Ayah, Jom Balik (2010)

Friday, December 24, 2010

Ayah, Jom Balik !

"3amel eih ya doctor? (apa khabar doctor?)," sapaku pantas. Dr Yazed menoleh kepalanya. Pandangan dilontarkan ke muka pintu wad kecemasan. Senyuman dilirik. Dalam beberapa saat, pandangannya kembali pada katil. "Yalla, 1,2, 3" jerit doktor ini. Pesakit obese dialihkan dari stretcher ke atas katil. Rigid collar melekat pada leher. "Now!" jeritnya. Paramedic lantas menolak katil ini masuk ke dalam wad. Orang ramai yang berkerumun cuba memberi laluan.

Kulekas masuk ke dalam wad. Lintang-pukang. Darah berhamburan di atas lantas. Lecak! Jururawat berlari-lari anak keluar dari bilik ini, masuk ke bilik itu. 2 doctor sedang berlari menolak katil  seorang lagi pesakit. Seorang doctor sedang berada di atas katil mengepam dada pesakit. Peluh jantannya keluar. Basah baju. Sudah cukup kakitangan, fikirku. Lantas kuhayun kaki keluar dari wad.

Neno, neno, nenooooooooooo!!!!!!

Sebuah lagi ambulan tiba. Bunyi deringan ambulan tersebut cukup membingitkan telinga. Itulah "halwa telinga" seorang doctor setiap hari. Ambulan berhenti di muka pintu secara tiba-tiba. Bergeser tayar dengan lantai. Macam drift la pulak!

Mataku terpaku pada seorang wanita yang terkulai di dalam ambulan. Ambu bag masih melekat di mulutnya. Oksigen disalurkan pada tahap 40% . Paramedic sedang memegang ambu bag tersebut. Perut wanita ini buncit. Obese fikirku. Tangan dan kakinya pun agak besar. Dr Samiah ada di situ. Labcoat putihnya kotor. 

"What had happened?"tanyaku pantas. "RTA (road traffic accident) in Downtown, 3 cars,"jawabnya sambil mengisyaratkan dengan jari. "What can i help?"

"Bring this patient quickly to Operation theatre. Blood pressure is decreasing. I do expect internal bleeding, i have to resuscitate other patient," kata doktor arab ini.

Menggelabah aku waktu tu. 

"Relaks Faizal, istighfar banyak-banyak," cuba menasihati diri. Emosi tak boleh masuk waktu ini. Ini bukan masanya. "Enzelha 3ala serer de ( turunkan  ke atas katil ni)," tiba-tiba Dr Mostafa Zaki muncul dari belakang. Fuh lega ada Medical Officer sekali~

"Nah gunting,"kata jururawat dalam bahasa Arab. Dia sibuk mencari salur darah untuk dicucuk canula. Aku lantas menggunting baju wanita ini untuk expose any possible fracture or injury. Wanita ini tidak bergarit. Nadinya lemah, Matanya terpejam. Nafasnya tidak didengar. Perutnya lebam. Katil ditolak pantas. ke dalam wad. Dr Mostafa memandu katil dengan pantas ke arah operation theatre.

"What's your name?Malayzy? (Siapa nama awak? Orang Malaysia?),"tanya doktor yang agak botak ini.
"Faisal, Malayzy, sanah sadsah (Faizal, orang malaysia, tahun enam),"jawabku tanpa teragak-agak.

"Dr Faisal, prepare the patient fast. Monitor Ringer's lactate infusion, Jugular venous pressure, Urine output, inject adrenaline if possible shock. Ask for matched blood. Ask the houseman to make X-ray and CT scan if the patient is stable. I want to sterile in five minutes. If the patient is unstable we will proceed with laparotomy." Kuangguk patuh.

Nurse ada di sebelah. Tangannya pantas membantuku. Mulutnya pun sama! Menjerit-jerit suruh attendant sediakan katil OT cepat-cepat. Tanganku menggeletar namun sebarang bunyi pun tak terkeluar dari mulut. Pit! Pit! Pit! Bunyi ini pula yang keluar dari Dinamap. Bacaan blood pressure merudum!

"Laparotomy now!" sergah Dr Bius dalam bilik tersebut. Aku terperanjat. Tangan dan kakiku terasa menggeletar. Dikuatkan kudrat, kulari mendapatkan Dr Muhammad dengan segera dan kembali berlari ke dalam OT.

