Pesakit Mati !!
Pesakit Mati
Grrrr, sejuknya hari ni! Monolog sendirian. Jam di tangan kanan menunjukkan pukul 1 tengah hari. Aku baru habis round rheumatology sebentar tadi. Perutku memulas-mulas. Tandas mana nak masuk nih???
Kuhayunkan kaki ke menuju tandas berdekatan dengan wad ENT(ear nose and throat). Minta-minta sempat :-p
“Yabny, enta hatruh feen(kau nak pergi mana)???”sergah si Ahmad,kawan arab Mesir ku yang tinggi lampai. “3andy haga delwaqty, bye bye,(aku ada hal)” kataku dingin. Huhuhu. “Hategy ma3aya delwaqty (Kau pergi ikut aku sekarang),”paksa Ahmad.
Ditariknya tanganku tanpa menunggu sebarang reaksi. Eiiiiii Aku dah la nak cepat masuk tandas ni! Si Ahmad ni memang perangai dia macam ni, pantang jumpa aku, dah susah nak lepas. Kepala batu , macam aku gak, tu pasal serasi kut. Haha. Aku pun ikut jerla dengan muka yang tak puas hati ke dalam wad ENT tu.
“Apasal ni? Kau nak study ENT balik ke?”soalku. “Ada patient baru lepas seminggu jalani operation, dia ada CSOM (Chronic Suppurative Otitis Media) – Cholesteatoma dengan komplikasi ke otak,”kata Ahmad dalam bahasa Arab campur Inggeris. “What are the complications?”soalku lagi pantas. “See the CT scan,”kata Ahmad.
Aku pun keluarkan kepingan radiology dari sampul yang ada di pejabat waktu tu. Bukan CT scan ajer dalam sampul tu, MR angiography pun ada. Pelik aku, kenapa buat MR Angiography sekali? CT cukup lah, MRA dah la mahal. Terlintas soalan tu dalam benakku. “See it first,”katanya.
Dah tengok baru aku tahu kenapa kena buat MRA. This patient actually is having CSOM and complicated with Lateral Sinus Thrombophlebitis with Extradural Abscess with history of 3 previous Radical Mastoidectomy operations (yang bukan dalam bidang perubatan maaf yer, x dapek den nak translate)Emm kenapa sampai 3 kali? Dalam masa sebulan pulak tu. Aku minta complete history dari secretary. Ahmad tengok ajer apa aku buat.
Aku tak tahu apa motif dia tarik aku tengok file patient nih. “So what do you want from me actually? The diagnosis is already there,”lantas kutanya.
“This patient still has infection and bleeds massively this morning,in spite of massive antibiotics”kata Ahmad. Aku senyap. “He is diabetic? Taking immunosuppressive drugs?” soalku. “La ya doctor, ma galosh sukkar wala beyahud 3alag,”sampuk nurse dari belakang (tidak doctor, dia tak ada kencing manis atau ambil apa-apa ubat). Ubat yang jururawat tu maksudkan bermaksud Immunosuppressive drugs, ubat yang diprescribe kat hospital ni memang la dia ambil, of course. Anticoagulant memang diambil oleh patient ni sebab thrombosis tu. Possibly anticoagulant can cause the bleeding, but infection? Otakku menerawang~
“Let’s see him,”cadangku. Kami pun mengorak langkah keluar dari pejabat secretary untuk masuk ke wad ENT lelaki. Sampai ajer dalam wad, kami lihat katil dia kosong. “Madam Laila, feen Ustaz Mahmod Atef?” tanyaku dalam bahasa arab. “Dalam OT(operation teatre) telinganya berdarah lagi tadi. Dr Mosa kata kecemasan, maka kami sorong ke OT 10 minit yang lalu,”kata nurse.
