Study la wei!

Teguran dari mata yang memandang

Salam semua, ni adalah email yang saya post di group perubatan mesir tapi tidak disiarkan. Bila anda baca post nih baru anda tahu kenapa tak disiarkan, biasalah, benda yang benar dan pahit ni memang tak boleh diterima orang, namun saya siarkan semula, berpijak pada bumi nyata, berfikirlah secara bijaksana.

Salam semua, tidak lambat untuk menyatakan di sini selamat hari raya, semoga segala salah dan silap, terlaser sana sini secara sedar atau tidak, dapat dimaafkan dan bermulanya lembaran baru bagi menghadapi tahun seterusnya sebagai pelajar perubatan.

Selamat menghadapi peperiksaan akhir bagi abang2 dan kakak2 yang sudah tentunya sedang bertungkus lumus ketika ini untuk menjamah saki-baki ilmu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir yang tentunya mencabar dari segi pengetahuan, psychology, kesihatan, rohani dan rezeki. Sama-sama kami doakan yang terbaik dan jejak langkah kejayaan abg2 dan kakak2 dapat kita ikuti.

Tahniah pula diucapkan kepada sahabat2 yang telah melalui tahun ini dengan mendapat kejayaan gemilang. Semoga kejayaan ini dalam keberkatannya dan memantapkan jati diri dengan sifat tawaduk dan zuhud.

Berbalik kepada niat utama email ini ditulis, semoga semua dapat menerima pandangan ini secara professional dan lekatkan dalam minda masing-masing.
System pembelajaran di Mesir agak berlainan berbanding tempat lain. We have to adapt at our best in order to survive.

Apabila terdengar berita ada sahabat-sahabat yang gagal naik tahun, adik-adik yang kena hantar balik malaysia, sedih hati bagi mana-mana senior yang mendengarnya.

Entah mana silapnya?Lalai? Asyik main DOTA? Tidur banyak? Tak pergi kuliah? Asyik berjalan ajer atau bawa kawan2 berjalan? Sibuk buat website perubatan? Ke sibuk nk berbini atau berlaki? Wallahu alam. Kita tak duduk sama dengan diorang maka hal sebenar tak diketahui. Hanya empunya diri mampu menilai diri sendiri.

Secara kasarnya cubalah disiplinkan diri masing-masing untuk komited belajar sikit. Ibu bapa dan ahli keluarga punyalah mengharap. Kalau tahun satu nak pergi mesir tu menangis-nangis ahli keluarga di klia nak melepaskan kita pergi berjihad kat Mesir ni. Dah sampai sini, lain pulak dibuatnya!!

Cuba belajar sungguh-sungguh waktu kuliah ni. Fokus kat study betul2. Biarlah orang nak cakap kita takde life pun. Kita sendiri yang menentukan makna life kita sendiri. Orang lain hanya pandai cakap ajer. Habuk pun tak ada. Kita hanya buat yang terbaik. Allah sukakan muslim yang kuat berbanding yang lemah. Jadi belajar betul2. Mantapkan ilmu kedoktoran kerana itu tujuan utama datang sini. Barulah Allah suka sebab kuat dari segi ilmu. Ini takut dicop “takde life” study pun less than 3 hours per day, luckily if study.

Bila belajar sungguh2, maka bila cuti nanti, cutilah sungguh2 juga. Tak nak pegang buku pun takper waktu cuti. 

Ini time belajar, sibuk main, sibuk berpersatuan, sibuk politik sana sini, sibuk main game, sibuk nak bawa kawan oversea berjalan kat mesir, sibuk pulak nak dirikan rumah tangga, sibuk berfotografi dengan kamera nicon, sibuk buat blog dan website bla bla bla bla,maka focus dah hilang, study pun macam tak study. Apabila exam fail, kena reseat paper, orang lain cuti 3 bulan tak sentuh buku dan lepas pergi mana-mana, awak nak buat benda lain pun terhalang sebab sibuk kena study untuk subject yang kena reseat. Duit pun habis kena beli tiket flight extra sebab takde seat. Dah habis reseat, rehat seminggu dua, dah start kuliah balik untuk tahun seterusnya. Siapa yang bangang kat sini? Orang lain duk sibuk bercuti, otak fresh untuk start tahun seterusnya, awak sibuk belajar takut fail, belajar terus menerus pulak tu, maka cuti bukan cuti lah, orang lain buat attachment kat hospital, pergi FIMA, pergi beraya, jalan sana sini. Awak duk kat mesir mengadap buku time cuti.


