Doktor, Kaki Saya Mana???

Doktor, Kaki Saya Mana???


Jam pukul 6 am. Aku tiba di Hospital Tuanku Jaafar Seremban sejam lebih awal dari sepatutnya. Kereta Vios milik abangku kuletakkan berhampiran dengan Clinik Ortopedik di Ground Floor. “Insyaallah selamat,” desis hatiku. Hari ini hari yang panjang. Kena tidur hospital hari ni, banyak benda kena buat, harap-harap kereta ni selamat. Segala toiletries dan baju ganti kubiarkan dalam boot kereta. Apabila nak guna malam nanti baru kuambil.

Kakiku kujejak pantas masuk ke Klinik Ortopedik. Ada seorang jururawat dah sampai. “Assalamulaikum kak,”sapaku. “Waalaikumussalam, eh, cepat doktor sampai hari ni,”kata kak Su. “Ada banyak keje hari ni kak, consultant Mr Ahmad ada nak ajar lak hari ni, tu kena datang awal,”balasku dalam senyuman. “Nah, kad doctor.”

Kuambil punch kad berwarna kuning yang tertulis namaku. Cukup 2 minggu dah aku di bahagian Ortopedik nih. Orang lain buat attachment e.g. junior yang buat attachment dalam masa yang sama tak payah berkad-kad. Aku hari pertama sampai di department nih bahagian pengurusan dah bagi punch kad tuh. Nak protes nanti kena marah lak. Sabar ajerla. “Jangan datang lambat, balik selepas pukul 5 pm sahaja,”pesan Haji, bahagian admin, semua orang kat Ortopedik department tu kenal dia, yerla dah kerja berpuluh tahun lak kerja di situ. Eiiiiiii dah la waktu tu bulan ramadhan! Aku selalu juga menempel di Hospital Seremban ni waktu cuti musim panas. Bahagian pengurusan tu sampai dah kenal aku. Tu la pasal dia bagi terus Punch Kad ni. Macam dah keje lak,huhuhu.

Klinik Ortopedik di tingkat bawah , namun wad ortopedik di tingkat 2,4,5,dan 7. Lekas kugerakkan kakiku ke tingkat 4. Lift penuh dengan jururawat dan doktor yang nak masuk kerja dan yang dah habis shift malam. Selalunya aku akan jadi perhatian dalam lift sebab aku ajer manusia ber”labcoat” yang berambut panjang kat hospital tu, yang lain semua rambut pendek. HuhUHU. Pastu semua jeling-jeling kat tag nama aku, budak cina IMU la selalunya, betulke medical staff ni? Rambut panjang tak macam staff pun. Hahaha. Agaknya tu la kata-kata yang berlegar di kotak fikiran mereka tatkala jumpa aku dalam lift. Aku buat muka selamba ajer. Perkara biasa. Rambut panjang tak apa asalkan kemas. Tu yang tak kerat pendek tu, maintain moderate length. Lebih selesa.

Sampai sahaja di tingkat 4 terus kutolak pintu wad Ortopedik lelaki. Bau dressing menerjah masuk ke lubang hidung. Kelihatan 3 orang houseman sedang memeriksa fail dan kesihatan pesakit. “Selamat pagi Dr Seama!” sapaku mesra. “Selamat pagi, wah, awal datang!,”kata Dr Saema yang berbangsa India ini. “Mr Ahmad turun hari nih,”kataku.

“Really?????” tanya Dr Raju dan seorang lagi, Dr Tahar serentak. Muka masing-masing nampak serius apabila aku sebut nama ketua Jabatan Ortopedik tuh. Huhuhuh “Yup, tapi dia pergi klinik dulu sebelum masuk wad,”jawabku. Aku yakin ketiga-tiga houseman ni tidur di hospital apabila memerhatikan rambut masing-masing yang tak sempat disikat.

Kuletak beg galas di bilik khas berhampiran kaunter dan terus ke katil pesakit kelas ketiga. Semua katil penuh hari itu. Fail X-ray melambak-lambak di depan katil pesakit. Kesemuanya dikeluarkan oleh jururawat pada pukul 6 am sampai pukul lebih kurang 11 am. Aku terus ambil kesempatan meneliti satu persatu X-ray pesakit sambil menyemak case report yang ditulis oleh houseman.

