Angin Ahmar -Jangan Mengadalah!! (2010)

Monday, September 13, 2010

Angin Ahmar - Jangan Mengadalah!

“Eih? Baba 3aez eih?(apa, abah nak apa?)” tanya si anak lelaki kepada bapanya berulangkali.  Mukanya berkerut kerana tidak faham kehendak bapanya.

“aa eish auw, aa eish auk lor,”kata si bapa. Kayu tongkat yang panjangnya semeter dihentak perlahan ke lantai simen tingkat 7 hospital Kasr el Ainy Faransawi  menggunakan tangan kanan.  Kudratnya lemah. Susuk tubuh lelaki berumur 56 tahun ini terlontar di atas katil. Tangan kiri dan kaki kirinya tidak bergerak. Tangan kanan yang masih memegang tongkat diketuk ke lantai kembali.

Mulut orang tua ini terkumat kamit. Kami gagal memahami kehendaknya. Aku intai ke bawah katil. Beg kencingnya masih lagi kosong. Nak buang air besar ke pak cik ni? Dah pakai pampers dah. Aku cuba kembali memahami kata-katanya.

“Baba 3aez takol ful?(abah nak makan ful ke?)”tanya abang Hisham kepada bapanya kembali. 
“ Aa eih auk..aauum,”kata orang tua itu kembali.
“3aez to2om? (nak bangun ke?)” tanyaku. Kepalanya mengangguk lemah. Akhirnya mesej sampai.


Pak cik Saad ini telah dimasukkan ke hospital malam tadi apabila terjatuh di rumahnya selepas pulang dari masjid menunaikan solat tarawikh. Beliau telah didiagnose menghidapi stroke (angin ahmar) oleh pakar saraf (neurologist) di wad kecemasan malam tadi. Ketika itu aku masih di rumah. Kawan arab suruh datang hospital melihat sendiri pesakit ini dan tengok CT scan beserta MRI pesakit ini.

Aku bergerak ke hospital pada pukul 6 am setelah selesai menunaikan solat Subuh. Ada 2 orang kawan arab perempuan menungguku di wad saraf awal pagi itu, Dr Hala dan Dr 3abed.

“Soba7al foul, Ezayyuku?(selamat pagi, apa khabar?)”sapaku. Mataku terkebil-kebil, masih mengantuk. Mereka menoleh dan tersenyum. “3amel eih Doctor Faisal?”Tanya 3abed, ceria seperti biasa. Mereka ini sama kumpulan denganku ketika round internal medicine dan surgery dahulu. Memang sangat rajin menempel di hospital ni. Kawan arab aku yang menghubungiku malam tadi tidak datang hari ini, beliau ingin belajar di rumah.

“Shoft el-MRI ya Feisal?Gamda awy, tushuf awwal we ba3den eih ra2yak?(dah tengok MRI  dah faizal? Kalau belum, tengok MRI dahulu, kemudian bagi pendapat)”kata Dr Hala.

Kuambil  MRI dari sampul yang terletak atas meja di hadapan pesakit. Hampir sebahagian otak kanan menunjukkan warna putih (ischemic injury).

“Massive left cerebral infarction?” hanya sedikit saja bahagian otak kiri yang masih sihat.

Dr Hala mengangguk. “Which artery?” tanyanya lagi. “MCA?” Beliau kembali mengangguk. “and he is still living…….?” tanyaku hairan. Mereka tidak menjawab. Mereka memandang kembali mataku. Kening diangkat. Aku tiada jawapan.

“Abah nak makan apa?”tanya Hisham pada ayahnya.  Tersentak lamunanku. Aku masih lagi memikirkan MRI tadi.

Aku kembali palingkan kepalaku pada pak cik Saad. Sebelah badannya tidak mampu lagi bergerak.  Pakar Saraf (Neurologist) Dr  Mofida telah berikan TPA (Tissue Plasminogen Activator ) malam tadi. Belum nampak apa-apa kesan yang jelas.

“Cuba tanya soalan ya atau tidak, lebih memudahkannya untuk menjawab,”kataku kepada abang Hisham yang berumur 31 tahun ini dalam loghat arab pasar. Pesakit stroke atau angin ahmar kebanyakannya akan lumpuh tangan atau  separuh badan dan hilang kemahiran berkomunikasi. Dia tak faham apa kita cakap, dan yang lebih jelas kita tak faham apa dia cakap!

Mulut pakcik Saad terkumat-kamit. Komunikasi gagal. Soalan demi soalan ditanya oleh anaknya. Sama ada “wah” atau “la” sahaja jawabnya.

Pang!!!!


Tongkat pak cik Saad ini jatuk ke lantai. Anaknya cuba menundukkan diri untuk mengambil tongkat. Dengan tidak semena-mena, pakcik ini terjatuh dari katil dan menghempap anaknya. Anaknya menjerit. Aku lantas berlari ke arah orang tua tadi. Khuatir kalau jatuh ini boleh menyebabkan stroke kali kedua.

Badan pak cik Saad obese. Berat.  Anaknya tersungkur mencium bumi. Dr Hala dan Dr 3abed cuba membantu. Pakcik itu tidak berganjak. Kumasukkan kepala di bawa celah ketiak orang tua ini dan cuba memapahnya untuk bangun. Anaknya bingkas bangun dan tiba-tiba…..


“Abah nak buat apa??Kan saya suruh tidur atas katil, kenapa nak bangun pula, degil  ???”jerit anaknya dengan suara tinggi. Kepalanya benjol dek hentakan tadi.

“uu….noooo…eee” itu ajer suku kata yang keluar dari bibir pakcik Saad.

“Abah ingat sikit abah tu sakit! Tak payahlah nak banyak bergerak. Kalau saya ada pun, ayah nak buat macam-macam, baik saya balik ajer!”jerit anak ini dalam bahasa arab.