Maka lain kali masa belajar buat cara belajar, maka masa cuti memang cuti. Hati senang bercuti. Result pun bagus.
Kita ambil perubatan, bukan perakaunan, bukan business, bukan art, bukan agama. Tak cukup ilmu salah diagnose, salah ubat, salah itu salah ini pesakit mati dalam tangan sendiri. Cubalah sedar sikit. Di Malaysia sangat competitive. The more u know the wiser u’ll be. NO boundaries for knowledge. Kalau tak cukup ilmu, buat silap, kena marah kat consultant, tak pun disaman patient, jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri yang belajar macam tahi.

Ana cuma kasihan ada orang yang belajar sangat rajin, kuliah tak tinggal, tapi mungkin cara study dia salah atau berat mulut minta pimpinan yang lain, maka fail exam. Berbanding duduk dengan senior yang hebat2 kat arma tuh tak pun rumah-rumah lain, kelas pun bahasa inggeris , kemudahan semua cukup, tapi belajar main-main dan result mcm tahi.

Tahun satu sepatutnya paling mudah sebab pengenalan. Tahap kesukaran semakin meningkat setiap tahun, dan konsep tawakal memang sangat2 diperlukan. Ini subjek tahun satu, tahun 2 pun ada fail, ada yang biar lepas 2 subject ajer untuk membolehkan dia masuk tahun dua. Ada yang langsung tak pergi exam reseat paper langsung sebab tahun satu still boleh carry dua paper. Maka bercuti senang-lenang kat Malaysia, ni spesies budak perempuan. Aku nak tengok boleh naik tahun ke tak tahun berikutnya. Khasnya budak cairo university dan ain syams, namun tak terkecuali segelintir budak alex yg turut sama buat perangai mcm nih. Perangai buruk macam ni dah terjadi dalam dua tahun ni. Mereka ni ingat senior tak tahu agaknya. Ambil kisah tak kisah ajer. Itu belum kes meniru, tak berkat, I want to see u can survive or not in the real world.

Just do our best. Do what you can,with what you have, right where you are-result tu kemudian cerita, tu rezeki masing-masing . Saya percaya rezeki itu setimpal dengan usaha yang kita berikan kerana saya percaya Allah Maha Adil. Ini belajar bagai membuang batuk di tangga, pastu claim tak ada rezeki, berimankah dengan sifat Allah Maha Adil tu??

Maaflah mulut laser skit. Tapi kalau tak abang-abang kakak-kakak yang nasihat siapa lagi nak nasihat. Family semua tak ada kat sini. Cuba sedar diri sikit dan rancang perjalanan hidup dengan betul.

“Manusia yang hebat adalah manusia yang memikirkan bagaimana untuk menjadi hebat”
Sukarno pernah berkata “bagi aku 10 pemuda, akan kugoncang dunia” –Sepatutnya usia muda-muda seperti kita nilah sepatutnya kita buat habis baik , gegarkan dunia dengan kejayaan Islam. Ini umur muda-muda, sihat tubuh badan, badan sasa-sasa, produktiviti tak ada. Bukan setakat berkempen sana sini bantu palestine, demonstrasi marah sana sini, blog tak luput-luput dengan boikot Israel, tapi ilmu dan kepakaran tak ada, bila-bila masa boleh dijentik Israel, can we be a little bit wiser? Shut ur mouth and start working!

-tolong post kat kawan-kawan lain supaya dapat dimanfaatkan--


**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Comments

hakimi said…
insaf..
Anonymous said…
benar~

saya sokong anda!~

-org malaysia-
Anonymous said…
salam.. mantap.
artikel yang sgt membina.

kepada yang terasa, sila muhasabah diri. semoga kita semua menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Anonymous said…
nak like byk2 la..haha -paan salleh
juniorabgbobby said…
assalamualaikum abg bobby.ana sgt2 berterima kasih atas teguran dan nasihat ini.serius, sangat3 menyedarkn ana yg dah lame sgt terpesong.xpenah lg org tegur direct cam gini. u r the best senior ever abg bobby.mg Allah terus bg kcrmlngn pd abg bobby dunia akhirat.
necron145 said…
slms...

personally...sy brsetuju dgn artikel ini...cma myb..jst myb prlu gna cra yg lbih brhemah...bkn krna sy trasa...cma sy tau sapa yg dimksdkn...

myb sbb trlalu direct...sbb itu post tu x disiarkn...i guess...

anyway..kpd org yg bca...sy rasa ni bkn artikel yg first critic psl prformance n etc2..so ACT FAST...xyah ckp sj lebat apa pn xdak...hari2 kutuk managment arab...diri xtrmanage xktuk plak...