Aku tercengang. Kenapa boleh berdarah sampai begitu sekali. Takkan ada leakage pulak. Dah seminggu dah. CT scan terbaru lepas operation yang kulihat tadi normal ajer. Aku minta blood profile daripada nurse. Tiba-tiba Ahmad kata nak balik. “Nothing we can do here,”katanya. Aku diam 5 minit berfikir. “Aku nak masuk operation,”kataku tekad. “EEEEEEEEEEEiiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhh????”jerit Ahmad hairan.(apa)
Aku terus letak beg berisi buku Kumar and Clark yang seberat 3 kilo (lebih kurang) tu di bilik setiausaha tadi. Ahmad masih tanya kenapa aku nak masuk OT pulak. “Aku tak rasa ni masalah surgical. Most probably ni medical problem,”kataku. Ahmad bengis. Dia kata aku akan buang masa sahaja kat situ. Tak ada apa dapat bantu.
“You can leave if u want, I don’t have any problem with that,”jelasku nekad. Jari telunjukku naik member isyarat. Ahmad senyap. Dia dah tahu kalau tangan aku naik tu maknanya aku dah annoyed dengan sikap dia waktu tu. Maka baik senyap dan ikut atau senyap dan pergi. Geram! Dia yang beriya-iya tarik orang masuk wad sampai nak berak pun dah tak ada selera, sekarang dia nak suruh balik pulak, mana aku tak angin?Dia pun berlalu pergi. Suka hati kau~ desisku dalam hati.
Aku masuk OT pukul 1.30 waktu tu. Pelajar Malaysia akhawat tahun 4 baru keluar dari bilik OT. Aku tak ingat nama mereka. Huhuh. Dr Mosa dengan lagi seorang doctor pakar yang tua ada dalam wad.Aku pun tak tahu nama prof tua tu.huhu Patient terbaring tak sedarkan diri atas katil operation. Mata aku terpacak tengok temperature 35 degree. Turun? Oxymeter 80%. Aku tengok DINAMAP pulak, tekanan darah makin turun. Mula-mula aku tak alert. Lepas tu conscious level aku terus kembali dan aku tengok DINAMAP lagi sekali……………….
NO HEART BEAT!!
Pesakit ni telah meninggal dunia 5 minit yang lalu, sewaktu aku tukar gown operation tadi, maklum DR Mosaad. Kecewa bukan kepalang waktu tu. Sekujur tubuh lelaki berusia 34 tahun meninggal di katil operation. Aku baru saja nak bantu mana yang boleh. Allah lebih menyayanginya.
Dr Mosa dan sahabatnya berlalu. Tinggal pakar bius (anaesthetist) dan nurse sahaja dalam OT. Aku diam. Kusedekahkan al-fatihah kepada arwah. Lantas keluar dari OT terus direct jumpa Dr Mosa. “Can I take his blood sample?” soalku. Dr Mosa tercengang. Diam. Dia tenung mataku dalam-dalam. Aku dah cuak! “Leih yabny?(kenapa anakku?)” tanya beliau lembut.
“I want to know the cause of the infection, bleeding and death,”sebutku satu persatu. Dr. Mosa kembali diam. Ditenungnya professor tua di sebelahnya yang turut mendengar. Profesor tu pandang aku. Diangkat tangan kirinya dan diletakkan atas bahu kananku. Aku dah menggeletar seluruh tubuh~ Rasa nak tarik balik soalan tadi. Cuak cuak!!
“I permit u to withdraw his blood only. 5 ml syringe would be enough. But don’t do anything else. Because this patient has passed away. He is now under forensic department. You need the consent from the family member for any other procedure. Otherwise you must answer in the court. You got my point??”tanya Prof tua tadi. Aku mengangguk faham.
Aku berlalu. Lega bukan kepalang. Aku tak tahu apasal aku berani sangat nak ambil darah si mati tu sampai tanya kat prof. Dah buang tabiat ke? Betulke aku buat nih??tanyaku dalam hati…......
Aku kembali masuk OT. Aku cakap kat Anaesthetist tadi pasal ambil darah si mati. Dia tak kisah. Aku pun apa lagi, capai syringe dari nurse terus ambil darah dari cannula yang melekat di salur darah tangan kiri pesakit yang meninggal tadi. Aku sebenarnya curiga, kenapa boleh infection selepas bagi massive antibiotic,siap bleeding for unknown reason lagi. INR dia 3 (coagulation profile yang aku tengok tadi-Normal). Kalau seorang sihat, normal INR antara O.9-1.3 . Kalau patient tu under warfarin(anticoagulant) therapy INR 2-3 dikira sebagai normal. Kalau lebih dari 5 baru ada masalah coagulation dan patient bleeds easily. Secara tuntasnya warfarin tadi tak menyebabkan masalah ini.
