Bersalin Di Koridor (2010)

Bersalin di koridor

2pm: Kami baru sahaja selesai revision untuk peperiksaan special surgery pada hari Rabu ni. Panasnya!! Kelas sampai pukul 2 pm di musim panas ini sangat menguji ketahanan diri.

“Ana hamshy delwaqty (saya pulang dulu),”kataku pada kawan arab.

“Lessa badry ya faisal, yalla ma3ana, hanro7 elweladah (Masih awal la faizal, jom pergi wad bersalin),” ajak kawan-kawan arab.

Aku yang hanya fikir nak study kat rumah buat tak tahu, senyum dan terus berlalu.

Dah 10 meter berjalan agaknya, tiba-tiba….

“Jomla, bila lagi kita boleh pergi !!,”kata si Aisha, wanita Mesir dalam bahasa Arab dari arah belakang. Suara macam jantan! Kuat betul menjerit.

Dengan tak semena-mena si Mostafa kejar aku dari belakang. Dicapainya lengan kananku dan diheretnya aku bersama. Si Ahmad pegang tangan kiri. Eeiii! Aku rasa nak pelempang orang pun ada waktu tu.

“Ana ta3ban, mosh hagy delwaqty!! (aku penat, tak nak pergi sekarang),”jeritku. Si Ahmad dengan Mostafa buat tak tahu. Aisha, dan Sarah tersenyum tengok gelagat kami.

“Yalla ya faisal, de awwal marrah ana hagy el-qism weladah. Lazem te3allemny haga ably terga3 malayzya (Ini kali pertama aku nak menempel kat wad bersalin, ajarlah apa yang patut, tahun depan kau dah nak balik Malaysia dah),”kata Aisha.

Hmmm. Aku menarik nafas panjang. Minggu lepas mereka dah ajar aku kat wad pembedahan. Berat hati pula nak menolak. Aku ambil masa untuk berfikir.

Nak tak nak kami berlima terus berjalan masuk wad bersalin pada petang tu. Baju bedah yang sentiasa standby dalam beg dipakai. Ahmad pergi capai alas kaki, mask dan tudung kepala untuk dipakai. Wad bersalin tengah penuh!

Selama sejam kami berdiri di wad bersalin tu. Orang yang bersalin silih berganti. Dr Refaat yang kenal aku datang dekat dan terus menyapa,”Nak sambut bayi tak?”

“Saya sentiasa nak, tapi kalau saya sambut bayi susah pula saya nak menerangkan kat kawan-kawan sebab saya kena concentrate buat kerja,”jawabku perlahan dalam bahasa Arab. Dr Refaat mengangguk.

Dr Refaat teruskan menyambut normal delivery. Aku pula menerangkan kat kawan-kawan step by step apa yang perlu buat. Sesekali Dr Refaat menambah. Aisha yang kali pertama jejak wad bersalin ni asyik mengetam gigi, Nampak cuak! Sesekali dia intai muka kami yang tiada perasaan. Huhuhu. Dah biasa, alah bisa tegal biasa.

Bilik bersalin lain penuh. Kelihatan medical officer sedang membuat delivery.

“Mana houseman?”tanyaku pada nurse. “Mereka ada kelas sekarang,”jawabnya dalam bahasa Arab.
Beruntungnya la houseman kat Mesir ni. Siap ada kelas formal setiap hari untuk belajar clinical skill ni. Di Malaysia jangan haraplah. Hospital-hospital di Malaysia dah anggap kita sepatutnya tahu semua, terus kerja sahaja, mana ada kelas-kelas formal macam ni! Compensate right now! Kalau tak bersedialah untuk dimaki.

Pukul 4 pm. Dr Rehan (houseman perempuan) baru sahaja selesai menyambut normal delivery. Mukanya berpeluh. Kami berdiri di belakang memerhatikan beliau membuat kerja. Si ibu kepenatan. Masih lagi berbaring. Kakinya masih terkangkang.