BERUBAH LA WEH...JGN TUNGGU BLA DAH TUA BRU MNYESAL

p/s:aku pn dlu cmni jgk...skrg bru ada ksedaran skit...tp tgk mmbr2 still dilamun mimpi...
Learner said…
Hakikatnya budak medik mesir ni memang sudah terlalu ramau yang tidak adil kepada diri sendiri...

mungkin tak pernah fikir duit rakyat yg dorg makan...

mungkin juga tak pernah fikir duit org islam (zakat) yg dorg makan...

camne nak adil,, kalu dok tak abis2 layan isu-isu bodoh seperti ..... (boleh fikir snirik la hahah)


dari satu segi, syabas abg bobby utk artikel ni... i really like it
pinksterz said…
nak bookmark artikel ni, boleh baca nanti kalau rasa macam diri dah mula lalai ^___^

best!
acai said…
klu cam tu nak kawin la.... sbb kawin leh fokus sket study...


nak jadi doktor mantap YAY.......!!!!!!!!
Unknown said…
Faizal.. nice entry. i think ape faizal cakap betul, but it was rejected sbb takut ada pihak terasa kot, since results pun baru keluar lagi kan. but u should really send again bile nak dekat2 exam nanti, i am sure ramai boleh manfaat. kak niah baca pun terus semangat!

anyway, all the best for the final year. enjoy the journey as much as u can, it's the best year in med school.
Dzuu Haniin said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
kah3...
s.c.h.u.l.t said…
paling sedih adalah bila dah amek medik. habis 6/5tahun. pastu tiba2 ending dia cakap 'oh I realize saya lagi cintakan bidang penulisan' *sambil terus jadi penulis novel*


gila kejam korang tak kasi tempat dekat orang lain yang lagi interested nak buat medik
Hafiz MMA said…
nauzubillahiminzalik..
jazakulillahukhair kathir..
musafirtibbi said…
This comment has been removed by the author.
neutral said…
mmg bagus catatan ni. tp kalo btol2 nak nasihatkan semua org secara general, tak perlu la spesifikkan certain benda sampai semua dpt teka siapa yg anda maksudkan. inappropriate. memalukan individu namanye tu. cube letakkan diri kat tempat orang yg dimaksudkan. sakit x? kita bukannye sentiase berada superior di atas. dan kite bukannye sntiase akan berada di tahap BANGANG di bawah. kalo nak nasihat secara individu,nasihat la depan2. jgn malukan org kat public.

anyway,artikel ni tak kene kat batang hidung aku langsung. aku budak bijak. aku tak penah kene dur thani dan aku stadi berjam2 sehari. aku cume kesiankan orang yg ditembak direct depan org ramai.
Anonymous said…
salam faizal dan pembaca2...
masalah biasa, isu yang diangkat benar, tapi kering drpd sikap harmoni...
niat penulis memang ikhlas, tetapi jauh daripada nilai mahmudah yg lain seperti berlemah lembut dlm menegur dan menjaga keaiban orang lain...
ambil masa dek, selami masalah junior, selidik sehingga jumpa bukti dan akhirnya bertindak sebijaknya...
anda bijak belajar, anugerah Allah setimpal dgn usaha anda, carilah satu lagi nilai tambah iaitu menyentuh hati manusia dengan berhikmah...
ini juga sebuah nasihat daripada senior anda di Mesir yg inginkan junior2nya sihat akal dan mulia pekerti...
musafirtibbi said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
yeah, betul tu Farid. Aku pun rasa u will be a better doctor, because a good doctor requires high EQ (emotional quotient), not just IQ tinggi.. which obviously, our beloved DR FAIZAL lacks! perangai mcm ni payah naik la.. takkan jadi popular di kalangan masyarakat dan komuniti doktor. Faizal, aku nak ingatkan, ko hidup di dunia ni bermasyarakat, ingat markah2 ko (yang tak sehebat mana pun) blh bawa ko pergi jauh ke.
musafirtibbi said…
This comment has been removed by the author.
musafirtibbi said…
This comment has been removed by the author.
HafizAdam said…
kesimpulannya,
moderator YahooGroup yang salah...
org nk send ikut mailing list khas utk budak Mesir tak bagi, maka sebar satu dunia barulah rasa kesannya.

