Penangan Sakit Kulit (2011)

Penangan Sakit kulit.

“Come with me (Ikut saya),”tegas doctor  setengah abad ini tegas.

Aku mengangguk. Akur. Langkahnya yang laju mengejar masa kukejar.  Ada orang jalan lagi laju dari aku rupanya. Bermonolog sendirian. Kalimah tak terluah.  Kaki lima wad surgery 25 kutinggalkan. Entah ke mana diriku dibawa. Tak berani bertanya.

“Burn Intensive Care Unit”

PhotobucketJelas terpampang kalimah tersebut di dinding. Aku tersenyum. Susah sebenarnya nak dapat kebenaran masuk wad ini. Satu badan kena steril dahulu baru boleh masuk. Pesakit yang melecur akibat kebakaran ataupun melecur atas sebab lain tidak boleh terkena jangkitan langsung.  Tidak hairanlah wad ini kelihatan lengang. Pelajar perubatan pun tidak dibenarkan masuk, apatah lagi kaum keluarga pesakit.

“Wear that gown and sterile (pakai pakaian ini dan sterilkan diri),”jelas Dr Zeyad. Kulontarkan pandangan ke atas meja. Gown hijau yang telah steril ada dalam bakul. Sarung tangan, pelapik kepala dan pelapik kasut ada sekali. Kulantas mensterilkan diri sebelum mengenakan pakaian tersebut.

Seketika….

“Faisal???”muncul suara dari sisi. Mukaku yang memakai mask tidak dapat dicam. Kuangguk.

“Ya salam, bete3mel eih hena? (La, ko buat apa kat sini?),”sergah abang Moath, senior arabku yang sedang menjalani latihan internship di Cairo University. Susuk tubuhnya tinggi dan sasa. Otot tu umpama nak melompat keluar dari gown yang agak ketat. Haha

“Ba3mel tadrebat ma3a Dr Zeyad. Sho barak? Kef imtiyaz hena? (Saya sedang buat elective posting dengan Dr Zeyad. Apa khabar? Macam mana internship di sini?),” tanyaku menderu dalam loghat Palestine. Dr Moath rakyat Palestine.

Beliau hanya tersenyum manis. Diangkat ibu jarinya ke arahku. Seronok ~

Kugarap langkahku perlahan ke dalam wad. Abang Moath kutinggalkan. Mataku terpaku pada pesakit di katil pertama. Tangan kanannya kudung. Rentung dijilat api lantas diamputasi. Sekelip mata nikmat hilang kalau itu ketentuan-Nya. Seluruh badan melecur kemerahan. Kuyakin sakit yang amat sedang dideritainya. Sekiranya melecur di tahap pertama kulit akan berwarna kemerah-merahan,kering dan sangat sakit. Tahap kedua kulit juga merah, tapi lembap. Sakitnya bukan kepalang.

 Deria sakit kita(pain receptor) ada di kulit bahagian epidermis. Sekiranya kulit terbakar (bahagian epidermis),kulit kita akan kemerah-merahan dan ketahuilah bahawa  itulah sakit yang paling dideritai manusia, tak terbanding dengan sakit-sakit yang lain.

 Aku terdiam. Diriku lemah  tak bermaya. Sepotong ayat Quran melintasi benak fikiranku.Photobucket

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 
An Nisa-56

Cuba bayangkan kulit adalah organ yang penuh dengan deria sakit. Dahlah sakitnya bukan kepalang, orang yang ingkar arahan Allah akan diazab dikulit seperti yang termaktub dalam ayat di atas. Kalau terbakar sekali ok lagi, ni dah terbakar dek api neraka, Allah jadikan balik kulit tersebut dan dibakar sampai hangus , dijadikan kulit kembali dan hangus lagi ! Proses berulang sampai habis tempoh hukuman, atas dosa kita yang engkar arahan Allah. Allahu akbar!

Sesiapa yang pernah terbakar kulit boleh dapat hint bagaimana seksanya api neraka yang 7 kali ganda lebih panas dari api yang ada di muka bumi. Gulp ! Allah Maha Kuasa dan Allah Maha Bijaksana. Mereka yang mengkaji kulit seperti doctor dan dermatologist dapat kaitkan mengapa Allah tulis bakar kulit dalam Quran sebagai salah satu hukuman. Nauzubillahi min zalik~

Pesakit di katil hadapan pula lain kisahnya. Hampir seluruh tubuhnya putih. Melecur tahap ketiga yang selalunya berwarna putih kerana pembakaran berlaku hingga lapisan dermis. Kita akan rasa sakit sekiranya kulit mula-mula terbakar (lapisan epidermis) dan akan kurang sakit apabila pembakaran di lapisan lebih dalam (dermis) kerana deria sakit telah berkurangan namun pesakit lebih berisiko untuk hilang nyawa kerana macam-macam penyakit boleh belaku apabila hilangnya pertahan pertama manusia iaitu kulit.

Sebenarnya pesakit ini mangsa kemalangan dan kulitnya terbakar dalam kemalangan tersebut. Kulit asalnya hitam, kini dah “putih” akibat melecur. Kakaknya bagitau dia pernah memohon di depan Kaabah untuk mendapatkan kulit putih kerana beliau dilahirkan sebagai kulit hitam. Memang Cash Allah bagi. Dapat putih betul, tapi akibat terbakar, dah tak macam manusia normal dah rupanya. Nauzubillah. Janganlah anda meminta yang bukan-bukan dari Allah lebih-lebih lagi di Tanah Haram. Bersyukurlah atas nikmat yang Allah beri.

