Posts

Showing posts from March, 2010

Pesakit Mati !!

Image
Pesakit Mati
Grrrr, sejuknya hari ni! Monolog sendirian. Jam di tangan kanan menunjukkan pukul 1 tengah hari. Aku baru habis round rheumatology sebentar tadi. Perutku memulas-mulas. Tandas mana nak masuk nih???
Kuhayunkan kaki ke menuju tandas berdekatan dengan wad ENT(ear nose and throat). Minta-minta sempat :-p
“Yabny, enta hatruh feen(kau nak pergi mana)???”sergah si Ahmad,kawan arab Mesir ku yang tinggi lampai. “3andy haga delwaqty, bye bye,(aku ada hal)” kataku dingin. Huhuhu. “Hategy ma3aya delwaqty (Kau pergi ikut aku sekarang),”paksa Ahmad.


Ditariknya tanganku tanpa menunggu sebarang reaksi. Eiiiiii Aku dah la nak cepat masuk tandas ni! Si Ahmad ni memang perangai dia macam ni, pantang jumpa aku, dah susah nak lepas. Kepala batu , macam aku gak, tu pasal serasi kut. Haha. Aku pun ikut jerla dengan muka yang tak puas hati ke dalam wad ENT tu.


“Apasal ni? Kau nak study ENT balik ke?”soalku. “Ada patient baru lepas seminggu jalani operation, dia ada CSOM (Chronic Suppurative Otiti…