“Osbor ya 3am,rayyeh nafsak!,”bentakku bengis kepada abang Hisham. Pakcik saad tidak berkata apa-apa.  Sebelah kiri mukanya telah lumpuh. Tiada apa-apa reaksi.  Kuangkat pak cik ini perlahan-lahan naik ke atas katil. Ku perasan air mata mengalir keluar dari mata kanannya dan membasahi janggut tuanya.

Hati aku betul-betul sayu. Pak cik ini telah lumpuh dan tidak berupaya, dimarah pula oleh anaknya sedemikian rupa. Hati sensitif mana tidak akan tersentuh?

Aku ambil selimut dan cuba untuk menyelimutkan pak cik Saad. Kaki kanannya mengais selimut dan disepak ke lantai. Kuangkat kembali. Disepak kembali.

Tangan kanannya tidak berhenti bergerak. Tongkat dicapai, diketuk-ketuk ke dinding. Jururawat pula menjerit suruh senyap namun tidak dipedulikan. Kepalanya terlentok-lentok ke kanan. Kaki dan tangan kanannya tidak berhenti bergerak. Abang Hisham hilang sabar, dibiarkan abahnya di situ dan dia duduk memerhati dari jauh.

Aku dan Dr Hala memegang badan orang tua ini di atas katil.


MENGADA-NGADALAH ORANG TUA INI!!!!!!!!!!!!!! Entah berapa kali ayat tersebut terlintas di kotak fikiran. Sambil tanganku memegang kaki kanan orang tua ini, fikiranku melayang, merentas masa, jauh dibawa angin………………………………..

...................................................................................................................................................................


Aku dan abangku masih kecil waktu itu. Umurku kurang dari 2 tahun dan abangku berumur  4 atau 5 tahun. Segalanya masih jelas dalam ingatan. Allah kurniakan ingatan yang kuat padaku. Walaupun masih kecil, aku mampu mengingati sisa babak kehidupanku satu persatu.

Ketika itu kami tinggal di Shah Alam, Seksyen 19. Pagi. Mama mencium pipiku sebelum pergi kerja di Bank UMBC Jalan Sultan Ismail. Aku tersedar dari tidur. Abangku masih tidur di sebelah. Papaku pun sama.
“Papa nak ye (papa nak air),”pintaku. Permintaanku tidak dipedulikan. Papa lantas bangun mencapai sekotak rokok dan hilang dari pandangan. Aku jalan terkedek-kedek ke dapur. Tiada siapa di situ. Orang gaji  Kak Siti Mayam telah berhenti kerja. Aku toleh kanan, aku toleh kiri tak ada air. Lantas dengan seluar pendek kujalan masuk ke bilik kembali mendapatkan along Boboy.


“Boy nak ye,”pintaku. Boboy yang masih bertahi mata terjaga. Dia lantas bangun dan berjalan ke dapur. Dibukanya peti ais. Ada air kotak waktu itu. Kuminum menghilangkan dahaga dan terus berlari mendapatkan alat permainan di ruang tamu.

“Ain asir ( jom main pasir),”kataku pada abangku sambil memegang bulldozer warna merah. Tangan kiriku masih memegang bantal busuk warna hijau yang mama buatkan. Memang busuk! Tak lekang-lekang dari tangan. Huhuhu. Ada sekali tu pulang dari kampung, tertinggal bantal busuk kat kampung. Aku bantai menangis dalam kereta sampai ke rumah Shah Alam. Aku tak ingat mama balik kampung semula atau buat bantal yang baru.HHUHHU. Kesian mama.

“Mandi dulu la, boleh main bomba-bomba,”jawab along. Aku dengan puting yang masih dimulut ikut sahaja ke mana abangku pergi.

“Papa, buka paip, boboy nak mandi,”kata boboy. Papa yang tersungkur di sofa umpama mayat bernyawa. Tidak berbunyi namun mata terbuka, merah. Di atas lantai berpuluh-puluh puting rokok dalam bekasnya. Abangku jerit berkali-kali. Barulah papa bangun dan bukakan shower di bilik air tingkat satu. Aku dan abang lantas berbogel dan bermain air sambil menjerit-jerit. Paip air yang tercapai di tangan dibuka oleh boboy. Getah paip yang laju deras airnya disembur-sembur ke badanku. Aku terjatuh ke atas lantai. Tak sakit. Lantas bangun kembali mencapai puting yang terjatuh.  Kami bermain air sehingga basah luar bilik air sekali. Entah berapa jam. Nasib baik tak ada baldi. Kalau aku tersungkur dalam baldi tak tahulah apa terjadi. Papaku tak menyedarkan diri.


Ting tong! Ting tong!

Loceng berbunyi. Boboy dan aku berlari ke ruang tamu, sebahagian karpet dah basah. Boboy menjenguk ke luar. “Ye, ye Mak long datang,”jeritnya. Aku meninggalkan bulldozer dan berlari ke arah pintu pagar dengan berbogel.

“Ya Allah , apa dah jadi dengan anak maklong nih!” Maklong jelas sekali terperanjat.  Beliau lantas masuk ke rumah. Digerakkan papaku dan memarahinya. Papa yang berkain pelikat tanpa berbaju antara sedar dan tidak. Terbeliak biji mata mak long tengok rumah yang kebasahan dibuat oleh kami adik beradik. Aku yang masih berbogel kebasahan mencari bantal busuk.

“Maklong, nak shushu(susu),”kataku. Beliau terdiam. Biji matanya berair. Lantas bangun dan membuat susu.
“Jan, balik rumah sekarang, kau tengok apa dah jadi dengan rumah kau ni,”maklong menghubungi  mama melalui telefon rumah. Maklong memakaikanku dan abangku baju dan aku tertidur di atas sofa bersama bantal peluk.

