Lelaki,Jantan ke Haiwan?

Monday, January 18, 2010

Lelaki, Jantan ke Haiwan??

“Adoi, penatnya!” rungutku depan Rawya. “Fe eish?(kenapa nih)”tanya gadis Palestine tatkala aku mengucap kalam Melayu depan beliau. “A little bit exhausted. Dars Ashraf Zaki taweel awy ennaharda, talata sa’aat(tuition ashraf zaki panjang sangat hari ni, 3 jam)”kataku pada Rawya dalam bahasa Inggeris yang bercampur Arab. Dia hanya mampu mengukir senyuman membalas rungutanku tadi.

Sebenarnya kami baru habis round tropical di tropical department hari ni. Kelas yang terus menerus dan setiap satunya panjang memang menutup separa kelopak mata ini tatkala letih berbaur mengantuk. Rawya , Abod dan aku berjalan longlai menuju ke klinik sakit puan yang terletak 1 km daripada department tropical tadi. Pangjangnya la hospital cairo Univerisity nih , letih kaki aku berjalan!
Tiba sahaja di klinik, Rawya terus masuk ke bilik 1. Aku tak pakai lagi lab coat lagi waktu tu. Kuletak bag yang sangat berat berisi buku Internal Medicine Kumar dan Clark ke atas bangku lantas menyarung uniform putih itu. Abod (kawan Jordan) selamba dia ajer masuk klinik pakai t-shirt, sweater dan bersnowcap. Dia memang mcm tu. Dr hip hop. Rule breaker, huhuhu but a very genius and helpful.

“Madam, ta3aly!(puan, silakan)”jerit nurse memanggil giliran pesakit. Cairo University ni dah la antara hospital paling awal dalam sejarah dunia, cuba la guna technology nombor ke untuk giliran pesakit, masih lagi guna cara manual, fikirku sejenak. Kerajaan Mesir miskin, tak mampu nak update technology. Itu firasat pertamaku. Madam berbadan besar ini masuk ke bilik satu tempat Dr Rawya bertugas.

Aku terus masuk bilik 2. Ada Dr Mahmud waktu tu. Dr pakar dan juga consultant sakit puan di hospital Cairo University. “Ezayyak hadratik?”sapaku. “Apa khabar Faisal? Lambat datang hari ni”katanya dalam bahasa arab. Aku tak tahu la dia cakap tu tanpa emosi atau perli aku datang lambat. Huhuhu “Lissa gai men tropical(baru balik dari wad tropical)”kataku sopan. Dia senyum dan terus membelek fail-fail pesakit yang berlambak-lambak atas mejanya.

Aku terus tarik mesin ultrasound dan tocodynamometer ke tepi katil pemeriksaan. Senang sikit buat kerja. Mata mencari-cari Doppler transducer sebenarnya. Nurse kata Rawya dah ambil dulu. Pantas tul minah Palestine ni bertindak! Tak sempat aku guna. Takperla, kalau ada patient perlukan nanti suruh pergi kat Rawya. Huhuhu

“Next! “ jeritku. Pesakit bertali-arus masuk. Begitulah keadaan di klinik university yang memberikan perkhidmatan percuma untuk rakyatnya yang kurang berkemampuan. Segalanya free. Ubat ajer beli sendiri. Pesakit terpilih ajer yang dapat ubat percuma. Yang lain semuanya percuma di sini, tapi pesakit yang datang ke Hospital University ni mesti setuju untuk bekerjasama dengan pelajar perubatan. Nama pun Hospital University, sure la ramai pelajar. Ada spesis arab ni yang buka mulut pun tidak apabila ditanya pelajar, inikan pula untuk diperiksa oleh pelajar. So kes-kes incooperative macam ni professor suruh pergi hospital swasta ajer , jangan datang sini, aman dunia.

2 jam berlalu, pening kepalaku layan kerenah mak cik-makcik nih. Sekali masuk seorang remaja perempuan umur 15 tahun muncul di muka pinta. Ibunya mengikut di belakang. “Tazkarah” milik gadis ini termaktub namanya “Fatma” (bukan nama sebenar). “Beteshteky men eih ya fatma(fatma sakit apa)?tanyaku. “Fe waga3 fe batny, betenzef men taht(Sakit perut, ada darah keluar dari bawah)”kata gadis ini. Setelah aku exclude darah tu bukan darah period melalui pertanyaan, lekasku suruh Fatma baring atas katil.


