Gila ke tak Gila (2011)

Gila ke tak Gila (2011)

PhotobucketAssalamualaikum. Eh kak, kenapa tu?

DOKTOR, TOLONG DOKTOR ! PATIENT NI NAK TERJUN TINGKAP!

Kus semangat! Berdegup kencang jantungku. Apahal pulak ni? Ku berlari ke arah tingkap dan ingin terjun bersama  terus memegang tangan kiri pesakit yang sedang memegang tingkap. 2 orang staff nurse memaut erat tubuh pakcik ini sambil makan kuih.

“Pakcik baring kat atas katil ni. Nurse jaga kejap. Saya nak call PSY (psychiatrist)on call.”kataku sambil berlari-lari anak ke arah telefon. Beberapa kelibat manusia lantas datang ke arah tingkap dan memindahkan pesakit ke katil dengan pengawasan.

Pagi ini tak seperti biasa. Pesakit bernama Othman ini baru sahaja dimasukkan ke wad ortopedik daripada Jabatan Kecemasan malam tadi. Aku yang baru datang kerja subuh pagi itu terpinga-pinga memerhati apa yang berlaku.

Kulantas mencari BHT katil 26 dan membaca progess note pesakit tadi dari dalam computer. Cervical injury (kecederaan tulang leher). Pesakit ini telah menggantung dirinya dengan menggunakan dawai besi dalam percubaan kedua membunuh diri.  Beliau ditemui tergantung oleh anak beliau lantas dibawa ke hospital berdekatan bersama pihak polis.

“Pendeknya medical history pesakit ni,”desusku dalam hati. X-ray kuperhati, tiada patah yang nyata. Saraf masih selamat.

“Pakcik, pak cik kenapa ni sampai nak terjun tingkap?,” tuturku perlahan. Khuatir sebarang perbicaraan yang tidak munasabah akan mengundang musibah. Kututup rapat mulut. Buka bila perlu.

Urat tua di muka pakcik Othman ini jelas. Kelopak matanya agak bengkak. Susuk tubuhnya kurus, seperti tidak berisi. Nafasnya perlahan.

“Pakcik.....”sapaku , was was. Sunyi. Aku sabar menanti respons.

“Pakcik berdosa. Sepanjang hidup pakcik berdosa. Dulu pakcik kerja dengan kastam, pakcik ambil rasuah. 4 bot haram datang, 2 bot pakcik tahan, 2 bot lagi pakcik ambil. Kerja dengan timbalan PM macam-macam rasuah ada depan mata. Arak pakcik minum. Apabila kerja dengan imigresen lagi banyak orang ambil rasuah, pakcik berdosa doctor. Pakcik dah tak tahan lagi menanggung dosa di umur tua ni. Biarlah pakcik mati,”sebak pakcik Othman. Dirinya terpaku duduk atas katil dengan tangan terikat di pagar katil hospital.

“Pakcik tak boleh bunuh diri. Pakcik kena ingat Allah. Allah bagi pakcik umur panjang supaya ada kesempatan pakcik bertaubat. Bunuh diri berdosa besar pakcik,”jawabku dalam 4 ayat. Beliau sugul membisu di atas katil. Pesakit di katil lain memerhati tanpa bersuara. Telinga terpasang. Detik jam boleh didengar dek senyapnya wad.

“Pakcik nak mati! Pak cik tak tahan. Semua menteri pakcik dah kerja. Semuanya banyak dosa,”jelas beliau. Aku senyap. Bertubi-tubi taakulan menjengah pemikiran. Antara percaya atau tidak.
Kubangkit lantas mencapai buku nota di kocek. Pena di sisi kugapai perlahan lantas mencoret......

“Delusion of grandiosity, persistent loss of hope with several suicide attempts. No aggressive behaviour. Symptom of Major Depression associated with Schizophrenia tro (to rule out) Bipolar- refer PSY (psychiatrist) now”
(tutup buku)

Panggilan dibuat. Psychiatrist yang bertugas pada hari itu telah dihubungi. Belum sempat gagang diletakkan, dua kelibat wanita hadir dan duduk di sebelah katil pakcik Othman. Seorang badan agak gempal, bertudung, berumur kira-kira 40-an barangkali. Seorang lagi wanita berbadan kecil, muda dan tidak bertudung. Iras-iras orang Indonesia.

Kulekas letak gagang telefon dan berjalan menuju ke arah mereka. “Puan  ni isteri pesakit ke?”
Angguk beliau dalam raut muka yang sukar dibaca.

“Boleh ikut saya sebentar?” soalku dalam senyuman. Wanita tadi lantas kubawa masuk ke pejabat Medical Officer dan kupersilakan duduk. Wanita ini menarik sebuah kerusi berhampiran dan duduk dengan sopan di hadapan meja computer.

