Posts

Showing posts from September, 2011

Gila ke tak Gila (2011)

Image
Gila ke tak Gila (2011) Assalamualaikum. Eh kak, kenapa tu? DOKTOR, TOLONG DOKTOR ! PATIENT NI NAK TERJUN TINGKAP! Kus semangat! Berdegup kencang jantungku. Apahal pulak ni? Ku berlari ke arah tingkap dan ingin terjun bersama  terus memegang tangan kiri pesakit yang sedang memegang tingkap. 2 orang staff nurse memaut erat tubuh pakcik ini sambil makan kuih. “Pakcik baring kat atas katil ni. Nurse jaga kejap. Saya nak call PSY (psychiatrist)on call.”kataku sambil berlari-lari anak ke arah telefon. Beberapa kelibat manusia lantas datang ke arah tingkap dan memindahkan pesakit ke katil dengan pengawasan. Pagi ini tak seperti biasa. Pesakit bernama Othman ini baru sahaja dimasukkan ke wad ortopedik daripada Jabatan Kecemasan malam tadi. Aku yang baru datang kerja subuh pagi itu terpinga-pinga memerhati apa yang berlaku. Kulantas mencari BHT katil 26 dan membaca progess note pesakit tadi dari dalam computer. Cervical injury (kecederaan tulang leher). Pesakit ini telah menggantung diri