Jarum Dalam Daging (2013)


Jarum Dalam daging

"Kak, patient dah sampai?" tanyaku ingin tahu.
"Dah doktor, ada dekat bilik 6,"jawab kakak jururawat   mesra.

Aku memang suka bertugas di labor room (dewan bersalin)ni.  Sunggu gembira rasanya dapat sambut kelahiran dan azankan bayi sejurus dilahirkan. Segala penat lelah hilang entah ke mana.  Kakitangan dewan bersalin ni ramah-ramah dan baik hati. Walaupun hampir semuanya lebih tua dariku malah ada yang dah pangkat makcik kepadaku pun akur menurut perintah. Hahaha. Aku tidak sekejam itu. Bahkan banyak yang kita belajar daripada jururawat @bidan-bidan yang ada di dewan bersalin ini sekiranya kita ringan mulut bertanya dan sikap disenangi ramai.

Kuhayunkan kakiku ke arah bilik 6. Seorang wanita cina yang sarat mengandung terbaring di atas katil menahan kesakitan pabila rahimnya menegang sebagai persediaan mengeluarkan bayi.

"puan Siaw yer?" angguknya lemah.

"Saya doktor faizal, saya ingin periksa puan yer sebelum  baby keluar,"kataku sambil memakai mask dan mencapai glove saiz 7. Jururawat dan jururawat pelatih turut sama ada di dalam bilik.

"term size, singleton, cephalic presentation, longitudinal lie, estimated fetal weight emm 3.2- 3.4 kg."tuturku lantang semasa membuat per abdominal examination.

"puan, angkat kaki seperti bersalin yer, saya nak periksa jalan bawah."

"doktor, ctg tak berapa dapat, macam dah fully jer ni," jawab kakak jururawat sempoi. Tengok CTG pun kita boleh tahu bayi dah nak keluar ke belum. Pengalaman berpuluh tahun kan. Dah master habis dah, dah pangkat pakar dah mereka ni, cuma tak ambil periksa aje. Hehe

Kupakai sarung tangan saiz 7, capai sedikit kapas basah dan kubersihkan sedikit tempat pemeriksaan.

"adik, nak cream dik,"pintaku pada jururawat pelatih.

Kuambil sedikit cream putih dan kusapu sedikit di bahagian pemeriksaan sebagai lubricant (minyak pelincir). Bidan-bidan dulu mana ada guna cream-cream ni, dulu pakai minyak kelapa. Memang licin saja kawasan peranakan tu dan mudah bayi nak keluar, koyak rabak pun kurang, namun minyak kelapa tidak lagi dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak steril katanya.

Maka terpaksalah kami guna cream putih yang steril itu, kejap kejap kena sapu balik. Kalau tidak nanti hilang kelinciran tersekatlah pula.

Setelah kusapu cream, kuseluk 2 jariku kebahagian peranakan tanpa memandang ke bahagian tersebut. Mataku pada wajah ibu yang sangat sakit sambil tidak henti-henti menghirup entonox untuk mengurangkan sakit.

"Vulva vaginal no abnormality, os fully dilated, cervix well effaced, membrane present and bulging, station low, ready for delivery," tuturku dengan suara yang kuat yang menyebabkan adik-adik jururawat yang nak menyambut kelahiran tergesa-gesa mencari penutup mulut (mask) dan sarung tangan untuk membantu menyambut kelahiran.

"OS fully 12.05 pm,"umum kakak jururawat sambil mata memandang jam dinding di bilik hadapan. jam dinding kat bilik tu ikut waktu amerika, jam bilik sebelah ikut waktu jepun, yang bilik belakang jam mati. Radicare entah bila nak service jam. Sakit hati memandang.

"Baik puan, saya akan pecahkan air ketuban,  selepas itu kalau puan rasa perut puan sakit, puan terus teran seperti puan nak buang air besar, jangan teran di muka , nanti muka merah baby tak keluar. Kalau perut tak sakit, puan jangan teran, puan rehat, ambil nafas tunggu sakit seterusnya,"terangku bersahaja.

"Kak nak hook,"pintaku.

Ku capai hook putih yang sterile, sedia untuk arm (artifical rupture of membrane) atau lebih dikenali di negara lain dengan amniotomy.

Kurasa bahagian membrane yang menonjol2  dengan jari telunjukku dan ku selit hook di bawah jari mengikut jari telunjuk sampai ke hujung. Bahagian cangkuknya kutolak dengan jari telunjuk ke arah membrane dan kutarik ke arah luar.....

