Wan Long Tak Sakit!

Wednesday, June 2, 2010


Wan Long tak sakit

“Angah, pergilah tengok wan long kat rumah dia. Dia mengadu sakit kat buah dada. Wan tengok buah dada dia aritu berlendir-lendir. Macam kelapa busuk,”kata wan aku sampai buat muka kegelian.  “Sejak bila dia sakit wan?”tanyaku yang sedang bersarapan pagi nasi lemak ayam merah  di rumah kampungku, Jelebu.


“Entah la. Baru 2-3 minggu ni dia mengadu sakit. Wan dah tak berani nak tengok dah. Tompok hitam dekat buah dada dia tu. Tahun lepas dia sakit kaki. Bernanah. Sekarang dah baik dah,” kata wan. Aku yang tengah menjamah naik  keliru sebab medical history macam kain perca, entah mana pangkal , entah mana hujung.

“Yerla, jap lagi angah turun. Dia ada rumah tak?”tanyaku lagi. “Pagi tadi maklong kau hantar wan long tu ke hospital. Tak balik lagi. Kejap lagi baliklah tuh,”kata wan. “Wan” adalah panggilan merujuk kepada nenek yang diguna pakai di Negeri Sembilan.  Wan long adalah sepupu kepada wan aku. Rumah kami bersebelahan.

Aku angkat pinggan yang licin ke dapur dan basuh. Makan kat kampung ni pinggan memang sentiasa licin. Kalau berbaki pun penuh tulang ayam. Huhuu. Wan masak sedap!

Tengah bersandar di kerusi malas, ternampak sebiji kereta masuk di pekarangan , sebelah rumah wan aku. “Wan, maklong ngan wan long dah balik,” maklumku pada wan. Wan terus memakai anak tudung dengan mencapai tuala kecilnya mengekoriku ke rumah wan long.

“Assalamualaikum!” salamku.
“Waalaikumussalam, eh, bilo angah balik? Atuk ingat angah takdo ghumah,”kata toklong. Aku salam. Dipeluk diciumnya pipiku. “Baru sampai minggu lepas tuk. Duduk ghumah mama kat KL jap,”jawabku berloghat.

“Apo doctor cakap tadi along?” wan tanya anak sulongnya (maklong).
“Ada la dia cakap sesuatu. Nanti Along bagitau,”jawab maklongku monotonous. Hatiku dah tak sedap dah waktu tu.

“Wan long, meh angah tengok dada (bukan perkataan sebenar,huhu) wan long kejap,”pintaku.
“Tengokla, dulu wan long tak sakit ngah. Sekarang baru sakit. Berdenyut-denyut,dah seminggu dah” jawabnya perlahan.

Aku tanya lagi,”belah kiri ke belah kanan?” –sambil membuka butang baju wan long.
“Belah kanan,”jawabnya.

Wan long tak pakai anak baju. Ada tenderness agaknya, fikirku.
Terbuka je baju wan long aku terus terperanjat.  Mukaku berubah, dilate pupilku. Aku amati betul-betul. Betul ke apa yang aku tengok ni?


Aku tidak mengambil gambar penyakit tersebut. Aku cuba cari di internet, inilah gambar paling serupa dengan apa yang aku tengok(diambil dari buku surgery Cairo University) di dada wanlong:



Buah dadanya besar sebelah, kanan lebih besar dari kiri. Ada skin ulceration, multiple yellowish nodule. Aku suruh wan long angkat tangan kanan, baru nampak kulit seolah-olah tertarik ke dalam(skin dimpling and puckering). Ada benjol di celah ketiak kanan.


“Wan long, minta izin nak sentuh kejap,”kataku. Dia mengangguk lesu. Wajahnya uzur, dalam masa 5 tahun ni, banyak betul wan long hilang berat badan. Sebelum aku pergi Mesir dulu badannya berisi sedikit. Sekarang? Tulang berlapikkan kulit, entah mana dagingnya.

Aku palpate buah dada wan long. Waktu tu aku belum tahu cara specific untuk examine buah dada (belajar dalam surgery tahun 6) maka aku palpate ala-ala internal medicine. Ada ketumbuhan sebesar buah limau di buah dada kanan. Ill defined border, hard, fixed to the skin.

