Posts

Showing posts from July, 2010

Bersalin Di Koridor (2010)

Image
Bersalin di koridor 2pm: Kami baru sahaja selesai revision untuk peperiksaan special surgery pada hari Rabu ni. Panasnya!! Kelas sampai pukul 2 pm di musim panas ini sangat menguji ketahanan diri. “Ana hamshy delwaqty (saya pulang dulu),”kataku pada kawan arab. “Lessa badry ya faisal, yalla ma3ana, hanro7 elweladah (Masih awal la faizal, jom pergi wad bersalin),” ajak kawan-kawan arab. Aku yang hanya fikir nak study kat rumah buat tak tahu, senyum dan terus berlalu. Dah 10 meter berjalan agaknya, tiba-tiba…. “Jomla, bila lagi kita boleh pergi !!,”kata si Aisha, wanita Mesir dalam bahasa Arab dari arah belakang. Suara macam jantan! Kuat betul menjerit. Dengan tak semena-mena si Mostafa kejar aku dari belakang. Dicapainya lengan kananku dan diheretnya aku bersama. Si Ahmad pegang tangan kiri. Eeiii! Aku rasa nak pelempang orang pun ada waktu tu. “Ana ta3ban, mosh hagy delwaqty!! (aku penat, tak nak pergi sekarang),”jeritku. Si Ahmad dengan Mostafa buat tak tahu. Aisha, d