Mataku terpaku pada mesin ultrasound yang ada dalam pembedahan.  "Can i use this ?"tanyaku pada dr bius tersebut. Beliau mengangguk. Kuletak transducer ultrasound tersebut pada abdomen wanita ini. Jururawat tolong sapukan gel. Pada mulanya aku hanya ingin pastikan intraabdominal bleeding dan localize site of bleeding, namun......

"Allah!!"jeritku terkesima.

"Leih ya doctor? (kenapa doctor?),"tanya jururawat di sebelah. 

"Pesakit ini mengandung!," kataku monotonous. Anak mata jururawat membesar sebesar-besarnya. Mulutnya ternganga. Kami berpandangan. 

Lantas..............

"Ammu Sobry!!!!!!!!!!!!!!!! El-madam de 7amla!!! (pakcik sobri, wanita ini mengandung!),"
  jerit nurse ini dalam pitch yang sangat tinggi. Lebih bingit daripada deringan ambulan!

"Go find any obstetrist, now!" kata Dr Mostafa secara tiba-tiba dari belakang. Pembedahan yang melibatkan fetus bukan di bawah kawalan beliau. Aku tak sempat nak pastikan dah berapa minggu kandungan, nampak ajer degupan jantung fetus tu aku dah menjerit! Kuketepikan mesin ultrasound dan terus memeriksa kocek. Mujur handphone ada dalam kocek!

Kuhubungi Dr Muhammad pantas. Mujur beliau masih di hospital pada petang itu.
"Abruptio Placenta & Uncontrolled Maternal Hemorrhage "

Kutulis perkataan tersebut besar-besar pada tag merah dan kuletakkan di kepala katil. Dr Mostafa buat toco-fetal monitoring manakala Dr bius membuat persiapan untuk General Anaesthesia. Kuterus berlari mendapatkan Anti-rhesus Immunoglobulin dari nurse yang ada di kaunter setelah disuruh oleh dr bius.

Bertahan kak. Doaku dalam hati. Wanita hamil yang mengalami pendarahan seperti ini selalunya meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan. Aku cuba buang emosi jauh-jauh. Perang dengan emosi amat menyeksakan. Setiap saat amat berharga. Nyawa ibu dan nyawa bayi dalam bahaya. Sekali silap, kedua-dua nyawa melayang. Mulutku terkumat-kamit membaca apa sahaja ayat Quran yang terlintas dalam fikiran. Tak mampu berfikir secara jelas.

Kulekas membantu Dr Muhammad (Obstetrist) dan Dr Sofia (Surgeon) membuat Emergency Cessarian Section dan hemostatic measure.

Kedua-dua mereka sangat pantas bekerja. Aku berdiri di tepi sambil memegang kelengkapan yang diletakkan pada perut si ibu sambil kedua-dua doktor ini menyelongkar isi  perut si ibu untuk mencari punca pendarahan. Sesekali kuperhati Dinamap di kepala katil. Tekanan darah semakin rendah! Ayat kursi kubacakan entah berapa puluh kali. 

Bertahan kak! Hanya itu doa yang dapat kuberikan tatkala itu. Air mata mula menitis. Kubiarkan saja. Tangan dan pakaian telah steril, tak mampu menyentuh apa-apa selagi pembedahan belum selesai. Ya Allah, selamatkan si ibu ini, ya Allah! 

15 minit kemudian,, sekujur bayi dikeluarkan dari rahim. Tidak bergerak. Badannya kebiruan. Tubuhnya kecil. Tiada orang lain di situ untuk menyambut bayi tersebut. Tiada paediatrician.

"Someone helps me to hold this thing, i can resuscitate the baby.,"kataku. Jururawat membantu. Kuambil sehelai kain bersih di atas meja, kubuka luas dan kusambut bayi kecil ini dari tangan Dr Muhammad. Be strong like your mother!

Suction kulakukan dengan pantas, ambu bag kuambil dari radiator dan bayi ini kupam oksigen ke dalam rongga pernafasannya. Tiada tindak balas. Tanganku memegang dada bayi ini. Cardiac pumping dilakukan secara berkala diikuti ambu bag. waktu tu aku tak pedulikan apa yang berlaku di sekeliling. Nyawa bayi dalam tangan. Kuambil endotracheal tube , kumasukkan adrenaline, sambungkan dengan ambu bag dan teruskan cardiac pumping.

Satu minit kemudian.....