"Kenapa wanlong tak bagitau sesiapa awal-awal? Dah menanah baru cakap.,"kataku
"Wan long tak sakit dulu. Baru seminggu rasa sakit,"katanya dengan perlahan, menahan sakit.

Aku diam. Kusegera tutup baju wan long. “Angah, wan long sakit apa?”tanya wan long kepadaku.
“Eh, paklang dan maklang dah sampai!!”jeritku. Terus aku bangkit ke muka pintu sempat mencapai tangan maklong, kuhelak ke beranda. Aku sengaja buat macam tuh sebab aku tak nak jawab soalan wan long tadi. Cakap yang tak betul untuk menyedapkan hati dia, dah dikategorikan menipu, maka baik aku tak jawab.

Sampai di beranda, aku pantas tanya maklong,”maklong, Doctor cakap apa tadi? Ni sakit serius ni maklong! Mukaku tak dapat nak senyum tatkala anak maklang yang baru sampai menarik tanganku untuk salam. Kuangkat sepupuku yang berumur 2 tahun tu ke atas peha. Aku duduk bersila. Maklang bersimpuh di sebelahku.

“Doctor hospital tadi cakap wan long kena barah payudara,”tutur maklong dalam menahan sebak. Aku tunduk. Pendapatku dan pendapat doctor di hospital tadi sama, namun aku tak berani nak cakap depan wan long kerana barah payudara hanya comfirm selepas buat mammography dan biopsy. Selagi penyakit tak comfirm, jangan gatal-gatal maklumkan diagnosis kepada pesakit atau keluarga pesakit kerana kita mungkin salah. Dalam perubatan ni, lagi kita confident, lagi kita salah! Sebab tu kalau diperhatikan doktor-doktor pakar kebanyakannya cakap nada mendatar dan humble. Pengalaman mengajar mereka. Allah Maha Berkuasa.

Maklang tidak menangis  dan tidak bersuara. “Maklang tahu benda ni 2 hari lepas. Dr Klinik Gill bagitahu,”katanya. Aku diam tak bersuara, setahu aku, keluarga aku belum pernah keturunan aku ada barah. Mungkin ada genetic barah di sebelah ayah kepada wan long aku. Wallahu Alam.


Aku segera bangun. Maklong dan Maklang yang kesedihan di atas lantai beranda kutinggalkan. Lekas kumasuk ke dalam rumah.


“Wan long esok pagi ikut angah ke hospital Seremban yer. Angah memang tiap-tiap hari kat hospital Seremban sekarang ni”

“Siapa nak jaga wan long? Wan long takut. Wan long tak nak!”

Aku segera pandang wan aku. Wan aku kenyit mata berisyarat kat aku. Aku tak paham apa yang dia maksudkan. Wan aku pula suruh. Dia tetap degil, tak mahu.

“Adik balik petang ni dari Terengganu. Dia jaga la maklong nanti,”pesan maklong kepada wanlong. Makcu aku dah dihubungi sebentar tadi. Dia terus bawa anak kecilnya naik bas dari Kuala Terengganu sampai ke Seremban. Suaminya perlu mengambil 2 orang lagi anak-anaknya yang sedang di sekolah. Maka dia naik bas kerana nak balik cepat. Anak bongsu kepada wan long, perempuan pula tu.


Dalam masyarakat Negeri Sembilan anak perempuan mendapat tempat tersendiri berbanding anak lelaki. Keturunan di Negeri Sembilan dikira melalui nasab ibu,bukan nasab bapa (adat perpatih). Anak perempuan besar tanggungjawab dalam menjaga ibu bapa,keturunan dan tanah adat mengikut adat Perpatih.  Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. Cuma yang ingin dikatakan makcu yang sedang dalam bas dari Terengganu ke sini tu adalah satu-satunya anak perempuan wan long, yang lain semuanya lelaki. Dialah yang diharap untuk jaga ibu bapa.  Sebab tu kalau tak ada makcu, jangan harap wan long nak masuk hospital!


