Komen Orang Sakit Jiwa (2010)

Komen Orang Sakit Jiwa

Salam semua

Minggu depan aku ada exam, double pulak tu, orthopaedic dengan anaesthesia tapi study pagi ni tak masuk apa-apa lantaran terbaca beberapa blog yang duk mengumpat aku tak puas hati. Aku boleh agak orang-orang ni siapa.

Ni salah satu komen:

Anonymous has left a new comment on your post "Dr Tareq DiJerut !":

ni Dr Tareq yg femes tu ke?..

bobby, mcmane kau dapat buat PV ek? hebat la ngkau bobby. aku pegi hospital OnG banyak2 kali dah dulu siap penah kene marah lagi sbb. tu pon dokte kasi tengok je takleh sentuh pt. siap ade aku tgk HO haritu terkial2 buat examination. tp ngko buat examinations relek je. siap dokte yakin dgn ko tu. fuiyo. siap sume fakta ko ingat lagi dalam kepala. mesti exam finals ko cemerlang gle2 kan. wow. wah. caya la. case rare pulak tu. wow

tapi kan,dlu2 aku penah dengar dokte ade cakap dia jumpe case yang sama mcm ngko dpt ni tp susah nak jumpe. dia pesan tak boleh bgtau patient tu lelaki depan2 cmtu. kene senyap2 n tak bole memalukan. tp doktor tareq cakap cmtu relek je eh? ish2.

wow bobby..wow..

Ni aku nak jawab:


Perkara pertama:

Si penulis email ni claimed aku reka cerita pastu masukkan nama-nama Dr yang mashyur di Cairo University untuk menghebatkan cerita.

-Semua nama yang aku guna dalam blog aku adalah nama rekaan. Cerita sama, nama watak aku tukar, medicolegal issue nanti.  So tak payah nak perasan lebih. Kadang-kadang aku buat elective nama doctor pun aku tak tahu.

Perkara Kedua:

Si penulis pertikaikan kemahiran klinikal.

Korang ingat wad sakit puan dan wad-wad lain tempat aku menempel ni bentang karpet merah ke untuk aku menempel di situ????

Sejak tahun lepas aku menempel, tapi takderla setiap hati, maybe sebulan sekali, sebulan dua kali, tapi waktu aku round O&G dulu rajin la aku pergi hari-hari.  Aku expect penulis ni senior aku. Sebab dia cakap issue ni memang betul. Setakat perhati, bukan boleh sentuh. Aku dulu pun macam tu gak. Perhati ajer cara dia buat. Lepas tu aku ambil sikap professional untuk minta Doctor-doctor kat situ ajar.


Kalau kita minta izin dan ikhlas tak mungkin mereka menempelak kita tak tentu pasal. Arab ni lagi la suka bila kita appreciate skills dia dan sudi belajar dari dia. Sejak tu la aku try buat benda-benda ni. Bukan setakat PV, segala benda yang aku nak belajar aku minta izin.


Kalau tak boleh, maybe dia sibuk atau complicated cases, tak apa lah, cuba lain kali.  Ramai pelajar sekali tak dapat buat terus tak datang-datang dah, cepat putus asa.

Insyaallah Allah akan memudahkan. Yang penting cuba berulangkali. Dekat Hospital Seremban tahun lepas, sister nurse yang jaga Operation Theatre untuk Orthopedic sangatla strict (You-Know-Who). Budak-budak IMU ramai ajer yang tidak dibenarkan masuk, lepas tu mereka dah tak datang OT tu dah. Aku pun sama tak dibenarkan masuk. Esoknya aku tanya lagi, pun sama, lusa pun sama. Lantas aku jumpa head of Department minta izin Mr tu nak sangat belajar Operation untuk Orthopaedic. Doctor tu maklumkan pada sister tu , lepas tu aku dapat masuk hampir setiap hari!

