Posts

Response Topik : Study La Wei

Salam semua, saya tak berniat menulis panjang. Banyak respons saya terima berkenaan topik "Study La Wei" seperti di bawah. Saya dah baca semua tulisan. Komen untuk topik tu perlu dikawal. Sekiranya saya rasa ada benarnya saya approve. Sekiranya sebaliknya, biarlah menjadi tatapan mata saya sahaja. Banyak tulisan yang ditulis oleh sesiapa sahaja sebagai response kepada topik ini sama ada di ruang komen, di blog persendirian, status facebook atau status yahoo messenger semuanya berputar pada benda yang sama. Bak kata orang penang " Pi Mai Pi Mai, Dok Tang Tu Jugak". Saya memperkatakan tentang attitude dan usaha(cara kita berusaha tu betul ke tak), itu topik utama, masing-masing mempertikaikan cara saya menegur, usaha mereka? Wallahualam. Daripada terus membuang masa , seperti yang saya sarankan sebelum ini "Shut your Mouth and START WORKING". Itu lebih baik.

Lelaki,Jantan ke Haiwan?

Image
Lelaki, Jantan ke Haiwan?? “Adoi, penatnya!” rungutku depan Rawya. “Fe eish?(kenapa nih)”tanya gadis Palestine tatkala aku mengucap kalam Melayu depan beliau. “A little bit exhausted. Dars Ashraf Zaki taweel awy ennaharda, talata sa’aat(tuition ashraf zaki panjang sangat hari ni, 3 jam)” kataku pada Rawya dalam bahasa Inggeris yang bercampur Arab. Dia hanya mampu mengukir senyuman membalas rungutanku tadi. Sebenarnya kami baru habis round tropical di tropical department hari ni. Kelas yang terus menerus dan setiap satunya panjang memang menutup separa kelopak mata ini tatkala letih berbaur mengantuk. Rawya , Abod dan aku berjalan longlai menuju ke klinik sakit puan yang terletak 1 km daripada department tropical tadi. Pangjangnya la hospital cairo Univerisity nih , letih kaki aku berjalan! Tiba sahaja di klinik, Rawya terus masuk ke bilik 1. Aku tak pakai lagi lab coat lagi waktu tu. Kuletak bag yang sangat berat berisi buku Internal Medicine Kumar dan Clark ke atas bangku lant...

Doktor, Kaki Saya Mana???

Image
Doktor, Kaki Saya Mana??? Jam pukul 6 am. Aku tiba di Hospital Tuanku Jaafar Seremban sejam lebih awal dari sepatutnya. Kereta Vios milik abangku kuletakkan berhampiran dengan Clinik Ortopedik di Ground Floor. “Insyaallah selamat,” desis hatiku. Hari ini hari yang panjang. Kena tidur hospital hari ni, banyak benda kena buat, harap-harap kereta ni selamat. Segala toiletries dan baju ganti kubiarkan dalam boot kereta. Apabila nak guna malam nanti baru kuambil. Kakiku kujejak pantas masuk ke Klinik Ortopedik. Ada seorang jururawat dah sampai. “Assalamulaikum kak,”sapaku. “Waalaikumussalam, eh, cepat doktor sampai hari ni,”kata kak Su. “Ada banyak keje hari ni kak, consultant Mr Ahmad ada nak ajar lak hari ni, tu kena datang awal,”balasku dalam senyuman. “Nah, kad doctor.” Kuambil punch kad berwarna kuning yang tertulis namaku. Cukup 2 minggu dah aku di bahagian Ortopedik nih. Orang lain buat attachment e.g. junior yang buat attachment dalam masa yang sama tak payah berkad-kad. Aku ha...

Study la wei!

Teguran dari mata yang memandang Salam semua, ni adalah email yang saya post di group perubatan mesir tapi tidak disiarkan. Bila anda baca post nih baru anda tahu kenapa tak disiarkan, biasalah, benda yang benar dan pahit ni memang tak boleh diterima orang, namun saya siarkan semula, berpijak pada bumi nyata, berfikirlah secara bijaksana. Salam semua, tidak lambat untuk menyatakan di sini selamat hari raya, semoga segala salah dan silap, terlaser sana sini secara sedar atau tidak, dapat dimaafkan dan bermulanya lembaran baru bagi menghadapi tahun seterusnya sebagai pelajar perubatan. Selamat menghadapi peperiksaan akhir bagi abang2 dan kakak2 yang sudah tentunya sedang bertungkus lumus ketika ini untuk menjamah saki-baki ilmu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir yang tentunya mencabar dari segi pengetahuan, psychology, kesihatan, rohani dan rezeki. Sama-sama kami doakan yang terbaik dan jejak langkah kejayaan abg2 dan kakak2 dapat kita ikuti. Tahniah pula diucapkan kep...