Jauh fikiranku melayang. Dr Zeyad yang memanggilku dua kali tidak kusedar. Abang Moath menarik lenganku. Lamunan terhenti, hilang ilusi lantas kembali berpaksi.

“What’s your diagnosis?”tanya Dr Zeyad pada Moath. Dia menggeleng. Pesakit di katil hujung ini sangat teruk. Badannya yang gelap kini penuh dengan tompok merah.  Gelembung-gelembung air di mana-mana. Tangan dan kakinya berbalut putih umpama mumia. Jari dah tak nampak. Kulit menggelupas. Bersalin kulit , fikirku. Cebisan kulit melekat atas cadar katil. Aku menelan air liur , ngeri. Mechanical ventilation bersambung di kerongkongnya. Mata terpejam, tidak bergarit. Baunya agak busuk.
Photobucket

Gambar hiasan. Abdomen individu yang mempunyai penyakit yang sama.


Kucuba tahan nafas. Isteri pesakit tersebut ada di kaki katil, berdiri.

“This is a patient of Toxic Epidermal Necrolysis,due to unexpected drug reaction,”jelas Dr Zeyad. Pesakit ini mengambil ubat Sulphonamide antibiotic tanpa preskripsi doctor dan tidak diketahui genetic beliau sangat sensitive terhadap ubat antibiotic yang dimakan selama 2 minggu itu.

Bau menusuk hidung. Abang Moath mengambil sehelai tisu dan menutup hidungnya.

Put your hand down,”kata Dr Zeyad perlahan, supaya tidak didengar isteri pesakit. 
Put your hand down,”ulangnya dalam bahasa Inggeris agar tidak difahami oleh isteri pesakit.



Mata Dr Zeyad membulat. Buntang. Gigi diketam rapat. Abang Moath tidak faham barangkali, lantas tidak berbuat apa-apa. Tiba-tiba ditariknya tangan kami keluar daripada bilik.

Aku naik hairan. Apasal Dr Zeyad tiba-tiba tarik kami keluar ni?


Sampai sahaja di luar bilik pesakit……….

Pang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dilempangnya abang Moath depan-depan aku. Kus semangat ! Aku terkejut, Moath lagi laa...

Respect your patient ! Don’t cover your nose even they smell like shit !!!!!!!!,” tengking Dr Zeyad sekuat-kuatnya.

Dub dab dub dap jantung aku. Moath terkesima. Dr Zeyad bentak marah lantas meninggalkan kami. Kaki kami seolah-olah terpaku di lantai, tak bergerak. Jururawat memerhati simpati dari jauh, tak berani menegur.
Aku membisu seribu bahasa.

Tak tahu perasaan sendiri waktu tu.Takut barangkali.

Takut ingkar suruhan Tuhan. 
Takut “terdoa” yang bukan-bukan. 
Takut tak hormat tanpa perasan. 
Takut terlupa, maka tuliskan.
Takut amanah, maka sampaikan.


Takut Dr Zeyad, pun ada simpan ………..





**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Comments

hatikukata said…
thanks Dokter kembali menulis blog..
bagus nye Dokter di sana kn? jauh beza nya di m'sia yg sesetengah tu x endah kn perasaan pesakit n keluarga pesakit.
salam,
sronok dpt kmbali mmbaca pkongsian asli daripada seorang doktor.

sesungguhnya pngalamn ini sgt2 menginsafkan & mbuat sy bgitu mghormati karier seorang doktor seikhlas tuan.

tnpa sedar mnitis air mata & terasa 'sakit'/ ujian ini sgt ringan berbanding ujian insan2 lain.

jazakallah khier...
Azah said…
terimaa kasih Dr. Faizal yang menulis pengalaman yang menarik untuk diambil iktibar...

Ikut pengalaman saya...segelintir doktor di m'sia dan jururawat kadang-kadang tidak menghormati perasaan pesakit atau kaum keluarga pesakit... saya pernah mengalaminya apabila jururawat yang menguruskan arwah bapa menunjukkan rasa geli ketika mencuci luka akibat kencing manis...saya rasa nak tampar muka jururawat tersebut yg tanpa segan silu meluah rasa geli di hadapan arwah bapa..tapi saya masih ada rasa hormat perasaan mereka apabila saya tidak sanggup memarahi mereka di hadapan orang ramai...jadi Dr. Faizal...selamat maju jaya dalam kerjaya doktor...bekerjalah kerana Allah..
nurredvelvet said…
Ya Allah, sedihnya. tetiba teringat mak. melecur 1 tangan semata nak bagi kami makan. 1 bulan dekat hospital. sampai sekarang ada lagi kesan melecur tuh. merah2 je... nasib mama saya kata da xda apa2. da sembuh. alhamdulillah. syukur. tulah pengorbanan ibu. ma!!!!! nak balik!!!
lavenderlover said…
berat mata memandang berat lg bahu yg memikulnya,kan..
Zida said…
bro dah habis six year dah ye?? all the best :) teruskan menulis kalau ada masa buat tatapan kitorang budak2 medic di egypt.. maasalamah~
HH said…
kadang manusia bertindak luar kawalan, jauh dari lingkup sedar.

mungkin inilah perlunya belajar human behavioral dan medical ethics.

moga tak diulang kesilapan ini. ada hati yang perlu dijaga, bukan saja dirawat. :)
Unknown said…
nauzubillah...Ya ALLAH minta jauhkanlah kami dari azab api nerakamu...sesungguhnya kami mengharapkan pengampunan darimu..amin..

Popular posts from this blog

Study la wei!

Pesakit Mati !!

Sakaratul Maut (2011)