this is a good post. saya sedikit pun x terasa. malah tolong promote siap.

kadang2 exaggeration perlu dalam menasihat. kalau selalu lembut tak boleh gak. kan?

kebenaran memang sentiasa pahit dan sukar utk diterima. =)
yeah...u r rite. that's what we called professional...we have to learn how to deal with an outspoken person like me, besides study of course which is our priority,

semua orang ada kelebihan dan kelemahan, gunakan kelebihan dan atasi kelemahan,it is a continuous learning process,it doesn't matter who is wrong and right, we are looking at the outcome,so just prove to ourselves that we can do it, stop giving 100 excuses why we are not successful because to be successful we just need one strong reason, it varies with people's priority,

"Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat?" falsafah Ar-Rumi, seorang ahli falsafah dan saintis Islam

well study bebaik, congratez for ur result anyway~
atiqah hanifah said…
nonetheless, some people need a good slap once in a while. ur view and method r somewhat interesting. ty.
juniorzenhom said…
huhuhu~ sami'na wa ato'na
TQ, abg Faisal.YOU'RE THE BEST
RaveMaster said…
Nak tergelak ana bile baca comment2 diatas. Tapi sume x salah sbb kite manusia berlainan pendapat dan cita rasa. Klu nak ikut pandapat ana, artikel di satu artikel yg bagus dan bermotivasi kepada pelajar yang dapat result teruk mahupun pelajar yang resultnyer bagus.

Klu anta abg faizal buat teguran berkhemah memg bagus, tapi teguran direct sebenarnyer terbaik.
Biar orang tu terasa dan sakit hati dan menjadi panas. Sbb satu hari nanti diorang akan sedar jugak. Sbb kebayakkan orang akan sedar dari kelalaian apabila kena satu tamparan yg sangat hebat.

Kepada abg Farid yang saya x kenal, harap2 pikir la baik2..Ini bukan soal hati orang terasa atau x. tapi niat abg faizal ialah nak bagi satu motivasi.

Jadi sedarlah dan start working!!!

Kepada abang faizal ...
syukran atas nasihat..
Anonymous said…
gagah perkasa
Dzuu Haniin said…
setiap orang ada pandangan masing2.tp bg saya Lisanul hal afsahu lisanul maqal...perilaku,akhlaq dan ajakan secara hikmah dan konsisten lebih berkesan dari tulisan semata-mata.

lebih indah jika kita berusaha wujudkan suasana belajar.kita berubah dunia juga turut berubah..
wallahualam
Dzuu Haniin said…
This comment has been removed by a blog administrator.
CTNAQUIA ESIR said…
sokong2!!!~
even kat mansoura pon da berlaku begini..sedih lihat situasi yg berlaku..cam hidup tanpa pegangan pon ade jgk..dahla most of students here unde FAMA. What else they want to do accept put more burden onto their parents..Sekaya2 mana pon, berperasaan la skep kt makbapak yang kuarkan duit..mau klu yang ada adik2 lagi kt bawah..Allah..depa tak pikir ka..~~quia lagi kecian kkt parents dyorg drpd nk kesian kt dyorg yg failed tuh..

actually quia da ckp lebih kurang cam abg faizal ckp bler jumpa bakal2 junior egypt yg nak mai cni..direct n str8..ada yang sampai ckp quia cam tanak bg depa mai egypt ja..tadelah..itu realiti skrg, i tell the situation..n u decide..
Anonymous said…
ni ko 2lis blog ni.. x buang msa plak.. ko fikir aa sendiri..
Anonymous said…
satu hari kita akan berterima kasih dengan faizal
Anonymous said…
kepada Anonymous October 27, 2009 7:18 PM

buang masa kepala otak kau. abg faizal tgh menyedarkan kepada mereka yang lalai. tu kan amar maaruf nahi mungkar. bukan buang masa. tapi memanfaatkan masa.
amender ar gado2 sume org dlm ni.

kalo rasa baik,amek. kalo rasa tak baik,simpan diam2. ape susah.
Lelouch Lamperouge said…
Yeah, I agree with you and this article. The most important is, the content is delivered. People nowadays have to be realised by direct method, eventhough it is harsh as hell. It may scar, but it will make them reflect themself. soft method lullably to them. Nice article.
Anonymous said…
aah, apesal sume komen2 kat ats tu cm nk gaduh? rileks la..