Vagina ibu ini masih lagi berdarah. Episiotomy (koyakan pada vagina) yang dibuat sangat besar, median episiotomy pula tu. Episiotomy dibuat untuk membolehkan kepada bayi keluar melalui vagina.

“Kalau tak buat episiotomy boleh tak?” Tanya Aisha. Dr Rehan memandang tajam. Si Aisha terus menurunkan pandangannya ke lantai. Dr Rehan ni sebenarnya tengah bad mood, baru lepas kena marah dengan head of department. Perempuan kalau kena marah, selalunya menangis. Dr Rehan ni lain spesis skit. Dia ni panas baran.

Tadi waktu nak buat episiotomy aku nampak dia pegang gunting nak buat median episiotomy. Aku tegurlah, lebih baik buat mediolateral episiotomy, kalau tak fistula nanti (berlubang sampai ke lubang dubur). Dia terus marah aku waktu tu.

“Aku tahulah apa aku buat!”tengkingnya. Sejak tu aku kunci mulutku rapat. Menjawab nanti bergaduh pula kami di situ.

Soalan Aisha tadi tak terjawab. Dr Rehan buat pekak aje.

“Boleh kalau tak buat, selalunya umur si ibu kena 15-17 tahun sewaktu kelahiran pertama,tapi kalau waktu pregnancy dah buat pelvimetry dan sesuai, tak buatpun takper”jawabku ringkas.

“Eishme3na (apa hal pula?),”tegur Dr Rehan. “Semua yang kat wad bersalin kena buat episiotomy. Mana ada yang tak buat,” jawabnya kasar.

Aku tengah tahan sabar.

“Habis tu orang dulu-dulu yang lahirkan anak ada ke bidan kampung gunting vagina tu? Dulu semua orang beranak kat rumah ajer,”jawabku pantas. Dr Rehan senyap. Dia tak ada clue.

Aku terus pandang Aisha,”Macam aku kata tadi umur 15-17 tahun untuk kelahiran pertama. Sebab waktu tu vagina wanita muda ni masih elastic lagi. Kepala bayi yang 11 cm diameter pun boleh lalu. Lagipun orang dulu-dulu semua kahwin awal. Umur 15 tahun dah ada anak dah. Kalau umur 17 atau 18 tahun vagina tu dah tak se-elastic umur 15. Bagi kelahiran pertama, susah sikit kepala bayi tu nak keluar, sebab tu kena buat episiotomy. Dr Khaled yang beritahu kat kuliah. Lagi satu kalau kita dah assess pregnancy tu dan dah buat pelvimetry, sekiranya sesuai si ibu boleh ajer merancang untuk beranak di rumah. Banyak sahaja orang prefer beranak di rumah sekarang ni,”pesanku pada Aisha dalam bahasa Inggeris. Yang lain terangguk-angguk.

Dr Rehan buat muka tak puas hati. Aku nak berlalu dah dari situ, Si Ahmad pula suruh tunggu, dia nak tengok jahitan tutup balik episiotomy tu. Aku berdiri kejap. Kami memerhati Dr Rehan jahit balik vagina tu.

Dr Muhammad berlalu masuk. “Ezayyuku ya shabab? (apa khabar semua),”sapanya mesra. Dr Muhammad adalah pakar sakit puan. Hari Ahad insyaallah dia datang wad bersalin.

Dr Rehan baru sempurnakan jahitan. Dr Muhammad ambil tiub yang disambung air saline, terus dimasukkan ke lubang dubur si ibu. Dipicitnya air saline tu. Sepatutnya air saline tu masuk ke dubur, sekali keluar ke vagina! Dengan tahi-tahi pun keluar dari vagina! Ambikkau, kan dapat COMBO tu!
Dia masukkan pula jarinya ke dalam lubang dubur, sekali keluar kat vagina!