Uhuk, uhuk, batuk si kecil ini.......wua!!!!!!!!!! tangisnya kuat. Aku tersenyum.

Degupan jantungnya masih lemah, kuteruskan oksigen dan cardiac pumping. Jantungnya semakin cepat, tangisnya semakin kuat. 110 bpm . Itulah kadar degupan jantung bayi yang berjaya dikembalikan. Nurse mengambil alih dariku. Kutoleh ke belakang. Dr Muhammad berdiri sugul. Dr Sofia tersandar di dinding. Kutak mengerti, kenapa tak teruskan??????????????





Kulontarkan segera pandangan pada dinamap. 0 bpm, ecg linear. Si ibu telah selamat kembali kerahmatullah. Innalillahi wainnalillahi rajiuun. Tuhan sahaja yang tahu perasaan ku pada waktu itu. Jantungku berdegup kencang. Sedih. Kepalaku terasa berat, mengalir air mata membasahi pipi tatkala mulut terkunci tidak bersuara.

Aku menangis teresak-esak mengenangkan anak ini yang telah kehilangan ibu.  Dr Sofia  memandangku sayu. Jiwa keibuannya tersentuh. Beliau menghampiriku dan memegang bahuku dengan tangan kanannya. Aku gagal mengawal emosi. "Be strong, our job never stop here,"katanya lembut. Matanya turut merah.

Kugagahkan diri keluar dari Operation Theatre  dengan terhuyung-hayang dan kembali ke wad emergency yang lintang-pukang. Darah di mana-mana sahaja. 7 orang terlibat dalam kemalangan ini. Semuanya dihantar ke sini kerana hospital lain tiada bekalan darah. Aku kesat air mata pantas.

Dalam wad, ada seorang pesakit yang sedang dibuat CPR. Dr Muhammad Tarek, Dr Rania dan Dr Ahmad bergilir-gilir melompat ke atas katil pesakit dan menekan dada pesakit berulang-kali untuk mengepam jantung lelaki empat puluhan ini.

Kulantas bantu membuat dressing bagi pesakit-pesakit yang tidak berat lukanya di pintu masuk wad.

Hampir 2 jam ketiga-tiga doctor ini mengepam jantung. satu tubuh lenjan dek peluh. 
Aku memerhati dari sisi. "Can you help us?"tanya Dr Ahmad. "Sure,"jawabku pendek. Ku segera lompat ke atas katil dan membuat heart pumping diikuti positive pressure ventilation oleh nurse. Ketiga-tiga mereka solat dengan pantas di sisi katil. 

"Stop it, enough, time of death 6.35pm," umum Dr pakar bedah setelah melihat pesakit ini gagal untuk mempunyai degupan jantung kembali. Aku yang sedang berada di atas katil kembali sedih. "Go down Faisal, Nothing else can be done, all of us have pumped more than 2 hours. More than enough, with no positive response,"kata beliau.

Aku turun dari katil dengan semangat yang berbelah-bahagi. Emosi yang telah menguasai tubuh sejak dari tadi telah melemahkan diri. Aku tegar berdiri di tepi katil. Memandang lantai dengan penuh perasaan yang kosong.

"Baba, yallah nerga3 el-bait (ayah, jom balik)," tubuh kecil kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun menarik lengan baju "arwah" ayahnya yang terbujur di atas katil. Kanak-kanak ini tak tahu apa-apa. Tak mengenal apa itu hidup, apa itu mati. Yang pastinya dia perlukan si ibu dan ayah di sisi. Kakak nurse menangis melihat anak kecil tersebut. Ibunya telah pengsan di pintu masuk wad.

Dengan tidak semena-mena,  Dr Muhammad Tarek terus melompat kembali ke atas katil dan mengepam. Kami semua kaget. "Yalla Faisal, help me to ventilate this patient," kata beliau.

Tanpa berfikir panjang kucapai ambu bag di kepala katil, kusambungkan pada endotracheal tube di mulut "arwah" ini dan terus mengepam. Dr pakar bedah sekali lagi menyuruh kami berhenti. Kami buat tak peduli. Disuruhnya kembali, lagi kami tak peduli. Anak kecil ini menarik-narik lengan baju "arwah" ayahnya. "We will not stop,"kata Dr Muhammad Tarek.

Tangan terus meng"ambu", hati telah manjadi sayu, air mata berlinang lalu, Allah dalam kudratku.