Dekat mesir ni pun sama. Aku minta ajar baca ultrasound seorang doctor pun tak ada kesempatan nak ajar.  Last-last aku minta nurse yang ajar, memangla cara dia faham lain, but well, at least aku dapat belajar yang basic , lebih baik daripada tak dapat belajar terus balik rumah study, tak pun tidur!

Ada seorang doctor lelaki pakar Paediatric bertugas kat wad bersalin. Waktu tu aku minta izin nak belajar resuscitate. Pegang ambu bag pun dia tak kasi! Ada time ni baby ramai lahir dan doctor ni tak menang tangan. Dia arah semua nurse pergi cari Houseman yang bertugas sebab houseman curi tulang tak nak masuk wad. Aku nak tolong, pun ditengkingnya!!! Esok hari giliran seorang Dr perempuan di situ, aku minta izin lagi. Diajarnya dari A sampai ke Z cara buat!! Hari tu paling gembira buat aku. Aku tolong dia buat sampai pukul 4 pagi. Lepas tu dia kata dia dah macam nak pengsan, dia perlu tidur, disuruhnya aku buat. Aku terus kata aku boleh!  Apabila time Dr lelaki tu masuk bertugas, dia nampak aku buat dari jauh. Lepas tu dia datang dekat dia ajar ada skill baru yang dia praktikkan. Lepas tu dia biar ajar aku buat. Houseman pun langsung dia tak panggil. Dah habis shift baru Houseman yang 2 orang tu kena marah teruk-teruk dengan dia! Aku angkat beg dan blah!

Dekat klinik outpatient pun sama. Mula-mula dia ajar, lepas tu  dia suruh la buat. AKu tengok ramai ajer student buat waktu petang (pagi ramai sangat) clinical examination tuh. Biasa ajer. PV dah la wajib. Dah H.O   nak belajar? Boleh ajer, tapi kalau kena marah dulu oleh head of Department jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri!

Macam-macam lagi aku lalui waktu di hospital ni. Kena marah tak payah cakap lah!!! Berpuluh-puluh kali kut. Takkan la aku nak cerita semua di sini????? Tapi aku ambil sikap positif, aku nak belajar, aku tak nak bunuh pesakit! So kena marah, kena marahlah asalkan aku tahu apa silap aku.

Belajar dengan arab ni best.  Kalau marah memang kena marah gila-gila punya! Tapi lepas tu dia ok dan sambung terus ajar kita. Arab ni tak lokek ilmu. Lain pula ceritanya dengan bangsa Melayu ni. Cakap depan tak nak, tapi dekat blog orang lain cakap nama aku terus terang, mengumpat mulut macam babi. Baik junior baik senior. Cuba la contohi seorang junior lelaki ni. Dia tak puas hati dengan aku dia sound direct. Dia tak guna nama “anonymous” nak tikam orang dari belakang. Memang ada yang aku marah pasal dia ni tapi aku respect dia. Lebih baik daripada orang lain yang jadi BLOOD SUCKING PARASITE !!

Ada sahabat kata pengalaman aku dah macam MO dah. Aku nafikan. Banyak lagi aku tak tahu! Tapi kena buka mindalah minta izin tolong ajarkan dan tegur mana yang salah. Tak payah la kita jadi BODOH SOMBONG! Dah bodoh, sombong pulak! Semoga Allah simpangkan. I just pray waktu aku houseman nanti aku dapat belajar daripada senior, doctor2, nurse even attendant hospital untuk buat prosedur-prosedur nih! Grad dari Mesir memang banyak belajar teory tapi klinikal ada defect. So compensate la sekarang supaya senang masa depan.

Ada seorang professor dalam Wad Ischaemic Limb (Surgery) cakap pada kami semalam. Katanya
Kami sebagai pemeriksa  assess  student sebegini:

Untuk UnderGraduate: How Much You Know!