Mukanya pucat, berat mulut untuk berkata-kata. Dalam otak aku waktu tu dah tersedia jawapan untuk pesakit ini. Cuma nak ‘confirm’. Ultrasound kutarik dekat. Dalam ‘tazkarah’ atau kertas tu aku dah tulis laboratory investigation yang perlu dibuat. Kusuruh ibunya menyelak baju anak gadisnya ini ke paras dada. Besarnya buah dada gadis 15 tahun nih! Kataku dalam hati. Bukan atas dasar nafsu atau tanpa tujuan. Buah dada kuperhati kerana ingin lihat tanda-tanda tertentu yang menyokong diagnosisku. Kejap lagi aku cerita yer :-p

Tiba-tiba nurse masuk. Ujian air kencing yang dilakukan pada Fatma dah siap. Aku terdiam. bila baca. Lekas kuletakkan ultrasound pada perutnya berhampiran vagina (vaginal untrasound). Matanya memandang ceiling. Kulihat monitor yang berhampiran. Terlihat 2 poles pada skrin. Kulihat dengan teliti. Mataku membulat. Kuketam gigiku rapat. Tanganku rasa nak menumbuk meja waktu tuh. Geram bukan kepalang. SI ibu terpinga-pinga tengok aku yang tiba-tiba berubah.


Manakan daya, emosi telah menggagahi diri.
Kuucap apa-apa zikir yang terlintas di benakku. Ku pegang bahu kerusi. Kuminta ibu pada Fatma ini duduk dengan tenang walaupun hakikatnya hati aku yang tak tenang.

“MAK CIK, ANAK MAKCIK YANG 15 TAHUN INI, MENGANDUNG 7 MINGGU,”kataku monotonous.

“Eih ya doctor? Binty hamla????????Beta3 men da??????” tanya si ibu dengan nada tinggi (apa doctor?anak saya mengandung?Anak siapa ini?). Aku mengangguk cemas. Si ibu pantas bangun dari kerusi.

Lengannya yang gempal dan lebih besar dari penumbukku ditampar-tampar ke kepala anak gadisnya yang sedang duduk tak bersuara di gigi katil. Terjerit-jerit budak tu. IBunya terus menampar. Mulutnya mencarut-carut. Air mata si ibu dan anak gadisnya keluar bagai empangan pecah. Terjatuh budak itu dari katil. Lekas kulindungi gadis ini dari pukulan ibunya yang takk henti-henti. Kepalaku terhentak pada kaki katil. Sakit bukan kepalang!

“Khalas ya ummu fatma, mosh hayanfa3 betedraby bentek keda! Wa ana maly???????”bentakku marah! (sudah la tu, emak kepada fatma, tak patut ko pukul anak ko macam tu, yang ko pukul aku sekali ni kenapa?) nurse terjah masuk.Dipegang tangan dan bahu ibu yang mengamuk ini. Ibunya tak berhenti marah dan mengeji anaknya. Rawya masuk. “Fe eish?” tanyanya. “Protect this girl,”pesanku. Lantas kusuruh Fatma tadi ikut Rawya. Ibunya dipaksa duduk. Tangan masih dipegang kuat oleh jururawat-jururawat.

“Eih zanby ya rab! Eih zanby ya rab! (apa dosaku tuhanku!apa dosaku tuhanku!)kenapa kau jadikan musibah ini padaku! “esak ibu tadi. Teresak-esak ibunya di situ. Tersentuh hatiku mendengar rintihan ibu tadi. Kalau la aku di tempat ibu itu, bagaimana la rasanya. Geram bukan kepalang. Sedih tidak terbilang. Wajah tidak terpandang. Aku nasihat mak cik untuk bertenang pun tak mengubah apa, antara dengar tak dengar. Lekasku panggil Dr Mahmud yang sibuk di bilik sebelah.

“Doctor, nak buat macam mana nih?” tanyaku dalam arab. “Her daughter’s bleeding. Admit Fatma. Call police. Make a report now,”katanya tenang.

Aku masuk dalam bilik. SI ibu sudah berhenti menangis. Matanya merah. Kupanggil Abod yang sedang minum Nescafe kat bilik sebelah.

“3aez eih ya hebeby?” kata kawan Jordan ni sweetly. “Boleh tolong tulis police report tak?”pintaku. “Kau tak reti tulis ke? “tanya Abod. “Medical report is in English but police report is in Arabic,”kataku sempoi. Lepas tu mulalah dia membebel seperti biasa. Antara ayat yang aku selalu dengar “Kau ni dah 6 tahun duduk Mesir, cakap arab pasar dah macam arab Mesir dah, tapi bahasa arab fushah kau buang dalam tong sampah” .

