Posts

Showing posts from July, 2009

Si Ibu, Bayi dan Doktor Yang Malang

Image
Si ibu, bayi dan doctor yang malang Erk, Alhamdulillah, kenyang perutku. Santapan di kedai Dawar amat menyelerakan. Ayam panggangnya tak sama dengan ayam panggang kedai lain. Sedap betul. Alamak, dah pukul 10pm! Aku tak solat isyak lagi ni. Desis hatiku. Langkah disusun ke arah Hospital Kasr el-Ainy Faransawi. Tempat biasa aku solat isyak di situ. Dalam perjalanan terserempak dengan abang Israk. "Abang baru balik lawat akram ngan Amman,"katanya. Aku yang dah lama tak melawat mereka ni terus melawat Amman dan Akram selepas menunaikan solat Isyak. Setelah lebih kurang dua jam berborak dengan Amman, dan ibu bapa Si Akram, aku minta diri untuk ke hospital Kasr El-Ainy dalam university. Pada mulanya aku dah malas sangat dah nak pergi hospital untuk attachment malam tu. Kaki pun dah melangkah jauh ke arah rumah. Tiba-tiba aku rasa serba salah pula. Baju Surgery dah pakai, alat semua dah bawa, bekal pun dah ada, tiba-tiba balik rumah pula, fikirku. Kalau ikutkan hati sampai b

Maaf,Anda Tidak Boleh Beranak Di Sini!

MAAF, ANDA TIDAK BOLEH BERANAK DI SINI Inilah ungkapan yang Pakar O&G tu cakap kat pesakit tetapi dalam bahasa Arab. Dalam bahasa Inggerisnya "sorry, u can't deliver here" . Ibu dah sangat dehyrasi dan menjerit-jerit kesakitan, sekali doctor cakap macam tu. What do you think? Jangan buat sebarang spekulasi. Ikuti kisah benar di bawah. Hari itu hari jumaat sahabat tahun 4 University Kaherah datang pukul 9.30 pm pada hari itu, sejam lebih awal dari aku. Aku dah isi perut dan rohani(solat isyak) barulah menapak keseorangan dalam gelap malam ke Labor Room University Kaherah hari tu. Pesakit tidak ramai pada hari itu. Setelah menyaksikan beberapa "delivery" pada malam itu dan belajar sama-sama, mereka berdua pulang dahulu ke rumah lebih kurang pukul 12 am. Aku yang masih segar bugar dan bermata burung hantu ini capai buku "cases in Obstetric and Gynecology" dan mula meneliti isi buku tersebut dari muka-ke muka. Hampir pukul 1 am, seorang pesakit

Rahim Meletup !!!

Rahim Meletup!! Disebabkan kedaifan berbahasa Melayu, pengarang gagal berjumpa istilah yang terbaik untuk menterjemah perkataan "rupture of uterus" dan istilah ini terus dijadikan Tajuk entry terbaru kerana lebih "catchy" dan "thrill!" Hari ini seorang ibu dimasukkan di wad bersalin. Seperti ibu-ibu yang lain, setelah pemeriksaan oleh nurse, si ibu akan dibawa masuk ke ruangan menunggu untuk diperhatikan oleh doctor-doctor yang bertugas. Si ibu tidak mampu berdiri ketika keluar dari kereta. Kerusi roda diusung dari kereta sampailah ke wad bersalin. Aku dan kawan arab seperti biasa mengambil history dalam bahasa arab dan membuat pemeriksaan dengan Ultrasound, prosedur wajib yang akan mula-mula dilakukan. "Mengandung," kataku pada Dr Ahmad. Mesti kalian berfikir, dah tentu masuk wad bersalin , maka tentulah mengandung! Aku tak salahkan mereka yang berfikir sedemikian namun aku tetap tak salah.(cis, keras betul kepala aku) Hampir semua orang

Sambut Kelahiran Kembar

Image
Sambut kelahiran kembar Setiap hari daku datang hospital dengan fresh spirit dan penuh semangat juang untuk belajar. Hari ini aku datang ke Labor Room agak lewat. Dah solat Maghrib baru bertolak dari rumah. Hari ini tiada beza dengan hari lainnya, sesak dengan ibu-ibu yang menjerit kesakitan menunggu masa untuk melahirkan anak dan sesak dengan doctor-doktor, jururawat, attendant dan cleaner yang tak duduk diam dalam labor room. Orang yang paling sibuk bukan doctor tetapi cleaner kerana perlu membersihkan di ruangan menunggu setiap 10 minit kerana di situlah si ibu tiba-tiba termuntah, air ketuban pecah(amniotic fluid), vagina tiba-tiba berdarah atau pun pelbagai discharge daripada ibu-ibu yang menanti untuk bersalin. Cleaner jugalah yg terpaksa membersihkan setiap Labor room untuk vaginal delivery yang akan dipenuhi darah, amniotic fluid atau pun kencing si ibu, meconium si fetus atau pun ibu yang melahirkan anak dan tahi(combo baik punyaaa). Si cleaner jugalah yang perlu members

Bayi Tanpa Otak

Image
Bayi tanpa Otak Kisah benar yang kualami hari ni membuktikan kekuasaan Allah Subhanallahu Wataala. Seperti malam-malam yang lain, aku akan "menempel" di bilik bersalin Hospital University Kaherah, Mesir. Ketidakcukupan doctor dan keletihan doctor-doktor yang bekerja lebih 24 jam untuk setiap sesi memaksa aku untuk menyambut normal labor atau membantu Medical Officer menyambut abnormal labor atau labor berisiko tinggi. Malam itu dalam tapak tangan ini sendiri yang bersarung tangan, kuterima seorang bayi kurniaan Allah kepada sepasang suami Isteri penduduk Mesir, yang tak pernah kuketemu sebelum ini. Bayi perempuan ini dilahirkan tanpa otak. Benar kataku. Tanpa otak atau dalam bahasa perubatan "Anencephaly newborn" . Gambarnya ada kusisip di bawah: Jika dilihat dari mukanya, ada congenital anomaly (neural tube anomaly) di bahagian mukanya dan sekiranya diraba (palpate) kepalanya, kepala bayi ini tidak bertengkorak. Hanya ada kulit lembik berambut yang mendap ke

Papa ku koma (april 2009)

Papa ku Koma Panas terik tengah hari itu bukan sahaja membakar kulit gelapku dan menyalai rambut panjangku, tetapi juga membakar tekadku untuk study di rumah dengan tekun hari ini kerana kepanasan di hospital membuatku sukar "bernafas" apatah lagi nak fokus waktu kuliah. Sekali terdengar lagu Beyonce menerjah gegendang telingaku. Siapa pulak yang sms waktu tgh hari ni? Termaktub di mobilku sms daripada "mama+Malaysia". Kucepat-cepat tekan butang open waktu tuh. "Salam angah, tadi mak cik call mama, dia kata papa awak di Hospital Seremban sekarang. Sakit teruk. Cuba awak call mak cik tanya dengan lebih lanjut" kata mamaku. Berdegup kencang jantungku waktu itu. Terasa seolah-olah baru lepas berlari. Tachycardia dan fatigue kedua-dua belah kakiku. Pembaca mesti pelikkan kenapa mamaku tak sibuk-sibuk pasal papa, at least sedih la sikit. Sebenarnya papa ku yang koma itu adalah ayah kandung aku. Mama aku telah menuntut fasakh di Makhkamah Syariah waktu aku b