Posts

Showing posts from September, 2010

Angin Ahmar -Jangan Mengadalah!! (2010)

Angin Ahmar - Jangan Mengadalah! “Eih? Baba 3aez eih?(apa, abah nak apa?)” tanya si anak lelaki kepada bapanya berulangkali.  Mukanya berkerut kerana tidak faham kehendak bapanya. “aa eish auw, aa eish auk lor,”kata si bapa. Kayu tongkat yang panjangnya semeter dihentak perlahan ke lantai simen tingkat 7 hospital Kasr el Ainy Faransawi  menggunakan tangan kanan.  Kudratnya lemah. Susuk tubuh lelaki berumur 56 tahun ini terlontar di atas katil. Tangan kiri dan kaki kirinya tidak bergerak. Tangan kanan yang masih memegang tongkat diketuk ke lantai kembali. Mulut orang tua ini terkumat kamit. Kami gagal memahami kehendaknya. Aku intai ke bawah katil. Beg kencingnya masih lagi kosong. Nak buang air besar ke pak cik ni? Dah pakai pampers dah. Aku cuba kembali memahami kata-katanya. “Baba 3aez takol ful?(abah nak makan ful ke?)”tanya abang Hisham kepada bapanya kembali.  “ Aa eih auk..aauum,”kata orang tua itu kembali. “3aez to2om? (nak bangun ke?)” tanyaku. Kepalanya me