Dr Tareq DiJerut !

Thursday, May 27, 2010

Dr Tareq dijerut !!


Bumi Mesir aman tatkala subuh. Tiada kokokan ayam seperti di Malaysia. Sang Keldai pun masih lena dibuai mimpi. Hanya lampu masjid terang menyala seperti subuh waktu di hari yang lain, menyubur hati muslimin dengan mengajak mengerjakan ibadah.


Sekali….Ting ting ! ting ting!ting ting!

Tersentakku dari tidur! Bisingnya alarm!!!!!

Arghhh!!! Daku menguap di keheningan subuh. Pukul 4 am. Kejap lagi masuk subuh. Mataku ptosis lagi.

Lantas kukais selimut ke tepi, kubangkit liat dan kulipat comforter yang kubentang di atas permaidani bilik. Beginilah harianku, katil dan tilam yang empuk hanya sekadar perhiasan atau dijadikan tempat duduk. Daku memilih tidur atas lantai supaya tidurku tidak lebih 6 jam sehari. Kalau tidur atas tilam, huhuhu, tak mungkin accurate 6 jam, selalunya 7 atau 8 jam tidur,selepas tu bangun dalam keadaan stress sebab terkejar-kejar nak buat macam-macam. Maka lebih baik tidur atas permaidani berlapikkan comforter, masaku terurus di samping  baik untuk tulang belakang (e.g. conservative treatment for disc prolapsed).

Rutinku seperti biasa.


General round pada pagi tersebut kuhadiri bersama rakan-rakan lain. Tepat pukul 12 pm, daku mengorak langkah ke department neurosurgery.


Tiba ajer di muka pintu pejabat,”Doctor mosh hayegy ennaharda, bokra maugud insyaallah (doctor tak datang mengajar hari ini, insyaallah esok ada),”kata setiausaha tersebut. Alhamdulillah, desusku. Huhuhu. Bukan apa, cepat sikit aku dapat menempel di klinik pesakit luar sakit puan hari ini.


Kuayun langkahku laju. Sahabat-sahabat lain ada yang berkejar ke tuition, ada yang berkejar ke wad lain dan tentunya ramai yang berkejar pulang!

Jarak dari wad neurosurgery ke klinik outpatient sakit puan ada la ¾ km barangkali. Hospital yang bertahan lebih seratus tahun ni sangat panjang!  Kan lebih baik letak escalator dari hujung ke hujung,tak penat aku.Huhuhu “Dipaksa kurangkan lemak”fikirku.

Sampai ajer di klinik, kuberi salam.

“Waalaikumussalam ya habeby,” sambut Dr Tareq dengan senyuman. Secawan kopi dan sekeping biskut di sebelahnya tidak berusik. Selalunya pekerja akan sediakan minuman panas buat doctor yang bertugas ketika klinik dibuka iaitu pada pukul 8 am. Sekarang dah 1 pm, seteguk pun belum luak. Ramai pesakit barangkali ataupun beliau yang belum ada keinginan untuk minum.

Daku duduk sebelah Dr Tareq, mendengar dan melihat bagaimana dia memeriksa dan menguruskan pesakit. Cepatnya beliau buat kerja. Tak sampai 15 minit,”Faizal can you continue?”.


Eiiiii, aku baru nak jadi observer dah kena suruh pulak. Geramku dalam hati. “Hader,”sambutku. Sabar jer la. Kalau tidak susah nanti nak dapat peluang belajar dengan beliau. Dr Tareq lantas bangun, capai cawan kopi tadi dan duduk di atas katil sambil mengunyah biskut.


Datang sepasang suami isteri ke dalam klinik. Setelah bertanya sakit apa sambil membaca kertas “tazkarah” pesakit yang termaktub nama dan umur, si suami dan isteri yang berumur  56 dan 55 masih diam.


Aku tanya lagi,”sakit apa?” Si suami mendekatkan dirinya kepadaku, pelik haih!!! Beliau berbisik. Matanya liar memerhatikan Dr Tareq untuk memastikan beliau tidak mendengar.

