Papa ku koma (april 2009)

Papa ku Koma

Panas terik tengah hari itu bukan sahaja membakar kulit gelapku dan menyalai rambut panjangku, tetapi juga membakar tekadku untuk study di rumah dengan tekun hari ini kerana kepanasan di hospital membuatku sukar "bernafas" apatah lagi nak fokus waktu kuliah.

Sekali terdengar lagu Beyonce menerjah gegendang telingaku. Siapa pulak yang sms waktu tgh hari ni? Termaktub di mobilku sms daripada "mama+Malaysia". Kucepat-cepat tekan butang open waktu tuh.
"Salam angah, tadi mak cik call mama, dia kata papa awak di Hospital Seremban sekarang. Sakit teruk. Cuba awak call mak cik tanya dengan lebih lanjut" kata mamaku.
Berdegup kencang jantungku waktu itu. Terasa seolah-olah baru lepas berlari. Tachycardia dan fatigue kedua-dua belah kakiku.
Pembaca mesti pelikkan kenapa mamaku tak sibuk-sibuk pasal papa, at least sedih la sikit. Sebenarnya papa ku yang koma itu adalah ayah kandung aku. Mama aku telah menuntut fasakh di Makhkamah Syariah waktu aku berumur kurang 3 tahun.

Aku dan abangku dibesarkan oleh mama, nenek dan arwah datuk. Mamaku berkahwin semula setelah lama menjanda ketika umur aku 13 tahun, sewaktu aku di SMAPKajang. Kemudian aku dijaga pula oleh abah(ayah tiriku) seorang pegawai tinggi tentera yang penyayang, sungguh bertanggungjawab dan Strict.
Aku dan abangku tidak dipedulikan oleh papa(ayah kandung). Malas nak dikisahkan cerita sedih ni. Secara tuntasnya dia tidak bertanggungjawab.

Sebab tu mama aku buat "dunno" ajer, dah bukan suami dia, cuma dia maklumkan kepada abang aku dan aku melalui sms.Beberapa minit kemudian, mobil aku berdering kembali. Makcik dan pakcik aku(adik papa) menghubungiku. "Angah tak dapat balik ke? Papa angah teruk ni, dia di wad tingkat empat, xtau la wad apa nih"kata mak cik aku.

"Angah tak tahu lagi la makcik, kena tengok dulu flight available bila, duit cukup ke tak nak beli tiket." Dalam hati aku masih ada keraguan, selalunya ahli keluarga belah papa ni suka exaggerate lebih-lebih. Aku pun call mama, dia kata dia di hospital sekarang.

"Papa awak demam lama, batuk-batuk kering, demam waktu malam, berpeluh-peluh kalau malam tidur"kata mama. "Papa kena TB ke? Dia kat wad TB ke?"terjahku. "Tak taulah mama, jap mama tanya………a ah angah, pesakit kat depan ni kata wad ni wad TB" Aku dah agak dah. Early provisional diagnosis aku betul. Aku tanya lagi "macam mana mama tau keadaan papa tuh? Ada family ke sekali ngan dia tuh?" Mama kata Kak Ton bagitau. "Siapa pulak Kakton nih? "tanya aku. "Isteri baru papa awak lah, dia baru kahwin bulan lepas"selamba mama aku jawab.

Terkejut beruk aku waktu tuh. Beruk pun belum tentu terkejut macam aku. Di luar pengetahuan papa aku dah kahwin baru. Yang ini kiranya isteri ketiga dia la nih. Aku senyum sinis ajer waktu tuh sebab aku nak tengok berapa lama pulak perkahwinan ni boleh tahan setelah tahu perangai papaku sebenar. 

Isteri kedua dia dulu aku kenal anak-anak dia sebelum diorang kahwin lagi. Perkahwinan tuh bertahan tak sampai 2 tahun kalau tak silap. Well , anak-anak perempuan tu well educated, lambat laun diorang akan tahu juga. Memang betul firasatku. Saudaraku belah papa kata papa dihalau keluar dari rumah oleh anak-anak perempuan itu sendiri. Aku tak cakap banyak apabila tahu. He deserved it.