Ini wad ortopedik (tulang) , maka basically the injury result from trauma of MVA (motor vehicle accident) or inflammatory disease. Kesemuanya mengganggu fungsi bahagian yang cedera dan bahagian yang dekat dengan tempat cedera. Ada patient kencing tilam, ada patient tak boleh tidur, ada patient yang kaki bau bangkai (sel mati@ necrosis) dan macam2 lagi. Memang kena belajar cara menahan nafas bagi kes-kes yang merangsang olfactory nerve dengan hebat sekali (latihan yang cukup praktikal dan berkesan adalah di wad sakit puan apabila banyak bau muntah, darah period yang hanyir ataupun air ketuban dan di klinik ENT yang bau mukus dan nanah sepanjang masa)


Sekali aku tengok ada seorang remaja Bangladesh yang handsome sedang menangis-nangis atas katil. Aku tanya kenapa? Dia tunjuk tangannya yang memegang kemaluannya dan kemudian menggerak-gerakkan urine pack kosong yang bersambung. “Owh, tak boleh kencing rupanya.” Aku membetulkan posisi catheter di kemaluannya namun disebabkan pelvic congestion barangkali, air kencing masih tak keluar. Aku minta pack air suam dari kaunter dan kusuruh si bangla ni tuam atas perut dia. 5 minit kemudian baru air kencing keluar. Penuh urine beg tu dibuatnya. Bangla handsome ni dah mampu senyum pastu terus tersandar kelegaan. HUHUhu Geli pulak hati aku tengok ragam pesakit nih.

Dulu di Mesir ni aku seringkali berfikir alangkah mudahnya kalau belajar di Malaysia, cakap Melayu ajer, di Mesir ni kena cakap Arab, kadang-kadang tergagap-gagap juga dibuatnya apabila ada pesakit yang sangat pekat dialek tempatan arabnya. Tapi apabila tiba di Hospital Seremban ni, honestly speaking aku lagi nak belajar di Mesir. Nak tau sebab apa? Sebab aku tak boleh bercakap langsung dengan kebanyakan pesakit di Hospital Seremban ni. Mana taknya, orang Cina dan Melayu sekarang kebanyakannya dah memilih untuk pergi ke hospital swasta, maka pesakit yang memenuhi wad sekarang adalah bangsa Indonesia, India, Bangladesh, Myanmar, Nigeria dan macam-macam lagi.

Bangsa India boleh cakap melayu dan Inggeris. Myanmar? Bangladesh? First day aku kat situ aku kena handle mamat Myanmar nih, communication barrier tak dapat dinafikan sebab Melayu dia tak reti, English dia tak reti, history tertulis mamat Myanmar ni kena langgar motor, tu yang dihantar masuk sini. Aku dah tak tau nak buat macam mana dah. History sebelum ni siap tulis Communication Barrier lagi. Adoi, pening-pening! Macam mana la aku nak tanya soalan itu dan ini kat dia??

Nasib baik la mak cik nurse ni ada sebelah. “Adik buat macam ni,”katanya. Lepas tu diajarnya aku bahasa isyarat untuk tanya patient. Kelakar habis! Terbahak-bahak aku dalam wad tuh, nurse-nurse lain pun tumpang gelak. Riuh rendah wad. Dr Shalini dan Dr raja senyum ajer. Takperla, at least hilang gak stress kakitangan wad yang sentiasa sibuk tu.


Pesakit katil 4 hari itu menjalani pembedahan. Cuma perlu diingatkan dalam hospital jangan sekali-kali panggil pesakit dengan “pesakit katil 4, katil 3, katil 7” . Mereka pun manusia seperti kita dan perlu dihormati selayaknya. Pesakit katil 4 yang bernama Rami itu(bukan nama sebenar) berbangsa India, dijumpai oleh orang ramai dalam keadaan koma. Sampai hospital diagnosisnya hyperglycemic coma , selepas beberapa jam si Rami ini sedar semula tetapi diabetic foot (kencing manis yang merosakkan kaki) very bad prognosis (dalam keadaan yang teruk).
Selalunya orang yang ada kencing manis mula-mula akan rasa kebas di kaki kalau ubat tak makan dengan betul atau salah makan,lama-kelamaan kaki tu apabila cedera sikit ajer seperti terlanggar batu dan luka terus merebak bernanah jadi teruk, dan gangrene (kaki hitam)yang sangat bahaya dan perlu dirawat secepat mungkin. Selalunya kaki yang gangrene akan dipotong dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit. Namun ada kalanya tak sempat pembedahan pun pesakit dah meninggal dunia, tak pun meninggal betul-betul lepas operation.