“Fe eih? Ana doctor hena(Apa hal? Saya doctor di sini),”kata Dr Tareq. Completely ignored by the patient. Aku tersenyum melihat situasi yang berlaku. Terus aku tulis prescription dan serahkan “tazkarah” kepada si suami dan isteri tersebut. Mereka pun pulang.

Dr Tareq Tanya pesakit tu sakit apa sampai nak berbisik pulak. Aku maklumkan, tak ada sakit pun.
 “Habis, kenapa datang?”Tanya beliau dalam bahasa arab.

“Si isteri dah menopause.”

“Ok,” balas Dr Tareq pantas. Huhuhu cepat aje jawabnya. Dia dah faham la tu. Tak perlu aku cerita.


Sebenarnya apabila si isteri dah menopause, kemaluannya akan kering dan menyebabkan si suami tidak dapat kepuasan seks kerana geseran yang mengakibatkan kemerahan dan kesakitan pada si isteri. Tu ajer maka aku tulis lubrication kerana itu yang simple dan penyelesaian kepada masalah seksual aktiviti tadi. So tak perlu benda yang complicated macam hormonal replacement therapy etc yang lebih banyak kesan  sampingan.

Dr Tareq bangun dan pergi ke bilik sebelah. Nurse bawa masuk pesakit seterusnya dan begitulah seterusnya. Kebanyakan penyakit adalah penyakit biasa yang telah dipelajari. Sepatutnya houseman atau medical officer yang buat kerja tu. Sekiranya medical student ingin belajar merawat pesakit, perlu ada  houseman atau medical officer yang menyelia.  Nak cari penyelia tu yang susah sebab kena buat baik dengan doctor-doctor ni. Jika mereka puas hati dan yakin anda boleh rawat baru dia akan selia anda. Kalau tidak, mimpilah seorang medical student dibenarkan untuk rawat pesakit.  Mimpi!

Prinsip mudah,”It Is Not How Much You Know That Matters, It Is Whom You Know”.

 Prinsip ini boleh diaplikasikan dalam hidup zaman kini di mana jika kita ingin dapat kerja, dapat tender, dapat resume yang baik etc, networking dengan orang-orang di institusi tersebut perlu mantap. Ilmu penting, benar, tapi networking pun sama penting. Anda ada kelulusan,tetapi tak ada orang yang dikenali susah juga nak dapat kerja atau tender kerana institusi atau syarikat sekarang cenderung untuk memberikan kerja atau tender kepada suku-sakatnya. Unless you are remarkably outstanding, it is very hard to get it if you know nobody.


Kembali kepada cerita tadi.

7-8 pesakit masuk ke klinik silih berganti. “We ba3daha (next)” itu ajerlah yang diucapkan oleh attendant hospital yang duduk di muka pintu.  Aku tengok jam. Mana Dr Tareq ni? Hatiku bersuara.

“We ba3daha.”

Ketup-ketap kasut tinggi mengetuk lantai. Susah nak cari perempuan pakai kasut tinggi kat Mesir ni. Kasut  D&G. Huhuhu. Kudongakkan kepalaku. Macam tak percaya pulak apa yang kutengok.

Seorang wanita muda tinggi lampai, memakai jubah berwarna biru awan, kulit putih bersih, bulu mata ala-ala Angelina jolie , potongan perfect, mantap!!


Dia terus masuk ke bilik dan duduk depan meja. Seorang lelaki muda berjalan masuk. Suaminya barangkali. Tiba-tiba Dr Tareq pun berjalan masuk.

Aku terpinga sekejap. Model ke yang ada depan aku nih? Tertujah soalan di benakku.


Salam 3alaike,”sapaku. “Momkin hashof tazkaratek(excuse me, can I see your paper please)?,”kataku monotonous. Dr Tareq duduk sebelah.

“Esmek eih?(Nama siapa)”

“Zeynab Mohammad Shabrawy.”


“20 sanah?(20 tahun)”

“Aiwah(ya)”jelasnya. Aku tak banyak Tanya sebab maklumat lain ada tertulis dalam kertas.