Kereta warna merah masuk ke pekarangan rumah. Mama dah balik. Dia keluar dari kereta. Rambutnya merah semerah kereta dan bibirnya. Gerak langkahnya laju. Dibuka pintu gril. Kasut tingginya dicampak ke tepi. Mama melihat papa yang masih terduduk di sofa tidak sedarkan diri. Mama naik berang. Mama memetir di ruang tamu there and then. Aku yang ketakutan lari mendapatkan maklong. Maklong memeluk erat aku dan abangku. Air matanya belum berhenti menitis. Macam-macam keluar dari mulut mama waktu tu. Mama lantas naik ke tingkat dua rumah kami. Memunggah segala kain baju aku dan abangku masuk ke dalam beg. Papa mengikutinya dari belakang merayu-rayu.

Ada beberapa ayat yang mama lafazkan waktu itu. Mengingatinya amat menyakitkan. Segala baju , alat permainanku  dimasukkan dalam kereta. Maklong memerhati.

“Along, bawa boboy ngan bobby masuk kereta. Aku dah tak tahan duduk rumah ni,”kata mama pada mak long.

“Jangan tinggalkan papa,”papa menangis. Diulang berulang-kali ayat tersebut. Aku yang menghisap puting mula ingin menangis.

“Awak jual anak pun awak sanggup,”kata mama.

“Papa tak sampai hati jual anak sendiri,”rayu papa. Mama ku bergegas menguraikan tangan papa di muka pintu namun segalanya telah terlambat. Papa ditinggalkan di pintu rumah dalam keadaan menangis.
Mama lantas masuk ke dalam kereta dan meluncur meninggalkan rumah Shah Alam menuju ke kampung bersama kami. Aku menangis sehingga tertidur. Dahulu mungkin aku kasihankan papa dibuat begitu namun kini aku mengerti mama telah menyelamatkan segalanya demi diriku dan boboy.


Sejak itu aku dijaga oleh wan dan atuk di kampungku, Jelebu. Negeri Sembilan.
(sebahagian babak tak mampu kuceritakan di sini, biarlah masa menentukan apabila aku benar-benar bersedia untuk berkongsi dan memberi pengajaran pada semua)

......................................................................................................................................................................

“Atuk, tahun ni kita tak bergaduh,”kataku tersengih-sengih macam kerang busuk. Atuk tersenyum, lantas dihulurkan tangan ketika aku salam memohon kemaafan pada pagi raya tahun 2002. Ritual salam dan memohon maaf ini memang diamalkan setiap tahun dalam keluarga kami. Penuh dengan keikhlasan, kemaafan, emosi yang tragis, tisu-tisu yang basah dan make up yang kena touch up balik.hahaha. Daku pernah tunjukkan gambar-gambar ini pada kawan-kawan arabku di universiti. Mereka semua terkesima dengan amalan kita

“Seumur hidup aku tak pernah cium tangan mak dan ayah, apatah lagi minta maaf sebegini tiap-tiap tahun. Mak aku pun tak pernah aku tengok cium tangan ayah,”kata Mostafa. Memang benar. Arab tiada budaya dan adab yang sebegini. Isteri cium tangan suami bagi mereka seperti dilayan disyurga. Isteri arab ni kalau bergaduh maki hamun suami, baling apa sahaja yang tercapai di tangan dan yang paling jelas, semua kawasan jiran boleh dengar. Mereka bangga orang dengar mereka bergaduh .  4 tahun lepas keluar berita ada seorang isteri ni marahkan suaminya sebab kahwin lain, dibaling parang, terkena leher, tercantas carotid vesselnya dan mati! Arab ni cantik-cantik, miss universe tu tolak tepi lah, masalahnya sikap tidak hormat suami antara salah satu kekurangan yang agak jelas. Suaminya pun dua kali lima. Kaum Melayu dan Cina lebih berbudi bahasa dan lembut tutur kata.


Hampir setiap tahun ada sahaja konflik aku dan atuk. Atuk ni panas baran, aku pula tak ada toleransi. Nak menjawab sahaja cakap orang tua. Huhuhu. Orang tua tak semestinya betul sentiasa, orang muda tak semestinya salah sentiasa.  Haaa..tu yang bergaduh-gaduh tu. Tapi raya tahun itu agak pelik. Tak bergaduh langsung di bulan Ramadhan dengan atuk. Huhuhu. Cucu lain semua baik-baik. Aku ajer yang suka cari pasal.

Sejak peristiwa air basah satu rumah tu, aku dan along dibesarkan oleh atuk dan wan di kampung. Mama telah bercerai sejak itu dan menyara kami sekeluarga seorang diri. Rumah di Shah Alam dijual, hanya kereta yang tinggal untuk ulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jelebu setiap minggu.

Aku bersyukur mama mempunyai kelayakan dan dapat pekerjaan yang baik. Cuba bayangkan kalau dah bercerai, tiada kerja, tiada pula kelayakan? hidup dalam kesusahan sepanjang hayatlah jawabnya.

"Kita kaya, orang tak suka, kita miskin, orang benci"

Atuk dan wan sangat penyayang namun sangat tegas dalam bab pendidikan. Sepupuku yang lain pun tinggal di kampung bersama kami. Ibu bapa masing-masing mencari rezeki di Kuala Lumpur. Balik kerja dah malam, macam mana nak jaga anak-anak? Orang gaji tak boleh dipercayai. Dulu makcu aku berkeras nak jaga anak sendiri, hantar anaknya ke rumah jiran waktu dia bekerja. Sekejap aje bertahan, Si Harry makan tak diberi, minta minuman dimarah-marah. Sedangkan depan makcu aku, jiran tu pijak semut pun tak mati. Lepas tu memang tinggal dengan wan dan atuk di kampung. Rumah di kampung agak besar. Siap boleh jogging, berlari-lari dan main basikal dalam rumah!