Dah dapat darah. Terus aku labelkan dan pass kat nurse. “Specific for HIV screening,”kataku jelas pada nurse. Nurse tercengang. Dr bius yang terdengar kata-kata aku terus angkat muka dan menoleh padaku. Dia tak bertanya apa-apa tapi tunjukkan muka hairan. Aku fikir waktu tu mesti dalam kepala Anaesthetist tu “kenapa sampai HIV budak ni expect?”. Aku anggap ajer. Apa sebenarnya yang dia fikir dalam kepala dia, aku tak tahu. But that’s me. Expect the unexpected. “Kollo haga ma2ol ennaharda,”kataku pada nurse(anything possible nowadays). Kakak jururawat tu sekali lagi tercengang. Aku tinggalkan OT terus pulang ke rumah. Next 2 weeks ada exam. Aku kena study.
2 hari kemudian, aku pergi ke makmal cari blood report arwah(patient yang meninggal 2 hari lepas). Dah jumpa sampul. Aku terus buka. HIV POSITIVE!! Berdegup kencang jantung aku waktu tu. Ahmad yang mengekor turut baca. Dia pun terperanjat! “We have to meet Dr Mosa, now!”kataku pada Ahmad. Dia yang masih kaget mengekor dalam diam seribu bahasa. Dekat ajer sebenarnya wad ENT. Cuma tingkat atas.
Sampai sahaja di wad, tak ada sesiapa pun dalam bilik secretary selain secretary. “Madam, Dr Mosa maugud ennaharda?”tanyaku (dr Mosa ada tak hari ni?). “Maugud, bas ba3da nos sa3ah,”katanya(ada, tapi selepas setengah jam). Aku pun tunggu la dalam wad tu. Ahmad sempat belek fail patient lain. Fail arwah aku pegang.
20 minit kemudian, Dr Mosa sampai. Prof tua hari tu pun ada gak (maafkan aku sebab tak tahu langsung nama prof tua tuh )huhu. Aku terus pass hiv screening test kepada DR Mosa Terbeliak matanya. Rupanya semua operation dan medical treatment yang gagal sebelum ni sebab HIV. Mereka tak sangka pulak, lagipun blood screening for HIV tak diwajibkan pada pesakit. So memang tak tahu HIV punya angkara. Prof tua tadi datang dekat aku.
“You got his file?”
“Yes, sir”
“You know what to do?”
“Absolutely sir,”
“Do it now, thanx for saving lives”kata Prof tua tadi.
Apabila Ahmad dengar doctor tua tu cakap “you know what to do?” Ahmad dah hairan, nak kena buat apa? Pesakit dah meninggal. Apabila doctor tua tu cakap “saving lives” dia naik hairan lagi tapi dia senyap. Sebaik sahaja dua Prof tu berlalu, Ahmad ketuk kepala aku. “Kau nak buat apa?pesakit dah mati, bongok!!”herdiknya dalam bahasa Arab.
“Pesakit tu ada anak isteri. Semuanya kena test for HIV laaaa, bongok!” herdikku balik dalam bahasa arab. Ahmad terdiam. Agaknya musim-musim exam macam ni semua student dah tak dapat fikir dengan waras agaknya~
Berpijak di Bumi yang nyata. Penyakit HIV yang tiada ubatnya semakin merebak dalam masyarakat. HIV hanya boleh dicegah. Penawar masih belum dijumpai.
Sesiapa yang ingin tahu maklumat HIV secara khusus boleh google dalam internet. Everything is there. Kalau inginkan slide powerpoint untuk kempen kesihatan HIV yang saya gunakan di rumah-rumah negeri di Mesir, boleh download di sini
Siapa sangka Negara Islam pun terdapat banyak HIV atau Aids ini. Bersepah to be honest with you. HIV ni merebak secara senyap. Apabila terkena jangkitan pesakit tak sakit apa-apa pun melainkan demam biasa tetapi ramai juga yang tiada apa-apa gejala semasa dijangkiti.