Untuk master : How Much You Know and How Much You Don’t Know

Untuk pHD : How Much You don’t Know

Nampak tak? Maka waktu belajar undergraduate ni tak adalah stress sangat sebenarnya, best aje. Sebab kalau kau tak tahu kau masih dimaafkan. No big deal. Tetapi kalau dah kerja and ambil master, kalau tak tahu memang kena pelangkung! (kena marah maksud saya, dah jadi bapak orang, takkan kena tampar kut)

Belajarlah daripada sesiapa. Tak semestinya doctor ajer, nurse dan attendant banyak yang kita boleh belajar. Seorang doctor kat kasr el ainy ajar aku tahun satu dulu buat injection. Tapi dalam pemerhatian aku, patient sakit! Aku fikir macam mana nak buat patient tak sakit. Sekali aku minta nurse tolong ajar. Rupanya ada skill! Untuk IM ni kau kena cuit sikit kulit tu ke atas baru suntik. Insyaallah patient tak sakit apa! Lepas tu ada attendant lelaki ni melintas situ. “Ma tensash bismillah ya doctor!(jangan lupa baca bismillah wahai doctor),”kata attendant tuh. Lagi berbaloi aku belajar dari nurse dan attendant ni sebenarnya!

Perkara ketiga:

Provocation

Aku hanya buat apa yang aku mampu dan belajar dari kesalahan. Aku tak adalah secemerlang mana academic berbanding budak-budak arab yang tak buat kerja lain selain study kat rumah.  Tahun lepas kerap sangat menempel di hospital sampai tak sempat cover teori sebelum exam. Padan Muka Aku!!


Dah clinical ni tak adalah terikat sangat dengan peraturan kut (kalau Di Mesir la). It is all about Option. Lepas pukul 1 atau 2 petang semua pelajar ada 5 options:

1.pergi kuliah-bagus tapi doctor ajar surface sahaja
2. Pergi tuition-bagus dan belajar semua (hampir semua orang pergi)
3. Study group- bagus . belajar semua, even soalan tak masuk akal pun boleh bincang
4. Menempel di hospital- bagus sebab jumpa pesakit
5. Others

Maka pilihlah. Kebanyakan akhawat batch ana pergi tuition. Kami yang ikhwah lepas pukul 2 buat study group. Sahabat-sahabat dari Ain Syams Universiti pun join sekali!. Kalau ada masa lapang, aku menempel. So tak kisahlah mana-mana asalkan belajar! Jangan balik rumah tidur tak pun layan facebook sahaja sudahla.

Pelajar-pelajar tahun 4 sama ada cairo, alex atau university lain dah mengalami klinikal tahun ini kan? So kalau rasa macam tak pernah pergi hospital atau klinik selain waktu kuliah yang dalam jadual, honestly speaking kamu hanya mengulang sejarah. You Must change! Otherwise sama ajer korang dah masuk tahun 6 tapi tak tahu buat apa.

Niat tadi nak cakap sikit, tapi menderu benda dalam kepala ni nak cakap. I hope I made it clear. Maaflah senior / junior yang kena reply ni. Lepas ni kalau tak suka baca blog ni boleh blah. Aku tak rugi apa. Bukan dapat duit pun berblog ni. Aku Cuma tak nak pengalaman yang aku dapat ni dilupakan begitu saja maka aku taip. Supaya dapat dikongsi maka aku publish! No Hard Feeling. Aku masih belajar

Wallahualam.

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Comments

Anonymous said…
respect!!! teruskan Usaha
fatnulhani said…
salam..a.faizal,thanks a lot for ur nasihat.when i read ur post kali ni rs cm nk nangis pun ade..terharu,semangat..sume ade..huhu..nak capai semanis kejayaan memerlukan sepahit-pahit pengorbanan n jihad!itulah namanya adat menuntut ilmu..