Pukul 5.30 pagi aje, wan kejut untuk bersiap ke sekolah. Pukul 6 am yang sejuk membeku tu dah ada di pondok bas bersama budak-budak lain untuk ke sekolah. Selalu tertidur dalam bas sebab sejuk dan masih awal. Dari rumah ke pondok bas, atuk yang hantar naik motor.  Itulah keadaannya setiap pagi selama bertahun-tahun. Kalau ada peperiksaan pertengahan tahun atau akhir tahun, mama akan ambil cuti seminggu dan hantar jemput kami ke sekolah setiap hari. Those are my favorite days sebab tak payah berebut bas dan berjalan di bawah panas terik matahari setiap hari sampai kulit naik hitam. Nasib baik la mama tak ada anak perempuan, kalau tak memang azab sungguh!

Petang aje balik sekolah, wan dah masak siap-siap makanan favorite. Baju tak sempat tukar lagi dah capai mangkuk nasi. Pukul 2 petang pergi mengaji di rumah seorang guru agama dekat dengan rumah. Malas mengaji kena rotan!! Aku tak pernah kena rotan kut tapi adik sepupu aku, anak mak long selalu kena rotan. Balik ajer dia tertidur atas sofa. Wan atuk suruh pergi mengaji dia bagi alasan penat, panas la.

“Kau nak jadi apa tak nak pergi ngaji?Wan ni nak jadikan kau manusia, biar boleh hidup senang macam orang lain, tak la hidup susah macam wan atuk ni dari muda sampai ke tua!”jerit wan sambil memegang rotan. Berlari masing-masing ke halaman ambil basikal dan memecut. Huhuhu.


Alhamdulillah wan dan atuk diberi kesihatan oleh Allah untuk terus mendidik kami. Aku tengok nenek-nenek orang lain semua dah uzur, tak larat pun nak berjalan lama-lama. Wan aku boleh berlari lagi mengejar cucu! Ada orang kampung ni, neneknya uzur tak lepas berjalan, duduk di biliknya dekat dengan dapur. Si cucu tahu yang neneknya tak akan naik ke beranda, maka beranda menjadi tempat dia merokok dan hisap dadah dengan kawan-kawan. Emak dan  ayahnya entah ke mana. Memang rosak!
 
Malas baca buku ajer kena rotan. Tengok tv lebih masa ajer, ditutup tv tu depan-depan dan berlarilah masing-masing mencapai buku.

Semua ada dalam buku tu, rumah besar, kereta besar, bini cantik, buka ajer buku tu dan baca,”kata atuk. Waktu kecil dulu aku belek setiap muka surat buku, mana bini cantik?tak ada pun? hahaha Rupanya makna tersirat. Sekiranya kita berilmu, segalanya kita boleh peroleh. Jika banyak harta pusaka sekalipun tapi anak-anak tidak berilmu, harta akan habis dan kembali hidup susah. Sebab itu keluarga kami pentingkan ilmu lebih dari harta. Harta jangan dikejar, ada ilmu, ia akan datang sendiri.

Waktu malam aje memang masa baca buku. Boboy cucu sulung. Beliau dapat perhatian lebih dari atuk dan  mama. Mama ajar a-t0-z kalau hujung minggu. Kerja rumah boboy kalau tak siap atuk dah marah dah. Memang bertuah.

Sepupu-sepupu aku yang lain dapat perhatian penuh dari ibu dan bapa masing-masing. Buku tulis aku tak pernah atuk tengok kerja rumah siap ke tidak. Cikgu bagi A ++ melambak-lambak. Mama pun tak pernah tengok. Mama pun sibuk. Kami ada masa kurang 24 jam dalam seminggu untuk bersama mama. Petang sabtu mama balik ke kampung. Petang Ahad mama dah balik dah. Aku terkontang-kanting bawa diri sendiri.



Kadang-kadang jealous tengok mak ayah masing-masing buka buku anak-anak, hantar sepupu-sepupu tu ke sekolah. Aku paling lambat bangun pukul 5.30 pagi. Sepupu aku yang lain, sebab naik kereta bangun paling awal pukul 6.30 am.  Aku mengulangkaji pelajaran dan tidur paling awal pukul 12 tengah malam. Mereka yang lain, tidur paling lambat pukul 10 malam. Bayangkan baca buku sekejap ajer, lepas tu tengok tv, lepas tu parent masing-masing dah ajak tidur, nak berjaya macam mana?? Study cukup syarat. No wonder


Ada permainan video mama belikan untuk kami waktu aku darjah 3. Balik sekolah ajer main, pergi mengaji pun terlewat-lewat. Wan aku kejar dengan rotan. Aku dan abang aku melompat keluar dari tingkap puuuummm jatuh ke tanah! Nasib baik tak patah riuk. Rumah kampung tu serambinya tinggi seolah-olah tingkat dua. Hujung minggu main game, wan ambil game tu dia sorokkan entah mana-mana! Puas kami adik-beradik geledah rumah tu!
 
“Kalau ada  game tu angah along tak baca buku!(angah tu merujuk kepada aku),”kata wan. Tak tahu apa nak dibuat, lantas buka buku.

Pada tahun 1997, abangku masuk Sekolah Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah setelah memperoleh 4 A (waktu tu upsr 4 subject sahaja). Mama gembira tak terkira waktu dapat result upsr. Dipeluknya abangku di sekolah sambil menangis-nangis. Ibu tunggal. Susah mencari rezeki membesarkan anak seorang diri. Itulah hadiah terbaik buat mama. Sejak hari itu aku azam tinggi, nak jadi macam along.

Papa entah ke mana, dah beberapa tahun tak dengar berita. Aku hidup ke, mati ke, pun dia tak ambil peduli. Aku pun tak ingin ambil tahu. Boboy lebih bersikap ignorant dari aku.