entry ni bgus ape? nk bg ksedaran kat sume org..bljr medic ni byk n complicated, sbb kt bljr psl ciptaan Allah..xleh main2..kl Dr silap, melayang nyawa org..x ke naya?

mcm abg faizal ckp, kl xde senior yg tgur junior, sape lg nk tgur..
so,kl sape2 yg terase @terkena, improve la dr..mgkin kt slh teknik blajar ke,ape k, jd, muhasabah blik,baiki diri,n truskan usaha k..

tq abg faizal, nice entry!
Anonymous said…
ALHAMDULILLAH....ader juger senior2 yg nk amek berat pasal junior2....keep it up :)
Sesungguhnyer islam agama yg syumul,penuh sopan santun dan kelembutan,Rasulullah pown menyampaikan ajarannyer dgn cr yg berhikmah dan bersopan santun. ALLAH sendiri pown mempunyai sifat MAHA Penyantun dan Lemah Lembut sahkadah? InsyaALLAH senior2 bole samer2 membimbing junior2 dalam bidang neyh dgn lebih kesantunan :) kter samer2 manusia,samer2 ader slh dan silap....mmg ALLAH maha adil tp soal result,kene repeat,mungkin ader salah sendiri,mungkin juger ujian ALLAH....aper yg penting niat LILLAHITAALA....bass kadah...semoga senior2 dapat terus membimbing junior2 untuk menjadi lebih matang dan menjadi hamba ALLAH yg berakhir dgn husnul khatimah insyaALLAH :)
Anonymous said…
yaa all are so true! how r we gonna deal with patients with so little knowledge? we deal with their lives!
Anonymous said…
aku amat suke sgt teguran mcm ni..aku trase, org len trase..so, kte same2 berubah..jgn x wat pape gk..alasan je byk..jgn nk ckp pasal EQ IQ bagai kalau tanggungjawab sndri x tunai, common sense xde..come on lah..x mau gado2..start buat kerja..study..
aku ponnakanonymousjugak said…
Wah,banyaknya anonymous!
jomgosip said…
Jangan gaduh...ni yang tak sedap ni....
fatimahismail said…
nampaknya sama sajalah study dalam malaysia dan luar malaysia :P
hasellusiby said…
daripada korang gaduh baik korang berbaik...apapun salam ziarah, jika mahu mengetahui rahsia nusantara, islam dan kebangkitan akhir zaman sila mengunjungi www.nusanaga.blogspot.com
thanx bro..aku da delete facebook aku y aku slalu mengadap 24 seven..waktu berak je xngadap facebok...aku da delte blog aku...hahhaha..tp arini aku tetap bazirkn masa aku baca blog ni..hehehe...xpe..cari smngt...
walaupon aku xnah fail,tp aku byk bazirkn masa aku...ape2 pon..thanx...asal la bla da tahun 4 baru nk sedar..hahahha
Anonymous said…
wow.first impression mse bce is..bgus tp perlu sedikit tapisan.
setiap manusia ade kelemhn masing2 dan setiap dr kite perlu sentiasa berusaha ke arah better person.

yg gaduh tu bermaafan la ye.:)

honestly dr sye: Norhafizah Nordin
Anonymous said…
~mahathir pon ulang tahun gak. sekadar berkongsi. OK.
sapa yg tau perjalanan hidup kita kan?
ko tau ke? tak tau kan. ahaha.
jadi jgn igt kita da bgs jika kita tak pernah fail. ops, ramai ke terasa? huhu
abg aku ckp idup ni umpama roda, kadang bila dah lama ko kt atas, tp bila ko di bawah barulah ko sedar, ko takleh berada di atas selamanya. OO
apepun ak ttp bg sokongan kt geng2 yg repeat ni, ramai tak tahu pengalamannya. susah wo nak cari perasaan/pengalaman ni. pengalaman seumur hidup sekali tuu.adalah nanti kegunaan pengalaman ni akan datang. sapa tahu kan. nnt nak cte kt cucu ke. dll.
pandangan ak blog ni baik, jujur dan membina.
pembuka minda bagi yg belum terbuka.
pembuka mata bg yg belum tersentak.
pembuka selera bg dak2 yg baru sampai.
nasib baek la si faizal ni tak bg contoh2 nama dlm kes2 repeat ni, klu tak nama ak mesti ada. haha. gurau. :D
ok faizal smoga ko bijak dan tidak beremosi membalas komen yg akan datang. teruskan artikel2 camni. 5/5


-dr mahathir-
Anonymous said…
aku suka lagu kt page ko ni.