"Owh, dah kahwin rupanya"kata ku kat mama. "So when u saw him, do I have to return to Malaysia , based on his condition?"tanyaku. "You don’t need, just follow up his condition daily. You have lectures and round to be attended," kata mama. Aku setuju.

Esok harinya dapat sms lagi daripada mak cik aku, katanya papa dah masuk CCU selepas sesak nafas pagi tadi. Aku terus telefon hospital. Doctor Lew tu kata papa aku koma third stage, not responding to painful stimulus, depends on mechanical ventilation. Aku bergegas keluar dari hospital waktu tuh, pergi ke tahrir beli tiket. Cuma sempat pesan kat Ayep ngan Sukainah tolong ambil nota mana perlu, pulang ke Malaysia seminggu, URGENT.

Terjumpa kawan arab aku di tengah jalan, Ahmad dan Mostafa. Mereka ni dah macam adik beradik sendiri. Mereka tengok muka aku tak seperti biasa mereka terus tanya," Malak yabny?Fe haga?" aku terus bagitau situasi aku sekarang. Dipegangnya tangan aku terus naik tramco ke tahrir beli tiket flight.

Aku punya fikiran waktu tu dah terbang jauh dah. Abangku tidak dapat dihubungi. Dia berada di pelantar minyak. Dia seorang jurutera syarikat minyak tempatan. Di tengah-tengh laut tu mana ada internet, kabel network untuk handphone. So mustahil dapat contact dia. Dia naik ke darat pun paling kejap pun 2 bulan sekali di Miri. Memang akulah waris yang perlu berada bersama papaku pada saat-saat genting macam ni. Air mata aku dah puas berlinang dari kecil sampai ke besar mengenangkan nasib kami adik-beradik. Apabila papa aku dah koma macam ni, setitik air mata pun tak keluar. Aku tak tahu kenapa. Emosi aku telah ghaib.

Aku berjaya dapat tiket untuk pulang ke Malaysia hari itu, tetapi sangat mahal, Le5000 untuk Egypt Air, yerla emergency seat, flight lain lagi mahal. Angkat ajer la. Duit simpanan aku yang kubawa rabak di situ. Nasib baik ada duit simpanan, kalau aku pergi Europe musim sejuk aritu, tak ada duit simpanan, menebal muka la meminjam dari kawan-kawan sebab nak beli tiket flight. Aku lebih memilih untuk meminjam dari kawan-kawan berbanding minta dari mama. Mama dah banyak sengsara, tergadai rumah di Shah Alam sebab nak bayar hutang dan memberi pendidikan kepadaku dan abangku. Aku tak sampai hati nak meminta lagi.

Malam itu, berbekalkan beg kecil yang diisi baju dan buku, terus aku ke lapangan Terbang Antabangsa Kaherah, kawan arab aku hantar. Banyak aku berhutang budi dengan mereka berdua ni. Rapat betul. Aku ngan abang aku pun takde la serapat macam ni. Mungkin mereka fikir aku keseorangan di sini tanpa keluarga, maka dijaganya aku dengan baik sekali, dah lima tahun dah. I love you guys.

Aku menaiki kapal terbang…………………………Fikiranku terasa terbang lebih laju daripada kapal terbang ini…….tidur adalah agenda terbaik sebelum berhadapan dengan emosi yang lebih menggusarkan ketika sampai di Malaysia nanti.Perjalanan mengambil masa 12 jam, sungguh meletihkan mental dan fizikal.
Sampai di Malaysia, aku call mama, abang aku lak yang jawab. "Aik, bila awak naik darat nih?" Rupa-rupanya waktu mama aku sms dia, kebetulan dia naik darat di Miri, terus dia beli tiket MAS ke KLIA. Alhamdulillah, ada rezeki dia tengok papa. Abang aku kata lagi 15 minit mereka sampai ke KLIA.

Naik ajer kereta, mama ngan abah suruh terus ke hospital Seremban, takut tak sempat jumpa pulak nanti. Nyawa ni Allah nak tarik bila-bila masa ajer. Aku dengan abang aku akur walaupun masing-masing berpandangan, letih tak terkira, boleh tak rehat dulu?

Setelah 30 minit abang aku memandu, ikut highway mana entah, terus je sampai. Aku buta arah sebenarnya. Balik setahun sekali, lepas tu jarang keluar drive, mana nak ingat jalan.