u know what,i always get inspire from ur blog. alhmdulillah,nek clinical ni pun,because smngt abg faizal sndiri n smngt nk belaja lebih,sy disiplinkn diri pegi hospital n clinic..even bukn everyday,but sy try pegi jugak..memang betul,ms mule2 pegi hospital,seriusly sy tak tau nk buat ape,doctor2 sume buat tak layan,mcm org bodoh je sy rs kt situ..pernh sy balik rumah n menangis sbb tak dpt ape2 pun ms pi hospital or klinik tu..sy prnah dimarah,n ditengking oleh doktor n nurse kt wad ENT n oftal,tp sy cube gagahkan diri utk pegi .and ape yg a.faizal cite tu sy sndiri alami di sini..sebelum pegi tag doktor,sy msti doa banyak kali,mitak2 dpt doc yg baik2 n snggup bg tnjuk ajar kt kite.but,sume yg kite nak kdg2 tak dpt dlm satu masa,maybe Allah nk suruh kite usaha byk kali n never ada putus asa dlm kamus hidup kite..

sy anggap sume tu cabaran buat sy..prinsip sy,baik kene marah skrg,drpd bg wrong diagnosis kt patient nnti..nauzubillah..lagi satu,once Allah dh cmpakkan kita belajar medik di Mesir ni,jauh beribu2 batu dr Mesia,gunakanlah masa n kesempatan utk mendalami ilmu medic n agama dgn bersungguh-sungguh..6 tahun lebih di sini,harapnya kita semua doktor2 keluaran mesir ni dpt menggegarkan arena perubatan di malaysia n pentas antarabangsa suatu hari nanti..insyaAllah..amin

sama-sama kita doakan.
never give up!


your junior,
4th year,
Cairo University
bid ASU said…
i fully agreed wif u faizal. u r one of d people, who can STORY n SHARE, what u see, what u hear, n what u feel.


not all genius can tell people how to be genius, as they dont feel d hardness of an average people, to get d same level as them.

aku pon selalu menempek dekat ED Ain Shams University, sb kat situ, aku leh revise sume case intenal medcine yg aku amik thn lepas, digest surgical info,plus clinical skill yg super defect dekat sini. and aku mmg disuro clerk in patient, amik vital data, amik darah....bukan bende pelik pon.

n aku baru sedar, kenapa derang tak tekankan sgt clinical skill, sb lepas grad, budak2 arab ade tahun imtiyaz, yg memang derang akan diajar, bukan seperti di Malaysia (seperti yang didengar), HO bukan time utk belajar dah. bayangkan, how could doctors here, mostly imtiyaz, buka kedai kopi dalam ED ??!!

go on faizal, u open d eyes of all juniors here, how to get d max from d minimal one; unsystematic educational barriers, by less civilized surroundings. bile ntah, aku terserempak dengan junior thn 2 ASU, n they tell me, how they appreciate u, as d ONLY senior, who could share things amongst..

and for me, reading your blog, inspire me to challenge myself, to be brave n conquer d fear, to be friend with d hospital here. as aku seorang perempuan, not a friend to always be by my side, as all my other friends, has other commitments to be fulled upon.

go on with d good deeds u r doing rite now.

for those people yang baca blog ni, tak payah tengok latar belakang faizal, seriusly...sb manusia selalu akan meninggalkan kebaikan bila melihat pelakunya. so, juz be like me, aku pro- kebaikan, good things must be spread widely. n aku mmg kenal faizal ni dari skola lagi.

go on faizal,
juz COPY what u see, hear, n feel
and PASTE them in yor page of life!

for juniors, i think, u all will confront a much more difficulties when they get into year 5 n 6, as d communications will be d most main prob.

n dear readers,
what written in blog, everywhere n anywhere, there r goods n bads, so, dont blame d writter, blame yourselves for not take d good n leave d bad!

[tak penah plak aku dengar org komen creta Grays'...]
fatnul...

i know ur story...abang pernah terserempak dengan kamu tapi abg tak nak tunjuk muka because i want to educate you to be independent. Kalau abang ada situ sure enty menempel sepenuh masa yer tak? Next time la kalau nak menempel sekali. Insyaallah
. Teruskan berusaha, Gunung Everest tidak dapat didaki dalam keadaan selesa.

Bid.......