Banyak kisah duka kami adik-beradik. Simpan sesama sendiri. Along pernah balik lewat dari sekolah. Dia menangis seorang diri di taman permainan lepas kelas apabila kawan-kawannya mengejek tentang papa. Kesian along.

Papa dan mama berasal dari daerah yang sama. Tak ada siapa tak kenal kami sekeluarga di situ. Kisah penceraian jadi bahan mulut orang bertahun-tahun. Along ni jenis tak cakap banyak. Dia simpan seorang diri, lepas tu dia mengamuk. Ada masa ni, aku baru balik dari kelas petang. Berjalan bersama kawan-kawan. Sampai di kedai ibunya, ibunya jeling aku dan terus menyuruh anaknya masuk. Aku dengar dari luar kedai,”Ibu tak nak kau kawan dengan anak Azmi tu!”

Aku tersentak di luar kedai. Tercari-cari arah hendak dituju. Aku tak nak balik rumah lagi waktu tu. Menangis aku tepi padang Kuala Klawang seorang diri. Ada seorang cikgu SKUJ melintas dan memberhentikan kereta. Cikgu perempuan ini duduk di sebelah ku dan bertanya kenapa aku menangis.

Aku tetap tak bersuara. Dia memelukku dan cakap,”Faizal tak perlu menangis, balas jasa mama, atuk dan wan dengan keputusan yang cemerlang. Jangan dengar cakap kawan. Apabila Faizal berjaya, tak ada orang boleh mempersendakan Faizal.” Aku ingat setiap patah perkataan cikgu ini. Sejak itu setiap kali aku tension dengan orang sekeliling, aku pegang buku dan baca. Tension lagi pegang buku dan baca. Walaupun hakikatnya buku-buku tersebut basah dek air mata. Terima kasih cikgu.

Banyak lagi kisah sedih. Aku tak pernah lupa, namun aku tak ingin ingat. Biarlah bersemadi.  Mama sengsara di usia mudanya, namun setelah berkahwin dengan abah (bapa tiri) aku yakin segalanya boleh dilupakan sekelip mata. Aku ini anak. Setiap kali aku tulis nama penuh Mohd Faizal bin Nor Azmi, hati aku terusik.  Setiap kali dapat anugerah atau apa-apa hadiah dan nama penuh aku diumumkan, hati aku kembali terusik walaupun zahirnya tak menunjukkan apa-apa reaksi. He didn’t deserve this honor!

Memang tak patut aku bercakap macam tu tapi itulah yang berlaku setiap kali aku tulis nama atau nama aku diumumkan. Sengsara ini dibawa ke mati. Hanya apabila namaku disebut Mohd Faizal bin Norizan, kesengsaraan ini hilang seratus-peratus iaitu ketika saat aku ditalkinkan. Nasihat saya untuk pembaca berhati-hatilah mencari pasangan, buat research menyeluruh, sekiranya gagal dalam membuat keputusan, anak-anak yang terima padahnya, buat selama-lamanya. Berkahwin bukan untuk sehari dua.

Setiap minggu mama jenguk along di sekolahnya. Along yang gemuk gedempol kenyang makanan wan jadi kurus macam lidi makan nasi kawah di sekolah. 2 minggu sahaja tempohnya. Waktu tu bulan Ramadhan. Tak ada yang tak menangis tengok Boboy.

Mama pun balik kampung  tak sibuk-sibuk tengok buku aku. Sifir ajer ditanya banyak kali ,”Dah hafal sifir dah?” Kalau tak hafal kena jelingan yang tajam. Atuk pun waktu tu kurang sihat. Selalu buat perangai. Aku selalu cakap atuk ni mengada-ngada mengalahkan budak-budak! Lepas tu sure aku kena cubit oleh sesiapa yang ada di sekelilingku.  Kerap kali aku bawa buku depan atuk. “Atuk, cikgu suruh sain.” Barulah dibuka buku aku tu. Itu pun tak cakap apa-apa. Waktu tu aku selalu bertanya dalam diri, kenapa atuk selalu tak cakap banyak pasal study aku. Along boboy over pula attention yang diberi. Erm. Malas nak fikir, nanti sakit hati.

Aku bawa diri sendiri sejak kecil sampailah kini. Macam-macam pertandingan aku masuk. Atuk kata kalau study stabil apa salahnya masuk kokurikum. Study aku memang stabil. Aku aim kalau dapat no 1, aku boleh masuk apa-apa yang aku nak.  Maka beratus-ratus pertandingan aku masuk di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. No one can object, as long as I got number one.
......................................................................................................................................................................
Tahun 2002

Aku pulang bercuti dari SMAPK selama 2 minggu pada bulan 8. Waktu itu aku tingkatan 4. Wan dan atuk tersenyum tengok aku terpancul di pintu pagar rumah kampung. “Ingatkan pergi rumah mama,”kata wan. Aku senyum ajer membawa beg besar yang penuh baju untuk dibasuh dan buku untuk dibaca. Mama berkahwin semula waktu aku tingkatan satu dan tinggal bersama anak-anak abah di Bandar Tun Hussein Onn.


“Wan, angah puasa hari ni,wan masak apa?”tanyaku. “Dah, dah wan siapkan dah, pergilah tengok kat dapur,”kata wan sambil tersenyum.

“Wah, ayam masak merah, ikan sembilang berlada, daging salai masak gulai, labu masak lemak!” tergugat iman aku waktu tu. Lambatnya masuk maghrib!getus hatiku sedangkan lagi setengah jam sahaja.