Sampai ajer hospital(pukul 12 am), kami tak boleh naik, yerla security tight hospital kerajaan ni. Lagipun bukan hospital sendiri. Kalau hospital University Kaherah tu, mana-mana bilik jer aku ada access nak masuk. Sini limited ok, maka perlu difahami.

Mama aku call mak tiri aku@isteri ketiga papa aku suruh ambil kami adik beradik naik atas. Maka terjumpalah kami adik beradik dengan mak tiri aku tuh buat kali yang pertama. Disambut dengan senyuman, kami salam dan terus naik tingkat 4 CCU( critical care Unit).

Aku masuk ajer bilik CCU tu aku tengok papa aku tak ada spontaneous breathing. Semua pakai ventilator. Aku tanya nurse , ada bagi Diazepam ke atau memang dia tak bernafas sendiri. Nurse tu kata Dr Lew bagi Diazepam.

Satu tips untuk bakal-bakal doctor: ANDA PERLU MENJADI ORANG YG TIADA EMOSI "EMOTIONLESS" KETIKA MANAGE PESAKIT. Sebelum masuk hospital aku dah mindset kepala aku macam tu, maka aku takder rasa nak menangis bila tengok keadaan papa aku yang sangat menyedihkan. Aku minta semua lab report. Nurse tu tak kasi dia kata ini medicolegal document. Aku terlupa bahawa aku bukan di hospital sendiri. Maka aku minta nak jumpa Dr Lew. Dr Lew datang 30 minit kemudian. 

Papa aku punya Diabetes deteriorating, flaring up infection everywhere. Apparently moniliasis or Oral Thrush can be seen,pigmentation of the skin, severe cachexia, bilateral tender pitting edema until the level of the hip, palmar erythema, jaundice, oliguria , semua ni aku nampak waktu mula-mula aku masuk CCU tadi. Buat macam rumah sendiri, aku gapai stethoscope kat situ (stethoscope aku tertinggal dalam kereta) massive pneumonia papa aku, ada crepitation at both sides of lung.

Apabila Dr Lew datang, aku minta nak tgk semua report. Aku cakap kat dia aku medical student tahun 5. Dia pun sibuk. Diserahnya semua dokumen tu kat aku. AKu tengok CXR (chest X-ray) ada massive pneumonia. CBC(complete blood count) ada leucocytosis, increase ESR, CRP. Liver function test aku teliti- Papa aku ada acute hepatic failure. Kidney Function test- creatinine lebih 200! Acute Renal Failure. Fasting Blood Glucose indicates diabetic (waktu ni dah control oleh ubat hospital). Aku minta Blood Culture and sensitivity, dia bagi yg semalam punya, macam-macam bacteria ada dalam darah papa aku seperti Corynebacterium spp., obligate anaerobes including Bacteroides, Peptoniphilus, Fingoldia, Anaerococcus, and Peptostreptococcus spp. Dan tentunya bacteria yang paling aku benci Streptococcus, Serratia, Staphylococcus and Enterococcus spp.


Aku tengok papa aku tu pupil mata dah tak reactive dah. Hati aku berdebar-debar waktu tu. Aku request waktu tu juga EEG. Nasib baik ada brain wave lagi, maknanya papaku belum mati otaknya lagi, cuma circulation failure ajer sekarang ni disebabkan septicaemia oleh polymicrob tadi.

Doctor tu sibuk, kena kendalikan 60 pesakit dalam satu masa, maka memang susah dia nak concentrate. Aku dengan muka tak malu interfere management papa aku. Dr Lew cakap kat nurse, "He knows what's he doing, the patient is his father". Right decision!

Aku pun apa lagi. Aku request CXR lagi, Ultrasound, Blood Culture untuk papa aku. Nurse tu kata "kan kami baru buat semalam?". "Saya perlu yang recent punya dan specific untuk fungal infection" kataku dengan optimis. Nurse tu akur. Aku pun terus jumpa abang aku, terangkan macam mana keadaan papa kat mama, abah(ayah tiri) dan mak tiri aku. Then decide untuk balik rumah subang.