-dr mahathir-
salam, thanx for all professional critics

the main concern in this article is attitude

benar hidup bagai roda,i do agree , as long as we did our best,

if we neither do our best,nor get any achievement... yes it is still a problem that must be rectified

wallahualam
iszaid said…
From Manipal, India:

Kami Sokong Kamo!!

Padat, bernas lagi tulen... good job

(minta kebenaran untuk pass artikle seluruh india lak..)
ShahRezaL said…
salam.. dr tanah bumi india manipal jugee..
nice artikel.. sgt selfmotivating.. muhasabah diri kejap tadi lepas bc..
masalah ni rasenyer sume tempat sama je.. here in manipal pun same.. just some times ppl dint realised.. bt still there must b entertaintment to reward ourselves with kan.. we r not robots.. tp agak2 la, biar berpatutan la kan.. ape2 kite buat sume kene bersederhana.. okeng mau sambung study!! sudah pukui 1.41 mlm disini..
salam

no need to ask permission..my blog is for public

shahrezal....study, study bebetul..main, main bebetul, cuti, cuti bebetul...ibadah, beribadah la bebetul

gd luck
Anonymous said…
seronok baca.walaupun xmasok alam u lg,tp ttp terasa dgn nasihat y diberi.
dan cuba xbuat kesalahan y org lain lakukan.

maju3.
jazakallah. ;)
budak lalai said…
pergghhh...terasa gila aarrr...
syukran atas teguran yg direct ni..
artikel ni buat aku tersedar.
kenapa aku terlambat bace artikel ni.
Anonymous said…
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.”
“Lajak perahu boleh diundur, lajak kata buruk padahnya.”
“Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.”...

FIKIR, SEBELUM BERKATA-KATA.(tmsok tls)..

Adakah perlu bahasaku seperti bahasa mereka?
Kesat dan kasar, kononnya ‘boleh masuk’ dengan semua orang?

(Dam*…. What the*** ….Haha mestilah beb , baru namanya ‘gaul’….)

NABI TUKAR AYAT DAN CARA PENDEKATAN, TAPI ADAKAH NABI TUKAR ‘AKHLAK’ APABILA BERTEMU DENGAN MANUSIA TERTENTU?...

Adakah dia akan berubah dengan kata-kata ‘tajam’ku?

(Faham-faham sendiri la…Baru dia sedar sikit. Kalau tak sampai bila pun dia takkan berubah…)

RAKAN DAIE SENDIRI TIDAK SELESA, APATAH LAGI OBJEK DAKWAH???..


MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!!..
Setinggi mana ilmu agama di dada, takkan mampu menghalalkan ‘perangai dan sikap’ buruk kita.
Apa pun alasan untuk berbicara, kalau ia cenderung kepada sia-sia dan dosa, matlamat TETAP TIDAK menghalalkan cara…

Surah Al-Fajr (89:14)
INNA RABBAKA LABIL MIRSOOD
Sesungguhnya, Tuhanmu benar-benar mengawasi.
[Maksudnya DIA mengawasi segala perilaku hambaNya, tidak ada yang tertinggal sedikit pun dan kemudian DIA membalas mereka berdasarkan amalan mereka.]

Nasihat buat diri dan para pembaca, Wallahua’lam….

P/s: Seruan Amar Maaruf Nahi Mungkar, tegur dengan ‘berhikmah’ bukan bermaksud lembut dan tanpa kekerasan.
Ianya harus mengikut sunnah, bijaksana dan ‘berkesan’.

Kepada beberapa orang teman yang disayangi, kealpaan anda amat kami kesali.
Teguran umum pun sudah, email peribadi pun sudah.
Anda menerima dan mengakui al-quran sunnah, tetapi masih di depan umum tak rasa bersalah.
Jagalah hubungan,
lirrab, linnas..

-Ir Mawar merah-
thanx for tazkirah

saya menulis secara direct, tak berkias atau ambiguous, tak menipu mahupun melalut

direct tak bererti kesat, direct tak bererti salah, direct tak bererti berdosa

katakanlah benar walaupun pahit

do ur own way, i'll do my way
Anonymous said…
salam wbt,

kadang2 kita rasa kita "care" dgn result adik2/kawan2/senior2... tapi sejauh mana kita sebenarnya "care"...

adakah kita, org yang selalu menanyakan khabar/cerita diorang setelah result keluar atau kita yang orang duduk bersama2 mereka, bersama-sama menyelesaikan masalah..??


