Posts

Jarum Dalam Daging (2013)

Image
Jarum Dalam daging "Kak, patient dah sampai?" tanyaku ingin tahu. "Dah doktor, ada dekat bilik 6,"jawab kakak jururawat   mesra. Aku memang suka bertugas di labor room (dewan bersalin)ni.  Sunggu gembira rasanya dapat sambut kelahiran dan azankan bayi sejurus dilahirkan. Segala penat lelah hilang entah ke mana.  Kakitangan dewan bersalin ni ramah-ramah dan baik hati. Walaupun hampir semuanya lebih tua dariku malah ada yang dah pangkat makcik kepadaku pun akur menurut perintah. Hahaha. Aku tidak sekejam itu. Bahkan banyak yang kita belajar daripada jururawat @bidan-bidan yang ada di dewan bersalin ini sekiranya kita ringan mulut bertanya dan sikap disenangi ramai. Kuhayunkan kakiku ke arah bilik 6. Seorang wanita cina yang sarat mengandung terbaring di atas katil menahan kesakitan pabila rahimnya menegang sebagai persediaan mengeluarkan bayi. "puan Siaw yer?" angguknya lemah. "Saya doktor faizal, saya

Sakaratul Maut (2011)

Image
Sakaratul maut. “Abang ada sesak nafas hari ni?”tanyaku mesra. Mata ptosis dah (kelopak mata jatuh-ngantuk) “Sesak nafas tak ada, batuk kuat ajer, tak dapat tidur dibuatnya,”jelas abang Harun. Aku senyum. Paru-paru masih penuh dengan jangkitan. Berair-air. Cuba ambil sehelai kertas dan konyot. Begitulah bunyi yang keluar dari stetoskop ini- crepitation. Salur putih nasal prong menyumbat kedua-dua lubang hidungnya dengan oksigen. Pesakit stabil. Ku mengorak langkah ke pantry. Haus sangat rasanya. Kering dah tekak ni. Gulp, Alhamdulillah! Sedap betul air 100 plus ni. Beli sebelum subuh tadi, kerja, petang baru sempat minum. Banyak sangat urusan dunia , hal ehwal merawat manusia yang perlu diuruskan secara jujur dan hati-hati, sampai makan minum pun dah kucar-kacir.  Kugapai beg sandang coklatku. Eh, ada newspaper rupanya dalam beg ni !  Tarikh 24 September. Hari ni dah 26. Hmm, tak sempat baca lagi. Simpan dululah. Ada masa nanti baru baca. Begitulah rutin harian sampai melambak-l

Gila ke tak Gila (2011)

Image
Gila ke tak Gila (2011) Assalamualaikum. Eh kak, kenapa tu? DOKTOR, TOLONG DOKTOR ! PATIENT NI NAK TERJUN TINGKAP! Kus semangat! Berdegup kencang jantungku. Apahal pulak ni? Ku berlari ke arah tingkap dan ingin terjun bersama  terus memegang tangan kiri pesakit yang sedang memegang tingkap. 2 orang staff nurse memaut erat tubuh pakcik ini sambil makan kuih. “Pakcik baring kat atas katil ni. Nurse jaga kejap. Saya nak call PSY (psychiatrist)on call.”kataku sambil berlari-lari anak ke arah telefon. Beberapa kelibat manusia lantas datang ke arah tingkap dan memindahkan pesakit ke katil dengan pengawasan. Pagi ini tak seperti biasa. Pesakit bernama Othman ini baru sahaja dimasukkan ke wad ortopedik daripada Jabatan Kecemasan malam tadi. Aku yang baru datang kerja subuh pagi itu terpinga-pinga memerhati apa yang berlaku. Kulantas mencari BHT katil 26 dan membaca progess note pesakit tadi dari dalam computer. Cervical injury (kecederaan tulang leher). Pesakit ini telah menggantung diri

Apabila Pesakit Blacklist (2011)