Belum sempat kubuka mulut untuk mengorak perbualan, tiba-tiba terpacul ayat ini daripada mulut Kak Salmah....

“Saya minta tolong doctor jangan bagi suami saya balik. Tahan dia di sini selama-lamanya,” tutur puan ini dalam sebak. Matanya penuh dengan sinar harapan. Kelopak matanya ditutup. Aliran air mata berjuraian di sebalik kedut-kedut ketuaan.

Aku kaget. Kenapa pula dia suruh tahan suami dia ni? Apa yang suami dia lakukan? Kotak fikiranku ligat berfungsi. Haih, pelik !

“Kenapa ni puan? Itu kan suami puan?” tuturku dalam nada monotonous. Tidak ingin menunjukkan sebarang reaksi yang membantutkan perbualan kami.

“Suami saya bela orang gila, sebab itu dia jadi gila!”bentaknya tiba-tiba. Amuknya tak disangka. Rentaknya sukar dibaca.

Aku lagi sekali hairan. Tak tahu hujung pangkal cerita. “Puan, boleh ceritakan pada saya sekiranya tidak keberatan? Kita sedang bercakap tentang suami puan.”

“Benar, tuan doctor. Saya isteri kedua Othman. Saya orang seberang. Dia tidak tinggal dengan isteri pertama. Isteri pertamanya ada di KL. Anaknya dengan isteri pertama ada 7 orang. Dengan saya ada 5 orang. Seorang daripada anak isteri pertamanya gila. Dibawa tinggal bersama dia di Pahang ini. Sekarang suami saya sudah jadi gila. Dia berubah sejak 2 tahun lalu. 5 orang anak saya yang kecil-kecil dirampasnya dari saya dan dibawa tinggal di dalam hutan bersama anaknya yang gila itu.”jelas Kak Salmah dalam nada geram berbaur sedih.

“Hari-hari anak-anak kecil saya dipukul, disepak, diterajang. Anaknya yang gila itu lebih dasyat, nyaris disembelih anak saya yang paling kecil itu bulan lepas. Othman itu dah gertak saya sekiranya ambil anak-anak, dia akan bunuh saya dengan parang. Dirumahnya sentiasa ada parang, diasah parang hari-hari. Kalau doctor tak percaya doctor boleh ikut saya sekarang. Anak-anak takut ingin lari. Anak yang tua saya pesan suruh lari tapi dia enggan kerana kasihan pada adiknya yang kecil. Teruk dipukul hari-hari.


 Itu hari saya ambil anak saya apabila dia tiada di pondok buruk dalam hutan, dia datang cari saya di gerai dan di pukulnya saya sampai patah tulang belakang, calar-balar muka, doctor tengok ini! (sambil menunjukkan parut). Sampai sekarang saya tidak boleh duduk dengan betul, belakang saya sakit. Saya masuk hospital apabila dibelasah hampir mati. Dia pukul anak-anak saya di rumah saya separuh mati. Orang gaji saya yang ada di luar itulah yang pergi telefon polis buat laporan. Kalau tiada dia, anak-anak saya sudah mati,” tuturnya dalam tangisan. Berlinangan air mata.

Aku terkesima mendengar cerita puan ini.

“Anak-anak puan umur berapa? Kenapa saya lihat Encik Othman tidak agresif seperti yang puan katakan?,”tanyaku ingin mendapat kepastian.

“Anak saya umur 15 tahun, 13 tahun, 10 tahun, 6 tahun dan 5 tahun yang paling kecil. Othman itu memang begitu. Kadangkala dia agresif pukul semua orang, sepak terajang. Menjerit-jerit macam orang “high” ambil dadah. Ada masa dia murung sahaja macam sekarang. Buka mulut pun susah. Saya dah tak boleh baca sikap dia. Dia tidak sioman lagi seperti dulu,”katanya.

Aku mengangguk. Tenang mendengar keluhan si isteri. Perbualan panjang ini mengambil masa 2 jam. Semua laporan polis sebelum ini yang dibawa kutatap satu persatu.

“Saya akan buat laporan tahap kesihatan suami puan. Apa yang puan ceritakan akan saya rekodkan. Saya akan cuba apa termampu,”kataku ringkas.

Kak Salmah mengucapkan terima kasih dan berlalu keluar. Walaupun si suami menyeksa dirinya dan anak-anak, dia tidak sanggup untuk membiarkan suaminya bersendirian di wad. Kukagumi sikapnya dalam seribu satu tanda tanya.