Tangan Dr Muhammad semakin merah, mulutnya diketam ketat. Namun tidak mengalah.

Dengan kuasa Allah Yang Menghidup dan Mematikan

................................................................................................tit...........tit.............tit...........tit..............tit

Bunyi dinamap memeranjatkan kami. Cardiac arrest yang dialami pesakit lelaki ini berjaya diselamatkan setelah membuat cardiac pumping dan positive pressure ventilation selama 2 jam ! Tiada kata yang dapat diucapkan selain syukur padamu Ya-Allah. Tiada umat manusia yang tidak menangis melihat kekuasaanMu ketika itu Ya Allah. Tiada nyawa yang boleh diambil selain dengan izinMu Ya Allah. Tiada apa pun boleh berlaku  selain dengan redhaMu Ya Allah.

Dr Muhammad Tarek berhenti mengepam, Dr Rania mengambil alih pesakit di wad ICU. Kanak-kanak tadi kembali tersenyum apabila melihat ayahnya menguntum senyuman. "Baba, Yalla nerga3 el-bait (ayah, jom balik). Aku tersenyum dalam linangan air mata.

Fikiranku masih lagi melayang memikirkan apa yang terjadi hari ini. Kusandarkan diri pada dinding. Tubuhku kurebahkan ke lantai. Tiada lagi tenaga dapat kugagahkan. Dr Muhammad Tarek datang duduk di sebelahku di atas lantai. Kami diam tidak bersuara.

"Saya dibesarkan tanpa kasih-sayang seorang ayah, saya tak ingin kanak-kanak itu mengalami nasib yang sama, "nadanya mendatar. Terlalu banyak jiwa yang dipendam dalam kata-kata tersebut.

Aku tetap diam dan memandangnya dengan penuh makna. Dalam hatiku berkata "Nasib kita serupa". Setelah seketika kubangkit dan terus menuju ke arah wad paediatric. Kutemui bayi kehilangan ibu sebentar tadi. Kucuba untuk menyentuh tangannya. Tapak tangan kecil ini terus menggenggam jari telunjukku dengat erat. Ya Allah, kasihannya bayi ini ya allah ! Air mata ku kembali menitis......................................................................................................................

(nama Dr Muhammad Tarik adalah nama sebenar. Saya kekalkan nama beliau sebagai pengiktirafan yang ikhlas dari saya. Semoga Allah memberkati hidupmu Seluruhnya. Amin)

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

36 comments:

Atiqah said...

:')

aiyqosim said...

ada bakat buat novel nih abg faizal!

agak thriller gak la :)

nice

Syaratul Ain Mohd Khalid said...

moga terpelihara..insyaAllah

Our Agents said...

Abang booby, x taw nape tp ske sgt baca blog abg bobby.Keep this good work to encourage other people.

nia said...

wahhh,,,

subhanallah...
mmg semuanya Allah rancang.

macam2 rasa ade bace kisah2 kat sini.
kami baru di tahun dua. insyaAllah akan exam OSCE xlama lagi. baru nak knal CPR, ambu bag segala bagai... xmampu bayangkan di saat2 sebenar nanti...

may HE ease us... insyaAllah

Namia Tazmania said...

part ibu mengandung yang meninggal tuh sedih.. macam mana lah kalau saya yang bhadap dengan keadaan sebegitu...

kuat kan semangat yer...

Anonymous said...

Salam, kakak sll membaca tulisan Dr, tiba2 hari ni terasa pula nak komen pasal n3 ni. sedihkan semua yg terlibat melakukan yg terbaik, tp Allah lbh mengetahui moga terus bersemangat n menjadi Dr yg cemerlang utk agama bangsa dan negara. K Rohani

Nurul said...

:)...ALHAMDULILLAH...

[amiza malik] said...

keep on sharing. your juniors really love this blog..

LIANA said...

shukran ats perkongsian.amat2 sedih..

myhsf said...

Allah yg berhak menghidupkan dan Dia jualah yg berhak mematikan ..
deep inside ; hati enta lembut .. even some of your articles reflect how strict you are .. enta dh jalankan amanah enta dgn baik .. Smg Allah memberkati hdup enta jg, Dr Faizal .. InsyaAllah =)

Is said...

:-)

terima kasih atas perkongsian...

Harishah Halim said...

