Posts

Penangan Sakit Kulit (2011)

Image
Penangan Sakit kulit. “Come with me (Ikut saya),”tegas doctor  setengah abad ini tegas. Aku mengangguk. Akur. Langkahnya yang laju mengejar masa kukejar.  Ada orang jalan lagi laju dari aku rupanya. Bermonolog sendirian. Kalimah tak terluah.  Kaki lima wad surgery 25 kutinggalkan. Entah ke mana diriku dibawa. Tak berani bertanya. “Burn Intensive Care Unit” Jelas terpampang kalimah tersebut di dinding. Aku tersenyum. Susah sebenarnya nak dapat kebenaran masuk wad ini. Satu badan kena steril dahulu baru boleh masuk. Pesakit yang melecur akibat kebakaran ataupun melecur atas sebab lain tidak boleh terkena jangkitan langsung.  Tidak hairanlah wad ini kelihatan lengang. Pelajar perubatan pun tidak dibenarkan masuk, apatah lagi kaum keluarga pesakit. “Wear that gown and sterile (pakai pakaian ini dan sterilkan diri),”jelas Dr Zeyad. Kulontarkan pandangan ke atas meja. Gown hijau yang telah steril ada dalam bakul. Sarung tangan, pelapik kepala dan pelapik kasut ada se...

Ayah, Jom Balik (2010)

Image
Ayah, Jom Balik ! "3amel eih ya doctor? (apa khabar doctor?)," sapaku pantas. Dr Yazed menoleh kepalanya. Pandangan dilontarkan ke muka pintu wad kecemasan. Senyuman dilirik. Dalam beberapa saat, pandangannya kembali pada katil. "Yalla, 1,2, 3" jerit doktor ini. Pesakit obese dialihkan dari stretcher ke atas katil. Rigid collar melekat pada leher. "Now! " jeritnya. Paramedic lantas menolak katil ini masuk ke dalam wad. Orang ramai yang berkerumun cuba memberi laluan. Kulekas masuk ke dalam wad. Lintang-pukang. Darah berhamburan di atas lantas. Lecak! Jururawat berlari-lari anak keluar dari bilik ini, masuk ke bilik itu. 2 doctor sedang berlari menolak katil  seorang lagi pesakit. Seorang doctor sedang berada di atas katil mengepam dada pesakit. Peluh jantannya keluar. Basah baju. Sudah cukup kakitangan, fikirku. Lantas kuhayun kaki keluar dari wad. Neno, neno, nenooooooooooo!!!!!! Sebuah lagi ambulan tiba. Bunyi deringan ambulan tersebu...

Cara Gugurkan Anak (2010)

"Ya sitti, feen Dr  Nadia? El-concent lissa ma kameltesh, (miss, Dr Nadia mana? Concent tak lengkap lagi ni)"tanyaku monotonous. "Mosh 3arfa wallah, momkin fe edara, (Saya tak tahu, mungkin dia di pejabat)"kata kak Maria sambil tolak troli ubat. Mukanya masam mencuka. Pesakit buat hal la tu. Hmm. Desah hatiku. Hari ni dah hari kedua aku cuba minta concent(kebenaran untuk sesuatu prosedur) daripada pesakit. Tetap gagal. Macam mana aku nak buat ni?resah~ Tuk tuk tuk (pintu diketuk) "Salam alaik"sapaku. "Wa3alaikumussalam," jawab Dr Nadia ringkas. Pintu dibuka. Seorang wanita tinggi lampai berbangsa arab berbulu mata lentik dengan muka putih licin tanpa jerawat terpancul di muka pintu. Kelihatan seorang lagi wanita tiga puluhan sedang duduk sugul membisu. "3amel eih Faisal? Kef sehhatak?" tanyanya sambil tersenyum. "Alhamdulillah. No malignant disease, only malignant patients," jawabku selamba. "Hahaha,"tertawa do...

Angin Ahmar -Jangan Mengadalah!! (2010)

Angin Ahmar - Jangan Mengadalah! “Eih? Baba 3aez eih?(apa, abah nak apa?)” tanya si anak lelaki kepada bapanya berulangkali.  Mukanya berkerut kerana tidak faham kehendak bapanya. “aa eish auw, aa eish auk lor,”kata si bapa. Kayu tongkat yang panjangnya semeter dihentak perlahan ke lantai simen tingkat 7 hospital Kasr el Ainy Faransawi  menggunakan tangan kanan.  Kudratnya lemah. Susuk tubuh lelaki berumur 56 tahun ini terlontar di atas katil. Tangan kiri dan kaki kirinya tidak bergerak. Tangan kanan yang masih memegang tongkat diketuk ke lantai kembali. Mulut orang tua ini terkumat kamit. Kami gagal memahami kehendaknya. Aku intai ke bawah katil. Beg kencingnya masih lagi kosong. Nak buang air besar ke pak cik ni? Dah pakai pampers dah. Aku cuba kembali memahami kata-katanya. “Baba 3aez takol ful?(abah nak makan ful ke?)”tanya abang Hisham kepada bapanya kembali.  “ Aa eih auk..aauum,”kata orang tua itu kembali. “3aez to2om? (nak bangun ke?)” ta...

Bersalin Di Koridor (2010)

Image
Bersalin di koridor 2pm: Kami baru sahaja selesai revision untuk peperiksaan special surgery pada hari Rabu ni. Panasnya!! Kelas sampai pukul 2 pm di musim panas ini sangat menguji ketahanan diri. “Ana hamshy delwaqty (saya pulang dulu),”kataku pada kawan arab. “Lessa badry ya faisal, yalla ma3ana, hanro7 elweladah (Masih awal la faizal, jom pergi wad bersalin),” ajak kawan-kawan arab. Aku yang hanya fikir nak study kat rumah buat tak tahu, senyum dan terus berlalu. Dah 10 meter berjalan agaknya, tiba-tiba…. “Jomla, bila lagi kita boleh pergi !!,”kata si Aisha, wanita Mesir dalam bahasa Arab dari arah belakang. Suara macam jantan! Kuat betul menjerit. Dengan tak semena-mena si Mostafa kejar aku dari belakang. Dicapainya lengan kananku dan diheretnya aku bersama. Si Ahmad pegang tangan kiri. Eeiii! Aku rasa nak pelempang orang pun ada waktu tu. “Ana ta3ban, mosh hagy delwaqty!! (aku penat, tak nak pergi sekarang),”jeritku. Si Ahmad dengan Mostafa buat tak tahu. Aisha, d...