Kembalinya aku esok hari, ramai gila saudara-mara aku belah papa hadir. Lama betul aku tak jumpa mereka. Yerla, papa pun dah berapa tahun tak jumpa, inikan pula saudara mara lain. Aku salam, malas nk berborak, terus minta masuk ke CCU. Disebabkan aku ni medical student, security tu tahu, dan nurse-nurse tu tahu, aku seorang ajer yang dibenarkan masuk.

Aku tengok Blood Culture malam tadi seperti yang aku jangka, macam-macam fungus dalam darah seperti Candida Albicans dan adik-beradik dia. Aku request antifungal treatment kat Dr Lew. Pastu aku tukar bagi multi-antibiotics yang lain untuk bacteria. Dr Lew tulis dalam report dan bagi intravenous infusion massively. Aku tengok Ultrasound- sekali tak reti baca.huhuhu.

Waktu undergraduate ni tau prescribe, indication dia ajer, dah H.O. nanti baru belajar detail. Tapi radiologist punya komen ada tulis kat situ. Ada mild ascitis in the abdomen tapi tak dinyatakan serous fluid atau darah yang berkumpul kat situ. Dr Lew tengok dia ignore ajer ascitis tu, maka aku pun ignore, kalau darah dah tentu dia sorong katil papaku ke emergency sekarang ni.

CXR sama macam semalam, tiada apa perubahan. Keadaan di luar CCU sangatlah bising. Saudara-mara papa aku memang ramai. Adik-beradik dia ajer dah berbelas orang. Inikan pula sepupu aku. Anak-anak sepupu aku. Pendek kata entah sapa-sapa. Aku tak kenal, jarang sangat jumpa. Dan aku malas nak jumpa. Mesti pembaca fikir teruknya la penulis blog ni, saudara sendiri pun tak nak jumpa. 

Bukan apa, saudara-mara belah papa aku ni tak hiraukan kami adik beradik pun sejak dari kecil apabila keluarga kami berpecah. Tiba-tiba bila abang aku dah jadi jurutera berjaya, aku dah ambil medic, ramai pulak yang tetiba datang, baru nak meleret senyuman, baru nak tanya khabar, nak minta rekomen kerja daripada abang aku, suruh tengokkan jantung pakcik ni, pakcik tu nak operation jantung, kalau aku kenal mana doctor-doktor kat hospital swasta  tu minta kurangkan kos, baru la nak ajak datang rumah. Shit la! Kalau ada golongan ini yang baca blog ni, aku cakap terus-terang ajer. Pergi Mampus! Hipokrit punya manusia. Tak semua tapi majoriti. 

Aku hanya menjalankan tanggungjawab aku pada keluarga belah mama aku yang membantu membesarkan aku dan abang aku dari kecil sampai besar. Itu aje. Waktu kat hospital aritu, mereka minta itu dan ini, aku cakap senang ajer, "takperlah, lain kali aje, tak berminat".

Malam tu ada baca yaasin kat rumah bapa saudara aku di Seremban. Abang aku pergi, aku tak pergi, aku nak jumpa doctor. Mereka suruh abang aku bermalam kat rumah mereka. Abang aku tolak. Aku tanya kenapa? Dia tak nak terhutang budi. Good point. Maka pada malam itu aku dengan abang aku tidur hotel Royal Bintang kat Seremban tu sementara mak tiri aku nak stay kat hospital bersama tok cik.

Hari keesokan harinya, kami kembali ke hospital. Setelah kuperiksa papa, aku dapati tiada apa yang berubah. Antibiotics dan antifungal memperlihatkan kesan selepas 2 hari(Prof ENT aku habaq, kalau tak aku tak tahu nih). So aku memang expected hari tu tak ada apa. Cuma wajah murung mak tiri aku ajer yg jelas kelihatan. Aku jelaskan padanya kesan ubat tu akan nampak setelah 2 hari. Dia angguk. Aku pun decide untuk balik kampung tengok nenek aku di jelebu. Dia dah siap masak dah untuk kami. Kami yang kelaparan makan bersama-sama nenek dan moyang sehingga habis lauk tengah hari tu. Huhuhuh. Dah setahun tak makan sama, so bila makan, bersemangat la masing-masing.
 