Wan long endah tak endah apa yang kami bualkan. Sakitnya dia saja yang tahu. Penyakitnya telah merebak ke sistem saraf. Kencing dan berak tidak dapat dikawal lagi. Toklong saban hari memakaikan isterinya pampers. Dulu toklong juga yang bagi makan, cuci kencing berak arwah mak mertuanya yang lumpuh hanya berbaring bertahun-tahun lamanya. Allah saja yang membalas pahala toklong.

“Aku teringat ada pesakit di hospital Seremban. Wanita yang berusia 70 tahun mengalami lumpuh seluruh badan akibat angin ahmar(Stroke). Mula-mula separuh badan lepas tu habis satu badan. Anak menantu lelaki yang selalu dimakinyalah yang saban hari membersihkan kencing beraknya. Anak perempuannya datang hospital pun macam pelawat aje. Allah nak tunjukkan kuasaNya, selepas beberapa bulan anak perempuan itu pula lumpuh.  

Suaminya juga yang bersihkan kencing dan berak. Jururawat di situ yang maklumkan padaku. Mereka tidak mengumpat, cuma aku yang gatal mulut pergi tanya mana anak perempuan nenek atas katil tuh? Dari situ aku dapat cerita tersebut.  Aku tak salahkan anak perempuan mahupun ibunya. Cuma yang terdetik dalam hatiku waktu tuh adalah si ibu salah mengasuh anak dan si anak yang tidak bertanggungjawab. Mana nak cari menantu basuh kencing berak ibu bapa mertua zaman sekarang ni????? Kalau ada, bagitau aku, boleh buat isteri terus. Menantu sekarang ni datang jer dekat dah buat muka nak muntah, terus keluar dari wad. Tak perlu cakap mak mertua, mak sendiri punya kencing berak pun suruh nurse yang bersihkan.“


Aku betul-betul hormat toklong aku ni. Cekal buat semua tu, bukan sekali dua, hari-hari, bertahun-tahun pula lamanya! Tak pernah merungut .

Petang tu mak cu sampai Seremban. Aku pergi ambil dengan kereta vios. Kuceritakan dengan cermat penyakit wan long.  Dia tidak menangis. Dia telah lama di negeri orang. Kulihat makcu lebih matang. “Makcu nak sedih pun tak dapat mengubah apa-apa angah. Lebih baik makcu, angah berbincang dengan doktor esok apa perlu dibuat,”katanya sepi. Aku menyetujuinya dalam diam.

Keesokan paginya, pagi-pagi lagi aku message junior setahun aku (di Universiti Kaherah) yang menempel di hospital Seremban sekali. “Bawalah wan long tuh, pukul 8 nanti aku tunggu kat Emergency,”kata Sarah dalam smsnya.

Aku berhenti depan rumah wan long. Makcu keluar membawa beg baju dan bakul berisi makanan dan minuman. Aku dah bagitau wanlong sudah tentu kena tahan wad , sebab tu dah prepare awal-awal.

“Angah, wanlong kau muntah darah 2 kali malam tadi pukul 12,”kata makcu. Aku menjerit,”Kenapa makcu tak telephone rumah malam tadi??” “Ingat tak serius.”jawabnya selamba.  Mana ada hematemesis tak serius! Maka kalau ada ahli keluarga yang muntah darah, terus bawa ke Emergency Department. Nyawa boleh melayang. Nasib baik wanlong tak pengsan, muka dah pucat (pallor).

Aku terus pecut kereta ke Hospital Seremban. Tak sampai 30 minit dah sampai. Huihuhu.
Sampai ajer di emergency, Sarah dah tunggu situ. “Sarah, tolong bawa wanlong masuk dulu. Abang nak parking kereta. Nanti abang masuk,”pesanku. “OK,”jawabnya ringkas.

Apabila aku dah jejak masuk hospital, terus aku call Sarah. “Dekat mana Sarah?” tanyaku. Sebenarnya aku tak ingat zone mana wan long aku masuk. Emergency department ada 3 zone utama (Di Malaysia) red zone(critical), yellow zone(semi critical) and green zone(non critical). Tak silap aku green zone, kena tanya Sarah balik, aku tiada memori.

“Makcik sakit apo?”tanya Indian doctor ni kat wan long aku dalam loghat Negeri. Respect ah, doctor-doctor di hospital ni even ramai Cina dan India, boleh cakap Nogori tuh~ Baru senang komunikasi dengan pesakit. Jangan pesakit speaking terlebih pulak sudahla, takut nanti semua kat situ tak faham. Huhuhu  “Mak cik sakit kat buah dada mak cik ni,”kata wan long perlahan.