 “You have made a fistula in this patient!!” marahnya pada Dr Rehan. Ambik kau!! Degil sangat. Aku terus keluar dari wad bersalin. Dr Rehan sedang di torture oleh Dr Muhammad. Kawan-kawan aku stay situ sebab nak tengok macam mana Dr Muhammad repair. Repair of fistula kena buat waktu tu juga. Tak boleh tangguh. Tapi tak ramai orang yang tahu bagaimana nak buat repair tu. Dr pakar sahaja yang dibenarkan buat kalau di Cairo University Hospital ni.

Aku terus capai kerusi untuk duduk. Sakit puan ni best sebenarnya tetapi kebanyakan medical student dan doctor anggap kerja di wad sakit puan ni adalah mimpi ngeri. Semua boleh Tanya doctor-doctor yang telah melaluinya. Aku memang suka sakit puan ni, belum sampai tahap mimpi ngeri bagi aku. Kalau dah sampai, sudah tentu jejak masuk pun aku tak nak.

Dr Muhammad, Dr Rehan dan kawan-kawan aku dalam bilik 1. Di Bilik 2 dan 3, doctor-doctor dan nurse sedang sibuk menyambut kelahiran normal manakala 2 bilik bedah sedang digunakan untuk Cessarian Operation.

Semua doctor yang ada sedang sibuk. Makcik-makcik nurse ni buat kerja tak berhenti. Kasihan aku tengok mereka. Dah la busy. Selalu kena marah dengan doctor besar. Kasihan. Bagi aku umur dah 50 tahun kat atas ni lebih baik duduk rumah berehat, beribadah, ini dah tua-tua sibuk lagi mencari rezeki. Apa nak dibuat, kesempitan hidup memaksa. Kadang-kadang aku belikan makcik pakcik ni air sejuk, roti ke, tak pun biskut. Mereka ni tak lokek ilmu pun nak ajar apa-apa dalam wad ni. Aku pun tak berkira langsung. Niat sedekah aje.

Tiba-tiba.......

"Ana hamut! Ana hamut ! Ana hamut! (aku nak mati! Aku nak mati! Aku nak mati!) " terdengar jeritan dari luar wad.

Attendant tolak masuk seorang ibu dengan kerusi roda.

Nurse-nurse jalan selamba sambut ibu tu. Aku pun samalah. Failnya ada pada attendant. Kuminta izin nak tengok vagina. Si ibu buat endah tak endah! Sakit barangkali.

Aku menyangkung. Kusingkap kainnya. Sekali………..

Aku nampak sebelah kaki bayi dah keluar!!! Allah!!!

“Bayi songsang”jeritku. Kusambut kerusi dari attendant terus kutolak laju masuk wad. Nurse berlari kat belakang mengejar!

Ku lari ke bilik satu. Masih berdarah lagi!

Kulari ke bilik 2 dan 3, semuanya tengah kritikal. Bayi di bilik 3 dah sesak nafas, Doctor sedang berhempas pulas menyelamatkan bayi (resuscitation)

Aku lari ke kerusi ibu tadi. Apa aku nak buat ni????????????????????

Jantung aku berdegup kencang. Rasa nak meletup. Si ibu dan bayi sedang kritikal. Bilik semua penuh. Dr sedang sibuk. Ada seorang houseman berlari datang. “Kenapa?”tanya abang houseman tu.

“Footling breech,”jawabku pantas. Aku pula takut macam dah nak mati waktu tuh. Sesak nafas aku. Macam mana ni?

Ahmad datang. “Biar aku ambil katil kat luar kejap.” Abang Rafi (houseman) berlari dengan ahmad ambil katil. Ditolaknya katil dengan pantas. SI ibu menjerit-jerit. Bajuku ditarik-tarik kerana kesakitan.

“Sabar ibu,”tu ajer perkataan yang keluar dari mulutku. Nurse berlari dapatlkan dr pakar dari wad atas. Darah melimpah.

“2erfa3ha 3ala serer (angkat si ibu ni ke atas katil).”