Orang tua, gembira bila cucu dan cicitnya kembali membisingkan rumah, kalau tak rumah kampung tu sunyi aje. Termenung ajer menggamit memori. Sedih juga bila mengenangkan nenek dan moyang di kampung ni, namun apakan daya masing-masing ada kerja dan study untuk disempurnakan. Talian telefon ajerlah pengganti diri. Suruh guna internet nenek tak tau guna. Kalau ada sepupu balik kampung baru la dipasangkan webcam untuk nenek ngan moyang aku tu. Barulah senyum kembali berputik.

Nak maghrib tu aku minta diri untuk pulang ke rumah mama di Subang. Mama dah standby kat rumah dah ngan abah(bapa tiri aku). Adik beradik lain ada kat rumah tengok tv. Rumah kembali riuh. Malam tu mama ajak makan luar sebab anniversary mama ngan abah. Kami pun keluar malam tu makan di Damansara kalau tak silap, seperti biasa akukan buta arah, huhuhuh. Malam tu aku yang bayar makan semua. "Banyak duit angah," kata mama. "Kalau anak orang mampu belanja, takkan la mama abah pula angah tak mampu belanja" kataku. Tersedak abang aku. Mama aku bersorak " wah, wah panasnya telinga, keluar tahi telinga,hahaha". Aku cakap biasa ajer, tapi abang akulak yang tersedak, mama aku lak perli abang aku yang rajin belanja awek dia tapi susah betul nak keluarkan duit belanja parent. No offence bro!HUHUHu

Keesokan harinya , kami berdua kembali ke hospital. Aku bersyukur pada hari tu kerana antifungal dan antibiotic baru yang aku prescribed tempoh hari dah menunjukkan response. Mata papa mampu dibuka in response tu voice, Cuma temperature nya masih tinggi dan slightly tachycardia. Papa masih drowsy. Dia ingat tak ingat. Aku capai stethoscope yang kubawa terus ku periksa paru-paru papaku. Upper left lobe dah normal, cuma lobe lain masih ada crepitation

Aku palpate liver dan aku nampak raut wajahnya berubah. Begitu juga apa bila aku palpate kaki kiri dia. Aku tulis dalam report tender hepatomegaly and left limb DVT for further investigation. Urine dah bertambah. Dr Lew senang betul kerja dia hari itu. "good morning dr faizal, how are you?" selepas itu dia baca report aku tulis dan terus request Doppler for DVT and CXR sekali lagi.
 
Saudara-mara yang menunggu di luar terus berkerumun mengelilingiku bertanya hal papa. Aku jelaskan keadaan sebenar. Masing-masing mengucap Alhamdulillah. Baru mak tiri aku tersenyum hari itu. Ada ke petang semalam Dr Lew tu cakap kat mak tiri aku tu keadaan papa aku teruk. Yerla. Mak tiri aku tu bukan doctor, orang kampung, mana la dia tahu perkataan good prognosis, bad prognosis nih. Menangis dia semalam, dia call suruh aku ngan abang aku datang hospital waktu kami kat restaurant tu. Aku buat pekak ajer.Bila aku jumpa dr Lew pagi tu aku tanya dia "what did u told my mother?She was damn worried." Dia hanya jawab "Isn't she?". Nak aje aku piuh pipi dr Lew waktu tuh.

Petang tu aku balik rumah Subang dan buat apa yang perlu sebab lusa esok malam aku akan kembali ke Kaherah. Aku pun tak risau sangat sebab aku yakin papa aku akan pulih seperti sediakala. Cuma aku pesan kat mak tiri aku jaga makan minum dia, sekali dah ada kencing manis, sampai mati akan ada kencing manis, papa kena kawal makan minum. Jangan merokok langsung walau sebatang kerana mengganggu healing process of the lung.

Esoknya aku singgah ke Giant Shah Alam yang sangat dekat dengan rumah untuk beli cermin mata. Kakak aku hantar, kemudian beli barang sikit. Mama waktu tu ada belajar agama di masjid Negara dengan kawan-kawan dia manakala abah pergi main golf, biasalah hari sabtu. Memang tu la kerja abah, golf , golf and golf. Aku kejut abang aku pergi Hospital Seremban. Papa aku dah kenal orang. Dia nak bercakap tetapi endotracheal tube menghalang dia untuk berbuat demikian.
 