Terencat akal

Terencat akal Lamanya aku x update blog, bukan tak ada cerita, belum ada mood nak menaip panjang …… Seorang ibu berumur 47 tahun dihantar ke wad bersalin university Kaherah oleh keluarganya. Ibu ini tidak seperti ibu-ibu yang lain. Tatkala ibu-ibu berbangsa arab ini menjerit-jerit kesakitan dalam wad, si ibu yang baru tiba ini diam seribu bahasa….cool ! "Makcik pernah mengandung sebelum ini? Dia mengangguk . "Berapa kali? Jarinya mengisyaratkan 3. "Semuanya lahir cukup bulan?" Dia mengangguk. Semuanya sihat , duduk dengan mak cik? Dia menggeleng. "anak pertama dan ketiga tinggal dengan makcik. Anak kedua lahir cukup bulan tetapi meninggal beberapa minit selepas dilahirkan." 3002- itulah kod obstetric ibu tersebut( 3 full term, 0 premature, 0 abortion, 2 living offsprings) ---ini adalah kod yang digunapakai oleh semua doctor untuk mengambil maklumat pesakit di wad bersalin. Sekiranya dapat tahu kod ini, doctor yang mengambil alih seterus...

Si Ibu, Bayi dan Doktor Yang Malang

Image
Si ibu, bayi dan doctor yang malang Erk, Alhamdulillah, kenyang perutku. Santapan di kedai Dawar amat menyelerakan. Ayam panggangnya tak sama dengan ayam panggang kedai lain. Sedap betul. Alamak, dah pukul 10pm! Aku tak solat isyak lagi ni. Desis hatiku. Langkah disusun ke arah Hospital Kasr el-Ainy Faransawi. Tempat biasa aku solat isyak di situ. Dalam perjalanan terserempak dengan abang Israk. "Abang baru balik lawat akram ngan Amman,"katanya. Aku yang dah lama tak melawat mereka ni terus melawat Amman dan Akram selepas menunaikan solat Isyak. Setelah lebih kurang dua jam berborak dengan Amman, dan ibu bapa Si Akram, aku minta diri untuk ke hospital Kasr El-Ainy dalam university. Pada mulanya aku dah malas sangat dah nak pergi hospital untuk attachment malam tu. Kaki pun dah melangkah jauh ke arah rumah. Tiba-tiba aku rasa serba salah pula. Baju Surgery dah pakai, alat semua dah bawa, bekal pun dah ada, tiba-tiba balik rumah pula, fikirku. Kalau ikutkan hati sampai b...

Maaf,Anda Tidak Boleh Beranak Di Sini!

MAAF, ANDA TIDAK BOLEH BERANAK DI SINI Inilah ungkapan yang Pakar O&G tu cakap kat pesakit tetapi dalam bahasa Arab. Dalam bahasa Inggerisnya "sorry, u can't deliver here" . Ibu dah sangat dehyrasi dan menjerit-jerit kesakitan, sekali doctor cakap macam tu. What do you think? Jangan buat sebarang spekulasi. Ikuti kisah benar di bawah. Hari itu hari jumaat sahabat tahun 4 University Kaherah datang pukul 9.30 pm pada hari itu, sejam lebih awal dari aku. Aku dah isi perut dan rohani(solat isyak) barulah menapak keseorangan dalam gelap malam ke Labor Room University Kaherah hari tu. Pesakit tidak ramai pada hari itu. Setelah menyaksikan beberapa "delivery" pada malam itu dan belajar sama-sama, mereka berdua pulang dahulu ke rumah lebih kurang pukul 12 am. Aku yang masih segar bugar dan bermata burung hantu ini capai buku "cases in Obstetric and Gynecology" dan mula meneliti isi buku tersebut dari muka-ke muka. Hampir pukul 1 am, seorang pesakit ...