“Can I see the reference letter?” tanya Dr Seama. “Certainly,”jawabku pendek.
Dia buka ajer surat tu, dia membebel, aku dah agak dah. Nak tahu dia bebel apa?

“Ini doctor mana tulis surat surat ni? Kenapa tulis breast abscess?? “

“She knew the diagnosis but she wrote like that,”jawabku. Dia mengetam gigi tak puas hati dan terus membebel.

Ni saya nak pesan kat semua doctor dan bakal-bakal doctor nih. Kalau dah expect diagnosisnya penyakit berbahaya, tulis la diagnosis tu dalam reference letter tuh! Kalau masih belum comfirm sekalipun tulis “My provisional diagnosis…………..” tulis yang paling rasional diagnosis yang kita mampu buat. Jadi doctor yang menerima pesakit yang dirujuk tahu bahawa penyakit ni mungkin serius dan perlu di “exclude” sakit yang serius tu. Buatnya doktor yang menerima pesakit di hospital ni sibuk, tak pun jenis yang “tiada kemampuan berfikir” terus ajer dia abaikan pesakit tu lebih-lebih lagi ramai pesakit yang bertarung dengan nyawa di wad kecemasan ni.


Dr Seama geram tapi terus ajer suruh wan long baring atas katil nak periksa. Si Sarah ni dah menempel di wad kecemasan ni 2 minggu lebih awal dari aku mula-mula menempel di hospital ni. Maka dia kenal dr-dr penting dalam wad ni dan mereka kenal Sarah.

Selepas tu wan long dibawa masuk ke bilik lain di bahagian dalam department. Ramai pelajar perubatan IMU di situ datang belajar.

Hospital di Malaysia banyak guna short form! Cakap tu keluar short form ajer. Kami di Mesir ni guna proper words lagi sebab Inggeris bukan bahasa kedua di Mesir. Bahasa Kedua di Mesir adalah bahasa Perancis. Maka untuk memudahkan semua health workers di Mesir ni, semua perkataan tak di“shorform”kan.  Aku cerita wan long punya history ikut bahasa aku. Student dan doctor semua tanya, “Awak belajar mana?”

“Mesir,”jawabku tanpa emosi. Selepas tu dia tanya entah apa short form dia sebut. Aku tak faham aku terus cakap,”Pardon”. Dia tanya lagi,”awak tahun 5 kan?Tak kan itu pun tak tahu,”katanya.


Aku terasa humiliated sangat-sangat. Kami di Mesir ni bukannya bodoh sangat. Orang di Malaysia belajar medic 5 tahun, kami belajar 6 tahun setengah! Tak ada lah tak tahu, cuma short form ni memang kami tak praktik kat sini, maka bila balik Malaysia nanti ambil masa sebulan atau 2 bulan nak biasakan dengan semua short form Medic yang digunapakai di Malaysia. Ini apabila kami tak faham ajer terus dijustifikasi kami tak tahu apa-apa.

 Ni bukan kali pertama, banyak kali dah aku kena. Contohnya kalau tak silap di Malaysia guna b/o kan (bowel open) untuk tanya berak?(kalau salah tolong betulkan aku, penting)kami di Mesir ni guna perkataan “defecation”.  Apabila aku blur ajer waktu tuh, doctor kat PPUM dah menempelak kat aku kata tak payah la belajar medic kalau itu pun tak tahu.

Son of b**** betul, aku tak tahu, ajar la, aku datang pun sebab nak belajar, ini terus judge then nak marah-marah. Macam la power sangat, pesakit pun salah diagnose! Dah la perkataan bowel open tuh tak scientific langsung! Contoh lagi perkataan MVA digunakan di Malaysia (motor vehicle accident), sini guna RTA (road Traffic accident), macam-macam lagi la!! Tu sebabnya kena menempel di Malaysia, belajar benda-benda2 nih. Kalau tak urut dada beristighfar banyak-banyak kalau dapat Dr  yang suka menempelak macam ni. Aku speaking arab ammiyah kang baru tercengang!