Mak aih, ini kes besar! Ada yang akan hilang nyawa sekiranya tiada tindakan diambil. Aku diam. Otak ligat merancang sesuatu.

“Selamat pagi Dr Rosman, Dr Faizal dari wad Ortopedik bercakap. Berkenaan pesakit yang saya rujuk pagi tadi tu, saya dah dokumen semua history yang saya dapat daripada ahli-ahli keluarga pesakit. Saya harap doctor boleh tengok keadaan pesakit dan inform kami untuk tindakan lanjut,”jelasku ringkas. Telefon kuletakkan setelah perbualan tamat.

Kutarik nafas lega.Cepatlah pergi psy (wad psikiatri) huhuhuhu. Kalau dia bunuh diri dalam wad ortopedik ni teruk kami kena menjawab, insiden reporting dan macam-macam lagi. Ni semua yang aku tak sanggup nak buat.

Seketika,

Teet tet.....teet tet......teet tet (keluar nombor doctor pakar)

“Selamat pagi Faizal. Saya dah baca laporan awak dari klinik. Terus transfer patient Othman ke PSY sekarang yer,”jelas doctor pakar ortopedik. Aku rasa tak sampai 10 minit aku buat laporan tu di wad, doctor pakar dah review di klinik pakar. Sungguh techno specialist saya ni. Huhuhu

Kulantas arahkan jururawat yang bertugas tolak pesakit ke wad PSY. CASE CLOSED.

“Family requests for permanent retention”-itulah ayat terakhir dalam laporan yang kutulis. At least dengan tindakan ini tak ada orang yang bunuh diri dari wad ortopedik ni lantas menambah statistic mortality lantas mengundang seribu satu masalah yang akan menyusahkan semua pihak. Adus!

Psychiatrist on demand!

__________________________________________________________________________________

“Bang, nah pizza, malam tadi nak sangat,” tuturku pada abang Rahman. Senyum manis terus dia pagi tu.

“Jom aa makan sekali, aku ada cerita nak bagitahu ni,”tuturnya selamba, tak macam orang sakit pun. Huhu

“Specialist tengah round ni, dah habis nanti saya teman abang k,”tuturku lembut. Abang Rahman ni masuk hospital sebab nak buang besi kat dalam lutut dia ajer. Rancangan awalnya pembedahan itu esok. Selain tu dia tak ada apa-apa sakit pun. Lepas berjalan ke hulu ke hilir, kacau aku buat kerja, ajak tengok tv, borak, main FIFA sekali kat laptop dia. Kah kah. Dia bosan. Isterinya kerja. Lagipun sekepala dengan aku. Memang kamcing aaa dalam wad tu.

Aku pun berjalan terus ke aras Acute cubicle untuk buat round dengan doctor pakar. Kira-kira 10 orang lembaga putih berkerumun di depan katil pesakit. Seorang bercakap, yang lain mendengar. Masuk ke tidak maklumat ke dalam kepala masing-masing wallahualam. Tegang urat kaki berdiri lama Boleh kena varicose vein !

Satu jam kemudian.....

“Siapa doctor yang rawat anak saya??? Siapa? (seorangwanita berdiri di tengah-tengah wad sambil menuding jari dengan suara yang tinggi)

Seorang doctor India wanita tampil. “Selamat pagi, ada apa puan?” tanyanya berhemah.

“Tangan anak saya dah bengkak dah. Doktor tahu pasang jarum ke tidak???” Seorang perempuan 50-an menjerit-jerit di tengah-tengah wad macam orang gila. Gaya berpakaian macam datin. Masuk tak bagi salam terus menjerit.

 “Biarlah, doctor tu nak belajar,bengkak sikit ajer, eloklah nanti tu, ”kata suaminya yang berdiri di sebelah. Muka cool.

“Mana boleh biar-biar! Ingat anak kita ni barang eksperimen ke???? Lain kali jangan pandai-pandai doctor nak pasang jarum kat anak saya. Biar doctor pakar tu yang buat! Saya tak akan biar. Kita saman ajer hospital ini!” sergahnya bongkak. 5 minit kemudian terus berlalu keluar dengan angkuh. Pintu wad dihempasnya.

Aku dah naik meluat tahap maksima. Aku rasa nak cekik datin tu sampai mati pun ada. Kawan aku yang ada di depannya macam orang bodoh dibuatnya. Kesian doctor tu. Tak pasal-pasal kena marah dek orang gila tu.
Aku yang terdengar jeritan orang gila tu naik geram. Terus aku masuk bilik abang Rahman. Abang Rahman senyum kelat. Dia buat isyarat jangan layan mak dia. Lepas tu buat isyarat yang mak dia kepala tak betul. Huhuhu

Aku geram betul. Kalau aku la yang kena tadi, aku rasa aku hilang sabar dan terus maki ajer datin gila tu balik. Kawan-kawan aku kata kalau ada keluarga pesakit macam tu jangan lawan. Minta maaf dan terus berlalu.