“Wan kau masak macam-macam, yang makannya seorang!”kata nenek, ibu kepada wan.  Aku terlupa salam lak. Huhuhuhu. Nenek tinggal bersama kami. Dialah yang membantu membesarkan mama adik-beradik dan kini aku adik-beradik. Umurnya ketika aku garap blog ini telah mencapai 90 tahun. Kini agak uzur, bersusah payah di zaman british, menanam beras dalam tanah dan menyorok di hutan di zaman jepun, membesarkan anak, kemudian jaga cucu pulak, kemudian cicit pulak. Ni kalau abang aku yang dah kahwin ni dapat anak. Dialah manusia yang paling kaya di dunia ni, sempat lihat anak, cucu, cicit dan piut. Doakan kesihatan beliau yang kini telah uzur.

Atuk duduk sekali di meja makan waktu itu. “Wan dah buatkan air?”tanya atuk. “Takperla tuk. Air oren ada ni,”sambil menuang air oren dari botol ke dalam gelas. “Atuk makanlah sekali,”kataku.

Atuk mengambil sepinggan nasi dan makan bersamaku pada waktu maghrib itu. Rumah itu ada wan,atuk, nenek dan aku ajer. Adik sepupu lain aku tak pasti ada di kampung atau bercuti dengan ibu bapa mereka. Tiada memori. Sesudah menjamah nasi, atuk bangkit solat maghrib dan terus masuk ke  bilik untuk tidur.
Aku bangkit, mandi, solat dan baca buku sebelum berborak dengan wan di depan tv. Pukul 10 wan masuk tidur. Aku tutup tv astro yang tiada rancangan menarik, lantas membuka computer di  bilik untuk bermain internet.

Suasana sunyi malam itu, bunyi cengkerik dan unggas sangat kuat tatkala malam. Rumah kampung itu sangat wangi. Bunga kembang malam yang ditanam di luar rumah oleh maklong sangat mengharumkan. Aku keluar dari bilik menuju ke dapur dalam keadaan yang gelap. Apabila melintasi bilik atuk dan wan, aku terdengar bunyi orang mengetuk dinding.


Dang! Dang! Dang! Dang!!!


Aik, atuk mengigau ke?getus hatiku. Aku terus berjalan ke dapur dan minum air. Aku berjalan kembali untuk pulang ke bilik.

Dang ! Dang! Dang!!!Dang!!


Aku buat pekak dan terus masuk bilik.

Aku mencapai sebuah buku untuk dibaca. Selesai sahaja baca satu perenggan,aku terdengar bunyi orang menjerit.

“Angah, tolong ngah ! Angah tolong ngah!!!!!

Aku terdengar suara wan. Aku melompat bangun dari katil dan berlari kearah bilik wan yang sejauh 30 meter dari bilik aku.

Lampu terpasang. Nenek aku dah terjaga. Kulihat atok di atas katil. Wan memegang tangannya sambil menangis. “Abah, mengucap bah, ingat Allah bah, mengucap!!!” air mata wan macam empangan pecah. Aku tersentak waktu tu  tak tahu nak buat apa.  Kuangkat atuk ke tilam yang dibentangkan ke atas lantai.

Tangan dan kaki kirinya tidak lagi bergerak. Matanya juling. Air liur mengalir keluar.Tangan kanannya bergerak-gerak tanpa henti mencapai apa sahaja yang ada.

Ku lantas ke ruang tamu, telefon jiran minta tolong, telefon tokcu, telefon maklong, telefon mama, telefon makcu, dan sesiapa sahaja yang terlintas dalam fikiran. Wan macam hilang arah. Arwah wan long  dan toklong mengetuk pintu.

Aku lekas membuka pintu. Toklong, tengokkan atuk. Kataku dalam tangisan. Beberapa minit kemudian Tokcu datang dengan keretanya. "Jom lekas bawa atuk hospital!"kata Tokcu. Aku angkat atuk masuk ke dalam kereta.Tangannya masih lagi  bergerak.

Pintu tak dapat ditutup. Tempat duduk belakang tidak muat untuk  membaringkannya. Kududukkan atukku namun kaki dan tangannya bergerak tidak henti . Kejap pegang dinding, kejap pegan wan, kejap tolak kerusi, kejap kena kepalaku.

“Atuk sabar la kejap. Bawa mengucap!”kataku perlahan dalam tangisan. Wan tidak dapat bersuara.
Tokchu bawa kereta laju macam F1! Tuhan sahaja yang tahu aku takut macam mana waktu tu. Suruh bawa perlahan bukan dia peduli. Sampai ajer hospital, atuk dibawa masuk ke wad kecemasan. Dicabutnya canula dari tangan, ingin bangun dari katil dan terjatuh.

“Atuk janganlah mengada-ngada!!! Doctor nak rawat ni,”jeritku dalam emergency wad itu.

“Adik, mak cik, boleh keluar sekejap tak, “kata doctor di wad emergency itu lembut.

Aku melangkah keluar. Aku bantai menangis kat luar wad tu tak berhenti-henti. Wan puas pujuk.
“Sabarlah angah, wan lagi sedih,”kata wan. Aku memeluk wan dalam gelap gelita malam di luar wad kecemasan Hospital Jelebu.

Mama, abah, maklong, paklong, makcu dan pakcu sampai dari kuala lumpur 45 minit kemudian.

Kesemuanya menangis di luar wad. Atuk disahkan kena stroke (angin ahmar) tapi tak dimaklumkan jenis infarction atau hemorrhagic.  Atuk dalam keadaan begitu sehingga esok harinya. Tangannya belum berhenti bergerak. Canula di tangan dicabutnya.

Aku hanya diam sejak atuk dipindahkan ke wad. Cuma dalam hati terlintas, cukuplah tu tuk, bagi nurse buat kerja, janganlah mengada-ngada.

Tangan atuk tidak bergerak lagi sejak hari esoknya. Mukanya  mampu bergerak sedikit demi sedikit. Aku luangkan masa tidur di hospital waktu itu sehingga buka sekolah. Habis aku punggah buku sekali bawa hospital.
......................................................................................................................................................................