“Motazawwejah?(married)”'

“aiwah , men 3 senen (ya, dah 3 tahun dah)”kata perempuan tadi sambil memandang mata suaminya.
Perempuan cantik, memang cepat disambar orang, desusku.Huhuhuh

“Beteshteky men aih hadratek?(Puan sakit apa)”tanyaku tenang.
Wanita ini sempat menjeling suaminya.

“ana gai 3alashan 2adawar 3alal 7aml (saya datang kerana masih belum mendapat anak),”kata wanita ini dengan nada kecewa.

“bada2 men emta betdawwar 3alal 7aml? (sejak bila searching for conception),”tanyaku.

“3 senen (3 tahun),”katanya sabar.

Aku mengangguk faham. Software infertility sheet ligat bermain di dalam cakera fikiranku.

Aku lantas bertanya bermacam-macam soalan untuk mengenalpasti sebab ketidakhamilan. Dr Tareq hanya mendengar. Sekali-sekala dia menyampuk membetulkan bahasa arabku apabila pesakit dan suaminya gagal memahami. Namun jawapan semua normal. Erm.

“Dawrah bada2 men emta?ya3ny enty kont kam sanah? (period start waktu bila?iaitu sejak umur berapa?)”soalku.

“Ma 3andesh dawrah”katanya jujur.

“Wala marrah? (sekali pun tak pernah?)” sampuk Dr Tareq. Suaranya agak kuat.

“Wala marrah.(sekalipun tak pernah)”tegas wanita ini.

Aku terdiam. Software amenorrhea stuck dalam cakera fikiran. Aku cuba fikir secara tenang. Tak ingat apa perlu ditanya.


2 minit kemudian baru aku buka mulut.  Perubahan sewaktu baligh kutanya. Symtoms of pituitary adenoma mahupun cryptomenorrhea wajib ditanyakan kepada pesakit ini.

“Mashy,mungkin hadratek betnam fe serer (boleh saudari baring atas katil pemeriksaan),” pintaku.

Pesakit memandang suaminyanya. Segan barangkali. Suaminya memuncungkan mulut ke arah katil. Komunikasi tanpa lisan. Wanita itu bangun. Dihelak tangan suaminya sekali. Romantis!

Kasut tinggi dibuka. Si gadis melabuhkan punggungnya di atas tilam lantas berbaring.

Aku bangkit. Sarung tangan kucapai dan kupakai.Dr Tareq pun sama pakai.

“ba3da eznak hadratak, momkin to2ol zaugatak hete3la3 hudumha shuwaiya 3ashan hanefhas delwaqty,” kataku pada si suami. (minta maaf encik, boleh tak encik suruh isteri encik bukakan baju untuk pemeriksaan)

Itu dinamakan adab. Minta izin dulu. Jangan terus buka butang baju pesakit. Makan penampar nanti. Lebih baik suruh suami atau ahli keluarga  yang buatkan kerana kalau pesakit disuruh , insyaallah dia tak akan akur kerana segan.

Si suami buka butang baju bahagian atas.  Buah dadanya kuperhatikan. Lantas kusuruh tutup kembali. Kami yang lelaki ni tak boleh tengok lama-lama, lain jadinya nanti. Huhuhu. Tangannya kuangkat. Tiada langsung bulu ketiak pada wanita ini.

Dr Tareq turut perhati. “Shof el taht (tengok bahagian bawah),”arahnya.

Ku minta izin supaya si suami membenarkan kami memeriksa kemaluan isterinya. Pun tiada bulu pada pubic area wanita ini.


Aku kena buat PV (per vaginal), fikirku. Lantas ku minta si pesakit meletakkan kedua-dua belah kakinya ke atas stand di kedua-belah katil. Dua jari kumasukkan dalam vagina gadis tersebut. Jariku belum masuk habis lagi si isteri dah menjerit kesakitan. “Blind end vagina,” kataku yakin pada Dr Tareq.

Dr Tareq diam. Kemudian beliau berpaling padaku.

Aku lantas meminta pesakit bangun dan tunggu di luar. Dr Tareq pandang aku. Matanya bulat. Agak menakutkan. Aku alihkan pandangan.