Terima kasih banyak bid...mood aku terus tenang baca message ko...u r so adorable...aku doakan kita sama-sama cemerlang k! Be the best!
princess kacang said…
huhu.garang tp mmbuka minda.
tgh insaf ni sbb jrg pergi tgok case.stakat tgok surgery % clerking pt je la:((
may Allah ease our path.

tQ senpai dan semua yg komen.;)
Jacknaim said…
Salam akhi,

aku tak nak campur urusan dalam selimut korang.. korang settle sendiri la.

but i like ur spirit. memang kena strive giler2 sebelum dpt kepercayaan utk lakukan prosedur dan mcm2.

kadang2 aku malu dgn diri sendiri. kat sini peluang bersepah2 dgn siap dr nak mengajar lg. tapi malas. aku ingt lg masa kt labour room dulu, ramai je dr yg suh wat VE then diorang akan confirkan balik. aku je malas. last2 buat jugak satu. tu pun sebab special case. dr tgh manage kes lain and patient dah menjerit giler2 nak beranak.. bila buat, x tau nak komen ape. last2 tunjuk jari kt nurse. nurse, cervix dah bukak size ni dh..

nasib la aku dh berbaik awal2 dgn nurse tu. diorang ape lg. tergelak la.

tu x kira lg ultrasound ka ape.. mmg dr ajar ah. jarang sangat jumpa dr yg keret xnak mengajor.

pengalaman aku la, dr yang malas mengajor ni biasanya diorang kurang keyakinan diri n x confident.

dr keret ni la biasanya bajet hebat tp hampeh. aku ingt lg pernah sorang student master yg agak keret ngan aku misdiagnose patient. mcm2 teori merapu dia kuar. PE dia buat pun kuar result mcm2. last2 aku mls nak layan dia, aku pun bertaruh dgn senior aku and ckp diagnosis aku.

sekali kuar lab dgn radiological investigation, aku dgn senior aku dah tergelak dah kat belakang kaunter....

so kesimpulannya. teruskan berusaha and be a great dr..

btw, pasal kes csom tu. aku dah tnya sorang specialist ENT kt tempat aku. dia kata possible utk buat 3 kali radical mastoidectomy dlm masa sebulan....

so keep up the good work bro..

aku yakin, junior2 yg kenal ko akan appreciate ko la. segala tunjuk ajar dgn bebelan ko akan diorang ingat.

korang buktikan pada kami semua kat malaysia yg graduan egypt berkualiti dan bukannya species yg ntah hape2.. (ni cabaran ni kat junior2 ko)

tq.
Nur Amira said…
kau agak garang..nape la nk highlite bodo sombong tu..tu perkataan garang,..takot cek..kah3x..
fa-aja-aja said…
teruskan usaha Dr.faizal! saya suka baca blog ini sebab banyak pengalaman yg saya boleh pelajari.

Tahun 2,
Zagazig U.
izoner said…
Salam perkenalan... Nice story to share bro Faizal... m Irwan btw. Mungkin dunia medic nie x lepas lagi dari seniority... n pada satu aspek, ianya sangat penting untuk dokter2 muda n bakal-bakal dokter seperti kita ini yang sememangnya sangat lack of experience... So klu kna marah dgn dokter tue, i agreed with u bro.... x yah amek hati. Kita buang yang buruk exp. kata2 dokter yang menyakitkan hati o wat, n just amek yang baik dari teguran tue utk membina diri kita to be a gud dedicated experience docter. Kat makassar,Indonesia nie pon lebih kurang sama jer... beside being an 'unemployed worker' at the hospital, marah2 tu sgt sinonim dgn stud clinical kat sini. Asmkm
nur said…
good job abg bobby! kami junior2 sume percaya kat abg. kenapa senior2 taknak percaya. pelik la.

abg bobby, tp bukan ke abg penah guna nama sebenar Dr Mahmoud Salem dalam entri sebelum ni? saye penah dengar nama dokte tu dari akak2 senior tahun 5. dia famous kan?