CUMA SELEPAS 5-15 TAHUN, BARULAH TANDA-TANDA HIV MUNCUL.
Maka dalam masa 5-10 tahun ni sebenarnya mereka HIV positive tapi tidak diketahui dan merebakkan bencana ini pada pasangan seksual, isteri dan anak-anak dalam kandungan. Sesiapa ingin tahu tanda-tanda HIV sila google yer, tak larat saya nak tulis kesemuanya di sini. Cuba clicks image kemudian baru nampak gambar-gambar gejala tersebut bagaimana rupanya.
HAKIKATNYA, Negara yang paling banyak HIV –related disease di timur tengah ni adalah Saudi Arabia. Profesor di university yang maklumkan.
HIV di arab Saudi majoritinya disumbangkan oleh golongan homoseksual. Arab Saudi sangat menjaga perempuannya. Tetapi sebahagian lelaki hancur~ Mereka yang gersang mengambil inisiatif membuat anal sex dengan lelaki lembut atau gay atau memang maknyah. Yang customer ini kebanyakannya lelaki straight. Sila google untuk mengetahui hakikat sebenar atau click website ini untuk lihat apa sebenarnya yang berlaku. Website ini dalam bahasa Inggeris.Click di sini.
Negara-negara bukan Islam kebanyakannya lebih teruk of course.
Di Mesir pula HIV disumbangkan seperti di Malaysia, penagih dadah (aku dah terserempak banyak kali dah), pelacuran di jalan HARAM, Giza dan juga golongan homoseksual yang berpusat di Bandar Kaherah, Alexandria, dan Sharm el-Shekh.
Pada 2004(tahun pertama saya sampai Di Mesir) tahun tu masih hangatl lagi di TV dan akhbar tentang penangkapan golongan homoseksual di atas kelab malam gay di atas sebuah kapal di Sungai Nil di Tahrir. pada 2001. Ada saki baki berita yang kita boleh tatapi di sini
Arab ni muka semua straight looking tetapi main belakang. So jangan kata perempuan sahaja yang bahaya disebabkan nafsu arab yang buas, lelaki pun sama. Ada kes tahun lepas seorang remaja berumur 22 tahun masuk emergency sebab berdarah di lubang duburnya. Apabila student surgery tanya macam mana boleh terjadi ? “Kawan sumbat dengan batang kayu”. Apabila buat colonoscopy untuk lubang dubur, ada kesan-kesan disodomi sejak bertahun-tahun lagi tapi cakap kena batang kayu! You cannot lie to the doctor baby~ The evidence is there. Watch your ass!
Cerita pasal ni aku teringat pula kawan kat kuliah pharmacy aku cerita. Latihan ketenteraan wajib di Mesir ni untuk golongan lepas spm (ala-ala plkn gitu, tapi lebih lama dan lasak). Sebelum masuk latihan, ada beberapa pemeriksaan akan dilakukan seperti flat foot detection, fitness activity dan sebagainya.
Antara yang menarik ialah anal inspection(pemeriksaan dubur) macam kat airport. Huhuhu. Sesiapa yang dikesan disodomi akan diberikan shahadah ahmar (sijil merah). Mereka yang dapat sijil merah tak boleh masuk ketenteraan tapi ada cara lain yang dikenakan. Sebabnya arab ni buas, pantang nampak lubang, kalau ada anak ayam yang jambu-jambu suka offer-offer ni, satu kem nanti kerjakan dia. Untuk mengelakkan semua ni, Golongan gay ini dilarang masuk latihan ketenteraan. Aku tak tahu sahih ke tak tapi ramai kawan aku tanya, diorang cerita benda yang sama, pastu gelak ramai-ramai. So waktu minta kerja nanti kalau ada yang bagi sijil merah, paham-paham la, hahaha. Malaysia should apply this! lebih-lebih lagi setiausaha politik (kontroversi tapi nak tulis gak, haha).