“Faisal, do you know what it’s all about?” Tanya beliau. Aku mengangguk.

“What’s the next step?”

“Serum testosterone level and karyotyping”

“3alattol keda (direct macam tuh)?” tanya tak puas hati.

Aku diam. Itu adalah benda yang diagnostic. Dr Tareq tenung mataku lagi. Kualih pandangan ke lantai. Orang tua ni macam nak makan orang pulak. Errrrrrrrrrrr

Aku diam lagi. Dia jeling lagi.

“If you answer like that in the exam, I will chase you out from the exam,” suaranya agak tinggi.

Apahal pulak ni?tanyaku dalam hati. Takkan salah kut.

“You must test for pregnancy for any female with primary or secondary amenorrhea. That’s the first thing to be done. And that’s the rule!”tegasnya.


Aku terasa tekakku kering. Nak menelan air liur pun susah. Cuak aku arab ni. Tiba-tiba boleh berubah emosi dengan mendadak!


“you got my point?”

Aku mengangguk.

“So what are you waiting for?? Do the pregnancy test and the 2 tests you have mentioned right now. I will take care the clinic. Bring the patient with you,”arahnya.

Aku yang macam cicak kehilangan ekor cepat-cepat menyelinap keluar dari bilik bersama pesakit.  Lebih rela kena buat kerja daripada kena tengking macam tuh. Dalam kotak fikiran aku waktu tu mungkin ada doctor bawah dia yang buat kesilapan kecil macam tu tapi mengakibatkan kesilapan besar. Wallahualam. Personal experience masing-masing. Kena banyak sabar betul!

Jam pukul  5  petang. Dah 2 jam lebih aku bersama pasangan suami isteri ini. Nak mencari makmal untuk karyotyping pun satu hal. Entah mana-mana. Hospital ni besar sangat! Nasib baik ada nurse tolong tunjukkan tadi, kalau tak membazir waktu saja. Aku paksa doctor-doktor di makmal tu buat kerja cepat sedikit. Aku cakap Dr Tareq nak hari ni! Barulah mereka buat. Kalau tak cakap macam tuh, lusa pun belum tentu dapat result. Yerla, banyak pesakit lain lagi.

Tuk tuk!


Ku ketuk pintu klinik. Result ada dalam tanganku. Aku dah tahu diagnosis. Pesakit dan suaminya tanya berulangkali namun aku tak maklumkan. Ada sebab.

Masuk aje dalam klinik pesakit luar tu terus kuserahkan result pada Dr Tareq.  Beliau lekas menyambutnya. Pesakit duduk. Suaminya berdebar. Pucat muka kedua-duanya.

Aku tak nak buka mulut. Risiko tinggi. Perhati bagaimana Dr Tareq ni handle situasi macam ni. Laporan dibaca. Matanya jegil. Mulutnya tertutup rapat.

“Faisal can you close the door?” kata Dr Tareq. Aku akur. Aku tak berani langsung nak cakap result. Mungkin biasa bagi kita(doctor) namun tidak bagi mereka(pesakit).

“Maaf tuan puan, berdasarkan keputusan kesemua ujian yang dilakukan,puan tidak boleh mengandung.”


“Kenapa???????”Tanya mereka serentak.

“Puan Zeinab sebenarnya LELAKI.” Suasana tegang……………….

Si suami lantas memegang kolar kemeja Dr tareq. Direntap tali lehernya kuat!


“Kau jangan nak kurang ajar!!!” tengkingnya bengis! Tercekik orang tua tu apabila tali leher terjerut di leher. Mukanya merah. Cermin matanya nak terjatuh. Tangannya memegang tangan kiri si suami untuk meleraikan rentapan.  “Eih zanby?? (apa dosaku)”


Aku yang berdiri di pintu lekas menerkam suami tersebut. Tangan kanannya yang ingin menumbuk lekas kutahan. Si isteri menjerit!