Sabar ajerla labu.

“What’s your relationship with her?” tanya lagi Dr Cina tu. Aku bagi nama DR Lew lah, senang sikit. “Her grandchild,”jawabku tanpa fikir panjang. “Ok, can both of you stay outside,”kata Dr Lew tadi. Aku dan makcu terus keluar. Sarah stay dalam.


Kami disuruh keluar kerana dalam etika perubatan, sebaik-baiknya ahli keluarga tidak merawat ahli keluarga sendiri kerana professionalism will be compromised. Tak percaya? Boleh rujuk ulasan seorang doctor ini mengenai etika perubatan *****di sini*****. Sumber asal Code of Medical Ethics boleh dirujuk *****di sini***** Dalam etika tersebut istilah yang digunapakai adalah “should not” bukannya “must not” maka bukan obligatory atau wajib untuk menurut etika yang dibuat ini.

Dari kecil susah payah mak ayah membesarkan kita sampai jadi seorang doctor. Sekali tiba masa untuk berbakti tak boleh nak rawat pula! Maka fahamkan ayat medical ethics tersebut. Sekiranya masa depan ada doctor yang tak benarkan kita rawat keluarga sendiri, bangkang cakap dia, terangkan apa yang dia salah faham.  Sekiranya kita yakin emosi kita stabil dan professionalism kita tidak tergugat, go on, treat them, lebih berkatkan? Jangan jadi doctor yang mengikut sahaja , membuta tuli. Allah bagi akal, gunakan.

Habis pemeriksaan, seorang Dr Melayu perempuan keluar dari bilik untukberjumpa dengan kami.
“Makcik kena buat X-ray dan mammografi sekarang. Makcik kena tahan wad sementara  kami rawat sakit-sakitnya yang lain dan tunggu untuk buat biopsy,”Kata Dr tu pada makcu. Aku dan dr Melayu tu berbincang secara akademik di biliknya setakat mana merebaknya “barah payudara” tersebut. Dalam masa yang sama seorang attendant  menolak katil wan long aku ke bilik X-ray.

Apabila di wad perubatan, seorang houseman lelaki handsome bertugas di situ. “Awak siapa pada nenek ni?” tanyanya ingin tahu kepadaku yang berlabcoat putih. “Saya jiran dia, saya tengah buat elective di hospital ni,”jawabku. Makcu dah senyum-senyum simpul kat aku. Sarah berdiri belakang. Sebenarnya aku khuatir kalau aku jawab cucu nanti langsung dia tak beri kebenaran masuk wad nih. Apatah lagi nak tengok rekod.  Waktu arwah papa aku masuk hospital tahun lepas mula-mula nurse tu tak beri kebenaran untuk tengok fail arwah papa, medicolegal katanya. Aku akur. Semuanya disebabkan confidentiality. Sila rujuk etika perubatan tadi.


Blood report dah siap waktu. High  WBC , ada dua benda lagi yang bacaannya tinggi tapi aku tak ingat waktu garap cerita ini. Cuma yang aku ingat, aku terus bawa fail tu bincang dengan medical officer, dia kata “myeloproliferative” mechanism, kemungkinan barah tu dah merebak ke tulang sum sum. Aku diam. Cuak menguasai diri.

Wanlong admitted for 3 days. After the biopsy prosedur, the houseman asked us to bring her home, just monitor her blood pressure and blood glucose, and come again after the diagnosis is confirmed.
Aku sempat merakam gambarku bersama wan long di hari raya pada tahun itu.

Gambar mama bersama wan long dan tok long.


Belum sempat diagnosis keluar, aku telah meninggalkan Malaysia untuk menyambung tahun 6 ku di Bumi Mesir. **********************************************************************************


Aku hubungi keluarga di Malaysia, mereka maklumkan padaku , benar kataku dan doctor-doctor yang merawat, wan long menghidap barah payudara dan dijadualkan untuk membuat modified radical mastectomy (pembedahan membuang payudara) minggu seterusnya.



Pembedahan berjalan seperti biasa. Wan aku kata habis buah dada sampai ketiak dibuangnya. Aku tahu. Wan sedih melihat keadaan wan long. Aku pujuk wan sekiranya tidak buat pembedahan tersebut, lebih terseksa dia dan lebih singkat nyawanya.  Wan menangis dalam panggilan telephone.