WOOOshhhhhh, air jernih putih mencurah keluar membasahi lengan.

"Clear liquor"

"Ok ibu, perut tengah sakit ni, teran habis-habis, paling kurang 10 saat."

"woooo, doktor, manyak sakit!" jerit ibu ini dengan keringat membasahi dahi, mengalir ke hidung , menitik ke baju dan basah.

"Ok ibu teran lagi! sikit lagi ibu, tangan ni pegang buku lali. buka peha, kepala anak mahu keluar, tutup peha macam mana anak mahu keluar, teran!" tuturku dengan suara yang agak tinggi.

ibu yang memerlukan episotomy sebelum bayi dilahirkan.

"lagi teran, TERAN!!!!!" begitulah gamatnya suaraku di bilik bersalin. Ibu yang terperanjat dengar suaraku yang menjerit terus teran tanpa halangan dan.....wuuueeekkk!!! wueekkkkk! wueekkkkkk

"Baby boy 12.15 pm," sebut suara jururawat yang turut sama menyambut kelahiran manakala seorang jururawat lagi mencatit dalam borang kelahiran di atas meja. IM pitocin diberikan dan aku membiarkan jururawat pelatih membuat cct (continous cord traction) dan memeriksa uri bayi (placenta) sambil aku memegang bayi dan mengazankannya.

Pernah sekali jururawat menegur," doktor, inikan anak cina, kenapa doktor azankan?"

Semua bayi dilahirkan Islam. Jelas Allah dalam al-quran yang berbunyi:




Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka, "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul, kami menjadi saksi." agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini." 
(QS Al-A'raf: 172)

Dari Abi Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw bersabda, "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kecuali orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."(HR Bukhari 1296)

Anak cina ini selamat diazankan, kupanggil ayah kepada bayi ini untuk melihat anaknya lantas aku membuat persediaan untuk menjahit kesan gunting (episiotomy) yang dibuat semasa proses kelahiran tadi.

"Kak nak suture 2/o satu, 3/o satu, needle, syringe 5 cc, lignocaine, few tampoons, needle holder and artery,"jelasku.

Staff nurse ni dh hari-hari buat benda ni, aku x cakap pun mereka dah ambil. Cuma perlu pastikan ajer semua ada sebelum aku start menjahit. Kalau dah menjahit, ada perkakas tak ada si doktor ni boleh menjerit macam halilintar....sabar skit eh

"Dik tolong saya di sebelah yer. Daging pesakit ni keras sikit. Apabila saya dh masukkan jarum dan terkeluar sikit, adik terus catch dengan forcep atau artery ni yer, kalau tak jarum kena keluarkan balik dan kena masukkan balik. Kesian pesakit,"tuturku perlahan. Jururawat pelatih ni mengangguk akur.

Kucapai apex kepada apesiotomy tadi dan surgical not dibuat dengan kemas walaupun darah dari rahim masih mengaburi tempat jahitan yang akan dibuat.

"Dik, tolong saya catch dik, jarum dah keluar sikit tu,"kataku pada adik dengan peluh yang membasahi kepala. Aku perasan jarum 2/0 yang digunakan dari apex tadi agak "nipis" berbanding biasa. Nak jahit mucosa pun agak payah, dah la daging cina ni liat!

Selepas 3 continous suture dibuat dengan tekanan, aku pun menghayunkan jari untuk membuat jahitan keempat. Aku benamkan jarum seperti biasa namun tak keluar-keluar. Adik yang membantu menunggu hujung jarum muncul dari daging untuk di sambut.



Aik, kenapa tak keluar ni? desusku dalam hati. Ku terus mencabut needle holder tersebut yang tinggal hanyalah hujung jarum. Selebihnya sudah hilang!

Kak. jarum tertinggal dalam dalam daging!

Aku gelabah. Macam mana pulak boleh patah jarum. Dah berpuluh kali jahit episiotomy hari ni pulak jarum boleh patah!

Kakak jururawat yang mendengar terus mencapai glove dan memeriksa tempat jahitan.

"Tak ada pun doktor, saya pegang macam tak ada jarum pun dalam dagin pesakit ni,"

"Ada, mana perginya pulak, takkan jatuh pulak!"

"Cuba tengok kat celah-celah punggung kut kut dah patah sebelum cucuk,"kata jururawat.