Perkara yang sama berlaku pada si Rami ni. Dia perlu menjalani pembedahan sebaik beberapa jam selepas dia sedar. Pembedahan jenis below knee amputation. Mr Ahmad yang conduct, sambil ajar houseman dan aku yang menempel.



Setelah tamat pembedahan, katil ditolak oleh pembantu perubatan ke wad, si Rami masih lagi stuperous (aku tak tahu makna yang tepat dalam bahasa melayu) , tubuhnya lemah, mulutnya seolah-olah menyedut saki baki oksigen di ruang udara wad tingkat 4. Kelopak mata antara buka dan tutup. Terlihat garis-garis tua menyalut kulit gelap di dahi dan mata. Rami tertidur beberapa minit kemudian……..

Setelah 3 jam dialun mimpi…


Kelopak mata dibuka. Aku yang sedang memeriksa seorang pakcik berbangsa Melayu di katil sebelah, terlihat Rami dalam kudrat yang daif, membuka mata dan menggenggam erat bahu katil untuk duduk. Nafasnya tak sempurna.
Dengan tak semena-mena……..


SI Rami menjerit menggila…

Dicampaknya segala bantal dan selimut ke udara. Katil bergegar, nafasnya kencang, matanya jegil, tangannya menggigil. Tangan kirinya tersentuh cawan di sebelah katil, jatuh, tumpah air. Ditariknya selimut yang menutup separuh tubuhnya, pucat mukanya, terhenti nafasnya…kakinya telah tiada.

Apa lagi, meraung la si Rami macam kena hysteria dan melompat di atas katil. Aku lekas menerjah Si Rami yang menjerit seperti dirasuk. Houseman berlari dari jauh ke arah katil. Nurse menerkam bahu Rami. Kupegang erat tangannya. Sempat Rami memaling mukanya ke arahku. Dalam tangis, “Doctor, di mana kaki saya??”

Aku tak mampu bersuara. Tekakku umpama tertelan getah lekit. Melekat tak berbunyi lagi. Si Rami bertanya lagi. Tangis lelaki berumur 25 tahun ini amat menyebakkan dada. Kak Yin yang berhempas pulas memegang susuk tubuh yang meronta ini bersuara,”Sabar Rami. Kaki Rami tidak dapat diselamatkan. Kami perlu selamatkan nyawa Rami dulu,” katanya dengan tenang.


Si Rami menangis umpama kanak-kanak kematian ibu. Tak tahu di mana hendak diadu. Dr Seama memegang tangan kanan Rami dan memberikan suntikan ubat penenang. Beberapa saat kemudian dia tertidur dalam pegangan kami.

Aku bangkit. Perasaanku bercampur baur ketika itu. Emosi menyelinap. Aku tak mampu untuk bertahan lebih lama. Lekasku ringankan jejak langkahku ke arah musalla di tingkat bawah untuk menenangkan diri. Aku cuba meletakkan diriku dalam posisi Rami. Kehilangan kedua-dua belah kaki bukan dipinta. Mengenangkan nasibnya pada masa akan datang membuat kutermenung panjang dalam sunyi sepi musalla di malam itu……………………………………………..

Jam pukul 7 am. Aku masih lagi sakit tengkuk tidur atas tilam hospital yang keras! Waktu ini waktu melawat. Keluarga yang menunggu pesakit dibenarkan masuk ke dalam wad. Isteri, ibu, kakak atau adik perempuan yang sanggup menunggu pesakit di dalam hospital masuk membawa bekal makanan. Katil Rami tiada siapa. Emosinya terkawal, dia merenung ceiling hospital. Rambutnya kusut, janggutnya tak bercukur, matanya merah, kuyakin esak tangisnya yang mewarnai matanya tatkala ini.

Aku pergi ke katil pak cik komando. Umurnya sebaya abah. Kakinya juga gangrene gara-gara kencing manis. Si isteri menyambut salamku. Makcik Salmah memang ringan mulutnya. Dia kalau nampak aku di wad, tak sah kalau tak sapa aku, sebab aku memang suka layan mak cik ni berborak.

