Anak Pontianak (2011)

Thursday, May 19, 2011

Anak Pontianak

Photobucket“Kak ita dah sampai dr?” tanya pakcik Hasan. “Belum, pakcik. Kejap lagi sampailah tu,”balasku memujuk. Ditarik muka masam. Mukanya berpaling ke jam dinding. Dari 7 am ditunggunya, dah petang dah masih tak kunjung tiba.

Aku mengetam gigi. Kalau tak dapat tunaikan, janganlah berjanji. Kasihan pakcik Hasan ni, tunggu anaknya dari 2 minggu lepas tak kunjung tiba. Asyik soal pasal kak ita sahaja.

Aku bangun dari kerusi. Branula siap dipasang. Bergegas berjalan laju menuju ke kaunter, kerja bertimbun-timbun. Hospital Pasir Berdengung tengah kelam-kabut. Segala system kucar-kacir gara-gara arahan tekad pengarah hospital untuk mengaplikasi system berkomputer dan memansuhkan segala bentuk “hard copy”  yang bertahun-tahun digunapakai.

Semua doctor dan jururawat daripada tahu buat kerja jadi tak tahu, yang laju jadi lambat, yang tak rabun jadi rabun, yang siap kerja awal jadi tak siap, yang datang lambat jadi datang awal, gara-gara terpaksa berebut computer untuk menyiapkan segala review pagi dan memeriksa hal ehwal pesakit sebelum “dibelasah” lumat tak sempat review patient ketika round dengan consultant.

“Dr Faizal, macam mana nak order x-ray?,”tanya kak Som, jururawat wad orthopedic. Kulantas membuka computer dan mengajarnya. Hampir 20 jam kerja sehari waktu tagging, pendek kata segala selok belok computer ni dah habis discover. Orang yang tak biasa guna computer memang refer aku la. Huhuhu.  Hospital should pay my salary double~

“Pak cik dah makan?”tanyaku lembut.

“Udah, kaki je sakit, selera tak,”jawabnya berseloroh. Aku tersenyum. Kaki pak cik Hasan ni ada infected implant on left femur. Bernanah waktu tiba di hospital, dihantar anaknya, Kak ita. Di situlah aku mula-mula kenal kak ita ni. Sedang sibuk menyoal complete medical history, aku terus bertanya,”Pak cik ada anak berapa?”

“Empat,”jawabnya perlahan.

 “Anak tiri tak kira sekali ke?,” sampuk kak ita. Pak cik Hasan yang terlantar sakit kaki diam. Mukanya acuh tak acuh, tak tahu nak jawab ke tak soalan tadi. Aku sabar menanti reaksi.

“8, 4 anak kandung, 4 lagi anak tiri,”akhirnya terjawab. Kak ita tersenyum kelat.  Aku diam. Otakku ligat memikirkan sebab-sebab beliau teragak-agak untuk jawab soalan tadi. Aku juga ada adik-beradik tiri tapi baik mama atau abah kalau orang tanya berapa anak, terus jawab 5 (termasuk adik beradik tiri). Tak pernah teragak-agak pun. Pak cik ni lain pula ceritanya. Perkara negatif terlintas di fikiran namun kudiam tak bersuara. Perbualan tamat di situ.

“Dr Faizal, telefon,”kata jururawat di kaunter. Kuangkat gagal telefon.

“Assalamualaikum, selamat petang, Dr Faizal bercakap.”

“Selamat petang saya dari syarikat insuran ****. Kami ingin pengesahan doctor berkenaan pesakit bernama Hasan,”jawab seorang lelaki.

“Boleh saya tahu siapa yang bercakap? Urusan pesakit adalah medicolegal. Kami tak boleh maklumkan apa-apa,”jawabku bengang, aku memang benci dapat panggilan daripada syarikat insuran ni.

“Bukan doctor, anak pesakit, Marsitah binti Hasan ada failkan claim insuran kepada kami berkenaan penyakit ayahnya. Beliau membuat tuntutan RM 150 000. Kami memerlukan beberapa dokumen dan pengesahan daripada doctor untuk memudahkan urusan,”kata agen insuran tersebut.

Aku tidak berniat untuk memanjangkan perbualan. Kusuruh beliau menghubungi Consultant secara terus. Tak ingin terlibat dalam entah apa-apa benda macam ni. Biar disergah pula oleh Consultant.

Kusapu punggung dan terus berjalan menuju ke katil pak cik Hasan. Beliau sedang tidur. Tak sampai hati nak kejutkan. Kumatikan niat di situ dan terus menyambung kerja dengan seribu-satu persoalan.

Aku mendengus. Dihantar ayahnya ke hospital, berminggu-minggu tak dijenguk. Ingat hospital ni rumah kebajikan ke? Tahu-tahu dapat call minta claim insuran ayahnya RM 150 000. Insuran tu tak salah, tapi ambillah berat pasal ayah ni. Ini sebiji roti pun tak mampu beli untuk ayah. Anak ada 8 tapi yang lain tak pernah call pun apabila ayahnya masuk hospital.

Entah mana silapnya. Silap ayah dan ibu yang salah asuh ke sampai anak-anak tak suka dan tak nak ambil tahu pasal mereka? Ke silap anak yang ignorant, tak tahu dosa pahala, mana syurga mana neraka, ayah sendiri masuk hospital, telefon pun tidak. Geram dibuatnya.

“Bahagian masing-masing,”kataku sendirian memujuk hati. Kulontarkan pandangan pada seorang lelaki berumur 30-am yang sedang menyuap ayahnya makan. Tersentuh hati melihatnya.

Didiklah ahli keluarga dengan didikan agama. Kerana jalan itu yang menyelamatkan manusia.
Jangan dibiarkan berperangai Pontianak, tahu nak hisap darah orang lain aje!

 **********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.


7 comments:

aZReEn said...

mohon share link dr di fb. :)

Jacknaim said...

buah tangan pertama selepas bergelar doktor..keep it up bro

budak hitam said...

Macam2 kisah manusia.. tapi disebalik yang jadi tu msti ada sejarahnye.. Doktor2 kena selalu optimistik bila handle keadaan mcm ni kan..

Semoga terus jd doktor yg baik dan sentiasa menghargai pesakit anda.. :)

jannatul said...

pengajaran bagi kita yang masih punya ibu dan bapa... =)

aku HIV positif said...

salam doctor,
simple tapi pahit manis kelat, masin semua ada.
hehe...
jzzkhier...

Nadt_Ismail said...

we alwazzz faced di types of cases huhuhuhuhu...sampai muak n menyampah.....anak-anak zaman sekarang anggap wad geriatrik macam rumah kebajikan....yg mana ibu dan ayah berpencen ditinggalkan brbulan bulan..iyalah bil hospital tak payah bayar...ada yg lagi teruk..bila saya festive season..jika ibu-bapa nyer ada medical problem mcm -mcm cara di buat agar parent mereka admited to hosp.....yg beranak ramai saling tunding menunding antara 1 sama lain siapa yg perlu jaga parent bila discaj dr hosp...sampai social worker pun pening kepala....

khairunnisa said...

SALAM, sungguh best sangat2 blog nee. saya ponn insayallah bakal bergelar doktor, justeru, saya ponn mmg sedang tercari2 blog yg menulis mengenai pengalaman dan realiti seorang menjadi doktor.. waaah, banyak dah pengalaman yg awak da perolehi. btw, good work n siyes this blog is what i'm looking for. btw tq n good luck in your life and insyaalah u will be good n suuccesful islam doctor. salam