"Mengarut, habis tu aku cucuk macam mana?" ades kepalaku pening. Ku telek-telek daging tersebut. Mencari mana diamnya baki jarum yang patah. Kalau betul ada baik rasa , ini tak rasa apa.

"Kak, bagitau medical officer kejap. Tadi jarum apa yang akak bagi 2/0 kan?"

"a ah 2/0 vicryl tapi macam kecil ajer bila doktor tarik keluar tadi,"jelasnya.

"Mana kotak? ada lagi tak saya nk tengok."

Ni haa

Memang tulis vicryl 2/0 tapi apasal lain? banyak sangat nombor tertulis adat label sampai aku jadi keliru.
"Macam mana boleh patah ni faizal? tak pernah dibuat orang," membebel Kak Long selaku Medical Officer yang on call hari itu.

"entah lah. Yang lagi memeningkan saya tak daat rasa jarum tu pergi mana. Pesakit nampak tenang, tak terasa jarum ada tertinggal di dalam daging.

"Faizal kau sure jarum masih ada kat mucosa dia ni?"tanya kaklong.

"Sure bos, jahitan pun masih belum siap. Saya tak akan tutup selagi saya tak jumpa jarum saya,"kataku tegas.

"OK, aku inform specialist, kau pergi paggil portable x-ray urgent suruh datang labor room ni. Pergi panggil Dr LIM suruh terangkan kat pesakit dan suami dalam bahasa Cina yang prosedur untuk menjahit episotomy masih belum siap, kita kena buat x-ray dan keluarkan jarum yang patah dahulu baru kita jahit semula,"jelas kaklong memberi arahan.

Aku lantas memanggil x-ray dan tak sampai 10 minit mereka sudah berada di depan pintu.

Dr Lim sahabat yang bekerja pada hari itu amat memudahkan kerja kami apabila berjaya menerangkan keadaan sebenar pada pesakit dan suami dengan jayanya. Pasangan suami isteri cina ini amat bekerjasama. Apa yang nampak diwajah mereka adalah kegembiraan anak pertama mereka selamat dilahirkan.

"bro, buat pelvic x-ray, kami nak cari jarum yang patah,boleh eh,"kataku pada pegawai yang bertugas.

"Beresss."

Setelah pelvic x-ray berjaya dibuat, muncullah jarum tersebut disebelah kiri kawasan gunting tersebut (dalam daging) berbentuk separa u.

Doktor pakar pun terus menyuruh kami mengeluarkan jarum tersebut dalam bilik pembedahan menggunakan IUI dan berjaya dikeluarkan, episotomy berjaya ditutup dan ibu dalam keadaan stabil!

Aku pulang ke bilik bersalin dengan rasa tak puas hati kenapa jarum tadi boleh patah. Ku telek-telek jarum yang digunakan tadi dengan jarum yang pernah aku gunakan sebelum ini. Terpampang dekat label tu 2/0 35mm sedangkan jarum yang aku gunakan sebelum ni 2/0 75mm.

"Mana pulak datang jarum yang 35mm ni kak?saya tak pernah guna sebelum ni,"tanyaku pada sister.

"Itu kita ambil dari stor, jarum sebelum ni dah tak ada. Hospital ni kan serba tak ada. Yag di supply benda-benda murah low quality macam ni. Jarum browns untuk baby tu pun dah habis stok. Macam-macamlah doktor. Pandai-pandailah nak survive. Kalau tak puas hati jumpa datuk pengarah sendiri," jawab sister.

Aku tak tau nk response apa. Nak salahkan jarum ke, salah teknik aku ke, atau salah daging pesakit? entah malas nak fikir!

3 hari lepas tu ada dua lagi kes jarum patah dalam daging. Seorang houseman waktu SVD kat OT dan satu lagi kes done by specialist. Selepas tu jarum 2/0 vicryl 35 mm tu tak ada orang nak usik dah! Sesak nafas den!

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.


Comments

Black Pearl said…
saya med. stdnt 2nd yr. rasa mcm seram lah pulak delivery process ni. kat hospital mmg common ke masalah jarum patah ni?
semua doktor muslim mmg akn azankan semua baby tak kira agama ke?
Anonymous said…
Dh lme xupdate blog... Rajin2 la update, suke bce post2 kt blog ni :)
Anonymous said…
:) suka baca,,
Diari Cik Zana said…
okay 1st time baca blog nie... eerrrr takut pulak :) gerun pn ada

Popular posts from this blog

Study la wei!

Pesakit Mati !!

Sakaratul Maut (2011)