Image
Apabila pesakit blacklist… “Faizal, kau pergi la cuba masukkan branula(jarum) kat pakcik tu, pakcik Rahman tu dah blacklist aku. Aku datang ajer dia angkat tangan tak nak,”keluh Dr Aisha dalam tersenyum. Doctor-doctor lain sedang duduk santai di kaunter wad. “Eh eh, ko pun sama ke? Aku dah cuba 2 kali lepas tu dia terus dah tak nak jumpa aku,”kata Ah Lek dengan loghat Melayu Cinanya. Semua orang tersenyum. Rupa-rupanya semua doctor yang berkumpul di situ dah diblacklist oleh pakcik tu. Macam-macam versi “blacklist” dikongsi. Aku tergelak. Geli hati pula rasanya. Kuangkat punggung terus jumpa pakcik Rahman. Beliau terbaring. Bajunya lencun dek peluh. Tapak tangan dan bibirnya pucat. Hemoglobin 7. Anemic.  Aku terlihat troli yang menempatkan segala jarum suntikan dan tiub darah di tengah-tengah jalan. Phobia. Tak ada pesakit suka tengok doctor tolak troli tersebut ke sana dan ke sini. Sakit kena cucuk! Aku terus tolak troli masuk bilik sebelum aku pula “diblacklist” ! “Pakcik macam m

Anak Pontianak (2011)

Image
Anak Pontianak “Kak ita dah sampai dr?” tanya pakcik Hasan. “Belum, pakcik. Kejap lagi sampailah tu,”balasku memujuk. Ditarik muka masam. Mukanya berpaling ke jam dinding. Dari 7 am ditunggunya, dah petang dah masih tak kunjung tiba. Aku mengetam gigi. Kalau tak dapat tunaikan, janganlah berjanji. Kasihan pakcik Hasan ni, tunggu anaknya dari 2 minggu lepas tak kunjung tiba. Asyik soal pasal kak ita sahaja. Aku bangun dari kerusi. Branula siap dipasang. Bergegas berjalan laju menuju ke kaunter, kerja bertimbun-timbun. Hospital Pasir Berdengung tengah kelam-kabut. Segala system kucar-kacir gara-gara arahan tekad pengarah hospital untuk mengaplikasi system berkomputer dan memansuhkan segala bentuk “hard copy”  yang bertahun-tahun digunapakai. Semua doctor dan jururawat daripada tahu buat kerja jadi tak tahu, yang laju jadi lambat, yang tak rabun jadi rabun, yang siap kerja awal jadi tak siap, yang datang lambat jadi datang awal, gara-gara terpaksa berebut computer untuk menyiapkan seg

Telefon: Angin Ahmar (2011)

Image
Telefon: Angin Ahmar “Assalamualaikum,ni ustaz Farhan ke?” “Waalaikumussalam. Ya, Farhan bercakap, ni siapa?”tuturnya lembut. “Saya Faizal, pelajar perubatan. Kawan saya Hasan sebentar tadi ada telefon, dia kata ustaz Farhan ada maklumkan pada dia tentang sahabat ustaz, ustaz Ahmad tidak sihat. Sakit macam mana tu?” “Oh yer, Ni Dr Faizal yer? Ustaz Ahmad baru balik dari Turki. Di Turki dia tiba-tiba rebah tak mampu berjalan dengan betul. Orang terpaksa papah dia. Dia kata dia ada masalah mata, semua benda nampak dua. Kawan-kawan dia suruh dia balik terus memandangkan dia tak berapa sihat.” “Dia boleh bercakap?Umur dia berapa?” “Boleh, tapi susah sikit nak faham. Umur dia 24 tahun” “Dah berapa hari sampai Cairo? Ada pergi mana-mana hospital?” “Dah 3 hari sampai. Dia balik seorang diri. Semalam ada pergi klinik. Doctor Arab tu ada cakap, tapi saya tak faham sangat. Dia bagi beberapa ubat dan kami terus balik rumah.” “Ustaz Ahmad ada situ? Boleh saya cakap dengan dia?”tanyaku. “