:')

yatiyahya said...

saya menangis..sbb kala ini saya mengandung dan saya mempunyai anak perempuan..terima kasih kerana menulis cerita yg bagus begini...:)

budak hitam said...

sedih... hanya org yg betul2 kuat dan tabah je mampu pikul tnggugjawab yg berat sbgi doktor..

Nor'Izzati Abdul Wahab said...

Subhanallah...cerita kali ni sangat menyentuh hati...tuliskan menulis..thru ur blog actually sy dapt tambah serba sedikit ilmu medic ni..yelah lain tempat blaja medic..lain benda jumpa..keep it up...^_^v

nurshahida said...

sesungguhnya,ALlah itu maha KUASA!
abg faizal.....nice sharing...kongsi ag ek byak2...wloapepon,
ni mmg dah btol2 sedia jd dokter ni,,,keep it up!

Anonymous said...

setiap hari bukak blog, baru nampak entry baru =) semoga ibu melahirkan bayi tersebut mati syahid.. teruskan berblogging !

Nordin said...

kawan syorkan baca blog ini.. dan saya rasa blog ni memang menarik!

27zul said...

Lailahaillallahmuhammadurasulullah. Sy share ya..

QUEENofHEART said...

Allah Maha Kaya.Takdir kita ada padaNYA.tersentuh hait ni kala membaca artikel tersebut.semoga doc terus kuat dan tabah di masa depan untuk lalui saat2 cemas seperti ini...Allahuakhbar!!

aku HIV positif said...

salam dr,
slain lebih memahami cabaran tugas seorang doctor dan kakitangan perubatan yg lain, saya kagum dr mampu menyampaikan cerita menggunakan lenggok sastera dengan baik.

jarang saya jumpa doktor yg begitu :)

harherron said...

inspired people...
truskan berjuang~ =D

Jamilah said...

TERJUMPA BLOG NI KETIKA SEARCH SESUATU. TERUS TERPIKAT. TERUSKAN BERJUANG DR..

amyzek said...

blog yang bermanfaat insyaALLAH..
banyaknya ilmu milik ALLAH yg dapat pd hari ini..dan perlu pelajari..
moga ALLAH redha dengan usaha2 kita dalam mendekatkan diri kepadaNYA..
p/s:doakan saya juga dalam melayari bahtera mendalami ilmu2 ALLAH^_^

bagak... said...

Salam Dr.5zal, sudah lama pakcik tak membaca blog faizal..terlintas pulak ari ni nak membacanya. Terharu jugak pakcik mengenangkan anak kecil tu tak dapat menatap wajah ibunya. Sudah dtakdirlkan ALLAH .Kita yg hidup ni truskan perjuangan. Syabas doktor.

bagak... said...

Salam Dr.5zal, sudah lama pakcik tak membaca blog faizal..terlintas pulak ari ni nak membacanya. Terharu jugak pakcik mengenangkan anak kecil tu tak dapat menatap wajah ibunya. Sudah dtakdirlkan ALLAH .Kita yg hidup ni truskan perjuangan. Syabas doktor.

~ N.a.N.i.E.y ~ said...

1st time baca blog ni. agk tersntap read dis entry.

anyways good job guys!

pikah said...

sedihnya!!!!

always_me said...

sedinya crita nie..

Dhiya Adelin said...

Love this story...

Ida said...

SUKA BACA BLOG DR..MINAT MEDIC TAPI TAK MAMPU NAK STUDY..BACA BLOG JE YG MAMPU..SEMOGA BERJAYA SELAMANYA

octiapus said...

beautifully written!

JAIZIDANE said...

Speechless..... Never read any blog that really can touch me emotionally... And feel in deep into situations... Tears running down and always thought subhanallah.... God is great... Thanks Dr for sharing with us..... Keep up with good job and fantastic writting..... Really love it..... May god bless you.... InshaAllah.....

JAIZIDANE said...

Speechless..... Never read any blog that really can touch me emotionally... And feel in deep into situations... Tears running down and always thought subhanallah.... God is great... Thanks Dr for sharing with us..... Keep up with good job and fantastic writting..... Really love it..... May god bless you.... InshaAllah.....

Anonymous said...

Subhanallah.. Syukran krn berkongsi pnglaman yg amat berhrga ini.. Sy hrp sy pn blh berada di tmpt Dr. pd msa akan dtg.. Smoga Dr. mneruskan pjuangan di dlm blog ni dan mnyebarkan hikmah2 bernilai spnjg hyat mnjdi doktor.. Aamiinn..