Attendant menyerbu masuk. Si suami sempat menampar Dr Tareq dengan tangan kirinya. Tangan kanannya kugenggam erat. Tak mungkin terlepas. Attendent lekas menolong diriku mengalihkan tangan si suami yang emosional ini. Mulutnya tak berhenti memaki. Si isteri berlari ke pintu.

Suasana kecoh. Nurse-nurse menderu masuk ke klinik ingin melihat apa terjadi. Pakcik-pakcik attendant lekas memanggil polis. Kami ikat tangan si suami di belakang kerusi.  Aku dah agak perkara macam ni memang akan berlaku. Penyakit yang menyentuh sensitivity masyarakat arab sangat susah nak dikawal kerana reaksi UNPREDICTABLE!!

Prof Hazem dan Prof Monem melangkah masuk. Si isteri masih menangis. Si suami masih melawan. Kami tak  lepaskan tangan dia langsung!

Prof Hazem angkat fail di atas meja. Dr Tareq tersandar di dinding. Baru tadi dia hampir mati tercekik!

Prof Hazem mengangguk tenang. Dibawanya  fail ke arah suami. Beliau menarik kerusi. Duduk sopan. Beliau tunggu si suami mampu menenangkan diri.

5 minit kemudian baru beliau bersuara. Di ceritakan secara am apa sebenarnya berlaku. Si isteri berlinangan air mata. Aku tak mampu buat apa-apa………………....


Sebenarnya wanita ini datang kerana tidak dapat anak. Namun setelah kami tahu dia tidak pernah datang haid sepanjang hidupnya, penyakitnya adalah penyakit serius.

Puan Zeynab ini sebenarnya menghidapi penyakit Androgen Insensitivity Syndrome (AIS). Ala macam cerita House MD tuh. Wanita yang menghidapi penyakit ini selalunya sangat cantik, lebih cantik daripada wanita biasa dan kebanyakan mereka bekerja sebagai model. Hakikatnya kromosom individu ini adalah XY iaitu kromosome lelaki .  Testosterone yang dihasilkan sejak dalam kandungan gagal berfungsi untuk menghasilkan ciri-ciri lelaki sebaliknya testosterone ditukar kepada hormone wanita iaitu estrogen  melalui peripheral conversion. Susah bagi saya nak cerita kepada mereka yang tidak di bidang perubatan.

Secara tuntasnya, individu ini berkromosom lelaki. Dilahirkan dengan mempunyai testis tetapi testisnya tersimpan di dalam perut dan tidak keluar. Keseluruhan badannya seperti wanita sejati. Buah dada besar, tiada bulu di ketiak mahupun bulu pubis, vagina yang terhasil adalah blind end tract, tetapi dalam perut tiada uterus (rahim) mahupun ovary.  Untuk mereka yang ingin memahami lebih lanjut tentang androgen insensitivity syndrome, saya sarankan baca halaman ini.

Sekiranya tidak paham boleh minta saya terangkan apa sebenarnya yang berlaku. Bayaran sejam RM50 at least. Hahaha. Malas nak tulis, Tak Feeling!

Tetapi perlu diingatkan individu ini bukan khunsa kerana khunsa didefinisikan mempunyai dua alat kelamin serentak, satu milik lelaki, satu milik perempuan. Maka perlu memilih antara salah satu.  Untuk membaca pasal khunsa (hermaphrodite) saya sarankan baca halaman ini..

Individu ini juga bukan pondan@maknyah@shemale kerana group ini berkromosom lelaki, alat kelamin lelaki, saja gatal nak jadi betina sampai buat operation buang alat kelamin lelaki! Wtf!!

Individu yang ada androgen insensitivity syndrome tiada alat kelamin lelaki. Hanya alat kelamin wanita sahaja. Untuk penyakit ini  saya tak jumpa satu ulamak agama pun yang  pernah memberikan apa-apa penjelasan. Sekiranya ada sila berkongsi dengan saya. Cuma jika ditanya apa yang doctor-doktor akan buat??