Tapi aku tetap nak cakap kat sini...kalau datin tu baca biar padan dengan muka. Aku peduli apa.

“Woi orang tua, anakkau tu dah masuk hospital seminggu dah baru hari ni kau datang. Kalau jarum tu tersumbat dan bengkak, itu perkara biasa. Jarum tu masuk salur darah. Darah kita ni membeku. Kalau darah dalam jarum tu membeku itu perkara biasa la. Lagipun anak kau tu ambil antibiotic yang memang menyumbatkan jarum tu dengan cepat (metronidazole). So kalau tersumbat waktu nak bagi ubat pagi tadi dan bengkak, kami kenalah masukkan jarum baru. Bengkak tu lama-lama oklah, bukannya anak kau hilang nyawa pun sebab jarum bodoh tu. Dia siap makan pizza lagi aku belanja. Tak mengeluh pun.

Ini bengkak sikit dah macam ayam riuh sekampung. Orang lain yang masuk wad ni tak ada bising-bising macam orang gila ni. Nak suruh doctor pakar masukkan jarum pulak. Banyak lagi benda lain dia boleh buat daripada terhegeh-hegeh nak masukkan jarum kat tangan anak kau tu. Doktor yang masukkan jarum dah kira bertuah dah. Kalau banyak duit sangat anak tu tak boleh disentuh, bawalah anak tu private hospital. Private hospital nurse yang masukkan jarum ok. Baru padan muka. Kita tengok bengkak ke tak bengkak.”

Dah. Aku tengah keliru sekarang ni siapa yang sebenarnya gila. Othman ke? bini dia ke? datin tu k?, ke aku?
-again, psychiatrist on demand-


**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.



Comments

tunteja said…
assalamualaikum doc.. lame sgt tunggu entry baru. ari2 tgk blog doc.. terime kasih ye luangkan mase tulis entry baru.. suke bace blog doc penulisan yg best terselit unsur keinsafan.. hihihi. teruskan menulis ye doc..
patient said…
terbaik la bro ! gua pon kompius . sapo yang gilo nie haa ? HAHA
Zida said…
tu dia entry sudahhh mari. update la lagi kalau free. semoga tak gila. haha
he3
tergelak baca.

sabar doktor...
simpati tetapi itulah reality yg terpaksa doktor tempuh selagi bertugas.
Maicher said…
cerita pertama tuh pakcik tu la yang gila. terlalu bersalah sampai rasa nak bunuh diri.

isteri dia rasa simpati kot. tu yang dia datang jugak hosp untuk temankan pakcik tu.

pasal datin tu. mungkin dr yang kene marah tu kene explain yang doc explain kat reader. yang ni ---> "Kalau jarum tu tersumbat dan bengkak, itu perkara biasa. Jarum tu masuk salur darah. Darah kita ni membeku. Kalau darah dalam jarum tu membeku itu perkara biasa la. Lagipun anak kau tu ambil antibiotic yang memang menyumbatkan jarum tu dengan cepat (metronidazole). So kalau tersumbat waktu nak bagi ubat pagi tadi dan bengkak, kami kenalah masukkan jarum baru. Bengkak tu lama-lama oklah, bukannya anak kau hilang nyawa pun sebab jarum bodoh tu."

mungkin dia tak faham pastuh gelabah tangan anak dia bengkak bagai~

mungkin lah kan.
^^
[Dr Nu@r] said…
jawapan deh datin tu yg gilo. Cucuk je datin tu. hihi.

Memang boleh saman suke2 ke? Kesian la kat doktor dok kena saman jee.. :'(
Anonymous said…
erm berbeza sungguh penggunaan bahasa dan emosi bila keje kt malaysia compared to entry whlie in egypt..as local graduate,it's normal to see relative or patient acted like that..smile n do no harm to patient...anggap je yg dtg org tgh risau dgn family yng sakit..remember ur entry 'rasa nak picit2 muka dr liew'...ALLAH maha adil...renungkan dan banykkn istighfar...senior emergency and trauma physician...
entry dr sgt menarik...knape la sye xjmpe dr awal...=)
bella amanda said…
suke blog ni..( ^ _ ^ )

Ada cite sedih,lawak n sries bagus 2uk pengajaran dlm hidup..:)

Hope blog ni dpt diteruskan.

Popular posts from this blog

Study la wei!

Pesakit Mati !!

Sakaratul Maut (2011)