1,2,3……….. Si ibu menjerit tatkala kami angkat tubuhnya ke atas katil. Kaki bayi dah mengintai dari vagina. Aku tersentak tak tahu nak buat apa. Kakinya dah biru.

“Hane3mel eih delwaqty??(kita nak buat apa sekarang?)”tanyaku kat abang houseman. Aku tak dapat berfikir. “Tunggu dr pakar datang,”katanya. Aku singkap kain si ibu,kaki dah biru.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Keringat membasahi tubuhku seluruhnya. Kakak jururawat sedang memegang bahu si ibu. 2 orang lagi jururawat sedang mengangkangkan kaki kanan dan kiri si ibu.

Kalau songsang, cara bersalin dah lain. Dah la songsang, keluar kaki pula tu (footling breech) maknanya tetap cessarian. Kalau ditunggu untuk spontaneous expulsion memang tak akan berlaku sebab kaki dah keluar melalui “incompletely dilated cervix with no further dilatation”. Bayi akan tersekat.

Perlu dicuba vaginal delivery ke tak???????

“We have no choice. This mother needs CS,”kataku kat Dr Rafi. Dia mengeluh.
5 minit kemudian, Dr pakar masuk. Ditolaknya sebuah katil lagi. Si ibu yang kedua ini juga menjerit-jerit dan menangis.

Dia lihat kami yang kaget tengah jalan tak tahu nak buat apa. Si ibu pertama meronta-ronta.

“Apa hal ni?”tanyanya. “Footling breech,” kataku.

Dia menarik nafas dalam-dalam.

“Rafi, Faisal, you deliver this patient, breech also, but complete,”katanya. Aku mengangguk. Boleh pula main pass-pass pesakit kat wad bersalin ni. Huhuhu.



 (B)Footling breech

Katil pertama ditolak laju masuk ke OT. Dahlah tengah operation, macam mana boleh bawa masuk seorang patient lagi? Soalan tu tak berjawab. Pandai-pandailah Dr pakar tu buat.

Aku, Dr Rafi, ngan Ahmad terus tolak katil patient kedua ke bilik bersalin 2.

“Kau tak nampak ke bayi sedang keluar nih?”jerit Dr yang ada dalam bilik tu. Dia dah marah-marah. “Habis kami nak sambut kat mana?”dr Rafi dah bengang. “Make it outside,”jawab Dr dalam bilik 2 dengan selamba.

“Dr Rafi, just deliver the baby here,”kataku

“Meen?(siapa)”tanya Dr Rafi.

“Of course you,"kataku.

“I have no experience for complete breech” jawabnya jujur.

“Me too”

Kami berpandangan. Cuak tak dapat nak cakap. Si ibu melolong-long di koridor tu.

“Faisal, ana 3allemak ezay, hate3melha kowayyes mashy (faisal, mak cik ajar awak buat hati-hati ok),” kata mak cik attendant yang ada kat situ tiba-tiba.

Dr Rafi buat muka tak puas hati. Walaupun attendant, mak cik ni dah kerja berpuluh tahun kat sini. Semua jenis delivery dia tengok. Itulah kata-kata yang bermain di benakku.

“Mashy ya mama. Ta3aly ganbe (baiklah mama, berdiri sebelah saya),” kataku.

Aku dah nampak punggung bayi keluar. Terus aku tanya ,”boleh buat episiotomy sekarang tak?”

“el-cervix maftu7? (cervix dah terbuka?)” tanyanya. Aku masukkan jari. Dah tak dapat rasa cervix dah.

“Maftuh (terbuka)”kataku.

“delwaqty” (cervix kalau raba dan tak rasa tu maknanya dah dilate tepi kena raba bukaan tu besar mana. Kalau orang asia 6-8cm dah dikira fully dilated. Kalau orang Arab, Africa atau caucassian lebih kurang 8-10 cm. Tak perlu bawa pembaris ukur ok! Agak pakai  4 knuckles(besar penumbuk orang asia =8cm).

Dr Rafi terus capai syringe dan inject local anaesthetic kat vulva. Aku capai gunting potong vulva position pukul 7.