Aku pesan kat pelawat-pelawat suruh kekalkan baca yaasin. Bukan apa banyak yang aku lihat di hospital kadang-kadang Allah bagi kesempatan untuk pesakit sedar dari koma dan sihat seperti sediakala, tujuaannya untuk memberi kesempatan bertaubat. Selepas itu banyak pulak pesakit-pesakit ini yang akan mati mengejut. Aku ingatkan semua yang hadir. Aku tutup mechanical ventilation sebab aku nampak papa aku dah boleh ventilate sendiri dengan rate 30/minute. Mak tiri suruh cabut, tetapi aku tak benarkan kerana papa aku boleh kena respiratory arrest bila-bila masa sahaja dan untuk masukkan kembali endotracheal tube itu, akan menyebabkan kecederaan pada salur pernafasan dan reflux esophagitis dari stomach acidity.

Petang itu aku maklumkan kat mak tiri aku dan family yang ada di situ aku kena pulang ke Mesir kerana ada peperiksaan dan kuliah. Tetapi aku tak benarkan mereka maklumkan pada papa kerana dikhuatiri papa hilang semangat. Abang aku akan stay situ lebih kurang seminggu sebelum kembali menjadi anak laut@ orang minyak.hahahah jangan marah bro!

Setelah aku buat apa yang patut di CCU pada hari itu, aku keluar dari CCU dan kembali menjadi manusia beremosi, of course setelah papa aku dah kujalankan tanggungjawabku. Aku mengorak langkah bersama abangku ke escalator dan berdoa semoga Allah memanjangkan umurnya. Kini papaku masih sihat bersama mak tiri aku. Kukirimkan doa dari jauh. Semoga papa bahagia bersama isteri tercinta. Dan biarkan aku bahagia kini bersama abangku, mama, abah , fitri, kaklong dan ili dan keluarga sebelah ibuku. Aku dan abang hanya mampu call sekali sekala dan menziarah papa aku sekali-dua kali setahun. Lebih dari itu aku tak mampu. Hati mereka yang menjagaku sejak dari kecil perlu dijaga dan aku tak ingin disakiti lagi…tiba masanya aku bahagia. Doaku dari kejauhan.

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.JALAN CERITA ASAL DIOLAH SEMULA agar sesuai untuk tatapan pembaca.




Comments

Learner said…
entri menyentuh hati bro..
bukan selalu boleh berbakti ngan ayah.. lagi2 dalam case abg ni...
this is a true story...it is a true story about my feeling...thanx for your concern
Nisa said…
terlalu kagum dengan pemilik blog ni.
maskedfacies said…
apsal ah, aku rs mcm penggunaan fatigue ko tu x btol je.
immi said…
walaupun ada rasa kecewa dalam hati sebab perbuatan ayah, ada tak kepuasan hati setelah membantunya.....mesti rasa puas kan....sekurang2nya kepulangan awk allah memberi seribu rahmat kepada awk n keluarga...
rasa mcm dah jalankan tanggungjawab....tu ajer, not more than that
blogger >-------------------------------muhd.isa-------------------------------- said…
hmm...cerita yg begitu menusuk kalbu..huhu.. i think doktor is right...i also not like people 'hipokrit'..just tabahkan diri.
Maha Suci Allah yang berkuasa

papa saya telah kembali ke rahmatullah pada 25 januari 2010 yang lalu , iaitu setelah 9 bulan dari tarikh arwah dimasukkan ke hospital

Sedekahkan al-fatihah untuk beliau, semoga beliau diletakkan di tempat orang beriman dan diterima taubatnya
aishah said…
sy fhm ape yg dr rasa..
sy hrp anak2 sy pun akan jd seorg yg blh berjasa dlm keluarga,masyarakat n negara..
Nory said…
Alfatihah for my friend,Azmi....may you rest in peace.....
Nory said…
Alfatihah for my late childhood friend....Azmi....may your soul rest in peace....
Anonymous said…
erm..anyway good effort but u kena ingat it is unethical to treat your own family and rude to interfere with other physian management ..which level of evidence u use to off mechanical ventilation directly??did u realise how much it cost if u repeat unnecessary ix n u even do not know interprete the result??.-senior consultant emergency and trauma physician...

Popular posts from this blog

Study la wei!

Pesakit Mati !!

Sakaratul Maut (2011)