Dadah pula ditanam oleh golongan-golongan yang tak bertanggungjawab di Sinai. In my personal experience, saya dah jumpa seorang ambil marijuana, 2 lagi ambil cocaine dan sekumpulan sahabat ambil Hashish. Kesemuanya pada awalnya kawan-kawan saya di university (budak main campus, bukan kuliah perubatan, ok). Ada cerita di sebaliknya sampai saya lari balik rumah pukul 3 am bila syok-syok tgk tv di rumah mereka tiba-tiba semua start keluarkan dadah dari tapak kasut. Malas nak cerita kat sini. Lain kali saya tulis di post yang lain sebab nanti jadi terlalu panjang~
Moral value di sini, expect the unexpected. Dah sah kekasih tu HIV negative, tiada dadah baru kahwin. Otherwise you are just inviting trouble.
antara tanda yang selalu didapati pada pesakit HIV -pseudomembranous candidiasis
Sesiapa yang dijangkiti HIV dan perlukan khidmat nasihat dan bantuan sila contact saya secara personal di faizalbobby@yahoo.com atau guna email ini di facebook. Saya akan tolong semampu boleh. Sekiranya tak mampu, saya ada sahabat di hospital yang mampu beri bantuan (Mesir). Kalau Malaysia saya boleh minta tolong senior-senior insyaallah.
Sesiapa di Mesir yang ingin buat pemeriksaan darah untuk HIV boleh buat di hospital-hospital kerajaan. Sekiranya ingin result yang pantas dalam 2 hari dan secara privacy, boleh buat di Hospital Kasr El-Ainy Faransawy di Department Immunology, tingkat 2. Bayaran dikenakan di situ 60 ginih. Bergelumang dengan darah di hospital kadang-kala merisaukan saya, maka saya selalu buat HIV screening dengan Hepatitis Marker di hospital ini. Cepat dan tidak sesak (hospital swasta).
blood screening test saya beberapa tahun lalu. Yang terkini entah letak mana, bilik bersepah.
HIV itu bala yang Allah turunkan atas sebab murkaNya pada manusia yang engkar perintahnya. Sehinggakan mereka yang tidak berdosa seperti isteri dan anak-anak turut menerima padah. Insaflah sebelum terlambat.
Sesungguhnya Allah menerima taubat hambanya. Ada pesakit yang mendapat jangkitan dalam keadaan hina(membuat maksiat), tetapi meninggal dalam keadaan mulia(bertaubat). Bukalah matamu wahai generasi doctor sekalian, kuasa allah ditunjukkan di depan matamu……..
**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************
1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.
2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.
3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.
Comments
ad experience laen x?
sbb skrang tgh seminar HIV for 3days..how to bcm a good counselor... tq faizal
saye dental student di india..hmm populasi di salem,india juga merupakan populasi yg tinggi kes hiv.. byk kali dipesan oleh lecturers..supaya double barrier chek patients.=D
update ag nti!
bangga la dengan nikmat dan apa yan saudara ada, semoga segalanya itu bakal saudara syukuri dengan semua..
baru jumpa link ke sini daripada kawan saya... jacknaim.. :)
Untuk perkongsian:
1. CSOM yang sy maksudkan tu of course cholesteatoma (unsafe CSOM).Cholesteatoma tu recurrent, U have to follow up and reoperate again and again to clean up the mess.
2. SOme of HIV patient may come with atypical manifestation.Thus in that setting, you may misdiagnosed. My Profesor in Paed said to diagnose complex presentation of the case, You should think ABout TB(tuberculosis) and HIV which are resistant nowadays. That's all.
Besides, ada dua pesakit waktu saya elective kat msia mati before everyone knows these patients have aids.
3. Semua nama2 dalam blog saya bukan nama sebenar, saya tak tulis nama sebenar blog, medicolegal issue nanti
Tu ajer saya nak balas bagi kepentingan pesakit. Saya tak layan maklum balas orang yang bodoh lagi sombong.
i met many hiv patients already, saya suggest kak riena involve in hiv support groups, they really have enjoyable activities, discussion, therapy and sort of prevention plan for the community, saya tak tahu di malaysia gunakan nama apa, i hope u can leave ur email to my email, kalau faizal tahu nanti faizal maklumkan.
be strong, u still have us
boleh tak cerita step nak buat blood screening kat fransawy hospital.
eg: beli tazkarah ke atc.
wallahua'lam
thanx for the advance
macam2 benda boleh jadi^^