Doktor-doktor perlu bedah individu ini dan mengeluarkan testis yang tersimpan di dalam perut kerana testis ini akan menyebabkan barah sekiranya ditinggalkan di dalam perut!! Dan kesemua doctor setuju untuk  membiarkan pesakit ini sebagai wanita tanpa apa-apa pembedahan plastic.


Rasionalnya individu ini sejak kecil berperangai wanita, berjalan macam wanita, pergi ke sekolah perempuan, kawan-kawan perempuan, cara berfikir macam perempuan, badan lebih hebat daripada perempuan biasa, kuat menangis pun macam perempuan, nafsu pun seperti perempuan!! So tak ada sebab kepada perlunya pembedahan untuk menukarkan beliau kepada lelaki. Cuma perlu dimaklumkan di sini, individu ini tidak mampu memberi zuriat, buat hubungan seks tiada masalah ok!

Wallahu alam. Banyak lagi sebenarnya penyakit yang Allah turunkan tentang jantina ini. Allah suruh kita berfikir tentang kekuasaan-Nya mencipta.  Carilah hikmah di sebalik apa yang berlaku. Semoga Allah memberi hidayah.

p/s: wanita yang menghidapi androgen insensitivity syndrome tidak pernah datang haid dalam hidupnya. Sekiranya ada haid, wanita itu adalah wanita.  :-)

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

23 comments:

tirah watif said...

OMG!
gila cuak!!!

takpe. sy pasti, sy wanita. T_T

Dr.Alia said...

ciannye ppuan tu :(

pstu pstu ape suami dia ckp lg?
msti sedih gila kn..

aaaa ksiannye~

Dr. Mohd Faizal B Nor Azmi said...

salam

tirah..huhuhuhu, sy pun pasti jugak~ haha

Alia...sy tak tahu apa setersnya berlaku, angkat beg terus balik, ada 3 doctor kat situ, let them handle

"flushed" anonymous.....nama Dr Tareq tu saya reka, saya tak guna nama sebenar dalam blog, PV? apasal tak boleh buat pulak? mana boleh medical student yg dah graduate tak reti buat PV, start learning then.

-anonymous mesti diflush-

bid ASU said...

slm,
stori sebijik case yg aku belajar.
igtkan doc sja apply teori dlm cerita rekaan, tapi serius wujud...byk ke incidence kat sini?

aah, 1st cause of amenorrhea is pregnancy. tambah2 female in bearing age ni. thats' d rule.

tx for d case study n d moral value.heeee

Dr. Mohd Faizal B Nor Azmi said...

bid....

aku tak tahu la incidence dia berapa kat sini....kes ni aku jumpa 1 setengah bulan lepas, tapi takde masa nak tulis blog, waktu tu aku baru habis mengajar tahun 2 (study group)bab reproduction, so fresh dalam otak sebab kena kaji O&G punya kepentingan yang diserap dalam subject Physiology Reproduction

tu la, terlupa rule tu, tu yang kena tengking, huhuhu, takper, dah biasa :-p

syafiqaffandi said...

mcm ade dlm satu episod House Md

supermodel ade AIS

xsangka abg faizal dpt tgk 1st hand

nt ade ms sy g tuisyen abg faizal

RM ke LE ke xde masalah XD

p/s: lm gler kot x g umah abg faizal

oltoroman taro said...

interesting....thx for sharing. dpt beljar byk benda...arigato2x

noor ANIAH azmi said...

hi bobby. wow.. cepatnye dapat results karyotyping kat sana. over here it takes a few days to culture the cells.. but u never know kat egypt kan! :D

Nur Amira said...

i ve seen it in a house md episode..but its very rare abnormality isnt it...
puan zainab tu seyesly cantik ke?
just wonder..sbb u seen her, didnt u dr faizal?