Darah melimpah. Kalau mediolateral episiotomy memang banyak bleeding tapi dapat elakkan daripada anal fistula yang macam Dr Rehan buat tadi.

“Cari tapak kaki bayi.”

Aku pun masukkan tangan kanan cari tapak kaki. Dalam vagina tu gelap, buka nampak apa. Kena pandai raba. Aku terasa jari-jari kecil dalam tu. Ni tangan ke kaki? Apabila jumpa sole of foot, baru aku yakin.

“Pegang, kemudian bawa keluar perlahan-lahan, jangan ditarik,”kata makcik tu.

“Cari peha bayi.”

Aku fikir macam mana nak pegang ni?

“Ta3ala Dr, Sa3edo delwaqty (Mari ke sini dr, tolong dia sekarang),”kata makcik tu kat Dr Rafi.

Dr Rafi pegang kedua-dua belah tapak kaki bayi.

Peha dah keluar. Mak cik tu suruh letak kedua-dua ibu jari dekat sacrum. Kutarik perlahan-lahan. Dia hulur tuala untuk lap kaki bayi. Aku terus kata,”Lap kejap lagi  mak cik.”

 Mak cik tu kata tak boleh, licin sangat. Bayi akan terlucut jatuh nanti. Aku diam. Makcik ni memang lagi pakar. Huhuhu

“Tarik pelan-pelan. Pusingkan sikit ke atas. Biar nampak tulang rusuk (costal cartilage of the ribs) bayi dulu”

Aku akur. Kusuruh Dr Rafi angkat ke atas sikit.

 “Keluarkan tangan kiri bayi apabibila nampak rusuk.”

“Kenapa tak biarkan nampak bahu dulu?,”tanyaku pantas.

“Makcik tengok dr besar tak benarkan nampak ketiak dulu baru nak keluarkan tangan, nanti tangan bayi boleh lumpuh,”kata makcik tu.

Owh, baru aku teringat.

Aku seluk jari ke dalam. Ni saat paling bahaya. Kalau jari tak dikeluarkan dan ketiak bayi masih lagi terkepak di atas, bayi ni boleh kena brachial plexus injury (Erb’s Paralysis).

Tangan kiri dikeluarkan.

Aku cuba nak keluarkan tangan kanan bayi tapi tersekat.

“Tekan badan bayi ke bawah sikit,”pesan makcik.

Aku pun tekan sikit ke bawah. Baru ada ruang di bahagian atas. Lantas kuseluk jari mencari tangan kanan bayi dan kubawa keluar.


Mobile Ahmad, with permission from the family

Tinggal kepala ajer lagi yang masih di dalam. Aku berpeluh sakan waktu tu. Dr Muhammad rupanya dah berdiri di sebelah makcik attendant.

“Dr, how can we deliver the head?”tanyaku.

“Why do you ask me? All of you have learned it in the syllabus. You should have known,”kata Dr Muhammad.

Sempat lagi nak cakap macam tu. Bayi tinggal kepala jer lagi ni.

Tiba-tiba Ahmad menyampuk,”Mayriceau maneuver?”

“One of the method,”kata Dr Muhammad.



Aku terus teringat. Lantas kuletak jari telunjuk dan jari manis atas bahu bayi. Middle finger di sub occiput.
Tangan kiri aku pegang muka bayi dari bawah. Kubawa kepala bayi perlahan-lahan keluar. Tiba-tiba..

Uwekkk…uwekkkk…uwekkkk!!!!


Aku tersenyum sampai ke pipi. alhamdulillah. Dr Rafi pegang bayi tersebut dan terus buat suction, lap bayi di radiator.

Dr Muhammad sambung keluarkan placenta dan buat suture di koridor tu. Ahmad menempel sama. Kupaling ke belakang. Makcik attendant tu dah tak ada kat situ.

Kulekas masuk ke bahagian dalam department mencari mak cik attendant. Makcik tu tersenyum dari jauh.