Hari ni aku keluar dari masjid Smapk menuju ke dorm. Baju-baju aku masukkan ke dalam beg kerana aku ingin pulang ke kampung tengok keadaan atukku yang lumpuh. Aku kembali ke masjid untuk solat isyak. Sekali aku ternampak kelibat abah mencariku di luar masjid.

“Eh, abah buat apa kat sini?”abah tidak segera menjawab. Along boboy mengekorinya.
“Angah, bawa banyak-banyak bersabar, atuk dah tak ada,”

Duniaku gelap. Aku terkedu. Sesak nafasku. Tanganku menggeletar."Innalillahi wainnalillahi rajiuun.


“Awak balik ke dorm, ambil kain baju, kita balik sekarang, abah dah maklumkan dekat Ustaz Wan Akashah,”kata abah.

Aku pusingkan tubuh menghala ke dorm. Langkahku kubuka kecil. Air mata mula berlinang dari masjid sampai ke dorm, sampai ke kereta, sampai ke rumah kampung.

Kami tiba di kampung pada tengah malam. Kusedekahkan al-Fatihah dan kubacakan yaasin di tepi arwah.
Arwah atuk dikebumikan pada esok harinya di sebelah pusara ahli keluarga yang lain.
......................................................................................................................................................................

(kembali ke hospital)

Dr Hala sangat penyabar dan penyayang orangnya. Dipujuknya pak cik Saad supaya duduk diam, tapi tidak membuahkan hasil. Selimut putih telah kotor di atas lantai.

“Soba7al 5eir ya  gama3ah (Selamat pagi semua),”terdengar suara wanita dari arah pintu. Dr Mofida berjalan masuk. Abang Hisham bangkit memberi hormat.

“Ezayyoko ya shabab? How are you dr Faisal?”senyum Neurologist ini apabila melihat kelibat orang Melayu di tengah-tengah orang Arab.

“Alhamdulillah, bel5eir, insyaallah,”balasku lembut.

“Doctor, this patient doesn’t want to stop moving from 3 hours, te3bna!(memenatkan kami)”kata Dr 3abed berseloroh. Kawan-kawan yang kenal 3abed ni sure tau perangai dia macam mana.Huhuhu

Dr Mofida tersengih. “It is normal for the stroke patient to act like that. It's not because of their childish attitude or what-so-ever. They have two paralysed limbs already. They are fighting not to lose others.
 (itu nomal untuk pesakit angin ahmar bukan kerana sikap keanak-anakan atau sebagainya. Mereka dah lumpuh satu tangan dan satu kaki. Mereka berjuang supaya tidak kehilangan satu tangan dan satu kaki yang lain.)

Jawapan Dr Mofida buat aku terduduk. Merah padam muka aku. Mulutku terkunci. Tanganku menggeletar.
“Are you alright Faisal?”tanya Dr hala. Aku mengangguk lemah, hatiku pernah terlintas arwah atuk dulu mengada-ngada.  Aku lantas keluar dari wad. Bilik air kuterjah. Kukunci pintu.

Maafkan angah, atuk. Maafkan, angah………………………………………


**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

13 comments:

SNHZ said...

Salaam...
saya selalu membaca blog Dr. Faizal...
kali ini,blog Dr membuka mata saya dan membuatkan saya terfikir sekarang...kita belajar untuk hidup..bukan hanya untuk final exam..

terima kasih Dr. Faizal

Anonymous said...

salam faizal

mak cik menangis-nangis ketika baca kisah hidup faizal dalam post kali ini. mak cik tak sangka faizal lalui semua ini dalam usia yang sangat muda,hidup tidak seperti kanak-kanak yang lain

semuanya ada hikmah faizal, Allah beri ingatan yang sangat kuat dari kecil, mana ada orang boleh ingat peristiwa ketika berumur 2 tahun??

Makcik baca komen mama faizal di facebook faizal, sungguh menyentuh naluri seorang ibu,apa la agaknya yang dia rasa apabila membaca fikiran faizal setelah faizal berumur 25 tahun?

taatilah mama, wan dan ahli keluarga yang bersusah payah membesarkan faizal dalam serba kekurangan sehingga faizal telah menjadi doctor dan boboy telah menjadi jurutera yang berjaya. Jangan sesekali membelakangi mereka.

You are one of the people in the world who can voice out their minds easily, tidak salah bagi makcik, cuma cari perkataan yang tepat

Makcik tahu suatu hari nanti faizal akan jadi orang yang sangat hebat di malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Kini pun faizal sudah mashyur di mesir dan Malaysia, i have no doubt about your future.

Bagi mak cik, Allah bagi latihan kepada faizal sejak faizal bayi lagi untuk menyiapkan faizal menghadapi tugas yang lebih besar di masa hadapan, carilah apa tugas itu, bersyukur faizal telah menjalani latihan ini dengan jayanya

Bak kata mama faizal di facebooknya, the world is watching you!

makcik tadi doakan faizal dalam solat hajat makcik. Sekiranya ada apa-apa yang makcik boleh bantu, maklumkan pada makcik yer

doa makcik untuk faizal sentiasa, Semoga allah permudahkan jalanmu

makcik Zainab,neurosurgeon,US

AnGaH InOuE said...

salam....i'read ur post..... betul.. banyak lagi cerita sedih yang angah tak cerite.... tapi akak bangga ngan angah sebab angah seorang insan yang mampu dan sentiase berfikir tentang sesuatu perkara sebelum atau selepas ia berlaku... kebanyakan org hanye tau cakap dan buat saje tapi tak mau n tak nak pun mencari faedah atau kebaikan n keburukan perkare tuh... bukan mudah nak jadi macam tuh.... kan?...

memang betul pun pengalaman mengajar kite...... lagi banyak pengalaman lg banyak yang kite belajar..... akak suke bace blog angah.... kadang2 akak bace lg mane2 yang akak dah bace.... its such a nice place to release n let go our feeling when there is no one to be our listener.... kadang2 luahan begini lebih melegakan dari bercerita ngan org secare depan.... itu ape yang akak rase la...

ape2 pun yang berlaku.... jgn lupekan org tua angah... org yang jage angah... org yang berada di sekeliling angah... kerane hanye mereka yang kite ade... mereka lah keluarge kite.... study betul2 n bawak balik kemenangan dalam pelajaran angah.... kami semua di sini mendoakan kejayaan angah n keselamatan n kesihatan angah..... we miss u... we luv u.... salam..