Hahahaha Memang! Keperluan bahasa arab pasar di hospital Mesir ni menyebabkan bahasa arab formal(arab fushah) tak berkembang. Nak buat macam mana. Daripada baca surat khabar arab fushah tu, lebih baik aku habiskan buku-buku medic yang banyak gila dan fardu ain kena baca tuh. Setelah dah 6 tahun kat sini, arab pasar lagi lancar dari arab formal. HUHUHu

Kembali ke cerita tadi.

Si Fatma ini dimasukkan ke wad O&G. Aku dengan bantuan Rawya lengkapkan pemeriksaan dan segala prosedur yang perlu dibuat. Sonicaid aku cuba guna tapi tak memberi apa-apa maklumat tambahan kerana kandungan ini belum cukup 10 bulan. Sekiranya 10 bulan, yes, sonicaid is needed. Segala tanda ibu mengandung ada pada gadis yang sedang mengandung anak luar nikah ini. Buah dadanya aku periksa sebelum ini kerana ingin melihat perubahan yang tipikal pada ibu mengandung seperti pertambahan saiz, vascularity, dilated visible vein, increase pigmentation, secondary areola dan Montgomery Tubercle. Kesemuanya aku nampak. Tanda-tanda ini lebih menyerlah sekiranya kandungan ini kandungan pertama(primigravida).

2 fetal poles yang jelas kelihatan dalam ultrasound.

Setelah habis kerja lepas maghrib, terus aku balik tidur, sakit kepala terhantuk di kaki katil masih berdenyut. Geram pula pada ibu fatma yang bukan sahaja mengamuk kat anaknya, dengan doctor sekali dibedalnya! Kena banyak sabar betul dengan masyarakat arab ni. Haih~

Seminggu berlalu.
Aku betul-betul sibuk minggu lepas. Banyak benda kena buat. Hari ni kuringankan kembali kaki ke wad sakit puan yang kebetulan berhampiran dengan tempat round ku sekarang(neurology).

Kulihat fatma sedang menangis. Kakaknya sedang memeluk memujuknya. Aku naik hairan. Takkan menangis selama seminggu????????

4 orang polis sedang berada di kaunter nurse. Dr Ahmad Tayeb ada di situ. Dr Mona tengah berdiri tegak depan katil Fatma tak berbuat apa. Mukanya agak terkilan. Lekas kujalan kearahnya.

“Salam alaik, ezayyak dr Mona.” Tegurku ikhlas. Bibir Dr pakar O&G ini menjawab, namun matanya terpaku pada gadis yang sedang menangis di pelukan kakaknya. “Kenapa nih?”tegurku hairan.

Dr Mona tidak segera menjawab. Beberapa minit kemudian ditariknya lenganku ke beranda hospital. “Can u imagine, faisal, the man who made fatma became pregnant is her father! Can u belive it!” Mataku buntang. Degup jantungku kencang. Nafasku terasa sesak. Kurasakan seluruh badanku menggeletar.

“Celaka punya jantan!” itulah ayat yang silih berganti memenuhi kotak fikiranku waktu itu. Sebenarnya sebelum ini sudah 3 kali aku diagnose perempuan mengandung anak luar nikah. Ini yang keempat. Tapi yang tiga sebelum ini tak mampu membuat diriku mencoret kisahnya di sini. Cuma kes haruan makan anak ini sangat menggangu emosi sehingga memanggil diri untuk melepaskan tension di blog ini. Geramnya!!!!!!!!!!!!!!!
(aku tak mempu mengawal emosi ketika ini)

Akan disambung……………….

geram


Sambungan(2 hari kemudian)

Langit Nampak muram.

Ketika ini kulihat Fatma sedang mengemaskan pakaian. Dia dibenarkan keluar hari ini. Setelah apa yang berlaku tempoh hari, kulihat fatma semakin matang. Hidupnya perlu diteruskan. Lebih-lebih lagi perutnya yang berisi kandungan itu. Kusut rambutnya tidak bersikat. Tiada ahli keluarga yang mengiringinya keluar.

Semalam Fatma menyatakan bahawa dia ingin menggugurkan kandungan. Remaja 15 tahun resah memikirkan masa depannya yang belum tentu takdirnya. Ibunya telah membuangnya. Ayahnya yang telah membuntingkannya sedang terperuk di dalam penjara.