Pandangla mereka dgn kasih syg..
kejutla mereka dari tidur dgn baik.. agar kejutan itu bukan semata kejutan ngeri buat mereka


Daie rabbani mestila "mengubati" sakit masyarakat ni dari main cause, bukan merawat "symptoms"nya

Sekadar kata2 dari Allah yg disandarkan dr mulut sy..

Allahu'alam
Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri

masalahnya attitude, thats all, berilah 1001 alasan sekalipun, masalahnya tetap attitude, orang yang berjaya tidak memberi alasan

maka kita perlu ubah attitude diri sendiri, berhenti memberi alasan, dan mulalah bekerja

sekiranya diri sendiri tak sempurna, akuinya, dan berubah...

itu yang terbaik daripada menghukum orang yang menegur
jinjang said…
aku pelik la kenapa ko tak boleh ambik exam andrology sbb tak dtg lecture. mcm mane tu? kata kuat belajar tapi ponteng kelas.
si jinjang......15 orang pelajar dari group aku(termasuk aku) xleh masuk exam gara-gara secretary arab yg x masukkan kedatangan dari helaian kertas kedatangan untuk 3 hari ke dalam buku log
akak said…
salam..

minggu tu kami ada 3 exam, akak pun ada tak dtg 2 hr sebab nak habiskan study kat rumah

si faizal ni ngan kawan-kawan arab jadi mangsa kecuaian pengurusan ok, akak pun nasib2 ajer dapat masuk exam,

ada 6 hari round andrology,2 exam besar ICU dan Mid round clinical, akak tak datang 2 hari sebab nk study, faizal ni tak datang sehari, tapi akak dapat masuk faizal tak, pelik kan kan kan? well, kita di mesir faizal

faizal- ko jangan layan budak-budak yang mentally handicapped dan hanya cari kelemahan ko, baik ko p study, mereka ni kena jumpa psychiatrist
sjaa64 said…
that's a grat job...memang motivasi trbaik.....terasa insaf..nk berubah~
Me said…
ok, thanks, ada semangat nak buat lebih bebetul time exam..
yeap, you are so right, budak-budak medic nih tak sama dengan budak-budak kos profesional yang lain.. sebab tulah kitorang cuti sem tak sampai pun dua minggu, T_T.. even a week was a dream for us..
k battah said…
salam... honestly, i was reading and i didn't find anything offensive, but on the other hand, it made me realize my mistakes.. thanks a lot.. but most probably people who really got stung must be vulnerable emotionally, may Allah guide us all the way, Allah is alwas giving us second chances.. it's whether we want to take it or not..
Superdry said…
Salam

Kenapa ada author2 yg delete komen dia? ke phrase :

"This post has been removed by the author."

merujuk kepada tuan Blog yang telah memadam comment itu? saje jeh nak tawu, sbb aku cam x dpt nak guess apa yg digaduhkan kat post nih bila komen2 tuh kena delete, LOL

Pada pendapat aku la kan, kalaw nak ikut nasihat abang Faizal Hensem nih, ikut la, kalaw xnak xyah ikut, buat apa la nak bising, x professional la beb,
Opps, aku terlupa, bdk medic mmg banyak cerita, masing2 bijak, masing2 dari Sekolah yang mantap2,terlupa plak aku,


sorry la rakan2..
LMAO
saya delete pertama "komen yang merapu seperti komen yang xde kena mengena langsung(ada org panjang jumpa blog nk komen), yang kedua :spam atau iklan , i hate it even from malaysian, this is not the proper site for it
Anonymous said…
post ni sgtla bgus.
kdng2 buat sdr bnda yg xsdr.dn tahu bnda yg xtahu.
truskn.
good job doc!~;)
.aimi. said…
I personally think this, is a good post. Several of my friends are studying in Egypt, so yeah, i know what they're doing. And yes, it's the truth.

So to those anonymous (the fact that you appear as anonymous itself has shown how you are afraid to stand up) , why don't you guys learn how to be brave to face fact despite the harshness in it.

I mean, come onn. This things does happen.

And so some of you may say, "kalau sayang bukan cara ni nak tunjuk".

And you expect those whom this post are directed to, will learn if this faizal go by their side, and what? "adikk, belajar laa. kenapa bawak kawan jalan2 ni?"

That was wayy, the hackk?

I myself, (tho i didn't know this faizal), would most probally, be laughing inside.
*that's the truth. rightt? people would like "apehal abg faizal ni. gila menakutkan".

