Posts

Bersalin Di Koridor (2010)

Image
Bersalin di koridor 2pm: Kami baru sahaja selesai revision untuk peperiksaan special surgery pada hari Rabu ni. Panasnya!! Kelas sampai pukul 2 pm di musim panas ini sangat menguji ketahanan diri. “Ana hamshy delwaqty (saya pulang dulu),”kataku pada kawan arab. “Lessa badry ya faisal, yalla ma3ana, hanro7 elweladah (Masih awal la faizal, jom pergi wad bersalin),” ajak kawan-kawan arab. Aku yang hanya fikir nak study kat rumah buat tak tahu, senyum dan terus berlalu. Dah 10 meter berjalan agaknya, tiba-tiba…. “Jomla, bila lagi kita boleh pergi !!,”kata si Aisha, wanita Mesir dalam bahasa Arab dari arah belakang. Suara macam jantan! Kuat betul menjerit. Dengan tak semena-mena si Mostafa kejar aku dari belakang. Dicapainya lengan kananku dan diheretnya aku bersama. Si Ahmad pegang tangan kiri. Eeiii! Aku rasa nak pelempang orang pun ada waktu tu. “Ana ta3ban, mosh hagy delwaqty!! (aku penat, tak nak pergi sekarang),”jeritku. Si Ahmad dengan Mostafa buat tak tahu. Aisha, d...

Wan Long Tak Sakit!

Image
Wan Long tak sakit “Angah, pergilah tengok wan long kat rumah dia. Dia mengadu sakit kat buah dada. Wan tengok buah dada dia aritu berlendir-lendir. Macam kelapa busuk,”kata wan aku sampai buat muka kegelian.  “Sejak bila dia sakit wan?”tanyaku yang sedang bersarapan pagi nasi lemak ayam merah  di rumah kampungku, Jelebu. “Entah la. Baru 2-3 minggu ni dia mengadu sakit. Wan dah tak berani nak tengok dah. Tompok hitam dekat buah dada dia tu. Tahun lepas dia sakit kaki. Bernanah. Sekarang dah baik dah,” kata wan. Aku yang tengah menjamah naik  keliru sebab medical history macam kain perca, entah mana pangkal , entah mana hujung. “Yerla, jap lagi angah turun. Dia ada rumah tak?”tanyaku lagi. “Pagi tadi maklong kau hantar wan long tu ke hospital. Tak balik lagi. Kejap lagi baliklah tuh,”kata wan. “Wan” adalah panggilan merujuk kepada nenek yang diguna pakai di Negeri Sembilan.  Wan long adalah sepupu kepada wan aku. Rumah kami bersebelahan. Aku angkat pinggan ...

Komen Orang Sakit Jiwa (2010)

Komen Orang Sakit Jiwa Salam semua Minggu depan aku ada exam, double pulak tu, orthopaedic dengan anaesthesia tapi study pagi ni tak masuk apa-apa lantaran terbaca beberapa blog yang duk mengumpat aku tak puas hati. Aku boleh agak orang-orang ni siapa. Ni salah satu komen: Anonymous has left a new comment on your post "Dr Tareq DiJerut !": ni Dr Tareq yg femes tu ke?.. bobby, mcmane kau dapat buat PV ek? hebat la ngkau bobby. aku pegi hospital OnG banyak2 kali dah dulu siap penah kene marah lagi sbb. tu pon dokte kasi tengok je takleh sentuh pt. siap ade aku tgk HO haritu terkial2 buat examination. tp ngko buat examinations relek je. siap dokte yakin dgn ko tu. fuiyo. siap sume fakta ko ingat lagi dalam kepala. mesti exam finals ko cemerlang gle2 kan. wow. wah. caya la. case rare pulak tu. wow tapi kan,dlu2 aku penah dengar dokte ade cakap dia jumpe case yang sama mcm ngko dpt ni tp susah nak jumpe. dia pesan tak boleh bgtau patient tu lelaki depan2 cmtu. kene seny...

Dr Tareq DiJerut !

Dr Tareq dijerut !! Bumi Mesir aman tatkala subuh. Tiada kokokan ayam seperti di Malaysia. Sang Keldai pun masih lena dibuai mimpi. Hanya lampu masjid terang menyala seperti subuh waktu di hari yang lain, menyubur hati muslimin dengan mengajak mengerjakan ibadah. Sekali…. Ting ting ! ting ting!ting ting! Tersentakku dari tidur! Bisingnya alarm!!!!! Arghhh!!! Daku menguap di keheningan subuh. Pukul 4 am. Kejap lagi masuk subuh. Mataku ptosis lagi. Lantas kukais selimut ke tepi, kubangkit liat dan kulipat comforter yang kubentang di atas permaidani bilik. Beginilah harianku, katil dan tilam yang empuk hanya sekadar perhiasan atau dijadikan tempat duduk. Daku memilih tidur atas lantai supaya tidurku tidak lebih 6 jam sehari. Kalau tidur atas tilam, huhuhu, tak mungkin accurate 6 jam, selalunya 7 atau 8 jam tidur,selepas tu bangun dalam keadaan stress sebab terkejar-kejar nak buat macam-macam. Maka lebih baik tidur atas permaidani berlapikkan comforter, masaku terurus di sampi...

Pesakit Mati !!

Image
Pesakit Mati Grrrr, sejuknya hari ni! Monolog sendirian. Jam di tangan kanan menunjukkan pukul 1 tengah hari. Aku baru habis round rheumatology sebentar tadi. Perutku memulas-mulas. Tandas mana nak masuk nih??? Kuhayunkan kaki ke menuju tandas berdekatan dengan wad ENT(ear nose and throat). Minta-minta sempat :-p “Yabny, enta hatruh feen(kau nak pergi mana)???”sergah si Ahmad,kawan arab Mesir ku yang tinggi lampai. “3andy haga delwaqty, bye bye,(aku ada hal)” kataku dingin. Huhuhu. “Hategy ma3aya delwaqty (Kau pergi ikut aku sekarang),”paksa Ahmad. Ditariknya tanganku tanpa menunggu sebarang reaksi. Eiiiiii Aku dah la nak cepat masuk tandas ni! Si Ahmad ni memang perangai dia macam ni, pantang jumpa aku, dah susah nak lepas. Kepala batu , macam aku gak, tu pasal serasi kut. Haha. Aku pun ikut jerla dengan muka yang tak puas hati ke dalam wad ENT tu. “Apasal ni? Kau nak study ENT balik ke?”soalku. “Ada patient baru lepas seminggu jalani operation, dia ada CSOM (Chronic Suppurat...