“Makcik, Rami di katil sebelah ni tak ada keluarga yang datang ke?”tanyaku. Makcik Salmah lekas menjawab,”Rami ni sebatang kara, dia tinggal dekat dengan rumah makcik. Mak dan ayahnya dah lama -meninggal. Dia anak tunggal. Setahu mak cik dia tak ada saudara-mara. Dia tak ada kerja tetap. Selalu mak cik nampak dia kutip besi-besi buruk, atau peralatan yang orang tak pakai untuk dijual. Kais pagi makan pagi. Tu jer la yang mak cik tahu. Tak ada orang ambil berat pasal dia. Dia sendiri pun tak ambil berat pasal kesihatan diri. Tahun lepas dia masuk hospital sebab kencing manis, koma juga waktu tuh. apabila keluar hospital ubat pun tak dimakannya. Tu yang kencing manis dia semakin teruk sampai habis kaki kena potong.”


Aku terdiam. “Pakcik ni dia makan ubat tak makcik?”tanyaku. “Pakcik ko ni degil. Dekat rumah, depan makcik ikut arahan macam malaikat. Mak cik suruh makan ubat, dia makan, benda-benda manis ni memang dia tak sentuh. Tapi bila dia pergi kedai kopi, diteguknya air gas berbotol-botol. Mana tak teruk kencing manis nih. Degil!,” kata mak cik Salmah sambil menjeling suaminya yang buat muka tak bersalah.

“Nasib baik makcik ada, ada juga orang yang ambil berat pasal pak cik ni. Si Rami ni, entahlah makcik. Hati saya sayu lak,”rintihku. “Tak payah la doctor nak kasihan semua orang kat sini. Nanti tak jadi kerja. Masing-masing kena kasihankan diri sendiri. Cuba doctor tengok 4 katil depan ni. Pernah nampak waris dia?”tanya makcik salmah. Aku menggeleng.

“Yang itu dah 2 bulan terlantar kat hospital, isteri dah meninggal tapi anak-anak seorang pun tak datang melawat. Katil tu pulak kerja bomba. Bila dah potong kaki si isteri minta cerai. Siap datang pegawai dari mahkamah syariah ke wad ni minggu lepas. Yang tu pulak pegawai polis, anak-anak sorang pun tak jenguk-jenguk. Isteri dia makcik tak pernah nampak pulak. Katil sebelah dia tu pun sama. Kita ni kena selalu beringat, jaga kesihatan sendiri. Sakit pening, kita juga yang tak berdaya nak buat apa-apa. Ada ahli keluarga pun bukan semua boleh diharap. Waktu sihat, berharta semua orang pandang. Waktu sakit, tak dapat kerja, semua tak kunjung datang,”pesan mak cik Salmah penuh makna.

Kata-kata makcik salmah buat aku termenung panjang. Inilah dunia. Hanya mampu mengenang nasib pesakit-pesakit yang kurang upaya, tiada siapa yang mampu menjaga kesihatan kita melainkan diri kita sendiri. Kupanjat doa semoga pengakhiranku bukan seperti mereka…………


**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Comments

sarahss said…
Rase sayu lepas bace. Tahun lepas kat hosp serdang pun macam itu, dapat patient myanmar, communication barrier sungguh!
Shuraif said…
org kata, nilai nikmat tu terasa bila hilang dari diri sendiri..

tapi, alangkah bagusnya jika nikmat tu dpt dirasakan nilainya smasa kita masih ada, tapi org lain sudahpun meratapi kehilangannya...

trima ksih utk prkongsian pngalaman nih abe bobby :D
Si Sejuk said…
huhuhu.. Kata2. makcik slamah tu memang btul2 bermakna.

Di hospital memang kita akan dapat banyak cerita yang menyedihkan..

Semoga semua mereka yang diterima dugaan tabah dengan ujian Allah. Amin.
Anonymous said…
huhu...first time jumpa blog ni..doktor tapi dh macam jadi novelist plak..good job...
dealova said…
experience tu, wah, sgt berharga..~!
thnks. sharing is caring..^^
Venomancer said…
Memang ngeri, sesiapa yang tak tahan tengok darah boleh pengsan.
mr somebody said…
assalamualaika

2nd year from mansurah

i just love ur style bro
bravo alaik!
keep it up!