“Jazakkallahu Khairan hadratek,”kataku pada makcik attendant tu.

Dia tersenyum, “Bittaufiq ya doctor,”

Aku balik petang tu dengan senang hati. Benda baru belajar hari ni. Makcik attendant pulak ajar tu. Alhamdulillah.

Aisha telephone  10 minit kemudian. Dia kata ada dua CS buat dalam OT tadi. Tak pernah dibuat orang. Nasib baik cessarian, sebab yang footling breech tu rupanya dalam tu ada kembarnya! Memang musibah kalau test vaginal delivery tadi. Dah aku nak balik!

Moral Value : learn from anyone, about anything, at anyplace.

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Comments

Katak Hijau said…
ngerinya tengok gambar tu..
NAA said…
menarik. satu ilmu untuk aku. thanks.!!
Fira hilwa said…
perghhh giler seram! ngaaa
rasa macam tamo beranak..huhu
baca pun mata dh tkecik-kecik sebab ngeri punya pasal but gud info *thumbs up*
Hanis Amanina said…
ya Allah, berat tugas ahli perubatan ni. harap2 tak menggugat semangat nak ambil medic. ameen.
Dr Asmah said…
Bersyukurlah ada lagi katil kosong. Kami dekat Hospital Ampuan Rahimah Kelang ni dah la tak cukup katil, terpaksa bentang tilam atas lantai antara 2 katil untuk sambut bayi.

Kalau tak sempat, dalam tandas pun ada orang bersalin. Ibunya ingat nak buang air besar, teran2 sekali kepala bayi yang keluar. Menjerit-jerit dia. So we delivered the baby safely in the toilet. What a life!
Wardatul Shaukah said…
saya student student study di Indonesia, in the 2nd year, is going to 3rd year. sekarang ni tengah buat attachment kat Hospital Likas, Sabah.

apa yang bro ceritakan tu memang saya dah rasa sepanjang attachment. bahkan banyak. tapi bezanya saya hanya mampu melihat. belum pernah lagi conduct labour sebab belum mula praktikal. apa yang saya tahu kalau kat hosp sini, mereka seboleh-bolehnya tak akan melakukan episiotomy. unless if the baby memang tak keluar2 bila ibu dah lama meneran untuk vaginal delivery. pun kalau dilakukan episiotomy, memang akan melakukan mediolateral. jarang2 median dan memang waktu kita belajar teori O&G pun memang tak digalakkan kan?

oh ye, kalau footling breech tu memang kena buat CS ye? sebab belum pernah jumpa lagi setakat ni footling breech.

pernah jumpa case complete breech yang kembar dan dilakukan CS, dan case twins yang mana 1st baby dikeluarkan secara per vaginam, 2nd baby dilakukan CS sebab prolapse plasenta ke apa tu? saya tak berapa faham. tapi kesian sangat kakak tu. lepas buat vaginal delivery, terus pegi seret dia masuk OT buat CS pulak. muda lagi. 1st pregnancy...
wardatul shaukah...

episiotomy tu standard procedure...tapi regulation hospital berbeza-beza, ada yang wajibkan ada yag tidak, orang sabah senang keluar kut, tak payah episiotomy, huhuhu

yup footling breech kena buat CS, ada sekali tu sebab baby ni dah keluar sampai nampak peha, dr teruskan ajer buat vaginal delivery tapi malangnya cervix not fully dilated, kena buat CS lepas tu masukkan tangan kat vagina tolak balik bayi tu masuk perut, havoc gila, baru keluarkan balik ikut perut, kasihan ibu tu, besar complication lepas bersalin

selalunya complete breech yg kena buat cs tu sebab prolapse umbilical cord, salur darah dari ibu ke baby tak terputus, baby x dapat oxygen dan boleh mati, kena buat urgent CS
kesilapan:

"salur darah dari ibu ke baby terputus"
syima_shafie said…
ya allah..aku sangat kagum...
Anonymous said…
Assalamualaikum Dr Faizal.