Wan long berusia hampir 70 tahun. Postoperative Chemotherapy tidak dapat dijalankan kepadanya. Aku dah briefing awal-awal sebelum peninggalanku, wan long tidak akan tahan dengan ubat chemotherapy yang sangat kuat di usia yang senja begitu. Maka tiada chemotherapy. Doctor pun tak sarankan.


Apa yang saya nak cakap sekarang sangat-sangat penting untuk bakal-bakal doctor. Kita sebenarnya merawat nyawa, kita bukan merawat penyakit! Hafal ayat tu berulangkali!  Tak perlu nak rawat penyakit barah sampai sel-sel barah tu semua mati tetapi belum sempat semua sel barah mati, orang tu dah mati dulu! Nyawa yang diutamakan. Sebab tu pesakit-pesakit sebegini diletakkan dalam wad palliative treatment. Wad di mana setiap pesakit memanfaatkan setiap saat yang dia ada untuk beribadah buat kali terakhir kerana penyakitnya tidak mampu dirawat lagi. Sila sebar-sebarkan artikel atau blog ini sekiranya anda rasa banyak manfaat untuk masyarakat.

Kudengar khabar wan long  mula menyalahkan takdir kerana tidak tahan sakit. Aku terdiam. Akidah sangat diuji dalam waktu sebegini. Sepatutnya kita mindsetkan otak kita pesakit ini stress sebab chronic disease, tak tahu apa yang ditutur. Maka teruskan usaha kita berdakwah pada mereka di saat akidah digoyang oleh syaitan, jangan pula dimarah mereka kerana ambil hati dengan kata-kata mereka.

Wan long lumpuh sejak bukan April yang lalu. Tidak mampu berjalan lagi. Toklong tabah menjaga isteri tercinta tanpa berkira-kira.

Abang aku akan melangsungkan perkahwinan pada 8  Mei 2010. Aku bertolak dari Muscat, Oman pada 5 Mei 2010.

Perjalanan kurasa lama sekali. Jejak sahaja tayar kapal Terbang Oman Air ke lapangan terbang KLIA kurasakan bahagia.  Aku sabar menunggu kapal terbang berhenti  untuk menurunkan penumpang.

“Nak sms mama lah dah sampai” getus hatiku. Terus kubuka handphone dan sms mama.

“Angah, kami di kampung,kami pada mulanya nak buat kenduri doa selamat untuk along kahwin, wan long meninggal dunia pula pada pukul 12 tengah hari tadi. Kenduri doa selamat bertukar menjadi kenduri arwah. Kami akan sampai klia kejap lagi.”

Aku terduduk atas kerusi baca sms mama. Air mataku berjuraian dalam pesawat tersebut.  Aku tak dapat bendung kesedihan lagi. Mulutku terketar-ketar dalam lafaz fatihah. Gambar raya terakhir rupanya bagiku...

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

18 comments:

sarahss said...

It happened to my arwah maklang too (but she suffered colon CA). Sad thing was she prepared all my hantaran decors awal-awal "sebab takut tak sempat pergi kenduri sarah nanti". Some weeks later, she died.

Innalillah..Al-Fatihah

apaideherwan said...

takziah.
be strong brother!

redbirdfe said...

betul.
b/o ialah bowel opening.
p/u pulak ialah pass urine (kencing).

minta izin nak post dlm blog saya. :)

Dr. Mohd Faizal B Nor Azmi said...

sarah. takziah untuk awak juga, alfatihah

herwan..thanx bro, keep in touch k

redbirdfe...no problem, my blog is for public

masyitah said...

innalillah..xpelah abg faizal..alhamdulillah,kurang2 arwah meninggal selepas agak lama payudaranya dibuang..kurang sedikit sakitnya..
be strong brother! insyALLAH, sokongan wan long sentiasa ada untuk abg faizal walaupun dia tiada disisi..
kita yang masih hidup perlu sentiasa doakan moga arwah tergolong dalam ahli-ahli syurga..
al-fatihah buat wan long..