“Anak ini rahmat. Dia tidak berdosa langsung. Lahirkan anak ini dengan sempurna dan bela dengan penuh kasih saying” itulah antara bibit-bibit nasihat yang kudengar dari mulut Dr Mona ketika memeriksa kandungan Fatma pagi tadi. Aku diam membisu.

Belum ada formula khusus yang aku dapat praktikkan dalam menghadapi situasi sebegini. Cakap salah tak cakap, tak cakap salah. Akhirnya aku memilih untuk diam. Biarlah mereka yang lebih berpengalaman menasihati Fatma yang masih muda dengan acuan mereka. Takut salah cakap kang, ada yang buat abortion pulak kang~

Aku geram sebenarnya kes-kes anak luar nikah macam ni. Bukan sedikit. Bersepah. Orang tak nak heboh ajer! Ada kes tahun lepas , Dr Zeyad sedang diagnosis patient. Pesakit ni datang seorang,kata bayi yang baru dilahirkan ni telah meninggal dunia ketika dalam perut. Lahir ajer dah mati. Perut wanita ini masih sakit.

Dr zeyad gegas menutup pintu bilik pemeriksaan dan terus menguncinya sedangkan kami ada dalam bilik tuh. Dia teruskan memeriksa wanita tadi manakala mayat bayi dibawa untuk autopsy oleh seorang dr forensic yang muncul dari bilik belakang. Sekali paru-paru bayi ni direndam dalam air dan terapung! Maknanya bayi ini hidup ketika dilahirkan. Ada kesan jerutan dileher bayi dengan menggunakan tali pusat. Mungkin kesan ini yang menyebabkan Dr Zeyad terus mengunci pintu. Dr Forensic dapat mengesan bekas kuku perempuan tersebut di muka dan leher bayi.

Bayi yang meninggal ini disahkan dibunuh. Dr Forensic terus menelefon polis ketika si ibu masih lagi diperiksa. 

10 minit kemudian, polis tiba. Muka wanita ini berubah, sakit perutnya dilupakan dan terus melompat dari katil untuk melepaskan diri. Kami bergelut dengan si ibu di muka pintu dan akhirnya si pembunuh ini berjaya diberkas.

Perempuan ini juga lahirkan anak luar nikah dan terus membunuhnya. MANA JANTAN KEPARAT YANG BUNTINGKANNYA?????????

Lelaki ni masa bercinta semuanya baik. Beberapa kali kena tipu pun perempuan ni masih menaruh harapan supaya lelaki berubah. But at the end, nothing had happened. Jantan tetap jantan. 

Ada spesies perempuan yang pantang nampak jantan handsome, tinggi, badan muscular,kaya mulalah menggedik-gedik macam beluncas. Dah mengandung anak luar nikah, perut dah besar, keluarga dah buang, ada pernah nampak lelaki ni muncul kat wad sakit perempuan dengan wanita nih? Potong jari lah kalau ada!

Adoi, susahnya nak handle emosi dalam keadaan macam ni! Banyak yang aku perlu belajar. Anak ini tidak berdosa. Yang berdosa ibu dan bapanya. Dah la berdosa, pergi gugurkan kandungan atau bunuh anak selepas lahir. Dah ada dosa besar (berzina)pergi tambah lagi dosa besar (membunuh)! Ya Allah kauselamatkan umat Muhammad!

Kuharap pengalaman yang dikongsi ini dapat membawa sahabat2 di dunia perubatan supaya melengkapkan diri dengan ilmu agama kerana di saat-saat genting sebegini dakwah agama seorang doctor sememangnya mampu mengubah dunia.

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

19 comments:

shuraif said...

astaghfirullah.. (speechless)

klu ada tang tu pon x tau nak kata pa..

Najiahtul Syafiqah Ismail said...

mcm2 ader yek...dunia dah akhir zaman...benda yg x mungkin pun boleh terjadi...semoga berjaya dengan usaha dakwah anda!!!:)

princess kacang said...

its a heartbroken story. rather than being heard,when we experienced it ourselves for the first time it'll give a sense of anger and empathy from the bottom of our heart. may Allah guides us and our beloved ummah.always.

Abdul Rahman Bin Nik Mazian said...

astaghfirullah...
bahasa arab x masyi lg ni.
camne la aku nak hadapi situasi ni..
ya rabb

Nur said...

salam
macam2 kes ada.. yang kat msia tgh top pasal anak buang bapak..

dunia dah tua...

anyways keep it up bro..