Your blog is very informative and I like the way you tell your stories...

However, I'm sorry to have to make this comment regarding your posted picture in this post.

I'm sure that you are aware and you know that you have to take care of the patient's CONFIDENTIALITY as it involves MEDICOLEGAL ISSUE.

I hope that you will remove the 4th degree perineal laceration picture from your blog as medicolegal issues may arise from the picture that you have posted in your blog.

I hope I was not too harsh on giving this comment but I am a female medical officer and deals with medicolegal issues at times in the hospital.

Sorry but it's for your own good, insyaAllah.
admin said…
salam, maaf saya ingin komen.
gambar tuan doktor masukkan dalam blog tu real ke? Dibawah gambar tu dinyatakan diambil oleh mobile phone.
Saya berpendapat tidak elok gambar itu diambil, apatah lagi diletakkan di dalam blog, ditakuti timbul isu medicolegal, dan juga ditakuti persepsi orang awam bahawa kerahsiaan pesakit tidak lagi menjadi perkara utama dikalangan medical profession.

Jika tujuan untuk akademik purpose, saya rasa di blog2 bukan tempatnya.

Walaupun nama dan watak dan tempat diubah, tp ayat yang tertulis "Gambar ehsan : mobile Ahmad" Masih lagi boleh menimbulkan isu.
SEkian terima kasih
Salam

gambar pertama dah buang

gambar kedua dengan kebenaran, so saya biarkan ajer
Drama Queen said…
Salam.....i find this blog at In Trend mag,bila view this blog,banyak informasi yg Jue perolehi...dari x tahu,jadi tahu.

Yg paling ngeri...waktu menyambut bayi songsang,tapi alhamduliah...berkat petolongan attendent tue semuanya berjalan lancar...syukur(^_^)
Anonymous said…
oh..same cam kak ipar sy..
kaki anak dia tejuluq dlu...


- Miera -
dayanaazhar:) said…
wow....hebat!!! saya seorang pelajar asasi sains di UiTM, dan saya rasa sungguh kagum dengan cerita dan pengalaman saudara faizal. Amat mengujakan. tERUTAMA bidang gynae, saya ingin menjadi seorang pakar gynae satu hari nanti. InsyaALLAH. Saya juga sarankan agar saudara menulis buku seperti Dr Farhan hadi...Denyut Kasih Medik..selamat berjaya:)
Bestnya study medic! byk pengalaman......my dream..was..hehe.
lymeq said…
Wow.macam x percaye jek what you wrote but i know nothing bout the medical world and i hope i won't have to.^_^
learn from everyone. betul2.
farathiyah. said…
Salam,
I looooooooooveee your blog. Sngt byk info boleh dapat. I read all your posts, sgt menarik+kagum. keep it up xD

thanks for the info!
edoraemon said…
waaa.. satu hari nnti sy mo jd mcm anda.
hahaha
dah masuk thn 3 tp skrng masih lg tak pndai ckp arab. muahahaha :D
zeera zubir said…
what a wonderful experience!best tuuu..hehe
Budak Hitam said…
Menarik sgt2 utk org yg xtau ap2 psl perubatan mcm sy.. wlupun ngeri ms bc ni tp sy blh bc smpai abis sbb menarik.. mcm tgk cite house pun ade..
iman namyra said…
salam,
out of curiosity interaction between dr.faizal ngn nurse2 n dr.2 dlm bhs ammi ke??
or they wud talk in english??
cam nurse 2 die bg instruction dlm bhs ammi ke??
arab ammi, nurse x reti inggeris
always_me said…
salam
mang ngeri la tengok gmbr tu tp lg ngeri kn lau tgk realnya..
best la bc pengalaman dktr nie..hehe
Anonymous said…
cerita+info yang menarik..terima kasih..cerita nie byk bntu sya siapkan assgnmnt.

Popular posts from this blog

Study la wei!

Pesakit Mati !!

Sakaratul Maut (2011)