Dr. Firdaus Jordan said...

alfatihah..takziah
regarding short form in malaysia, i think doc kat msia guna based on british school. aku dah kna jgk cmtu..diorng marah sbb tak tau FBC, urine FEME, etc. (kat jordan nih guna american school punya term) diorng mmg kutuk la.. tp doc MO and master students la..doc specialists memahami perbezaan kite dan mereka.
KO maki la dia balik.. "Open your mind ok, dont think kat Msia je ade medic nih!!!" (tp hari akhir ko kat situ la hehe)
Tp tu mmg problem la bgi kite. Middle east grad nih..Mmg cabaran skit bile balik nnti..Nak adapt tu kna amik mase skit..

adilah said...

takziah..
Kalau explain kat doctor kat malaysia yg kita guna different terms kat sini macam mana agaknya?takut la pulak nak buat attachment nanti..lagi2 dengan doctor PPUM..yelar diorang kan macam hebat jer..

myra batrisya said...

cm scary je nk wat attachmnt kt msia...huhuu..pape pon,syukurla awk..at least dpt gak rse ade nnek..sy x pnah rse koot..skali pon x penah...tgu dpt nnek mntua jelaa...hihiii gatal...

cInTa aDrIaNa said...

salam..

aku silent reader ko. best baca blog ko ni. aku suka baca pengalaman student medic. cita2 nak jadi doktor, tapi Allah dah bagi jalan lain kat aku. alhamdulillah..

keep writing. jangan pedulikan orang lain yang mengutuk dan mengata ko.

all da best.!!

Anonymous said...

faizal..takziah..n jzkk sbb share ur story.dpt jd iktibar.n i should say sori bg pihak org2 yg kutuk awk.maafkan sbb mungkin akal dorg pendek sket.i'm sure you'll get along with malaysian hosptl soon.hope u'll be a great doc n see you in m'sia,insya allah..

nURuL fAdHLin sAKina said...

innalillahiwainnailaihirojiun..salam takziah drp sy..sy pun ade sorg lagi nenek..ade masalah psycology..dulu mmg xleh tahan ngn dye,tpi bile dah lame,baru faham erti sebenar seorg cucu..masuk tahun ni,dah 7tahun keluarga sy jaga nenek..plus,lepas bace post abg,kesedaran sy ttg tggjwb seorg cucu smkin brtmbah..syukran..:)

mardhiyyah said...

salam~
B.O boleh jadi bowel open n b/o jgk boleh jadi birth of. kami yg belajar kt mesia ni pn penin mula2 dgr short form ap lagi student oversea wat attachment. stakat ni 0&g kot plg bnyk short form.

balik mesia nnt blajar lah =D

Mudzie said...

Saya pun silent reader..
Thank you bang sbb bnyk bg ilmu walaupun saya blum bljr lagi (baru premed)..
IA moga2 saya jadi doc sehebat abang bahkan lebih hebat lagi..

Minta izin, nk copy n print.

najwa~ said...

macam ni la pengalaman kalau nak jd doktor. bukan semuanya indah.
dah dpt jadi doktor pun bukan semuanya bagus.
tepuk dada, tanya diri sendiri, kita nak jadi Doktor yang bagaimana.....

kalau kita tahu niat kita bekerja... insyaallah, semua akan ok walaupun jatuh tergolek macam mana sekalipun..

....so, do come and join us...

CIK FAYYAD said...

setiap wanita berisiko mengidap barah ini kan? tak kira usia?

Wahidah said...

salam ziarah..well agree..to me bile start keje kt middle east ne..jd terbalik pulak..kena besekan diri dgn long term..sbb diroang mmg tk pakai short term..n certain2 term yg mesia pakai diorang tk pakai..

takziah buat anda n family..

aween lia-na said...

askum,

firstly, takziah for you and your family.

secondly, ive just dropped by here, and i must say, this is such an inspirational blog. will sure be a keen follower next time!

p/s : ironically, i found your blog, through facebook. I saw your comment on my friend's page ; shamsir. :)

Drama Queen said...

Salam Faizal.....takziah yea dari sy,sy pun nak share kat awak,2 of my auntie juga menghidap barah payudara dan terpaksa dibuang,terpaksa menjalani kemoterapi&selalu depressive...berkat sokongan family,both of them menjalani kehidupan seperti biasa...alhamdulilah.