Jacknaim said...

salam faizal,

everyone has a 'different angle' story that others didnt see it. you have gone through a lot. i'm sure all the tough day that you gone through has shape you to become who you are today.


yes, it's tough but i'm pretty sure that it grow up strength deep inside yourself. and now here you are! i'm sure you're much more stronger now.


i can feel the pain that you've gone through. but please never forget that he still your father no matter how evil he is. after all, you still owe his semen.


never ever repeat the mistake that he had done. learn from his mistake. insyaALLAH, you can be a good muslim doctor, a good husband, good father, a good son and a good brother....

with love from Malaysia...

Anonymous said...

:).. nice..

never ever forget about the past.. :)



anne..

mechante said...

salam dr,

"whatever has happened has its own reasons..hardships that you've faced has made who you are today.."

jz wanna let u know that u r one of the people who has inspired and made me believe in myself 12 years ago =)

Sakinah Omar said...

Salam Faizal,
I must say its not easy for me to get stuck reading anything from the net.I usually just jump from one paragraph to the other trying to extract the gist.
But I really got stuck reading this entry.You have been given by Allah the ability to remember,to relate and to express in words.Subhanallah...
Do use it well so that the Ummah will benefit from it always.
What can I say.You have gone through a lot in life.
But as they say,you won't be who you are today if it was not of who you were yesterday.
What you have gone through has made you the person you are today.Be thankful to Allah always.For only HE knows what is best for us.
About your dad:
I know its painful.I've met people who have gone through similar situations with their father.But...he is still your biological father.He may not have contributed anything towards making who you are today,but I hope one day you will forgive him and pray to Allah that HE will forgive him too.
About your Atuk...
I can imagine what you must feel.Its hard.Its sad.But you didn't know it back then.So don't take it too hard on yourself.Things happen.I'm sure you understand this too well.

Someone with strongwills like you will suceed in life insya Allah.
I hope you will inspire more youths out there with your stories and experiences and knowledge.

I want to say here that I thank Allah for 'showing' me your blog.And I feel very proud that I have come to know you personally.
I remeber when I mentioned to my ex student that I had been consulting you about what I'm facing he said:
"He's one of the best!"
Mayy Allah give you strengh to pursue all your dreams.

eddy said...

Slm buat saudara seislamku..
rase seronok bc blog saudara..allah bg byk btul keistimewaan pd saudara,muka dh hensem,di kurniakan akal yg bijak,keluarga yg penyayang,akhlak yg baik brlandaskan agama,pastu di beri plak pengalaman2 pahit manis yg bkn semua org bleh rase..barakallahu fik.beruntungnye saudara..cume jgn marah sy nk kongsi pndpt tntg ayah saudara (prkataan tegur x sesuai utk sy,siapalah sy nk mengajar saudara)
saudara hampir berjaya pd pndangan sy..cuma sbrg tanggapan,rase x puas hati,marah,kecewa trhdp ayah haruslah di hapus sm skali.takut ade effect pd kehidupan kite akn dtg..kalau ayah yg dulunye gagal mnjlnkan tanggung jwb trhadap keluarga dn buat kita menangis dan trluka,itu merupakan dosanya pd allah,bkn pd kita..tidak ade istilah ibu bapa berdosa trhadp anak2nye..yg ade cume anak yg berdosa trhadp org tuanye..kita ni yg maintain nk jd anak yg soleh tidak berhak sama skali mmbencinye apatah lg mnjatuhkan sbrg hukuman trhdpnya..pndangan ni ikhlas maap ye..mmbaca blog saudara mmbuatkan sy brsemangat nk smbung blajar lg..walau pun dh kertu..haha.



dr saudara seislammu,
belajo takat spm je...

incik said...

slm..
sy x pernah bergenang air mata mcm ni stakat ni bile bc blog org lain..
xpasti nak cakap camne skrg..
xpasti ayt terbaik nak tulis skrg..
cuma..
Semoga sentiasa di bwh perlindungan Illahi..

aishah said...

sy tersentuh hati baca blog Dr.
banyak pengajaran yg dpt diambil.
kebanyakkan skrg doktor hanye wt tugas sbb nk gaji shj bkn atas keperimanusian..

iman said...

Salam,
May Allah bless u n give u His guidance...
i cant describe wut kind of emotions ive had...
but gladly i'd like 2 say it gives me motivation 2 strive 4 more in life...
syukran a'la qisotuhu...
truskn usaha, im anticipating 4 more ^_^

Q said...

Assalamualaikum.. huhu.. good stuff we have here.. aku jadi terkedu sekejap.. life is hard.. tp aku nampak yang kamu ini insan yang terpilih.. ya.. hidup sukar.. tp kesukaran itu tidak mnjadikan kamu insan yang tidak baik.. sebaliknya kamu ambil iktibar dan terus2 berbuat baik kepada insan lain.. aku tak suka memuji.. seseorang pernah bgtau.. pujian itu hanya akan menyebabkan insan yang dipuji itu one step closer ke neraka.. but then u did great. what else can i say?

azmira azmi said...

well done doc! you inspired me a lot...