and the ranjau and duri. that's life. saya yang cita2 tinggi nak jadi doctor ni pun kena usaha lebih dan tak boleh dah nak main2.


btw , terima kasih sudi share pengalaman:)
amalina said…
memang susah kerja doktor ni..
moga Allah permudahkan.. =p
kami perlukan doktor seperti tuan,
setiap bakti yang ditabur melebihi segala ibadah2 sunat yang lain, insya-Allah...
As said…
:) *senyum*

As pernah tanya seorang pensyarah di universiti As yang jugak merupakan doktor pakar.
"kenapa ye pakar2 kena marah2 macam tu kat HO?"

Dan As senyum dengar jawapan beliau. Seorang yang As sangat hormati macam ayah sendiri :)

Ini jalan yang telah Allah letakkan untuk tuan hamba. Allah tahu kamu lebih layak dan mampu sedang hamba2 yang lain diuji dengan dengan ujian berbeza.
Satu sahaja pesan As,
Sabarlah dalam bersabar!

Moga segala keringat menjadi saham di akhirat
Ameen
Tabibbatunhawa said…
haish....takutnya aku...
AliaNajwa said…
hee baru belajar pasal mrsa td!takutnye bile bc ni..isk3 cmne la nasib sy nnt..
StudentMedicEgypt said…
Salam alaik. MashaAllah. kagum ngan anta. Moga Allah kuatkan utk tempuh cabaran mendatang.
harry's twin said…
alhamdulillah...semoga hidayah Allah sentiasa menaungi kita semua... =)
salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!

Popular posts from this blog

Study la wei!

Pesakit Mati !!

Sakaratul Maut (2011)