Atiqah said...

ty for sharing.
this is a pang to balance study with dakwah and everything else. dakwah is never second, neither is studying.

and of course, to not let fushah go down the drain.

juga terima kasih sebab guna perkataan arab gak dalam post ni.

c's said...

:((

reveal mslh dunia dgn apa yg berlaku pd manusia..

tQ abg bobby

Anonymous said...

allah maha adil...setiap yg berlaku ada hikmahnya..hanya sabar dan berdoa...peristwa fatma betul2 seperti saya...tiada tempat mengadu walaupun pada ibu sendiri...hidup saya jauh sangat menderita dari dulu hingga sekarang....tapi ini semua dugaan...saya harap penderitaan saya akan berakhir kalau tak didunia tapi diakhirat kelak...kepada ibuku...syurga ditapak kakimu...dan kerana syurga itulah aku tersiksa

Anonymous said...

sad..

Anonymous said...

Saya rasa saya dah jumpe bakal perdana menteri mlaysia yg akan dtg...anda lah orangnya

-Dr Latiff-

Ija said...

Premarital pregnancy now become more common nowadays. Termasuklah umat Muhammad sendiri. Iman seseorang sahaja yg mampu menghalang diri dari melakukan perkara2 yang buruk. Bila balik Malaysia for good? Serve the people of your own country plak :p

lymeq said...

Nice writing...daily coretan but interesting.heheh.but correct me if i'm wrong, x kene saman ke pape coz writing bout patients stuff. you know, patients confidentiality and all. ke that's okay. i dunno. =]

Dr. Mohd Faizal B Nor Azmi said...

semua bukan nama sebenar...the same story but different character

Mak Long Cyber said...

Herm, dekat sini, anak-anak nak nikah awal, mak ayah plak tak bagi.
Bila dah jadi cenggini, baru nak marah kat anak.
Sometimes, even anak-anak ni masih muda, mungkin mereka pun tau apa yang terbaik buat diri mereka.

Mak Long harap budak perempuan tu tahu yang Allah sayangkan dia sehingga diuji sedemikian.

nis~ said...

takutnya dunia!

latifahgb said...

assalamualaikum...
Tahniah dan syabas..dlm keadaan sibuk dengan kerja dan study Dr.Faizal sempat juga menulis dlm blog ni...menarik apa yg dituliskan...cuma saya tak berapa suka baca bahasa-bahasa kasar yg Dr.gunakan... biasanya orang-orang yang terpelajar akan menggunakan ayat=ayat dan bahasa bahasa yg lebih bersopan lagi untuk jadi tauladan kepada pembaca yg lain...

Dr. Mohd Faizal B Nor Azmi said...

waalaikumussalam kak latifah...

thanx for ur moral support

apparently ilmu belum cukup, di samping situasi yang sangat stress,bahasa kasar tak belum dapat dielakkan

Dr HzM Cardiologist said...

terbaik!!!
world geting worst~ salam sahabat2 skalian . dr cerita y doc ni citer kan , bape y diantara kita berpikir dimana kah ilmu fadu ain ku , knp ak xleh nk bdakwah sdangkn dlm keadaan td peluang didepan mata u kita berdakwah, cr y berkesan n terbaik u bdakwah adlh apbila ssorg 2 dtimpa ujian,dsitu la dia memerlukn ssorg y bbicara... ttp kita ni... ya robb knp kau biarkn lidah kami kelu bkata ketika hamba mu y lain memrlukn nye... klemahan djadikn pegajaran... kpada admin blog kamu adlh Doc y baik n bagus, continue update... world become worst, were we are.. still in underground thinking or our thinking is propotional/perpendicular to sibratallah ~ man outside (me to) think did u wnat ur mother, sister,cousin, bzina dgn org lain~ klu kmu xmau jgn buat kat org lain gak .sbb prempuan y kmu buat 2 mkin mnjadi ibu kpada ssorg,mkin adik ssorg,mkin spupu ssorg. kpd ibu2 diluar keep watching ur husband heheh ,tangan y mbuai buaiyan mampu mgoncang dunia~ doakn la kpd anak2 luar nikah diuar sana moga mereka tabah mghadapi panahan mulut2 masyarakat ~jazakallah

affin shafieqa said...

salam...
technically perempuan mmg kena hati2 jgn terlalu dedah aurat even halal depan bapa sendri oh ya Allah..mcm manelah nak face dgn perasaan sepnjg mengndungkan anak bapanya sendiri ..satu perasaan yg sgt aneh dan geli .moga fatma dikuatkan iman dan diberikan kekuatan utk bhadapn dgn musibah besar ini..