Dr. Mohd Faizal B Nor Azmi said...

kak aniah yang baru tunjuk muka.........

to diagnose AIS either karyotyping or testosterone or both.

result testosterone high, pregnancy dah excluded, testis dah nampak guna U/S-diagnosis confirmed

kalau Dr tu nak maklumkan apa yang perlu buat dekat patient suka hati dia la, bukan sy yang buat pun

buat lab-lab investigations tu dan cari makmal karyotyping tu yg berjam2 ok, yg lain dah siap,of course la karyotyping tu x siap lagi, kalau buat PCR pun at least 2 hari, inikan pula karyotype.

nnr said...

bila baca cte ni,sy tringat ms comm skills aritu..doc suh imagine case psgn x dpt anak sbb si isteri xde uterus....ms tu terpk ada ke kes mcm ni...rupa2nya mmg ada ek....

thx 4 sharing..:)

lysa said...

wah..tak sangka ada penyakit cenggini...ouch!
Kesian wife dye tu...
meremang bulu tengkuk...(^_*)

Kalau x pnh period tu mmg xde uterus ek?? (mcm something wrong jek soklan ni..)

Kawan saya x pnh period pun tp dye bole lak beranak pinak..? Tu mcm mane lak ek? tu tang mana plak..?

ouch..!

Dr. Mohd Faizal B Nor Azmi said...

lysa...kalau ada period, dah boleh exclude penyakit nih,

tapi kalau tak pernah dtg period banyak penyakit possible

"orang yang tiada uterus memang tak pernah datang period, tetapi orang yang tak pernah datang period bukan bermakna dia tiada uterus"

Dzuu Haniin said...

salam..

tertarik dengan kes ni..saya dah tanya Syeikhuna Yusri. Kita nisbahkan dia sebagai perempuan..sebab zahir dia adalah perempuan...

lysa said...

owh...ek...
Huhuhu...ingatkan sama je...

Terima kasih yek jawab komen saya..bukan apa, saya tak faham sangat artikel ni...hehe...

Saya bukan orang medik...(",)
Thankz...salam.

lysa said...

Owh..yeke...
Huhuhu...terima kasih sebab jawab komen saya ek...

Sebenarnya tak berapa nak faham dengan artikel ni,..hehe(",)
Baca byk kali baru faham terus masuk otak...

Thankz...salam(",)

whiteraven said...

salam
menarik, teruskan menulis.
saya mintak izin nak link kan cerita ni di iluvislam.com tentang soalan seorang user ni yang tak pernah datang haid.

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=73&thread_id=26035&pid=438588#post_438588

saja untuk bahan bacaan.

SitiSalleh said...

Maka lebih baik tidur atas permaidani berlapikkan comforter, masaku terurus di samping baik untuk tulang belakang (e.g. conservative treatment for disc prolapsed)

OOH,tido atas lantai baik untuk tulang belakang ke,selama ni saya pk xelok kalau tido atas lantai :P huhu.

btw,nice blog.banyak info..dah lama baca tp hari ni baru rasa nk drop komen.Good luck! :)

hana said...

pykit ni ..cam mane nak ckp ye..
yang dr faizal post ni terjadi kat pempuan kan.
ada tak terjadi kat orang lelaki??

Dr. Mohd Faizal B Nor Azmi said...

hana....lelaki berkromosome perempuan?......tak pernah kudengar

sakiinah said...

ape sebab laki berchromosome pempuan xwujud?

seingatnye,dulu ade blaja..xingt la btol ke x..sume baby akan jd pempuan unless dtg one stimulator,(i think it's a hormone)in which it stimulates the development of kelelakian dlm baby tuh..then kalau pempuan nk dpt hormone lelaki tuh impossible la kan kalau die adelah pempuan..
btol ke alasan nih?

and btw,mcm mane bang faizal bleh masuk hospital mase tgh study?ingt nk bwat jugak kalau dpt gain byk experience camtuh.walaupun dah mcm lambat gile sbb dah taun 3 skang..mahu mencuda nasib..

Sakiinah Abang
ain shams university

Mohd Faizal Bin Nor Azmi said...

betulla tu..semua akan jadi perempuan kalau x ada stimulator (hormone lelaki) ataupun ada hormone tapi receptor not sensitive to it

elective posting..baca FAQ kat website ni

Q said...

Assalamualaikum.. wahwah.. suspen sungguh cerita kamu ni.. =) alhamdulillah aku perempuan tulen.. hahaha.. ok.. next cite lak.. =)