anyway, teruskan berblogging!
khairul said…
haha~
normal kn berlaku cmni..
blum jd doc dah nk damn doc len..
hai incik-bakal-jd-doc-yg-mengkritik...
sabor je la abg faizal.. keep writing and bolayan jek kritikan gler kt atas tu..
but seriously abg faizal, u`re really my idol..! and i wanna be like u and sure much better than u! :D pray for me.
mmg rasanya susah nk jumpe senior nk berkongsi pengalaman macam abg faizal! syukran.
*and btw, why incik-pengkritik tu xwat blog cm cter pglmn dia ke, me feel free to read her/his EXPERIENCES(if he/she have la)too.*
and thanks a lot coz sharing ur meaningful experiences abg faizal! may all of us succeed in our exams. and good luck abg faizal! ma`a najjah, insyaallah!
drbalqis said…
salam.
blog ni sangat memberi ilmu pada budak2 medik.x faham apasal la nak mengata mcm2.
keep blogging!!
saya suka baca blog ni sbb dr.faizal terangkan apa yang dilalui dengan details.syukran:))
Ija said…
salam!
dah lama tak jenguk sini, entry2 yg sgt2 memberi semangat. org2 yg ada rasa x suka kat entry2 blog ni, pi main jauh2. :)
xoxo said…
salam,
nice way of educating d "uneducated anonymous" keep up d good work n keep on bloggin.. totally lovin ur halwa telinga..nice choice of songs u got there..
btw,
mind if i point out sum eenie, minie mistakes u got there,

its supposed 2 b no hard feeling..
but u put it no heart feeling...

nevertheless~ all d best
may Allah bless u along d way!!
Anonymous said…
bang faizal..i love your spirit..banyak merangsang diri saya
darulhannah said…
salam...
ur post really inspire me to do EP..
klu xbce post brother faizal..konpem xde smgt nk wat EP..
lg2 nk wat sorang,attach kt o&g,even im just finished my 3rd yer..tp doc yg bg sy wat ngan die pn kate just for knowledge what is ong r abt..alhmd dpt doc yg sudi nk ajr..
really looking forward ur another post..
jzkk~

3rd year, uni T
salam

hannah...bagusla tu, dapat preview disease kat ONG tu pun dah bagus dah

thn lepas abg buat surgery kat msia even x belajar satu menda pun, mmg banyak benda x tau, at least i know kalau x ingat anatomy x payahla belajar surgery even cabang kecil mcm orthopedik, alhamdulillah i can focus clearly what i have to study this year

besides..belum ada masa tulis blog, i need at least 5 hours for one post, belum ada kesempatan lagi, insyaallah menyusul sekiranya semua keje yg penting selesai dulu

thanx everyone

good luck
matt Dark said…
Nasib laa member saya bagi link blog nih... mmg inspiring sungguh...Semangat bertambah laa sikit..thanx bro
Anonymous said…
nmpak mcm tension je bljar medik ni..
sya skg ni bljar foundation..
niat nye nk amik medik 6ti degree..
tp mse bca xperience dlm blog ni...
jd b'belah bg plok...tkut? mayb..
Anonymous said…
salam bro..setakat ni grad egypt kebanyakannya berkualiti because u guys memang layak utk jadi Dr in the first place, korang scorer since sekolah and korang bukan pegi egypt tu guna duit mak bapak yang kaya raya..berbeza sgt dgn russian (these i hate the most,most are useless), indian, indon grads and all those private uni grads yg hampeh, susah sgt nk jpa yg berkualiti, most of them are clueless, theoryless, skilless,dan segalanya less..but so far those who never dissapoint me are da UM grads..these people are a different species of doctors and not many of them are malays..most are chinese..
Unknown said…
assalam,sy bukan doktor,cume seorang guru yang minat dengan tulisan doktor faizal..seronok!tapi....kenape xde cerita 2012 n 2013? :)

Popular posts from this blog

Study la wei!

Pesakit Mati !!

Sakaratul Maut (2011)