So the main point here is that, what this faizal is trying to point out, is whats worth, pointed out.

Learn to take the good side of it. Bukan semua marah tanda benci. Mak kau orang semua pun marah korang. Tapi tanda sayang. Apa mak kau tak pernah marah kau orang ke?? ZZ.

To abg. faizal. kudoos to you. good job! :)
ApeeN said…
salam faizal

i'm 4th yr medical student fr Indonesia...

nice writing.. i really like ur blog..

keep it up...bagusla tegur sesama manusia even org lain nk ckp direct ke pedas ke.. tp message sbnr tercapai.. maybe lain org lain cara menerima teguran.. ade yg too sensitive ade yg keras batu..

but overall i like ur teguran membina ! go on !!
Imah Rosse said…
wlaupon bukn std medic..tetp menginsfkn..tuntut ilmu memg perlu berkorbn..
kema said…
baru jumpa blog ni..di promote oleh senior..lps bc entry ni..terjaga dari lena yg panjang..huhu..btw teguran anda mmg superb..menghiris kalbu namun amat meniupkan semangat!tq:)
mardhiyyah said…
pahit tapi benar. seriously kena batang hidung. by d way thanks 4 d advice.
Anonymous said…
i like diz post..mmg btol la ape yg dr faizal ckp..kdg2 sy pon t'lalai gk..
dwi eza said…
senpai...post terbaik!...doakan kami sentiasa diberi kekuatan . kagum dengan senpai2 yg tabah T___T
Unknown said…
pnjm post ini utk hntr ke kawan yg sedang tersadai d mesir kerana reseat paper sedang skrg org dh smpi mesia..

tegur keras@lembut; yg penting dia menegur...itu tandanya dia CARE......

masih ada yg sayang....
Anonymous said…
salam..mantap! memberi kesedaran pd diri nie..mabruk 'alaika.insyaAllah
nurshahida said…
oohhh...sunggoh terasa!!!!come on,.,,,cheer up back!]thx abg faizal!
Q said…
Assalamualaikum.. you quite a talker.. hahaha.. in a g double o d way.. =) teruskan berkata2.. aku suka leteran kamu ini.. semoga bermanfaat untuk semua.. =)
farah izzati said…
This comment has been removed by a blog administrator.
farah izzati said…
why don't we take that BERHIKMAH IS THE EYE OF THE BEHOLDER . i take bro faizal's post as berhikmah je . expect for what ? sopan santun intan payung pujuk rayu ? personally , take what he advise , not the way he told you . emm , who's the one that actually directly talk .

lain orang lain cara tegur , tak boleh kena tegur cara ni , pergi cari cara lain untuk tegur diri sendiri . wallahua'lam

superblahh bro faizal . jazakallahukhairan kasir .
Anonymous said…
salam

aku ni haa tgh betul2 di bumi mesir ni. Tgh lah pegang buku anatomy tp baca kejap blog ni kawan suggest

Ehhh korang yg tahu marah si Dr Faizal ni sahaja , kalau korang duduk SEKELILING kejadian ni sendri and TENGOK sendiri kawan2 korang kena reseat, repeat tahun, tukar Uni or balik Malaysia sbb gagal , korang pasti akan SETUJU apa akhi ni cakap. Alaa mmg lah tegur secara baik tu bagus, tp kebanyakannya yang betul2 reseat repeat and sebagainya tu mmg sbb MASALAH ATTITUDE. Ni kawan aku ni tahun satu score JJ tapi tahun 2 ? class pun tkdtg berminggu2 hahh mmg kena lah tahun 2 tuu result dia mcm mana. trust me. 80% sbb diri yang tk usaha betul2 tu sendiri, 20% tuu jee utk org2 yg mati2 usaha tp tkde rezeki.
And for your information guyss, senior2 dkt sini mmg beza dgn malaysia. dorang senior dkt sini mmg always perhati , ambil berat and selalu jee usaha nak bantu tp budak2 prob tu yg tk bantu diri sendiri. Senior sini mcm makayah korang tahu. mmg terjaga junior. Lagi2 di TANTA. mmg terbaik !
serious. percaya aku. sbb aku lalui nyaaa !
Terbaik lah Dr. tulis lagi lah mcm ni. sgt tinggal kesan at least tk habis duit makayah utk anak2 yg tak hargai peluang tu.

wsalam. CARAMEL , Egypt.

Popular posts from this blog

Jarum Dalam Daging (2013)

Pesakit Mati !!