Assalamualaika
ija said…
wei, dh start housemanship kat seremban ke? we should meet up -ija
Tuan Cimot said…
bse blog ni memg indah.,,
br thu indhnye keje doctr.byk mengajar pasal hdup dan ragam manusia...
Wan Munira said…
menarik sangat penGalaman yg dikoNgsi.. Tahniah berjaya mnCritakan Sume pngalaman, JUGA mengaitkannya dgn Islam dan mengajak pmbaca berSyukur dgn aPa yg ada.

keep up the amaZing writing. ASsalamualaikum
Nusaibah said…
salam waramatullah,

sangat menyentuh hati..
yang sakit itu yang paling memerlukan tempat bergantung...

bila sakit dikongsi
bebanan seolah dibahagi sekali

mungkin Allah menguji
hanya Allah yang menjadi tempat bergantung
bila yang lain sudah tak sudi
Allah tetap ad di sisi...

wallahua'lam
lalatulips said…
pengalaman yg bagus dr
sjaa64 said…
a very great experiences......sgt tertarik nk bace..;)
aziz said…
ikhlas saling bantu.,.,
Anonymous said…
Kehidupan d hospital mmg amat2 mginsafkan. Bruntunglh org2 y dpt memaknainya.. Rugilah bg y dberi pluang mjdi dktor tp lalai dr mengerjaknnya. ia medan memberi dan medan utk kta menerima. Memberi kebahagiaan kpd org y dtimpa musibh, mengembalikn senyuman mereka, dan plg brmkna jika dpt menyelamatkn mereka dr neraka ALLah d saat pgakhiran hdupnya.. Malah blh jd ia pula mjdi Mdan menerima,tmpt utk kta menerima sbyk2nya pglmn hdup manusia buat muhasbh diri. Trm ksh Allah. Izinkn km mjdi org y brmanfaat kpd dunia buat bekal akhrt.amin.. All d best dr. Thanx 4 sharing- dr ahyana,zaqaziq
nurmisnan said…
salam
waktu kecil saya nak jadi doktor. tapi bila tgk orang sakit menjerit2kesakitan saya jadi takut..

bila baca entry bro, nur jadi berani + takut. Berani kerana nak menyelamatkan nyawa, takut kerana dapat merasakan kesakitan mereka...
Me said…
mereka sepatutnya sedar doktor itu hanyalah seorang manusia.. ajal maut di tangan tuhan. sakit sihat masih di tangan Tuhan, tanpa izin-Nya, even kita cuba sedaya upaya, still useless kan? dah banyak dengar kes-kes macam nih kat hospital selama jaga kakak saya selama lebih tiga bulan kat hospital.. dah malar.. tangis, raung, rayu, amukan dah menjadi drama tetap kat hospital.. terutamnya kat bahagian ICU.. :) mereka tidak sepatutnya menyerahkan bulat-bulat kepada sesorang doktor, berdoa kepada Tuhan.. well, usaha tanpa doa dan tawakkal pun tak guna juga kan??

so, take care of yourself.... bye.. salam
Q said…
Assalamualaikum.. agaknya kalo kamu yang jadi MO kat hospital yang aku selalu pergi tu, mesti ada juga cerita aku dalam ni.. hehehe.. ward.. aku dah imun da dengan tpt merawat pesakit ni.. tp kali pertama aku ke ward adalah sewaktu aku tingkatan dua.. jaga insan yang dikasihi.. ward ni pun ada kelas.. kelas pertama, kelas kedua, dan kelas ketiga.. best jg tgk life org lain.. buat kita insaf dan bersyukur dengan apa yang kita ada.. huhu.. to my familia, jangan risau, aku akan senantiasa ada untuk menjaga kalian jika terlantar di hospital.. huhu.. be stronglah wahai doktor.. and appreciate your life.. =)
mummy said…
Kalau saya jadi seorang doktor hari hari airmata la jawabnya... sebagai seorang insan saya suka untuk berkongsi pengalaman pastinya yang manis bila mereka yang sakit tu mengucapkan "terima kasih Yas sbb dah bantu kami" ini adalah ikhtiar yang menetukan hanyalah Allah hanya itu yang terlontar dari bibir saya..

Popular posts from this blog

Study la wei!

Pesakit Mati !!

Sakaratul Maut (2011)